Wednesday, November 28, 2012

WW : Jadi Sihat Bila Hidup Gembira








p/s : tensen bangat sama keyboard telefon yang buat masalah menjadikan tanganku sakit!!!


Tuesday, November 27, 2012

Terima Kasih MUMMY ADRIANA cayunkk... (~_~)

Semalam on da way balik kerja eyza dapat panggilan telefon dari mama gojes hehe sapa lagi kalau bukan MUMMY ADRIANA. Tengah sedap bergosip anak dara dia yang kiut miut tu kacau daun lak hihi... Tapi sebab mama gojes tu dah banyak experience jadi sangat mudah jer dia handle gelagat Adriana.


(sori mummy, eyza cilok pic adriana letak sini hehe...)


Ekcelli MUMMY ADRIANA nak tanya pasal kehadiran eyza ke gathering GBS yang buat kat Utara iaitu di Komtar. Walaupun lokasi di sebelah negeri jer tapi eyza tak dapat menghadirkan diri sebab hujung minggu nie jer lah masa eyza yang ada untuk selesaikan perkara-perkara penting. Maafkan daku wahai MUMMY ADRIANA sebab tak leh nak join venture aktiviti GBS hihi...


Berbalik kepada tajuk asal kenapa eyza ucap terima kasih yer kat MUMMY ADRIANA.. Alkisahnya sebab MUMMY ADRIANA dengan secara percuma telah memberi eyza panduan dan nasihat berkaitan alam rumahtangga. Semua panduan dan nasihat itu diberi berdasarkan pengalaman MUMMY ADRIANA yang telah menjadi isteri Encik Firdaus dan mama kepada si comey Adriana. Mekasih bangat yer MUMMY ADRIANA. Segala jasa baik MUMMY ADRIANA akan eyza kenang selamanya. Tak sabar rasanya nak bertemu dengan MUMMY ADRIANA secara nyata. Dan semoga hubungan alam maya kita bertambah erat dan kukuh walau masing-masing sibuk dengan keluarga.


Kepada yang nak dapatkan khidmat nasihat secara percuma dari MUMMY ADRIANA sila call talian hotline 012-3456789..hihi mana boleh nak papar phone number mama gojes kat sini. Takut disalahgunakan lak nanti hehe... Tapi kalau nak kenal MUMMY ADRIANA dengan lebih rapat jom semua berkunjung ke blog hot MUMMY ADRIANA di SINI atau klik banner di bawah. 






Selain itu anda semua jugak boleh berkunjung ke fanpage RAMADHANI HIJABS sebab MUMMY ADRIANA jugak menjual tudung dan pashmina yang cantik-cantik belaka.






p/s : menaip entri sambil melayan filem AKU TERIMA NIKAHNYA hihi...

Sunday, November 25, 2012

Cerita semalam punya heuheuheu... (-_-)

Sekarang nie macam agak malas lah nak hapdet entri hohoho... nampak sangat penyakit MALAS mula melanda diri eyza...Ini pun dari tadi pagi bukak blog tapi satu apa pun tak taip hihi.. La ni baru mula nak mengarang ayat yang macam payahnya nak keluarkan idea nie dari kepala..Maybe nie lah akibatnya kalau malas mengasah minda hehe...Padahal dulu beria-ia eyza nak masuk kelas sastera demi minat mengarang dan mensasterakan diri... Tapi sebab dah lama tinggal bidang tue makanya teknik mengarang berpanjang ela dah tersangat dilupakan terus huhu...


Okeh la tak mau intro panjang-panjang sebab takut nanti lupa apa yang nak diceritakan. Sebelum tu walaupun dah terlepas tapi eyza tetap nak ambik kesempatan ini nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT 10 MUHARRAM atau lebih dikenali sebagai HARI ASYURA. Masa hari asyura nie lah baru berkesempatan merasa keenakan bubur asyura yang sekarang ni makin dipelbagaikan resepi dia. Eyza paling suka kalau bubur asyura tu dicampur dengan pisang dan durian. Sedap sampai berkali-kali  nak makan hihi... 


kredit to HERE


Ada jugak yang berpuasa Asyura semalam kan tapi eyza tak boleh berpuasa pulak sebab nak menghadiri kenduri kahwin di Penang.


إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى وَلِيمَةِ عُرْسٍ فَلْيُجِبْ

“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis kenduri perkahwinan (walimatul ‘urus), hendaklah dia menghadirinya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1429)



Kebetulan rumah kenduri ni terletak berdekatan Penang Port jadi bila tengok keadaan di Penang Port secara automatiknya teringat pada kawan baik eyza yang dok kat Miri la nie. Sapa lagi kalau bukan iNCik hehe... Dah lama rasanya eyza tak cerita perihal iNCik kat dalam blog nie hihi... Maybe esok ada lah kot cerita pasal dia sebab tengok kapal semalam terus ingat kat dia huhu...



 

Lepas habis kenduri tu ingat nak singgah ke Nagoya di Sungai Petani tapi sebab hujan sangat lebat maka destinasi diubah ke TESCO Sungai Petani jer.  Singgah minum dan makan sekejap bagi menghilangkan rasa kesejukan hujan tue. Duk target pukul 5 petang tu boleh la sampai di Alor Setar tapi kita hanya mampu merancang sahaja sebab hanya Allah yang menentukan segalanya. Nak bergerak keluar dari lampu isyarat dekat TESCO untuk ke Plaza Tol S/P (U) yang selalunya hanya memakan masa paling lama pun 10minit saja terpaksa ditempuhi selama 45 minit gara-gara keadaan jalan yang jem. Terperangkap selama tu pun eyza dah boring bangat, camnalah kehidupan orang kat KL yang tiap-tiap hari terperangkap dalam trafic jam nie. Bersyukurlah hidup di negeri yang aman tanpa kesesakan lalu lintas yang teruk nie.


Setakat nie dululah eyza menaip entri yang ntahapahapa nie hehe... Esok kita sambung balik yer tu pun kalau terRAJIN kehkehkeh...






p/s : tengah sedap mengarang ayat tetiba lalu dia yang cute kat depan nie... Perghhh sakit idung bau perfume dia yang kuat baunya hihi... (^_^)






Wednesday, November 21, 2012

Tuesday, November 20, 2012

Pelik Bila Gosip Itu Tiada hehehe...

Kalau siapa yang pernah baca blog eyza sebelum ni pasti akan ingat satu entri eyza pasal isu KAHWIN ni? Kalau nak tahu sila rujuk di SINI dan SINI. Dan kisah-kisah tu semua berlaku tahun lepas. Ibarat kata pepatah, what past is past. Tak payah nak ungkit dah hihi.




 

Tapi kali ini eyza buat entri bukan nak mengungkit hal berkenaan cuma terpelik sikit dengan telatah orang yang suka buat gosip tu sebab bila dah heboh isu eyza nak kahwin nie tak dak pulak dia menunjukkan muka nak bertanya hal ni. Kalau sebelum tue, sibuk sangat dia nak tanya macam-macam kat eyza. Siap datang ucapkan tahniah lagi pada benda yang tak ada lagi. Tapi bila benda dah sahih, tak dak plak kelibat dia datang ucapkan tahniah huhu...


Macam-macam kan perangai manusia nie hihi... Kalau benda tak betul, syok sangat dia bercerita dan bergosip. Tapi bila benda dah ada kesahihan, diam diri pulak huhu...





p/s : perghhh pastinya bestkan kalau bercinta selepas nikah?

Monday, November 19, 2012

Perancangan Yang Tak Menjadi... (~_~)

Minggu lepas eyza ada post citer pasal eyza kena hadiri bengkel di Shah Alam kan? Tapi atas sebab -sebab yang tertentu, eyza dan kawan sepejabat tak jadi pergi berkampung di Shah Alam. Makanya eyza kena lah datang kerja seperti biasa hehe...



Dan semalam kat opis eyza ada berlangsung majlis perasmian Karnival Kokurikulum Matrikulasi ke 12 (KAKOM) yang mana dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi.




Kali nie opis eyza menjadi tuan rumah bagi penganjuran karnival ni. Sangat-sangat meriah suasana di sekitar kawasan ini dengan kehadiran kontingen-kontingen kolej seluruh Malaysia... Tapi eyza tak berkesempatan nak tengok game tu semua sebab tak ada orang nak jaga kaunter huhu...





Oh ya hari ini keputusan UPSR akan diumumkan. Kepada yang dapat keputusan yang terbaik iaitu 5A, tahniah diucapkan dan kepada yang kurang bernasib baik jangan putus asa. Masih banyak masa nak buktikan kemampuan adik-adik semua. Melangkah ke alam sekolah menengah nanti banyak cabaran yang harus ditempuhi. Jadi masa tu kena belajar bersungguh-sungguh untuk menentukan masa depan yang akan datang.




p/s : cepat sungguh masa berlalu dah nak habis tahun 2012 huhu...

Thursday, November 15, 2012

Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H

Rasanya dah dekat seminggu eyza tak hapdet entri bertulis. Semalam eyza hapdet cuma gambar untuk WW saja. Memang berhajat di hati nak hapdet tapi seminggu ni tersangatlah banyak benda nak diselesaikan. 


Bermula dengan perkara yang membuat mummy adriana merajuk sehinggalah membawa ke minggu ini kesibukan berganda bila langsung tak sempat nak mengadap PC gara-gara kena terlibat dengan kursus.



Dan esok eyza akan terlibat dengan satu bengkel pemprosesan data di De Palma Hotel, Shah Alam selama 6 hari. Sedih bangat nie nak pergi bengkel kena naik bas ekspres. Letih nak usung beg naik turun bas huhu...


kredit to EYRIQAZZ


Kalau sempat, insyaAllah eyza akan hapdet blog dan kalau tidak nampaknya bersawang kembali lah blog ini...hihi... Apapun eyza nak ambik kesempatan hari ini nak mengucapkan SALAM AWAL MUHARRAM 1434H buat semua yang membaca coretan eyza nie.  Selamat tahun baru hijrah dan semoga kehadiran tahun baru nie akan membawa seribu makna dalam hidup anda sekalian.





Wednesday, November 14, 2012

WW - Sori Sayang2ku





p/s : mummy adriana dan princess fiona dah emrajuk dengan EYZa huhu...  : = )

Thursday, November 8, 2012

Naluri Seorang Ibu





Alkisahnya beberapa malam yang lepas mak eyza nak pergi dengar ceramah kat masjid. Jadi dia tak mau bawak handphone makanya handphone tu ditinggalkan di bilik eyza. Rupa-rupanya mak dah dok berasa akan ada panggilan penting yang masuk sebab tu dia tinggal di bilik eyza. Sebab selalunya mak eyza akan letak dalam bilik dia sahaja.


Naluri seorang memang selalu betul kan? Kalau dia jangka sesuatu benda nak terjadi selalunya akan terjadi.




p/s : dekat opis nie dah macam nak buat kenduri saja sebab semua orang dok sibuk bergotong-royong.

Wednesday, November 7, 2012

Tuesday, November 6, 2012

Biarlah Berpada-pada

Alkisahnya minggu lepas eyza ada appointment dengan klinik ECHO. Kebetulan masa tue selepas raya haji, jadi orang agak banyak jugak menunggu giliran. Dan ada satu pasangan suami isteri mengambil tempat di depan eyza dan mak.


Masa kejadian nie berlaku eyza ke tandas jadi mak eyza yang ceritakan perihal isteri pasangan tue.


Mungkin agaknya mereka datang dari jauh jadi si isteri nie tak sempat nak 'make-up'. Maka tanpa segan silu si isteri nie bawak keluar bedak dan tempek ke seluruh muka di depan orang ramai yang sedang memerhatikan gelagatnya. Tak cukup dengan tue, dia keluarkan pulak lipstick dan tenyeh penuh ke mulut huhu... 





Orang ramai yang tengok tue semua terkedu dengan gelagat dia padahal nak dikutkan di sebelah klinik tu ada jer tandas yang sangat selesa untuk dia ber'make-up' huhuhu... Kenapalah dia perlu nak 'make-up' di depan semua orang? Kot ya pun tak sempat nak 'make-up' kat rumah, pergilah tandas kat sebelah tue. Padanlah masa eyza tengok kat muka dia dah macam tepung gomak jer dengan mulut merah menyala macam mak ngah.





p/s : nak 'make-up' pun biarlah berpada kena tempat dan situasi huhu...  =)

Monday, November 5, 2012

First Impression Penting Dalam Berblog?

Baru-baru nie taiko blog iaitu bro Eyriqazz ada buka topik pasal First Impression dan dia minta kepada 7 blog terawal untuk kasi url blog untuk dia komen sebagai first impression dari dia.




Maka tanpa berlengah lagi terus eyza kasi url blog kat ruangan komen di fanpage Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka...hihi eksaited sungguh walaupun sebelum nie dah dikomen oleh bro eyriqazz di SINI.






Ini antara komen dari beliau yang terkini hehe....



InsyaAllah berdasarkan komen - komen dari taiko nie rasa macam nak buat giveaway. Kalau menjadi akan diumumkan nanti huhu harap-harap ada yang sudi menolong menambah baik apa-apa yang terkurang di blog eyza nie.




p/s : apa first impression anda pada blog Eyza yer?

Thursday, November 1, 2012

Andai Dia Pemilik Tulang Rusuk Kiriku



untuk bakal imamku, 
bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat..


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita 
di dunia dan di akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah


Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan


Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu 
yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita


Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.





 kredit to : SEINDAH CINTA ISLAM

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke