Thursday, June 30, 2011

Melawat 12 masjid dalam masa 1 jam sahaja!!!

Salam u olsss...

Sempena hari terakhir bulan JUN, jadi ai nak buat entri last punyerrr pasal percutian baru2 nie ke Terengganu.

Masa we olsss melawat Masjid Kristal kat Taman Tamadun Islam, adik ipar ai ajak we olsss lawat lebih dari 10 masjid yang lain dalam masa 1 jam sahaja! Memula tue rasa 'ehh biar betul, sempat kerr 1 jam saja'.

Bila dibawa ke Taman Monumen, baru tahu rupa2nya pergi melawat monumen2 masjid saja. Okey kat bawah nie ada beberapa gambar yang sempat di ambil dan ada beberapa masjd saja yang ai tahu namanya.

Jadi, selamat menjamu mata ye dengan pemandangan monumen2 dari negara2 luar.


(TAMAN MONUMEN)



(MASJID XIAN, CHINA)


(MASJID BESAR AGADEZ, NIGER)










 (MASJIDIL HARAM, MEKAH)


 (MASJID MOHAMED ALI, MESIR)


(TAJ MAHAL , INDIA)


(MASJID NABAWI, MADINAH)


 (MASJID SULEYMAN, TURKEY)


(MASJID SHARIF, RUSSIA)

Wednesday, June 29, 2011

Selamat Menyambut Isra' Mikraj

Salam u olsss...

Hari ini 27 REJAB 1432H merupakan hari peristiwa ISRA' MIKRAJ bagi umat Islam yang berada di seluruh dunia.

Dan hari ini juga merupakan hari cuti umum untuk KEDAH, PERLIS dan NEGERI SEMBILAN. Seronok ronok nyerrr boleh relaks dari kerja. Buat yang tak bercuti, janganlah jeles ekkk hihi

Peristiwa yang paling penting berlaku ketika Isra' Mikraj adalah baginda Nabi Muhammad s.a.w mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Okehhh kat sini ai nak kongsikan sket cerita peristiwa Isra' Mikraj nie yang ai search kat Wikipedia. Walaupun semua dah tahu tapi tak salahkan kalau sekadar nak memperingati kembali.



Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram  ke Masjidil Aqsa di Jerusalem  / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat  masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.

Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim , Nabi Musa dan Nabi Isa.  


Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w.  sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T  untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w. 


Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53),Nabi Muhammad s.a.w.  didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.

Tuesday, June 28, 2011

Hebatnya Al-Quran

Assalamualaikum...sahabatku, kita selalu bertanya tapi Al-Quran telah pun menjawabnya...




1. Kenapa aku diuji?
    Jawabnya - (Surah Al-Ankabut : Ayat 2-3)

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


2. Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam2kan?
    Jawabnya - (Surah Al-Baqarah : Ayat 216)

Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

3. Kenapa ujian seberat ini?
Jawabnya - (Surah Al-Baqarah : Ayat 286)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". 


4. Kenapa rasa kecewa?
Jawabnya - (Surah Ali Imran : Ayat 139)

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman.

5. Bagaimana harus ku hadapi?
Jawabnya - (Surah Al-Baqarah : Ayat 45)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.


6. Apa aku dapat dari semua ini?
Jawabnya - (Surah At-Taubah : Ayat 111)

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

7. Kepada siapa aku berharap?
Jawabnya - (Surah At-Taubah : Ayat 129)

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

8. Aku tak dapat tahan!!!
Jawabnya - (Surah Yusuf : Ayat 12)
Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya dia bersuka ria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".




p/s : info ini ai dapat dari seorang kawan yang sms. Jadi ai paparkan di sini untuk dikongsikan dengan semua. Sama2lah kita renung-renungkan dan ambil ia sebagai satu ilmu.

Monday, June 27, 2011

Sedih dengar cerita mereka

Jumaat yang lepas, ai sefamily pergi melawat seorang sedara yang tinggal di Rumah Seri Kenangan, Bedong, Kedah.



Masa lalu kat kawasan nak ke asrama, hati trosssss dipagut rasa sayu tengok keadaan sekeliling. Dalam hati terpikir macamanalah penghuni di sini menghadapi hidup sehari-hari.

Sampai kat bilik yang menempatkan sedara, kunjungan kami bukan sahaja disambut sedara saja tapi jugak oleh rakan2 sebilik sedara ai ni. Di wajah masing2 terpapar rasa ceria dengan kehadiran pengunjung luar.



Lepas tue masa tengah berborak2, ada sorang pak cik nie meminta sesuatu dari kami yang membuatkan semua terdiam sedih.


'Cik, kalau nak datang lagi nanti, bawakkan pak cik buah oren sunkist. Dah lama tak makan.'

Pak cik yang berasal dari Klang, Selangor nie pun mula bercerita perihal diri dia. Katanya, dia rindukan anak dia yang tinggal di Cheras. Baru2 nie bila dia telefon si anak nie, telefon tak berangkat. Anak dia tanak layan dia dah.
Sayu hati dengar cerita dia. Tapi walau dalam kesedihan, nada suara dia masih lagi ceria. Mungkin dia cuba menyembunyikan perasaan sedihnya.

Sampai  hati si anak mengabaikan orang tua. Rupanya kerja yang hebat belum tentu menjamin hati budi yang baik.


Kalau u olsss perasan, kat belakang ai tue ada sekumpulan penghuni berbilang bangsa sedang berehat selepas habis makan malam.

Rupanya NAJWA 'SENYUM' Anak TPM!!!

Punyalah lama dok dengaq lagu 'KAU YANG PUNYA' dan yang terbaru 'SENYUM', baru ai tahu yang penyanyi duet dengan Malique Too Phat tue rupa2nya anak kepada Timbalan Perdana Menteri kita.





Ai dapat tahu pun sebab sipi2 terdengar masa ai pergi kursus baru2 nie kat Putrajaya. Ada seorang penceramah tue cakap Najwa anak Muhyiddin. 

Nak tanya pada kawan sebelah, malu plak sebab dengaq pun sepintas lalu jer. Jadinya hanya pada cik google lah tempat ai meluahkan pertanyaan.  Sampailah terjumpa satu web yang menceritakan siapakah Najwa 'SENYUM' nie.

Berbakat jugak yer anak TPM. Sedap dengar suara dia. Pertama kali dengar masa dia nyanyi lagu KAU YANG PUNYA yang berduet jugak dengan Malique Too Phat. 

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit





Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke