Wednesday, April 23, 2014

Monday, April 21, 2014

KEK TIRAMISU HARAM?

Minggu lepas eyza ada buat Kek Tiramisu dan bawa mai sikit ke pejabat bagi kawan-kawan rasa. Lepas tu pagi tadi sorang member mai bercerita kat eyza.. Dia kata dia cakap kat member minggu lepas makan kek tiramisu eyza buat sedap sangat. Lepas tu sorang member dia menyampuk cakap, "TAU TAK KEK TIRAMISU TU HARAM. TAK BOLEH MAKAN".


ini rupa kek tiramisu Eyza tue...



Erkkk terkedu seketika eyza sebab rasa-rasa eyza masa eyza buat kek tu tak ada pulak letak benda haram. Jadi gigihla eyza mengoogle cari kebenaran di sebalik kata-katanya. Jadi eyza dapat beberapa artikel yang membincangkan isu mengenai taraf halal kek tiramisu ini. Cuma eyza kongsi satu jea artikel yang bagi eyza sudah cukup jelas menerangkan hal ni.



sumber : SINI


Eyza setuju dengan ayat-ayat di atas yang menyatakan tanpa likuer pun, kek kita tidak akan terjejas rasanya. Dan eyza memang yakin kek yang eyza buat tu tak ada campuran likuer atau rum langsung. Jadi, buat yang suka membuat pelbagai spekulasi tak betul ni, harap-harapnya selidik dulu sebelum berkata-kata.

Wednesday, April 16, 2014

WW ~ UJIAN





Allah baru jentik hati sikit...
Kita dah mengeluh..
Tak tahan dengan ujian yang diberi.

Itu baru sikit ujian yang Allah bagi...

Ingatlah yang ada orang diuji dengan lebih berat lagi.

Jadi, BERTABAHLAH dan BERSABARLAH dalam mengharungi pancaroba kehidupan.

HASBUNALLAH WA NIKMAL WAKIL

Thursday, April 10, 2014

Batu Karang dalam Hempedu

Eyza mula didiagnosis mengalami batu karang dalam hempedu atau gallblader stone (ada doktor cakap tu bahasa orang kampung hehe...) ketika eyza mengandungkan Amsyar 35 minggu. 


Masa kandungan dah masuk 8 bulan, memang eyza selalu rasa sakit-sakit kat atas pinggang sebelah kanan. Mula-mula eyza ingatkan sebab anak duk sebelah kanan badan jea. Tambahan pula perjalanan ke tempat kerja agak jauh. Jadi eyza ingat sebab duduk dalam van lama kot tu yang rasa sakit-sakit macam tu. Dia rasa macam nak duduk tak selesa. Duduk lama-lama sikit mesti kena bangun tak pun goyang-goang badan bagi ada pergerakan sikit.


Sampai la pada satu hari tu eyza ke klinik sakit puan nak cek kandungan. Masa dok tunggu giliran sampai tu eyza bagitahu kat mak yang eyza rasa tak selesa nak duduk. Rasa sakit kat atas pinggang tu. Jadi masa masuk bilik doktor tu, mak eyza pun bagitahu kat doktor apa yang eyza rasa.





Lepas tu bermulalah sesi eyza berurusan dengan Hospital Sultanah Bahiyah. Temujanji pertama tu doktor cuma nasihatkan eyza jangan makan makanan berminyak dan berlemak sangat. Kena lebih utamakan makanan rebus-rebus. Dan dia nak eyza berjumpa kali kedua pulak selepas eyza habis pantang. Yea la kan masa tengah mengandung mana boleh buat apa-apa lagi. Nanti merbahaya kat baby dalam perut. Tu yang kena tunggu eyza selamat bersalin dulu.


Dan selepas perjumpaan kali kedua tu baru eyza dapat tarikh untuk buang batu dalam hempedu tue. Pengalaman buang batu dalam hempedu ada eyza ceritakan dalam entri PENGALAMAN DI DEWAN BEDAH.


Sehari duduk dalam wad dan diberi cuti seminggu untuk berehat di rumah. Alhamdulillah sekarang eyza dah beransur pulih cuma tinggal bekas luka tebukan itu aja.

Wednesday, April 9, 2014

WW ~ Peneman Di Kala Mandi




Inilah peneman eyza selama seminggu masa nak mandi. Benda yang amat berguna sepanjang eyza tak sihat nie..Murah-murah jea nie. Sekeping rm1.00...Ada bermacam saiz tapi eyza ambik saiz yang paling kecik sekali. Oklah tu muat-muat nak tutup tempat luka tue hehe...

Monday, April 7, 2014

Ehh Ehh Saya Kawin dengan Artis Kerr?

Dulu eyza ada buat entri bertajuk Auwww Saya Bukan Retis Oke! dan sekarang nie benda nie terjadi semula cuma tertukar orang saja. Dulu eyza, dan sekarang hubby pulak...hihi...




Sejak kami kahwin nie, ada saja orang dok bergosip cerita pasal kami. Bukan kaum-kaum ibu saja rajin bergosip, tapi abang-abang macho badan sasa pun sambil dok menyembang cara-cara nak tackle awex dan lagi duk bercerita perihal kami. Pendek kata apa saja yang kami buat, mesti jadi bahan bualan orang-orang sekeliling. Kadang-kadang rasa macam eyza ni kahwin dengan artis pulak sampai orang asyik nak bergosip...hehe...

Friday, April 4, 2014

Pengalaman Di Dewan Bedah

Tanggal 12 Mac 2014 (RABU) buat pertama kalinya eyza masuk ke dewan bedah. Seram sejuk dan seriau waktu tu bila ditolak masuk ke situ. Selama hidup ni, tak pernah lagi eyza masuk ke dewan bedah. Jadi tak tau macam mana keadaan dalam tue.


Eyza dimasukkan ke wad pada 12 Mac tu dekat pukul 7 pagi. Perjalanan merempit berdua dengan suami selepas solat Subuh diiringi rasa sayu. Sayu kerana meninggalkan pertama hati kami seawal pagi sedangkan waktu eyza tukar pampers dan salin baju, dia macam seronok sangat ingat eyza nak bawa dia pergi jalan-jalan. Sebelum pergi tu, memang eyza cium dia banyak kali sambil menahan air mata dari turun. Rasa macam nak pergi berperang jea masa tue...hehe


Sampai di wad K2, eyza daftar diri dan diminta bertukar ke baju hospital. Lepas tu ada doktor datang soal selidik berkaitan sakit eyza. Dan eyza kena duduk di dalam wad tu sehingga giliran eyza tiba. Ikut rekod, eyza dapat nombor 4. Ingatkan nombor 4 tu sat jea rupa-rupanya pukul 12.30 tengah hari baru nama eyza dipanggil. Berdebar-debar rasa hati saat diri ditolak masuk ke dewan bedah sambil diiringi suami, mak abah eyza dan mak cik eyza. Semua mereka menunggu di luar dewan hingga eyza selesai proses di dewan bedah.


Masa masuk dalam dewan bedah tu, eyza rasa panas jea walaupun tempat tu tertutup dan dilitupi air-cond. Mungkin sebab eyza takut kot noo...hehe..Dekat pukul 1 petang, baru eyza di bawa masuk ke dalam tempat pembedahan. Di dalam tu, eyza dikelilingi ramai orang di sekeliling katil. Masing-masing ada tugas sendiri. Masa seorang nurse ni bagi eyza sedut alat macam oksigen (mungkin alat tu ada ubat tidur dan ubat bius), eyza rasa lali semacam. Tapi mereka tak bagi eyza tidur lagi. Dia suruh eyza mengucap dan baca doa tidur. Lepas tu, terus eyza tak tau apa yang berlalu kat eyza. 





Terkejut jaga pukul 3.30 petang, eyza rasa sejuk sangat dan lepas tu rasa macam blur. Mungkin kesan ubat tidur dan ubat bius tu masih ada lagi. Lepas eyza dah okey sikit, baru nurse datang bawa eyza balik ke wad. Eyza keluar tengok dah ada semua menunggu eyza tapi eyza tak larat nak cakap apa lagi waktu ni. Rasa masih mengantuk lagi. Duk kat wad, baru eyza cakap kat suami eyza lapar sangat. Yea lah eyza tak makan sejak dari pukul 10.00 malam Selasa hingga masuk ke dewan bedah. Sebab eyza kena berpuasa supaya proses itu berjalan dengan lancar.


Lepas tu mak abah dan mak cik eyza balik dan suami eyza keluar beli makanan, eyza ambil kesempatan tidur balik sebab bila buka mata rasa tak selesa jea. Rasa kepala macam berpusing-pusing lagi.


Dan dalam pukul 6.30 petang, nurse bagitau eyza dah boleh discharge wad. Alhamdulillah syukur sangat-sangat proses berjalan lancar dan eyza dapat balik jumpa anak kesayangan. Masa eyza sampai kat rumah, anak eyza macam protes marah sebab eyza lambat balik...hehe...Cian dia kecik-kecik tak faham lagi apa yang berlaku kat ibu dia. 


Wednesday, April 2, 2014

WW ~ Doa Mohon Dipermudahkan Segala Urusan



Bangkitlah dari kegagalan dan berusaha tanpa jemu. Caiyok. U can do it!


Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke