Tuesday, January 31, 2012

Malas Sudah Di Tahap Maksima

Salam u olsss...






Saat dan ketika ini diri ai dilanda kemalasan bekerja di tahap maksima.


Sekarang nie sangat2 malas nak bekerja disebabkan beberapa faktor dan keadaan hihi...Buhsan lol datang kerja dok buat benda yang sama jer. Langsung tak der perubahan dalam tugas opsss perubahan ada satu iaitu kena marah dengan orang2 yang gila kuasa hehe...


Kalau dulu di opis lama ai banyak tak duduk atas kerusi sebab banyak benda nak dibuat selain tugas utama. Kejap jadi setiausaha pengarah, pastu jadi tukang taip surat, kemudian jadi tukang edar surat dan last tukang jadi penyibuk menyembang tempat orang hihi...Tapi di tempat baru, dari jam 8 pagi hingga 5 petang hanya duduk atas kerusi jer layan orang, jawab panggilan dan bersedia untuk dimarahi huhu.


Atas sebab2 tue lah ai dilanda sifat kemalasan nak bekerja sampai kena tegur asyik nak bercuti jer. Adehhh sampai bila nak berterusan dilanda kemalasan ini?




p/s : jugak tak suka bila kita tolong orang depan2, tapi di belakang orang yang kita tolong itu buat pakatan mengumpat kita!!!

Monday, January 30, 2012

Ke Manakah Widget Follower Menghilang?

Salam u olsss...


Sapa2 ada perasan tak kat blog masing2 (bagi yang letak widget follower jer hihi...) hari ini wodget follower tak kelihatan. 



Dan bila widget follower tak der macam agak susah ler nak berblogwalking ke blog kengkawan huhu camner nie..adakah sebab dulu dok heboh widget follower akan digantikkan dengan google circles maka hari ni benda tue dipraktikkan?




p/s : nasib baek ada fibox chat umum maka boleh jejak kembali kengkawan huhu....

Petua Merawat Sakit Kepala

Salam u olsss...


Masa dok search image sakit kepala dalam google nak tepekkan kat entri, ai terjumpa satu artikel tetang 'rawatan termudah rawat sakit kepala'. Jadi ai nak sharekan untuk panduan u olsss dan rujukan ai nanti.


Di dalam kitab A'lij Nafsaka Bil Quran ada menyatakan teknik yang mudah dan praktikal:


1) Pegang kepala anda dengan menggunakan tangan kanan. Jari telunjuk di sebelah dahi kiri dan ibu jari di dahi belah kanan, lekapkan ke atas kepala. 

2)Bacalah al Fatihah 7 kali dengan keyakinan penyembuhan dari Allah... Niat untuk kesembuhan masa baca 'Iyyaka....".




3)Tawakkal kepada Allah setelah mencuba. Insya Allah sembuh!




RUJUKAN :  KISWAH; www.rawatanislam2u.com

Buhsan Dilanda Kebengangan

Salam u olsss...


Pagi nie online dengan penuh keciwa huhu ehh bukan keciwa pasal Anugerah Juara Lagu ekk sebab ai sangat2 berpuashati dengan keputusan dari juri semalam. Semua menepati ramalan.


Yang buatkan ai sangat2 keciwa ialah bila hampir separuh dari laman web yang selalu ai kunjungi di'block'. Perghhh agak2 la kalau nak 'block' pun sebab laman web yang ai buka tue bukannya laman web yang merosakkan masyarakat. Apa ke halnya yang pergi 'block' web NUFFNANG tue? Kan dah susah nak tengok apa berlaku dalam tue.






Inilah yang dikatakan sungguh tidak adil bila pihak pentadbir boleh jer buka web yang di'block' tapi orang bawahan tak dibenarkan. Mula2 dulu fesbuk, kemudian penulisan2u (cerita cerpen dan novel), lepas tue tagged dan hari nie web Nuffnang pulak huhu esok lusa entah2 blog pun dah tak boleh buka.




p/s : buhsan2 banyak web tak boleh buka huhuhu...



Sunday, January 29, 2012

Siapa Yang Akan Menang AJL?

Salam u olsss...
  

Masa online fesbuk ai baca satu post yang menarik dari Fizo Omar berkaitan lagu2 yang bertanding untuk Anugerah Juara Lagu malam nie.






p/s : Harap-harap ai tak jadi macam tahun lepas bila ai tertido masa tengah tengok AJL hihi...

BudakNakal Sudah Menjadi Baik Hati...(^_^)

Salam u olsss...


Ai nak mengjoinkan diri untuk sertai giveaway dari budaknakal. Perghhh ini la entri giveaway paling mudah tapi susah yang pernah ai join.

Banner GiveAway



Read more: http://kozumiro.com/giveaway-budak-nakal-info-terlaris-masakini/#ixzz1kpNqhAAF



Video Promo





Sebab apa mudah tapi susah hehe sebab GA nie mudah kerna membenarkan kita buat isi yang bebas tapi agak susah sebab tajuknya bebas hehe....Mungkin bagi sesetengah orang okey nak reka tajuk tapi ai kena berhempas pulas siang malam sampai termimpi2 nak pikir tajuk entri hikhik...


Dan setelah lama menilik kitab2 lama, akhirnya ai tergerak jantung hati nak letak entri nie dengan tajuk 'BudakNakal Sudah Menjadi Baik Hati...(^_^)'. Alkisahnya ai buat tajuk entri macam tue sebab :


Di suatu kampung tinggal seorang budak nakal yang bernama KOZ (bukan nama sebenar) yang mempunyai cita2 yang besar untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Dalam menjadikan blognya berjaya, KOZ telah membuat nakal dengan menghasilkan artwork yang cantik dan berseni yang menjadi kejelesan ramai yang melawat blog dia. Namun pada suatu hari, seorang blogger otai Kak Yanmie telah bermurah hati menghadiahkan KOZ domain baru supaya blog KOZ bertambah mantap. Maka sejak hari itu, dan sempena tahun baru 2012 KOZ telah bertukar menjadi baik hati dengan menganjurkan satu giveaway yang menawarkan hadiah2 terbaik. Dan atas sifat baik hati KOZ tue maka MISZ EYZA mengabadikannya sebagai tajuk entri untuk join GA yang dianjurkan KOZ.....Sekian tamat.





 “Giveaway Info Terlaris bersama Sponser AyeshaBizWorld dan  amirastudios.com

Read more: http://kozumiro.com/giveaway-budak-nakal-info-terlaris-masakini/#ixzz1kpOTGcmr




p/s : cerita itu hanya rekaan semata2 dan tiada kaitan antara satu sama lain pun hehehe...

MB Terengganu gesa pemblog usah amal budaya fitnah

Salam u olsss...

Tadi terbaca satu artikel dalam SINAR HARIAN pasal isu yang ditujukan untuk semua blogger. Harap semua blogger termasuk diri ai sendiri ambik teguran dari MB Terengganu itu sebagai satu nasihat.


 


KUALA TERENGGANU - Penulis blog di negara ini diingatkan supaya menghindari budaya fitnah kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi merugikan negara dan penduduk tempatan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata masyarakat tempatan memang mudah terpengaruh dengan berita-berita berunsur fitnah yang dimuatkan dalam pelbagai blog.

"Sehubungan itu penulis blog perlu lebih bertanggungjawab dengan menyiasat terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita bagi menentukan kebenarannya sebelum dimuatkan dalam blog mereka.

"Bagi pihak kerajaan, saya sedia bekerjasama dengan penulis blog dan memberi sumber-sumber dan fakta yang tepat mengenai pembangunan negeri Terengganu untuk bahan blog saudara-saudari," katanya pada majlis perjumpaan Menteri Besar Terengganu dengan penulis blog di kediamannya di Seri Iman, malam tadi.

Kira-kira 80 penulis blog dari Terengganu dan luar negeri ini berkumpul atas jemputan khas Menteri Besar bagi bertukar pandangan dengan pemimpin kerajaan negeri ini.

Ahmad berkata pemimpin politik sering menjadi mangsa fitnah dan kerajaan sesebuah negeri boleh jatuh kerana penyebaran berita yang tidak benar berkaitan kerajaan yang memerintah.

"Jika keadaan ini berlaku rakyat yang akan menanggung kerugian kerana apa yang ingin dilakukan oleh pemimpin kerajaan sekarang ini tidak dapat diteruskan di masa depan kerana mereka tidak lagi menjadi pemimpin," katanya. 

Sementara itu dalam sesi dialog bersama penulis blog berkenaan, Ahmad berkata kerajaan negeri amat menghargai sumbangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membantu merancakkan pembangunan di Terengganu.

Beliau berkata terdapat hampir 1,000 NGO di negeri ini dan daripada jumlah itu lebih 300 pertubuhan amat aktif dan banyak membantu kerajaan, termasuk menyebarkan maklumat mengenai pembangunan negeri ini kepada rakyat.

"Pada tahun ini kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM2 juta untuk diagih kepada semua NGO bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan masing-masing," katanya. - Bernama






Saya Mahu Wang Kertas Malaysia Siri Baharu dari Eyriqazz.Com

Salam u olsss...


Dalam keadaan sakit kepala pun masih bersemangat nak join GiveAway dari Bro Eyriqazz yang tengah glamer sekarang nie gara2 muka dia masuk paper NST hehe...





Permalink entry terbaik di blog syomel ai (http://slumberzgurll.blogspot.com/2011/05/tourism-malaysia-dan-kesannya-ke-atas.html ). Entri INI saya rasakan entri terbaik saya kerana inilah entri pertama saya yang mendapat 'Sponsored Post' dari bro Eyriqazz sendiri dan entri ini adalah yang terbaik kerana penulisan saya dalam entri tue memerlukan hasil kajian berhari2.


Ai tag : 


Akhir sekali ai tutup entri ini dengan sebuah pantun hehe :


PAK MAT AJAK MAK MINAH PANJAT GUNUNG DAIK
MAK MINAH TOLAK SEBAB SAKIT KAKI
WALAUPUN ADA KAITAN EYRIQAZZ UNTUK ENTRI TERBAIK
BUKAN BERNIAT NAK MEMBODEK SEBAB KALAU MENANG SATU REZEKI

Rasa Kepala Jadi Senget

Salam u olsss...


Hari ini macam biasa ada jer benda ai nak hapdet tapi terpaksa ditangguhkan dulu sebab kepala rasa macam senget jer huhu...





Adehhh tatau la apa puncanya sakit kepala makin menjadi2 lak...Minggu lepas masa pi jumpa doc dan dapat MC tue doc kata kepala rasa memberat dan sakit tue disebabkan oleh gastrik. Alamak takkan arini pun disebabkan gastrik jugak. 


Kadang2 musykil jugak berat naik tapi doc kata ai gastrik. Ini sudah kali kedua doc cakap ai gastrik. Apakah disebabkan perubahan pemakanan ai? Sebab lately nie ai asyik skip makan. Ambik nasi pun sekali sehari jer. Adakah itu penyebab gastrik ekk?


Ermmm maka secara rasminya jugak disebabkan sakit kepala yang melanda, arini langsung tak der mood nak bekerja. Orang datang minta kertas pun rasa nak marah jer hihi....Nak cakap banyak2 lagi lerrr tak der mood....Owh owh kenapa jadi camnie ekk? 





p/s : adakah kerna berita SAD yang iNCik khabarkan itu uwaaa.... (^_^)

Thursday, January 26, 2012

Setelah Direview oleh Blogger HYZ

Salam u olsss...


Semalam kan dalam entri ALKISAHNYA LAMA TAK HAPDET GARA-GARA ai dah janji nak hapdet pasal blog ai yang dah direview oleh blogger HYZ kan.


So kat bawah ini adalah hasil review yang dibuat HYZ untuk belog ai.




HYZ buat 2 teguran tapi saja ai warnakan 3 sebab nak membetulkan keadaan hihi..

i) otai - HYZ tulis ai otai hihi buat lawak laaa HYZ nie...ekcelli ai pun masih baru berjinak2 dalam blog nie dan baru setahun jer kembali aktif walaupun dah mula ada blog pada tahun 2009.





ii) header - hehe ini memang kesilapan yang terang2 sudah nampak yang diakibatkan oleh perubahan dekat 'adjust width'.



Tapi semalam ai dah edit 'adjust width' dan header dah kembali menjadi center hihihi




iii)shoutbox - HYZ bagi cadangan suruh letak fibox tue kat sidebar jer sebab menurut pemerhatian dia, orang masuk blog ai just setakat shoutbox tue jer. Tak turun pun ke bawah untuk baca entri.




Dan semalam jugak ai ber'google'lah mencari cara nak menyembunyikan shoutbox di tepi tue dan hasilnya seperti di atas tue. Dan untuk tengok rupa shoutbox ai yang baru setelah ai sembunyikan di tepi adalah seperti di bawah.





Sungguh tak disangka rupanya pembaharuan yang ai buat tue mendapat perhatian 2 blogger glamer hihi. Thanks Maya Mustwany dan Empayar Utama sebab suka dengan wajah baru dan kekemasan blog ai ni.


Apa2pun terima kasih yer blogger HYZ kerna sudi mereview blog ai nie...





p/s : Harapnyer dah menepati citarasa semua selepas ai memperbaikinya berdasarkan review dari HYZ hihi...(^_^)

Saya Tak La Kijam Sangat

Salam u olsss...


Sesi perbualan di satu petang......


P : Awak duk mana?

E : Alor Setar

P : Owh apa tempat yang paling best kat Alor Setar?

E : Hehehe...tempat biasa2 jer kat sini.

P : Owh, malam nie saya stay Alor Setar. Jom keluar makan2.

E : Ehh xper la. Silakan makan nanti.

P : Ala jom laaa..Haa bagi no fon, nanti saya calling2 kita makan malam nie.

E : Ehh xper xper. Encik makan la dengan kawan2 tue hihi...

P : Cepat la kasi no fon. Nah kertas, tulis la no fon.

E : Ehh tak payahla. Terima kasih jer hihihi....

P : Eee, sampai hati buat saya cam tue.. Kejam betul buat macam nie...

E : ???





p/s : kijam kerrr tak nak ikut arahan dia huhu?










Wednesday, January 25, 2012

Sapa Punya Kerja Nie.....

Salam u olsss...


Sapa tah punya kerja yang dok search macam tue dalam belog ai huhu plisss oke ini bukan belog 18sx yer!




Dan yang paling lawak ada orang search macam kat bawah nie hehe bila masa lak ai buat artikel pasal2 bebudak Tamil. Adehhhh...  (^_^)





Alkisahnya Lama Tak Hapdet Gara-Gara...

Salam u olsss...


Sungguh agak lama rasanya tak berhapdet apa2 entri dalam blog kesayangan ai nie. Kali terakhir hapdet entri pun pada hari Khamis, 19 Januari dan bermakna sudah 5 hari tak der apa2 entri terbaru.


Ekcelli ingatkan nak hapdet pada hari Ahad tapi gara2 kesihatan yang agak tak mengizinkan, maka hari Ahad tue ai MC (cuti sakit tau bukan dok jadi pengacara lak hihi...)

  
(bukti dapat MC hehe...)


Hari Khamis petang tue kepala ai dah mula terasa sakit, berdenyut sangat2 dan memang sepanjang hari tue tak der mood nak bercakap dengan sapa pun. Tapi sebab ai jenis malas (bukan malas tapi takut hihi...) makan ubat, maka ai buat tak tau jer dengan sakit kepala tue. Dan kemuncak kesakitan tue pada hari Sabtu bila kepala rasa makin berat sampai nak tunduk sujud pun rasa macam ada beban yang sangat berat atas kepala tue dan malam tue tak boleh nak tidur pulak sebab batuk makin menjadi.


(dapat 3 jenis ubat tapi yang makan cuma dalam sampul tue jer huhu...)


Dan secara rasminya hari Ahad tue ai terjah hospital dan diberi MC satu hari. Makanya, disebabkan itu cuti ai bersambung2 sampai ke hari Selasa (cuti raya Cina) dan tak dapatlah nak hapdet blog.


By the way, nak ucapkan bebanyak terima kasih pada blogger HYZ sebab sudi review blog ai yang tak seberapa ini hehe nanti ai hapdet naaa kisah review dari HYZ.






p/s : agak kebengangan sikit bila pagi nie tak dapat nak berblogwalking gara2 semua page yang ai buka, asyik keluar ayat 'page not found'....kenapa, kenapa dan kenapa?

Thursday, January 19, 2012

Permohonan MyKad Baru

Salam u olsss...


Tadi ai dapat panggilan dari member tanya pasal MyKad baru yang dikeluarkan Jabatan Pendafatran Negara.


(kredit pic : BERITA SEMASA)




Alkisahnya Ahad depan dia nak ambik cuti untuk pi buat MyKad baru tapi tadi masa dok search kat google ai terjumpa makluman tarikh untuk memperbaharui MyKad.


Info dari mynewshub mengatakan bagi kawasan Alor Setar, tarikh permohonan MyKad baru ini akan mula dibuka pada 3 Februari 2012. Makanya secara rasmi member ai tue tak boleh lagi la nak perbaharui MyKad dia hehe...


Permohonan MyKad baru juga boleh dibuat di Kuantan dan Kuching pada 15 Jan ini, Melaka (17 Januari), Kota Bharu  (20 Januari), Kuala Terengganu (29 Januari) dan Pulau Pinang pada 29 Jan 2012, Miri  dan Kota Kinabalu, (6 Februari), Kuala Lumpur  (15 Februari) dan Sabah serta Sarawak pada 7 Februari 2012.





p/s: tak sabar nak keluarkan rm10 untuk buat MyKad baru hehe...(^_^)

Arwah Ibu Datang Ziarah Jenazah Anak

Salam u olsss...


Entri ni ai baca di blog ALAMS LEGACY, jadi ai minta kebenaran dari dia untuk share di blog ai. Selamat membaca yer dan semoga u olsss beroleh pengajaran dari cerita di bawah ini.




Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.

Kalau 80,000 tahun?


Subhanallah, Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui akan setiap satu kejadian yang berlaku di atas muka bumi ini. Semoga kita semua beroleh pengajaran yang terbaik dari cerita itu.

Ingatlah: SEMBAHYANGLAH ANDA SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGKAN!



Kredit to : ALAMS LEGACY

Tuesday, January 17, 2012

Tutorial dan Bercuti

Salam u olsss...


Lepas 3 hari bercuti panjang tanpa hapdet apa2 entri, maka masuk jer kerja trosss berhajat nak taip entri. Tapi hasrat masih terbantut lagi sebab dapat permintaan dari seorang rakan blogger minta buat tutorial hihi..


Lepas post entri tutorial tue sambil bersembang2 di shoutbox ada plak yang request tutorial lagi. Jadi demi tidak menghampakan permintaan mereka, maka kelmarin seharian ai buat dua tutorial. Dan pagi nie buka jer blog, terperasan plak satu komen minta ajarkan cara nak buat sticky post hehe..Makanya secara rasmi dalam blog ai dah ada 3 tutorial walaupun sebenarnya ai sendiri pun masih merangkak dalam dunia blogging nie. Tapi ada hikmahnya jugak bila ai buat tutorial nie sebab dari situ ai dapat belajar banyak benda baru. Even selama nie masa zaman study belajar coding tapi semua tue dah dilupakan jadi bila buat tutorial nie secara tak langsung dapat refresh balik yang lama2 dulu.


Esok sudah berhajat di hati untuk mengambil cuti semata2 nak pergi perabihkan beras duit hehe kebiasaan la kalau perabih beras duit tue maknanya pergi bersoping laa.. 


Sejak ai bekerja di opis baru nie kan, boleh dikatakan hampir tiap2 tahun ai pergi bercuti. Makanya di awal tahun baru nie member ai dah tanya, 'tahun nie nak menyeberang mana pulak' hehe...Kalau pada tahun 2010 banyak percutian di luar negara, tahun 2011 hanya cuti2 dalam Malaysia, apakah tahun 2012 nie akan kembali berulang percutian di luar negara hihi...Tunggu dan lihat saja nanti. Dan ke'cuti'an ai esok untuk bersoping jugak ada kaitan dengan urusan percutian bagi tahun 2012..hehe


Okehhh la apa2 pun nak ucapkan selamat bercuti buat seseorang yang baru jer lepas merdeka abis exam tue. Nak tahu sapa dia, sila baca ayat2 di bawah nie dulu eheh...



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ehh tak der per pun hehe biarlah tuan punya badan sendiri yang tahu hihi. OK babai.



50 Cucu Pilihan Atok Diperlukan

Salam u olsss...


"Woi, atok gile mencapub nak cari cucu hilang!"


Jom sama2 kita join segmen yang dianjurkan atok. Segmen nie akan ditutup bila cucu atok sudah mencapai 50 orang. Kelebihan yang akan dapat dari segemn nie ialah bila u olsss tersenarai sebagai 50 orang cucu atok maka secara otomatiknya blog u olsss akan dapat review secara percuma oleh atok. Jadi tunggu apa lagi, moh semua kita pakat terjah blog atok.

Cara Buat Sticky Post [TUTORIAL]

Salam u olsss...


Semalam dapat pulak permintaan dari blogger Henrietta Jose nak minta ai buatkan tutorial cara nak buat sticky post.




Jadi hari ini ai buat satu entri berkenaan yea.


Mula2 u olsss taip entri sticky post macam biasa dan publish terus. 

Lepas publish, u olsss klik EDIT POST (ambik entri yang berkenaan) dan bila dah buka entri yang nak buat sticky post tue, scroll ke bawah sampai u olsss jumpa ayat POST OPTIONS.





Klik POST OPTIONS dan halakan mouse ke ayat POST DATE AND TIME. U olsss akan dapat lihat button SET DATE AND TIME telah diklik secara automatik.


Maka, u olsss cuma ubah TARIKH yang hendak entri tue melekat sampai ke bila macam gambar di atas (contoh : entri mula2 ditaip pada tarikh 16 JANUARI 2012, pastu kalau u olsss nak entri tue melekat  sampai hujung bulan nie, jadi tukarkan tarikh 16 tue ke 31hb).


Kemudian klik PUBLISH POST dan VIEW BLOG. Entri yang u olsss nak jadikan sticly post tu akan sentiasa berada di atas sekali walaupun u olsss ada post entri terbaru selepas itu. Tapi entri nie akan bertahan sehingga tarikh terahir sahaja. Jika u olsss ada post entri terbaru selepas tarikh terakhir tue, maka entri sticy post nie akan turun ke bawah.


Okehhh, selamat mencuba yer.

Monday, January 16, 2012

Cara Nak Buat Tajuk Entri Berwarna [TUTORIAL]

Salam u olsss...


Ekcelli ai tak pernah buat tutorial tapi sebab nak memenuhi permintaan kawan2 maka ai godek2 blog otai2 tutorial untuk dapatkan info yang berkenaan. Kali ni cikgu ecan bertanya macamana nak buat tajuk entri berwarna.


(saja tempek shoutbox besaq2 nak gitau ada shoutbox syomel hehe...)



Klik DASHBOARD --> DESIGN  --> EDIT HTML


Cari code di bawah..guna Ctrl F

.post-title {


ATAU 


.post h3  {




Lepas jumpa, copy code di bawah dan paste DI BAWAH code yang u olsss cari tadi..



background:#000000 ! important;



Yang warna merah tue adalah kode warna. U olsss boleh tukar ikut warna yang u olsss suka.



UPDATED :

Kalau masih tak berjaya, cuba u olsss cari code macam nie pulak.


h3.post-title a {



Bila jumpa code tue, trosss u olsss pastekan code background:#000000 ! important; nie kat bawah code yang dah jumpa tue. Semoga berjaya hehe... (^_^)




Kredit to :  CIK NURFARAH

Cara Letak Reply Komen Pada Setiap Entri [TUTORIAL]

Salam u olsss...


Minggu lepas ai dapat permintaan dari Papa PUSS suruh buat satu tutorial macam mana letak nama secara automatik bila nak reply komen (maksudnya tak payah taip nama orang dah bila nak balas komen).





Mula2 pergi ke DASHBOARD --> DESIGN --> EDIT HTML dan tick pada expand widget template,



kemudian cari code  <data:commentPostedByMsg/>






kemudian masukkan code di bawah selepas code yang di cari tadi...



<span class='comment-reply'><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=GANTIKAN TULISAN INI DENGAN BLOG ID ANDA&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450&quot;); return false;'>
<big><b>Reply Comment</b></big></a></span>



Code tue perlu diedit dengan memasukkan ID blog u olsss sendiri.


Klik DASHBOARD --> DESIGN


Kemudian masukkan ID blog tue menggantikan tulisan yang berwarna merah dalam coding di atas tue.
Harap Papa PUSS berjaya buat yerrr... (^_^)



Kredit to : POL5K4H4CKR3W



Thursday, January 12, 2012

Petua Untuk Orang Sembelit

Salam u olsss...


Juz nak share dengan u olsss semua yer kot sapa2 ada mengalami masalah macam ai seperti dalam entri --> Sekadar Entri Tempelan | Sharing is Caring kan?.


 







(Klik gambar2 yer untuk mendapatkan tumbesaran yang lebih jelas.. )



Terima kasih banyak2 pada yag bagi segala petua2 tue dan kalau ada yang nak menambah lagi, jangan segan silu untuk berkongsi dengan ai yer sebab ai masih memerlukan apa2 petua lagi sebab masalah tue masih belum selesai hihi...


Cuma ai tertarik dengan petua diberi MYVITRD yang bagitau kena kurangkan minum MILO sebab MILO nie memang minuman feveret ai setiap hari. Jadi memang agak payah sikit lah nak kurangkan minum MILO tue hehe...


Okeylah apa2 pun ai nak ambik kesempatan nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH buat semua rakyat negeri Kedah dan selamat lah bercuti panjang selama 3 hari yer. Maka secara rasminya blog ai jugak bakal tak berhapdet selama 3 hari hehe..OK bai.

Aku Blogger Baru 2012

Salam u olsss...


Kali nie nak join segmen yang dianjurkan blogger HASRUL HASSAN (HH) yang bertajuk "Aku Blogger Baru 2012".




Apa perlu anda lakukan?
  1. Buat satu entri dengan tajuk: Aku Blogger Baru 2012
  2. Tempek badge/banner yang disediakan dalam entri tersebut sebagai hiasan dalaman, dan link ke entri ini.
  3. Tuliskan dalam entri anda, mengapa anda dianggap blogger baru 2012, dan nyatakan tujuan anda berblog. Dan berikan siapa sifu atau idola anda dalam dunia blogger - yang menyebabkan anda mahu berblog.


Sebenarnya ai bukan blogger baru sebab dah mendaftarkan diri dalam dunia blog sejak Februari 2009 (kira dah hampir 3 tahun laa) tapi makin aktif menjadi blogger baru 1 tahun 3 bulan (kira masih baru jugak laaa hehe...). Entri pertama ai mula di post hanya pada 29 Julai 2009.


Dulu tujuan asal ai berblog hanya sekadar tempat luahan perasaan sorang2 dan tak pernah ada follower pun sebab memang niat masa tue hanya untuk tatapan sorang2 jer. Tapi kemudian niat berubah nak pos entri2 kisah novel sebab ai ada novel karangan sendiri (pun novel nie sebagai rujukan untuk baca di kemudian hari). Dan hanya pada Disember 2010, ai benar2 aktif berblog dengan tujuan kembali ke asal iaitu sebagai satu tempat simpanan memori terindah dalam hidup.


Sifu saya dalam berblog sejak mula mengaktifkan diri dalam dunia blog ialah Bro Eyriqazz. Sejak saya berjaya menempekkan nama blog saya dalam senarai bloglist dia, sejak itu saya banyak berguru dengan dia. Dia salah blogger yang bukan saja tak kedekut berkongsi ilmu berblogging malah rajin buat GA dan contest.


Akhir sekali ai nak bagi definasi pasal blogger baru : suka ai tengok sekarang nie ramai blogger2 baru yang wujud dan ada kalanya entri mereka sangat2 power dan menarik. Harapnya mereka akan terus sukses berblogging dan jangan terlalu mengejar trafik sampai mengabaikan matlamat asal. Ok Sekian.

Wednesday, January 11, 2012

LIRIK CINTA SIAPA : siyes sungguh merdu dan mantap! (HALAQAH TV9)

Salam u olsss...


Semalam rancangan bual bicara terkenal, HALAQAH TV9 ada menyiarkan perkisahan mengenai 'LIRIK CINTA SIAPA' yang menjemput penceramah jemputan (lupa plak nama dia hehe...) yang pernah menjadi IMAM DIRAJA di Mekah.





Semalam sebelum sesi ceramah berkenaan dimulakan, Ustaz Erfino Johari selaku perantara meminta Imam tue untuk mengalunkan azan dan membaca surah al-Quran bagi mengembalikan kenangan semua ke Mekah dan Madinah.


Terpaku ai depan TV tue bila mendengar suara Imam tue. Automatik teringat kenangan masa bersolat di sana. 


Memang lirik cinta dari Allah s.w.t nie sungguh merdu dan mantap, dan tiada sesiapa boleh menandingi lirik dari DIA. Hatta lirik2 lagu pun tak boleh lawan ayat2 Allah s.w.t.






Jom sama2 kita hafal lirik cinta dari Allah s.w.t daripada menghafal lirik2 lagu yang tah apa2 sekarang nie.


LIRIK CINTA = AYAT2 DALAM AL-QURAN






p/s : doa2kan semoga ai dapat jemputan dari DIA untuk ke Baitullah lagi tahun ini.

Doa Perpisahan

Salam u olsss...


.


Kat atas tue adalah sebuah lirik lagu nasyid yang bertajuk 'DOA PERPISAHAN' yang dinyanyikan oleh kumpulan Brothers (xpasti betul ker tak sebab search dalam google, kumpulan MIRWANA pun nyanyikan jugak).


Ai pertama kali dengar lagu nie, tu pun sebab geng opis pilih lagu nie untuk dinyanyikan masa majlis terakhir bos we olsss yang bersara hari tu..


Masa nyanyikan lagu nie adalah jugak dua tiga orang yang menitiskan air mata mungkin sebab lirik dia terlalu menyentuh hati. Cubalah u olsss baca lirik dia dan hayati bait2 kata yang terkandung dalam lirik tue.

Tuesday, January 10, 2012

Ada apa dengan Pisang???

Salam u olsss...


Nama saya pisang. Ini rupa saya dalam versi yang sangat cumil. 


 
Cuma kali nie saya bukan nak cerita pasal macamana nak buat pisang goreng macam kat bawah nie.




Dan jugak bukan nak stori mori pasal dunia glamer saya yang pernah jadi hantu macam Kak Limah dalam 





Tapi ini kisah mengenai saya dan adik beradik pisang saya.







Ekcelli nak tanya dengan u olsss semua kot sapa2 tahu mengenai kisah setandan pisang. Kenapa yer kalau ada orang yang kita tak suka dan orang tue dapat bertukar ker berpindah ker, mesti buat kenduri pisang. Pernah jugak ai dengaq orang cakap; 'kalau dia nie pindah, kita gantung pisang' tak pun ayat camnie; 'kalau orang tue pindah, aku nak kenduri pisang kat masjid'.


Agak2 u olsss adakah pisang menjadi pengganti melepaskan rasa marah? Apa kaitan yer pisang dengan kebencian?

Pencarian 100 blogger Malaysia untuk portfolio seni AA Graphic

Salam u olsss...


Jom sama2 kita join Pencarian 100 blogger Malaysia untuk portfolio seni AA Graphic yang dianjurkan blogger ADAM.


U olsss cuma perlu lengkapkan maklumat seperti di bawah nie dan sertakan sekeping gambar untuk divectorkan.

Nama : FAIZATUN BINTI FARID
Tempat tinggal sekarang : ALOR SETAR, KEDAH
Join Blog sejak : FEBRUARI 2009
Link blog : http://slumberzgurll.blogspot.com


Giveaway Wang Kertas Baharu @Sharinginfoz

Salam u olsss...


Pagi nie dengan semangat baru ai nak join satu GA yang dianjurkan Sharinginfoz. Tajuk GA dia ialah : "Giveaway Wang Kertas Baharu @Sharinginfoz". Kepada sapa2 yang berminat nak dapatkan wang kertas baharu  tue boleh jer kalau nak join GA nie asalkan beralamat di Malaysia .




U olsss cuma kena reka slogan terbaik bagi memenangi wang kertas terbaharu itu.

 "Saya mahu wang kertas baharu kerana ingin menjadi orang pertama memiliki wang kertas yang sangat unik. (tidak lebih daripada 10 patah perkataan)

Monday, January 9, 2012

Ke Mana Hilangnya Cik MOOD?

Salam u olsss...


Semalam ada benda nak buat entri, entah kenapa dok buka jer page New Post dari pagi hingga pukul 5 petang tapi tak tertaip pun satu perkataan langsung.


Ingatkan nak sambung menaip hari ini tapi dari semalam lagi kepala rasa berat jer. Bangun pagi pun masih rasa keberatan. Maka oleh kerana sakit kepala, secara otomatik nya mempengaruhi mood untuk hari ini.







Dan disebabkan itu, hari ini dinyatakan secara rasmi sedang dalam proses ketiadaan mood huhu...Agaknya kan ke manalah hilangnya cik MOOD nie???





p/s : kalau sapa2 dok tanya dua tiga kali rasa cam nak jerit marah jerrrr.........haishhh

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke