Saturday, June 28, 2014

Keajaiban Ramadan

Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh keajaiban...Agar dapat kami harungi dengan penuh sabar, tabah dan redha.


Ya Allah, pinjamkanlah kami kekuatanMu untuk kami tegar menempuh ujian dan cubaan dariMu di saat Ramadan bakal menjelma dirinya esok. Semoga sinar itu milik kami sekeluarga.


Aku tak kuat Ya Allah, namun aku cuba menjadi kuat dan tabah dengan pertolonganmu Ya Allah...

Wednesday, June 25, 2014

Tuesday, June 24, 2014

Kuciwanya Rasa di Hati Ini....huhu.. :(





Hari ini rasa sungguh kecewa di hati bila eyza berhubung dengan orang di tempat eyza nak bertukar tue. Katanya tempat tu dah diisi oleh pegawai dari Perlis...huhu...Sedangkan sebelum keputusan keluar eyza dah berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Katanya setakat ni, pertukaran untuk jawatan eyza ni memang payah nak buat sebab semua yang berjawatan macam eyza akan ditarik ke 1MOCC. Adehh habis tu macam mana pertukaran orang tu diLULUSkan sedangkan eyza dah mohon bertukar sejak bertahun lamanya. Dasar diskriminasi apakah ini??? Tidakkah mereka memahami kesulitan yang dialami eyza?? Atas sebab-sebab kesulitan itu lah yang eyza beria-ia memohon bertukar....Kalau tak sebab itu, eyza redha jea duk kat tempat sekarang nie...ermmm

Saya Jadi Pengedar QasehGold.... (-_-)

Salam semua...


Eyza dah jadi pengedar produk minuman sunnah iaitu QASEH GOLD di kawasan KEDAH. Jadi kepada sesiapa yang berhajat nak beli, boleh la call eyza yea...Eyza jugak boleh COD sekitar kawasan Alor Setar, Jitra, Changlun, Bukit Kayu Hitam dan Sintok...








Wednesday, June 18, 2014

Monday, June 16, 2014

Semuanya Sebab Piala Dunia...



Tengok laa dua gaya Amsyar di bawah ni...Waktu gambar ni eyza ambil jam pukul 4 pagi. Bulat jea mata dia tak ada tanda-tanda mengantuk pun...hihi..


   

Khamis baru ni (12062014) Amsyar tidur awal dah. Dan eyza ingatkan pagi Jumaat esok laa baru dia bangun. Rupa-rupanya semangat dia tidur awal sebab teruja nak menonton perlawanan pembukaan Piala Dunia. Pukul 2.30 pagi dia bangun dah tak mau tidur. Semangat dia nak teman ayah tengok Brazil lawan Croatia. Sungguh-sungguh dia tengok kat TV tu. Sikit pun tak dak rasa mengantuk ka apa kaa...






p/s : Anak oo anak...kamu tu kecik lagi laa...Nanti tunggu besar-besar sikit baru tengok bola nie naa...hihi

Thursday, June 5, 2014

Sudah Masuk Jun Daa...

Salam semua...

Sat jea arini dah masuk 5 Jun. Cepat sungguh masa berlalu noo...Diam tak diam kita dah masuk pertengahan tahun 2014. Dan tak lama lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan.




Hari ini 05 JUN 2014 bermakna genap 7 tahun dah eyza bekerja di sektor awam. Masih kekal dengan jawatan yang sama namun tahun lepas adalah tahun pencapaian terbaik buat eyza. Mula-mula dapat APC dan lepas tue LULUS exam KPSL. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah atas kurniaan yang Engkau berikan kepada hambaMu ini.


Dan sekarang ni eyza hanya menunggu khabar bilalah permohonan pertukaran eyza akan diluluskan. Dah berpuluh kali eyza mohon tapi jawapan masih sama. TIDAK DILULUSKAN...Apa-apa pun mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.



Wednesday, June 4, 2014

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke