Showing posts with label INCIK. Show all posts
Showing posts with label INCIK. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Genap 2 Bulan - iNCik hilang :(



Takdir yang menentukan 

Pertemuan yang tak disangka 
Takdir jua yang menentukan perpisahan 
Di talian cinta ini 



Terjalin ikatan mesra 
Walau hanya seketika 
Bagiku sungguh bermakna



Masih terkenang lagi 
Kepadamu insan misteri 
Yang sudi bertamu di hati 
Tersentuh hatiku ini 



Rasa ingin bersamamu 
Menyapu si airmata 
Menghilangkan rasa sendu di hati
Setiap malam ku tunggu panggilanmu 



Resah hatiku menanti 
Walaupun sehari takku dengar suaramu 
Hati rindu 
Ku terasa dunia ini bagai terhenti





Lagu yang paling eyza suka semasa eyza berkawan dengan iNCik. Lagu nyanyian kumpulan ARROW - SENDU DI HATI, RINDU DI JIWA. Tahun ni masuk tahun keenam eyza dan iNCik menjadi sahabat sejati. Tapi entah apa sebab yang melanda, tiba-tiba iNCik menghilang terus dari diri Eyza. Serasa lirik lagu tu menceritakan kisah persahabatan yang terjalin antara eyza dan iNCik. Sungguh iNCik adalah seorang insan yang sangat misteri yang sudi bertamu di hati eyza sebagai teman rapat eyza.




Kali terakhir iNCik call eyza adalah pada 25 Oktober 2012 dan lepas tu terus iNCik menyepikan diri. Seolah-olah iNCik ada deria keenam yang boleh tahu situasi eyza yang bakal jadi tunang orang masa tue.



Buat iNCik, sahabat terbaik eyza di alam maya.... eyza doakan walau di mana iNCIk berada semoga iNCik berada dalam keadaan sihat dan selamat hendaknya. Walaupun kita tidak pernah bertemu langsung, namun eyza sentiasa ingat pada persahabatan kita ini.




p/s : ku berdoa semoga ikatan persahabatan ini tidak akan terputus walau masing-masing sudah berkeluarga!

Tuesday, October 30, 2012

Apa dah jadi?

Kenapa sudah tiada rasa keterujaan dengan panggilan dari dia?
Sedangkan panggilan itulah yang paling dinanti-nantikan selama sebulan lebih ini!!! Mana perginya rasa rindu selama ini pada suara dia? Suara yang unik dari kejauhan sana...





Apakah sudah wujud ruang yang baru di hatiku untuk mencintai bakal imamku?



Wednesday, September 12, 2012

Rupanya Air Laut Ada Banyak Warna

Baru eyza tahu rupa-rupanya air laut ada banyak warna huhu... Macam orang utara kata LOQLAQ SUNGGUH HAIH hehe..





Sebab hari tu, masa eyza naik feri kat Penang baru perasan air laut berubah warna. Selalu naik feri tak pernah perasan pun pasal air laut nie hihi.




Maka eyza merujuk kepada 'kawan terbaek' eyza yang memang pakar laut. Gelak jer dia bila eyza soal macam tue hihi...


Terus pulak cek di google dan menang air laut ada banyak warna. Selama nie dok ingatkan air luat nie ada satu warna jer tapi masa naik feri tue tengok ada 2 ton warna berbeza kat tempat feri tu lalu. Mula dari jauh ingatkan tue biasan cahaya tapi bila feri makin dekat tengok memang betul 2 warna berbeza.


Punyalah ketinggalan zaman eyza sampai dah umur macam nie baru tahu air luat ada banyak warna hihi...






p/s : adehhh pening kepala dengan kerenah mengada-ngada henpon eyza nie huhu... time nie lah dia nak buat hal!!!

Monday, September 10, 2012

Lobi Terbakar? Sabar Itu Satu Dugaan...

Khamis lepas eyza dapat call dari 'kawan terbaek' yang berada di nun di tengah laut mengkhabarkan satu berita sedih buat dia dan semua rakan sekerja.


~ lobi STAR CRUISE nie hanya sekadar hiasan jer hihi ~


Katanya dia dan kawan-kawan baru jer lepas memadamkan kebakaran yang berlaku di lobi kapal tempat mereka tengah kerja. Nasib baik kejadian tu disedari awal kalau tidak tak tahulah apa akan jadi kepada semua anak kapal. Suara dia masa tengah cakap tue pun kedengaran penat. Letih kot buat kerja dalam keadaan kelam kabut.


Dan alkisahnya, 2 hari sebelum tue eyza ada cakap hal kapal terbakar. Lebih kurang macam nie lah perbualan kami. Dia kata kat atas kapal tue tak ada pun orang nak buat open house. Pastu eyza cakap lah, satgi dok bakar lemang ketupat atas kapal tue kot terbakar pulak kapal. Dan tak sangka 2 hari lepas cakap tue memang betul ada berlaku kebakaran atas kapal dia huhu... Lepas nie kena hati-hatilah bercakap dalam situasi macam tue.


By the way, selamat bertungkus lumus dengan jayanya menyiapkan laporan kepada orang atasan. Sabarlah iNCik, dugaan tue buat awak!






p/s : berdoa semoga 'kawan terbaek' eyza nie sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan berada dalam keadaan selamat walaupun persekitaran kerja yang berisiko tinggi.

Wednesday, August 15, 2012

Lagu Raya Paling Feveret

Selalunya nak dekat-dekat raya nie pasti semua orang dok sibuk memainkan lagu raya kan? Baru ada feel nak balik kampung...Hoo hoo balik kampung. Pada yang balik kampung tue bermula hari ini berhati-hati ketika memandu yer dan bagi yang masih bekerja macam Eyza nie selamat berenjoy di opis yang sangat - sangat lengang hihi... mood enjoy la sangat padahal tak ada kampung nak balik tue yang gigihkan diri bekerja jugak di saat semua orang sibuk menghitung waktu nak balik beraya huhu. Sepanjang kerja nie inilah tahun pertama Eyza tak bekerja di petang raya sebab tahun nie kan raya jatuh pada hari Ahad. So Jumaat dan Sabtu memang public holiday dah kan.


Ehh pesal cerita tue pulak hehe padahal tajuk entri pasal lagu raya...Okeh okeh back to da school stori yer.




Antara banyak-banyak lagu raya yang ada (Eyza layan lagu raya dulu -dulu sebab lagu raya la nie macam tak boleh masuk dalam kepala) Eyza paling minat dengan dua lagu nie.


PULANGLAH - Aisyah




 SENANDUNG HARI RAYA - Dayangku Intan





Motip suka lagu nie sebab lagu nie mengingatkan Eyza pada sahabat terbaek Eyza yang berada nun jauh di tengah lautan yang dah bertahun-tahun tak dapat balik beraya huhu harap-harap ada rezki dia untuk balik beraya tahun nie.


Apa pulak lagu raya kegemaran kamu semua? Apakah lagu lama atau lagu baru atau lagu sendiri bikin sendiri nyanyi hehe...





p/s : sentap pulak tengah taip entri nie kat radio terpasang lagu SALAM UNTUK KEKASIH...perghhh syahdunya sebab lagu nie mengingatkan eyza pada seseorang huhu...
 

Friday, August 3, 2012

Aci tak balas kot sini jugak heuheuheu...

Amboi kemain kan tajuk eyza tue hehehe.. Nak balas apalah kot sini ekkk... Ekcelli nak balas entri dari seorang adik syomel yang sedang enak beronok ronok berpuasa di kampung halaman terchenta huhuhu...




Nak kena nie hihi ada ker suruh akak majuk dengan iNCik *ntahapahapantah hehe....rugi besar la kalau akak majuk dengan dia hehe...sebab tue akak nak majuk dengan kamu jer shayang. Tak lama pun kan... 500 saat jer hihi..Nah amik nie sebagai pembalasan khas dari akak hehee....





Cik tak marah aihh... Kalau cik marah cik tuju lagu macam nie jer kat kamu sayang...huhu

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
 
 
 
 
 
p/s : Kenal ker lagu sapa tue huhu kalau tak kenal pi tanya pak cik google kehkehkeh...

Wednesday, August 1, 2012

Alhamdulillah Bila Dengar Suara Itu

Rentetan daripada entri eyza yang masih lagi menunggu berita dari iNCik dan eyza bagi tahu last dia call pun pada 24 Julai. 





Jadi bila petang semalam dia call eyza, rasa lega menjalar dalam hati sebab kawan terbaek eyza nie berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.




Tapi eyza tak sempat nak tanya dia pasal kes KAPAL TERBAKAR tue sebab dia call pun masa dekat nak habis waktu kerja dia dah. Dan dia sedang bersiap-siap nak menunggu waktu berbuka puasa. Yerlah di MIRI kan waktu berbuka awal sejam dari tempat eyza nie. Dan InsyaAllah kalau eyza dapat maklumat dari dia nanti eyza sharekan di sini yer.





p/s : syukur masih boleh dengar suara yang sering tak lupa ucapan TAKE CARE... (✿◠‿◠)

Monday, July 30, 2012

Masih Lagi Menunggu Berita ... (╯︵╰,)

Sehingga ke saat ini eyza masih menunggu panggilan dari kawan terbaek eyza yang duk kerja di MIRI tue pasal kes kapal yang terbakar dipanah petir di Labuan. Sebab nak tahu berita yang sebenar punca kejadian boleh berlaku.


Last dia call pun sehari sebelum kejadian. Jadi rasanya sekarang nie mesti dia tengah sibuk berada di tempat kejadian teman bos dia siasat punca kejadian.


Bukan tak boleh baca di surat khabar tapi dengar sendiri dari orang yang terlibat di bidang nie rasanya maklumat lebih terperinci.




SEBUAH kapal dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno, Labuan, meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan lima pekerja yang berada di atas kapal hilang, awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Labuan, Supritendan Saiman Kasran berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Shahril Azmi Baharudin, 28, berasal dari Melaka.

“Mayat mayat mangsa ditemui rentung 90 peratus di bahagian dek kapal. Empat mangsa yang hilang ialah Muhammad Nazrin Khamsani, 20, (Kuala Lumpur); Mohd. Hanafi Khalil, 24, (Melaka); Zahari Hassim, 46, (Negeri Sembilan) dan Colanggoy Errol Calaluan, 22, (Filipina)," katanya di sini hari ini.
Tambahnya, 19 lagi anak kapal disahkan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.




p/s : berdoa mudah-mudahan cuti iNCik diluluskan dan dia dapat peluang beraya bersama keluarga tahun nie.

Thursday, July 26, 2012

Lama Tak Rasa Stress huhu...

Rasanya macam lama benar tak alami keadaan tension dalam bekerja sehinggalah pagi tadi ada dua pemanggil mencacatkan mood bekerja hari ini.






Tapi sempena bulan puasa bulan mulia nie, malas nak bertekak lebih-lebih dengan orang-orang yang tak sabar itu.





Ermmm eyza tukar template baru hasil rekaan CAER. Oke tak korang?






p/s : terkejut baca wall kat fB orang dok cerita pasal kapal terbakar di Labuan. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya dan al - fatihah buat mangsa yang meninggal... iNCik plisss call me just to know what happen huhu... :(

Monday, July 9, 2012

Apakah iNCik pakai CCTV hehe... (^_^)

Kalau rindukan sahabat terbaek saya merangkap teman sejati, pasti eyza taip kat status facebook kata rindu dia dan macam magnet jer trosss dapat call dari dia.






Kadang2 terpikir jugak, apakah iNCik pakai CCTV yer? Sebab kerja macam dia memang tak menentu masa. Kalau ada masa free jer, baru dia boleh call ai.


Makanya, bila macam agak terlalu lama tak dengar suara dia dan rindu nak dengar suara macho dia, selalunya ai tulis kat wall facebook ataupun dalam blog.


Tapi agak menghairankan jugak bila setiap kali post ayat2 macam tue, dalam beberapa minit atau lebih kurang sejam, dia pasti terus call. Macam ada posmen tak berbayar atau angin tolong menyampaikan pulak.


Cik MaYa MustWany pulak kata kalau kita terinagt orang tue bermakna orang tue pun akan ingat kita jugak huhu...



Macam petang semalam jugak ketika eyza tengah down dan rasa sedih dan kebetulan jugak eyza merindui dia setelah 16 hari dia tak call, dalam pukul 8.00 malam tue dia call. Rasa sedih dan down tue terus lenyap bila dengar suara dia sampai eyza rasa eyza senyum hingga ke telinga.






p/s : draf dari bulan Mac tapi baru hari ini sempat publish huhu..siapa iNCik? errr nanti la eyza stori mori pasal dia ekk.. ~✿>>

Monday, June 11, 2012

Alahai Sabar Jer iNCik...

Tadi dapat panggilan dari iNCik. Dia cakap tengah kepeningan sampai dail nombor telefon ai pun silap. Boleh pulak dia pergi dail nombor apek mana tah hihi..


Sebenarnya dia sedang kepeningan sebab platform minyak kat tempat kerja dia terbakar. Nasib baik yang terbakar tue platform A sebab dia berada di platform B. 






Tapi walau berlainan platform yang terbakar, tetap dia jugak kena buat laporan hantar kepada bos nak maklumkan keadaan dan situasi yang berlaku. Sebab tue dia kepeningan sampai tersilap dail nombor telefon.


Alahai sabar jer lah iNCik dengan kerja tue. Kalau rasa tensen-tensen jangan segan jangan malu, call jer ai. Sekurang-kurangnya tak terasa sangat bebanan kerja yang tak pernah habis tue.






p/s : laut tengah bergelora dengan ombak kuat sekarang nie dan episod iNCik memakai life jacket ketika tidur berulang kembali huhu...

Monday, May 14, 2012

Semoga Selamat Pergi dan Selamat Pulang

Hari Jumaat lepas, iNCik ada call maklumkan dia akan bercuti. Ingatkan dia bercuti untuk balik kampung. Rupa2nya hari Sabtu tue, dia dibenarkan turun ke darat tapi kena ke Terengganu.


Dia menemani bos untuk menyiasat kejadian loji gas PETRONAS di Terengganu meletup.





Semoga iNCik selamat pergi ke Terengganu dan selamat kembali semula ke MIRI.




p/s : macam berhari2 jugak iNCik akan berkampung di Terengganu, agak2nya sempat tak bercakap dengan dia sebelum bertolak pergi?

Monday, April 16, 2012

Akhirnya MIRI dan ALOR SETAR bersatu kembali

Salam u olsss...


Setelah hampir 2 bulan tiada jantan voice kedengaran, dia memunculkan diri semalam. Seronok beronok bila dapat mendengar suara dia.


Akhirnya kisah antara MIRI dan ALOR SETAR bertaut kembali... (^_^)


kredit to GOOGLE



Setelah dua bulan iNCik merantau ke seluruh dunia, dia akhirnya kembali meneruskan kerja di MIRI. Sempat juga bersembang dengan dia ke negara mana dia sepanjang 2 bulan. Dan ini jawapannya.


"Orang IMIGRESEN pun sampai naik boring bila asyik muka dia jer duk sua pasport minta cop."


Ala nak buat camana, dah memang tugas macam tue kena bergerak ke serata negara hihi...maka terpaksalah buat muka tebal bila berhadapan dengan pegawai imigresen.



Dan dia cerita, semua negara dia pergi kena buat kerja di laut tapi bila dia ke SUDAN, aktiviti menggali minyak dilakukan di atas darat. Di sana, dia ditempatkan di satu kawasan berpagar dan diawasi oleh polis2. Kalau nak keluar dari kawasan berpagar tu, mesti kena 'escort' dengan polis2 nie. Sungguh-sungguh ketat jugak yer kawalan keselamatan di sana. Agaknya, takut minyak SUDAN diseludup keluar tanpa sah kot.



Tak apalah janji dia dah selamat sampai ke Malaysia walaupun perubahan cuaca di setiap negara membuatkan dia demam. Jangan lupa take a rest yer. Dan yang penting, bermula semalam akan kedengaranlah jantan voice mengucapkan 'TAKE CARE'.





p/s : rasa rindu sudah terubat...  (~_~)

Sunday, March 18, 2012

Memang Mood Ke Laut Dah

Salam u olsss...




Bulan nie memang mood agak ke laut lah... Kalau boleh diselam agaknya dah sampai ke pantai Vietnam hehe...


Idea ada nak tulis tapi pergerakan macam malas jer nak dilaksanakan. Semua ini gara2 orang Vietnam lah. Ehh bukan orang asal Vietnam, tapi orang Malaysia yang tinggal di Vietnam sekarang nie.








Nasib baiklah ada dua orang gadis yang syomel dan cute sudi melayan kerenah ai yang tengah ke laut nie hihi...Thanks ❤MaYa MustWany❤ dan Princess Fiona....





p/s : muncullah seseorang itu walau hanya dalam mimpi.....

Saturday, March 10, 2012

Rindu itu Ada Pada Kamu

Salam u olsss...


Hari ini cukup sebulan tidak mendengar suara iNCik. Rindu sangat2 nak dengar jantan voice dia yang selalu tak lekang dengan ucapan TAKE CARE di akhir perbualan.





Lamanya nak dapat line telefon baru di sana. Rindu pada my BFF nie sampai ai buat sampan guna kertas terpakai menyatakan rasa kerinduan padanya hihi...


(buat sampai pakai kertas promosi dari bank hihi....)




Kalau iNCik kata camni okey gak hihi...







p/s : oh orang VIETNAM, tolong jaga my iNCik bFF elok2 yer...

Monday, February 6, 2012

Kisah antara MIRI dan ALOR STAR berakhir...

Salam u olsss...


Hari ini di bulan Februari maka secara rasminya berakhirlah segala kisah2 antara MIRI dengan ALOR STAR.





Dan akan bermulalah sesi kisah baru antara 2 buah negara, MALAYSIA dan VIETNAM.





Bila sebut pasal VIETNAM apa yang terlintas di kepala ialah teringat masa zaman belajar subjek Sejarah dulu, ingat pasal Sungai Mekong hihi...


Apa2 pun selamat berangkat yer. Take Care and Safe Journey iNCik.

Thursday, January 5, 2012

Bila Susah, Tiada Siapa Sudi Membantu

Salam u olsss...


Adat dunia kan bila kita dalam kesusahan, rupa2nya susah nak mengharapkan bantuan orang lain.


Bila jadik macam nie mulalah ingatkan iNCik huhu...Kalaulah iNCik dok Aloq Setaq dah lama minta tolong dia tapi masalahnya iNCik nun jauh di Miri.

Monday, December 19, 2011

Semakin Hari Semakin Rindu | Rindu Sudah Terubat

Salam u olsss...


Ke hadapan iNCik yang sangat2 dirindui...

Apa khabarmu di sana? Ku disini sangat2 merindui suara dan cerita2mu. Di manakah kau sekarang wahai iNCik. Hampir 3 minggu aku tidak mendengar suara unikmu itu.
Perbualan kali terakhir kita pada 1 Disember tidak menunjukkan sebarang perubahan pada dirimu. Kau tetap ceria seperti selalu. Tiada apa yang pelik pada perbualan kita itu.
Ke manakah kau menghilang iNCik? 



Ayat2 di atas di taip pada pukul 11:14am tetapi terhenti sebab dapat panggilan. Dan rupa2nya itu panggilan dari iNCik.


Terima kasih iNCik sebab terdengar luahan hati ku. Dan segala persoalan telah terjawab ke mana menghilangnya iNCik selama ini. Rupa2nya iNCik telah menjadi salah seorang calon SPM hehe...





Dan terima kasih sekali lagi sebab sesampainya iNCik di atas kapal, trosss menghubungi ku. Walaupun flight tiba di Sarawak pagi tadi dan trosss bertolak masuk kapal tapi iNCik tetap call dalam keadaan masih letih. Thanks, thanks and thanks iNCik sebab always be my best frenz 4ever. Seperti tahu2 jer ai akan hepy dan tak moody bila dengar suara dia, trosss dia call.




p/s : walaupun jumpa banyak cewek2 masa exam di Indon tue tapi ku tetap dalam ingatanmu. Nah peluk cium kerinduan untuk kamu hikhikhik....









Thursday, November 24, 2011

Terima Kasih Angin

Salam u olsss...


Entri ni tak berkaitan dengan semalam --> AKU RINDU HANG... So cik mas, nak main kompang kena tunggu lain tahun naaa hehe...


Semalam memang tengah merindu seseorang yang nun jauh berada di MIRI. Agaknya sebab sibuk, maka sudah 3 hari dia tak koling2 ai. Jadi saja gatai tangan post kat mukabuku suruh orang yang dirindui nie koling2 ai.


Dekat 1 jam lepas pos status, terus dapat call dari iNCik. Huahuahua adakah angin telah membaca status mukabuku ai lalu menyampaikan pesanan pada iNCik? Apa2 pun terima kasih yer angin sebab sudi menjadi posmen tak berbayar.

Thursday, November 10, 2011

Syukur kami tak pernah bertemu

Salam u olsss...


Pagi semalam masa tengah jalan menari2 kat dashboard untuk tengok apa perutusan terkini dari u olsss semua, ai ternampak satu tajuk entri yang selalu sangat orang buat dah. Berkenaan feveret blog dia. Dia senaraikan 6 blog, 2 daripadanya ai memang selalu terjah tapi ada satu blog dalam senarai dia amat2 menarik hati ai untuk selongkar balik entri2 dia...


Bila ai buka blog dia, rasa sesuatu menarik ai untuk terus melekat membaca coretan dia.'BILA HATI BERBICARA' nie banyak berkisah mengenai kerinduan seorang kekasih terhadap arwah bf dia. Apa yang tersentuh dan terkesan di hati ai, bila dia mengungkapkan kerinduan bila teringat segala kenangan bersama2 arwah bf dia. Kalau u olsss nak baca lebih lanjut kisah mereka, jengahlah 'BILA HATI BERBICARA' yea.


Ai tak leh nak cerita semua sebab ai buat entri nie cuma nak ucapkan syukur tetiba teringatkan iNCik. Sebab ai dan iNCik tak pernah lagi bertemu bersua muka walaupun dah 4 tahun kami kenal. Syukur kami tak perlu mempunyai segala kenangan manis untuk diingat ataupun barang2 untuk disimpan if something happen. Bukan mendoakan just in case ada apa2 jadi, tak adalah ai nak terasa sangat dengan kehilangannya.


 tengok kapal, ingat iNCik hehe....


Syukur sebab sepanjang tempoh perkenalan kami, hanya telefon dan email menjadi penghubung merapatkan hubungan kami. Bukan tak berniat nak jumpa, tapi tugasan iNCik tue agak menyukarkan kami untuk saling bertemu. Dalam sebulan ada la 4-5 hari saja dia boleh balik. Tolak tambah darab dan bahagi dengan masa perjalanan, ada lah dalam 3 hari jer dia boleh ada kat umah. Kesian plak kalau kami bertemu nanti, bila masa iNCik nak luangkan masa dengan keluarga dia. Walaupun kami sekampung tapi sekali pun tak pernah terserempak hehe...


Cukuplah ai rasa hanya telefon tempat kami bertemu dan bersembang serta bergaduh...hehe Di telefon jugaklah kami saling mengenali masing2. Yang paling utama, kami selalu bergaduh2 isu kerja kerajaan dengan swasta hehe... Yerlah dia kan kerja syarikat minyak yang gajinya sebulan bersamaan dengan gaji ai 3 bulan.


Dan selalunya ai banyak jadi pendengar setia untuk setiap masalah dia. Ai tak pandai pun nak selesaikan masalah dia, tapi sekurang2nya dia tak kan tensen bila dapat luahkan masalah.


Kesimpulannya, insan misteri nie yang selalu tak lekang dengan ucapan 'take care' di akhir perbualan kami, sentiasa mendapat tempat istimewa sebagai salah seorang kawan terbaek yang ai pernah ada. Even tak ada sebarang kenangan untuk disimpan di saat berjauhan, tapi ai tahu dia sentiasa dekat di hati. Bila dengar lagu dari kumpulan Arrow, otomatik teringat iNCik nie hehe...



Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu di hati
Setiap malam ku tunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari takku dengar suaramu
Hati rindu
Ku terasa dunia ini bagai terhenti
Aku tahu kau rindukan aku
Belaian kasih mesra untukmu






p/s : good luck for u iNCik untuk exam yang akan berlangsung di Indonesia nanti  =)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke