Monday, April 30, 2012

Nak Ronda Bayar Dulu Duit

Salam u olsss...



kredit HERE


Hari Jumaat lepas, ai dan mak ke sebuah pasar tani yang berdekatan dengan rumah. Niat di hati nak membeli tudung kale pepel...


Sampai kat satu gerai nie, berkenan dengan satu tudung yang berharga hanya rm10 dan terus membeli. Ai serahkan pada penjual tue untuk dibungkus. Sambil tu ai ikut mak tengok baju2 yang dia jual. Lepas tue dia suakan beg tudung pada ai tapi bila ai nak tarik dia tak nak lepaskan plastik beg.Ai pandang dia dan dia cakap macam nie.


' Sila bayar dulu rm10 baru boleh ronda tengok baju lain?'


Perghhh terkedu dan tersentap rasa di hati kami. Trosss cakap kat dia. 'Takut kami bawa lari ker tudung yang hanya berharga rm10 tue?'


Dia cam malu alah tapi tak nak mengalah. Dia pusing ayat macam lain pulak. 'Tak, saya takut bercampur pelanggan pulak nanti.'


Pusing sekeliling dan ai tengok dia hanya mempunyai 3 pelanggan sahaja termasuk kami. Takkan baru 3 orang dah takut bercampur pelanggan.


Masih dalam keadaan bengang, ai menjawab lagi sebab masih tersentap. 'Setakat tudung yang berharga rm10 tue tak hingin aihhh kami nak rembat percuma.'


Dan dia masih tak mahu mengalah dia kata lagi ' tak apa lah ronda lah dulu, saya sangkut beg nie kat sini dulu'...


Tapi sebab kami dah tawar hati dengan ayat2 dia yang sangat2 sombong, tak jadi nak ronda dan terus bayar duit dan keluar dari gerai tue. Lepas nie hai hai bye bye la untuk ke gerai tue lagi. Patutlah masa ai sua tudung tue untuk dia bungkuskan dia tak nak ambik lagi sebab dia tengah menunggu pelanggan pertama buat bayaran dulu.




p/s : selama nie membeli belah kat situ tapi di gerai lain tak ada masalah pun walaupun barang di beli mencecah hampir seratus ringgit.

Thursday, April 26, 2012

Ehhh Hari Ini Hari Raya Ker?

Salam u olsss...


Semalam ai bersama adik ai pergi satu pasaraya nak membeli barang keperluan peribadi yang dah habis. Tapi ai minta dia belok ke TESCO sebentar untuk ke ATM tapi punyalah panjang kereta berbaris nak masuk ke situ. Trosss cancel tak jadi nak ke situ.






Kemudian terus ke pasaraya berkenaan. Sekali tengok tu dia, parking penuh. Dan masuk ke dalam pasaraya tue rasa macam suasana di malam raya. Semua pakat berlumba membeli belah baju, kasut dan seluar. Rasa macam seolah-olah hari ini hari raya pulak tengok suasana macam tue.


Dan rasanya suasana macam tue berlaku disebabkan berita di bawah ni.



kredit to : UTUSAN MALAYSIA

Wednesday, April 25, 2012

Lawa Pulak BackGround GOOGLE

Salam u olsss...


Ini design background imej dari GOOGLE semalam. Lawa pulak tengok bila dia buat zip kat tengah tu.





Ingatkan zip tu tak ada apa2 fungsi tapi bila lalukan 'mouse'  kat zip tue jadi macam kat bawah nie..Sapa lah yang berbakat dan kreatif mencipta background berfungsi macam tue?








p/s : hari ini hari tersenyum lebar untuk semua kakitangan awam sebab tunggakan gaji 3 bulan masuk hehe...  (✿◠‿◠)

Tuesday, April 24, 2012

Pantang Tulis FREE Jerrr, Semua Dirembat

Salam u olsss...


Seminggu dua nie kat opis ai, ada sebuah syarikat edarkan surat khabar percuma. Jadi sebab ai malas nak jawab pertanyaan yang sama oleh hampir 300 orang, jadi ambik inisiatif letak notes  macam kat bawah nie.


harus tulis PERCUMA sebab....


Dan sapa punya kerja entah, bila suratkhabar tue dah habis mereka letak notes tue di atas sebuah frame. Dan bila ditulis percuma, maka frame tue turut jadi mangsa diambil oleh tangan yang tak bertanggungjawab.


Jenuh la nak mencari sapa yang mengambil frame hak milik pejabat. Pantang diletak ayat PERCUMA, semua nak dirembat tanpa rasa bersalah.





p/s : SELAMAT HARI LAHIR untuk my dad yang ke 65 tahun... (^_^)

Monday, April 23, 2012

Saya Sedang Stress Sekarang

Salam u olsss...






Sungguh-sungguh bohsan melayan kerenah rakan pejabat yang pentingkan diri sendiri sahaja. Salah sendiri tak nampak tapi salah orang, terus dia mengamuk.

Sunday, April 22, 2012

Alhamdulillah Follower Dah Cecah 444

Salam u olsss...




 

Terima kasih pada MELUR CITRA KASTURI yang telah menjadi follower ai yang 444. Ai try klik nama dia untuk ke url dia sebab dia tak tinggalkan sebarang jejak tapi keluar macam kat bawah nie.






Tapi akhirnya ai berjaya jugak jejak url dia.. Hasil godek2 di google....jom sama2 terjah blog MELUR CITRA KASTURI yang baru mula berblog bulan ini dan baru ada 2 entri setakat ini.

Thursday, April 19, 2012

Masalah Klien Jadi Gosip?

Salam u olsss...


Apa perasaan u olsss kalau satu hari u olsss mendapatkan khidmat kaunselor di pejabat dan selepas u olsss keluar dari bilik dia, masalah u olsss tue dijadikan bahan gosip. 


Serius sampai ke saat ini, ai tak percaya pada perkhidmatan kaunselor. Buktinya sudah ada di depan mata yang berlaku di pejabat ai. Kaunselor2 nie tak boleh langsung nak simpan rahsia klien dia.




Dan sepatutnya sebagai seorang kaunselor harus mengamalkan etika macam di bawah ni.






Tapi yang sebaliknya berlaku pulak bila apa yang terjadi pada klien dan apa yang klien cerita dijaja dari satu tempat ke satu tempat. Dari orang tak tahu masalah, sampai satu pejabat dah heboh. Benda nie jadi kat membe pejabat ai sendiri. Dan si kaunselor nie pergi cerita kat orang pejabat jugak. Tak pasal2 masalah membe ini diketahui semua orang.


Ai pernah tanya pada seorang bekas kaunselor dan dia kata semasa seorang kaunselor dilantik, mereka telah berikrar akan menjaga rahsia klien selagi ia tidak membahayakan nyawa klien dan orang2 sekeliling. Tapi macamana kaunselor tue boleh langgar prinsip dan ikrar itu. Jangan kerna nila setitik, habis rosak susu sebelanga.




p/s : haishhh janganlah paksa saya buat benda yang memang saya kata TAK NAK!

Wednesday, April 18, 2012

DP ala-ala Whitney Houston

Salam u olsss...


Tersenyum sorang-sorang ai bila tengok hasil kerja AFZAL menghasilkan DP untuk ai. Terasa macam kena pulak pic ai dimasukkan dalam pic orang lain. Mummy Adriana dah gelarkan DP tue macam WHITNEY HOUSTON hehe...






Apa-apa pun terima kasih banyak la pada AFZAL kerna dengan DP nie berjaya mengembalikan senyuman ai setelah separuh hari dalam keadaan MOODY.




p/s : semalam ada seorang tue bertanya ai apa rahsia kurus hihi bukan ai yang nampak kurus lah tapi baju yang dipakai tue menampakkan ai kecik sikit hehe... (^_^)


Tuesday, April 17, 2012

Semalam Hari Masalah Di Telefon

Salam u olsss...


sumber dari GOOGLE



Semalam memang betul2 hari yang memberi masalah pada ai bila bercakap di telefon.


Pertamanya : teruja bila call seseorang tapi bagai terasa di awang-awangan bila si pemanggil bersuara dengan nada suara yang tersangatlah merdu bak buluh perindu. Perghhh ingatkan suara ai dah cukup lembut dan bersopan bila bercakap di telefon, rupa2nya dia lagi lembut dan sopan dari ai walaupun dia seorang lelaki. Terpesona sekejap dengan suara dia. Macam nie disuruh call dia tiap2 hari pun tak apa hehe... (^_^)


Keduanya : terkedu sebentar ai bila ai hubungi rakan sepejabat ai dan sebelum dia mengakhiri perbualan, ai terdengar satu ayat dari dia yang rasa macam geram aja. Ekcelli ai call dia untuk maklumkan pasal ada mesyuarat yang dia perlu hadiri. Dan ai hanya sebut singkatan bagi tajuk mesyuarat itu. Dia tanya ai balik nama penuh mesyuarat itu. Oleh sebab ai memang ingat2 lupa nama sebenar bagi singkatan itu, ai dibulinyer walhal dia sendiri pun tahu nama sebenar mesyuarat itu. Dan lepas ai cakap kat dia, 'kalau dah tahu, buat apa tanya lagi' dan dia balas 'I LOVE YOU'. Perghhh geram dengan ayat last dia tue. Inilah nasib kalau masih single kan. Ada saja orang nak guna modal tue sebagai bahan gossip.


Tapi nasib baik orang yang pertama jadi penyelamat menyejukkan keadaan. Kalau tidak makin stress lah bekerja hari itu.





p/s : hari ini ada perjumpaan pengarah baru bersama staff dan macam biasa ai sentiasa dianaktirikan. Memang tugas macam ai tak membenarkan ai menghadiri apa2 perjumpaan di pejabat. Nama jer orang depan tapi ai selalu ketinggalan sebarang isu semasa di pejabat.

Monday, April 16, 2012

Akhirnya MIRI dan ALOR SETAR bersatu kembali

Salam u olsss...


Setelah hampir 2 bulan tiada jantan voice kedengaran, dia memunculkan diri semalam. Seronok beronok bila dapat mendengar suara dia.


Akhirnya kisah antara MIRI dan ALOR SETAR bertaut kembali... (^_^)


kredit to GOOGLE



Setelah dua bulan iNCik merantau ke seluruh dunia, dia akhirnya kembali meneruskan kerja di MIRI. Sempat juga bersembang dengan dia ke negara mana dia sepanjang 2 bulan. Dan ini jawapannya.


"Orang IMIGRESEN pun sampai naik boring bila asyik muka dia jer duk sua pasport minta cop."


Ala nak buat camana, dah memang tugas macam tue kena bergerak ke serata negara hihi...maka terpaksalah buat muka tebal bila berhadapan dengan pegawai imigresen.



Dan dia cerita, semua negara dia pergi kena buat kerja di laut tapi bila dia ke SUDAN, aktiviti menggali minyak dilakukan di atas darat. Di sana, dia ditempatkan di satu kawasan berpagar dan diawasi oleh polis2. Kalau nak keluar dari kawasan berpagar tu, mesti kena 'escort' dengan polis2 nie. Sungguh-sungguh ketat jugak yer kawalan keselamatan di sana. Agaknya, takut minyak SUDAN diseludup keluar tanpa sah kot.



Tak apalah janji dia dah selamat sampai ke Malaysia walaupun perubahan cuaca di setiap negara membuatkan dia demam. Jangan lupa take a rest yer. Dan yang penting, bermula semalam akan kedengaranlah jantan voice mengucapkan 'TAKE CARE'.





p/s : rasa rindu sudah terubat...  (~_~)

Sunday, April 15, 2012

Nasi Lemuni

Salam u olsss...



Wednesday, April 11, 2012

Rupanya Gegaran Dari Acheh

Salam u olsss...


Tadi masa ai tengah dok beronline FB tetiba mak tanya apasal kerusi dia rasa bergerak. Lepas tu adik pun cakap tilam dia terasa gegaran jugak...


Sekali tengok kat FB semua pakat dok up status masing2 terasa ada gegaran di rumah. Rupa2nya ada berlaku gempa bumi di Acheh.




JAKARTA - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi.
Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.
(sumber : SINAR HARIAN)




p/s : Didoakan semoga tiada apa2 yang berlaku di Malaysia. Berdoa banyak2 jer.

Tuesday, April 10, 2012

Saya Kena Buli...Uwaaaa

Salam u olsss...





Hari nie member ai cuti jadi dia amanahkan ai tolong dia selesai beberapa perkara berkenaan kerja dia. Jadi ai terima jer lah sekadar tolong menolong sesama kawan.


Tapi yang tak bestnya bila ai dibuli huhu...Biasalah bagi seorang yang muda belia cam ai nak mengarahkan orang yang lebih tua dari kita untuk buat kerja memang akan dibuli dulu lah...uwaaaa rasa macam nak serah cepat2 aja kerja nie pada member ai tue.





p/s : dulu dah ada desas desus mengatakan ai gila kuasa sebab menolong kawan buat kerja dia isk isk isk...dunia dunia.



Pagi2 Dah Dapat Rezki

Salam u olsss...


wang besar, wang besar...



Pagi2 tadi my opismate bukak dompet dia dan bagi duit kat ai. Katanya buat minum pagi. Rupa2nya dia bagi sebab hari tu ai ada tolong dia buat claim OT dia. Jadi sebagai membalas jasa ai, maka dia bagi duit.


Tapi ai tak guna pun duit tue untuk minum. Bukan tak menghargai pemberian dia tapi rasa macam tak seronok pulak. Ai tolong dia ikhlas tak harapkan balasan apa pun. 


Sebelum nie pun ada jugak seorang pensyarah nie bagi duit kat ai sebab tolong taip kat dia satu surat nie. Tapi my mum cakap, pulangkan balik kat dia sebab tanak nanti orang anggap sebagai rasuah sebab la nie kerna hal sekecil tue pun orang boleh buat isu besar kalau ada benda tak puas hati dengan kita.


Haishh pas nie macam tak nak tolong dah la sebab takut orang anggap pertolongan ai perlu dibayar sedangkan kita menolong seikhlas hati.





p/s : wang kertas siri baharu masih elok dalam laci huhu sayang nak guna laaa...

Monday, April 9, 2012

MISS ~ MISS ~ MISS

Salam u olsss...















p/s : tak ada mood nak taip entri huhu jadi letak qoute nie jer la... :(

Selamat Datang Pengarah Baru

Salam u olsss...



kredit pic HERE



Selamat datang buat our big bosh.  Setelah hampir 4 bulan menanti akhirnya kehadiran YM RAJA ABDUL RAHMAN BIN RAJA AMRAN AMN sebagai PENGARAH baru ke opis we olsss sudah menjawab teka teki siapa pengganti pengarah lama.


Dan nampaknya opis we olsss memang berdaulat darah keturunan raja la sebab sebelum nie pun pengarah yang lama pun nama dia bermula dengan RAJA.


Harap2 pengarah baru nie akan sesuai dengan persekitaran suasana tempat kerja yang baru. Welcome to pekan Changloon yer bosh.




p/s : rasa macam kenal jer pengarah baru nie tapi takut nak tanya dia hehe...

Friday, April 6, 2012

Berjaya Jugak Delete!!!

Salam u olsss...


Semalam dulu kan ai ada post entri pasal FIBOX... Rasa macam tak seronok jer masuk belog tapi tak der komen-komen di shoutbox untuk di blogwalking huhu...







Lepas godek-godek di web fibox, khirnya ai berjaya jugak nak delete komen di fibox dan dah ban pun nama mereka-mereka yang tak sepatutnya itu.


Harapnya tak ada lagi lah nak letak iklan kelucahan tue kat fibox ai yer. Nak letak iklan boleh tapi bukan berunsur kelucahan macam tue. Sangat2 malu nak baca hokeyy!!!




p/s : boleh kembali BW dengan nama-nama baru di shoutbox!

Thursday, April 5, 2012

Bapak Nak Duduk Goyang Kaki Saja...

Salam u olsss...


Ai dapat cerita nie dari my mum yang pergi dengar ceramah seorang ustaz. Harap dapat dikongsikan dengan u olsss semua.


Alkisahnya ada seorang pak cik nie yang mempunyai 2 orang anak perempuan yang masih tak berkahwin lagi. Hidup mereka hanya sederhana. Tak susah dan tak senang. Tapi masih perlu bekerja keras jugak kalau ingin miliki sesuatu.


Suatu hari, berkata pak cik nie pada anak yang sulung. "Nanti kalau nak kahwin, carilah lelaki yang kaya. Bapak nak duduk goyang kaki sahaja".


Tapi anak dia kahwin dengan orang yang biasa-biasa saja tetapi seorang yang kuat agama.



kredit HERE


Kecewa pak cik nie lalu dia mengharapkan pada anak bongsu dia untuk kahwin dengan lelaki kaya. Maka mungkin takdirnya dia, akhirnya memang anak dia bertemu jodoh dengan lelaki kaya.


Seronok tak terkata pak cik nie dan dia buat majlis perkahwinan dengan meriahnya. Sibuklah dia ke hulu ke hilir untuk menguruskan majlis perkahwinan ini.


Sedang dia menuruni tangga untuk jenguk ke bahagian dapur, tetiba pak cik  nie terjatuh. Maka dia dibawa ke hospital dan doktor sahkan kaki dia patah.


Makanya tercapailah hasrat pak cik nie nak duduk goyang kaki sahaja bila anak dia kahwin dengan orang kaya sebab kena duduk atas kerusi roda jer sambil goyang kaki akibat kaki dia yang patah.






p/s : jangan suka cakap benda bukan-bukan sebab kadang-kadang kata itu sebagai satu doa.

Wednesday, April 4, 2012

Thanks Untuk APESAL.COM

Salam u olsss...


Lepas baca entri dari sorang blogger pasal ntarik ke blog dia, jadi semalam ai cek trafik ai dari Nuffnang.







Rasa macam tak caya pulak tengok hihi...Tak sangka sampai seratus orang datang ke belog ai. Dan semuanya semata-mata sebab ai post entri kat web APESAL.COM. Entri pasal APRIL FOOL rupa2nya menarik minat orang nak baca dengan lebih lanjut. Harapnya sapa yang baca entri berkaitan akan dapat sedikit pengajaran yang cuba ai sampaikan.





Sebek kena marah hehe...

Salam u olsss...





Tuesday, April 3, 2012

FIBOX terpaksa ditutup sementara huhu...

Salam u olsss...


Hanya nak memaklumkan saja yang ai terpaksa meng'remove'kan koding untuk fibox ai gara2 mesej yang ada  dalam tue... Mesej2 yang agak keterlaluan kelucahan melampau lah.


ni mesej petang tadi



nie mesej semalam



Maaf buat cik adik MAYA MUSTWANY atas masalah itu yer...Akak tak reti nak delete mesej tue jadi akak remove dulu fibox akak.





p/s : maaf pada yang nak tinggalkan jejak sebab fibox terpaksa dibuang dulu.

Ejen dah calling-calling

Salam u olsss...


Dalam entri sebelum nie, ai ada ceritakan pasal FASA PERTAMA BARU SIAP kan?


kredit : DENAIHATI.COM


Semalam ejen dah calling2 minta keperluan yang diperlukan untuk membuat visa. Dia minta 4 benda iaitu:

i- Gambar pasport (2 keping)
ii- Gambar visa (4 keping)
iii-Buku pasport
iv- Buku suntikan


Semua yang dia minta dah ada kecuali buku suntikan saja. Ekcelli, buku suntikan tue memang dah ada pada tahun 2008 lagi, tapi rasa macam nak ambik suntikan semulalah sebagai langkah berjaga-jaga.


Ejen tu pun ada cakap, better pergi suntik semula sebab takut suntikan yang lama dulu tue dah tak berkesan ubatnya. Hurmmm, klinik mana ekk yang sedia suntikan nie?




p/s : rasa macam masih banyak tak settle walaupun tarikh tue semakin mendekati huhu...

Monday, April 2, 2012

Bahasa Melayu Pun Klasss La... ERRR!

Salam u olsss...





Kerja macam ai kan selalu berhadapan dengan kerenah orang ramai. Jadi macam-macam feeel ai boleh tengok dan salah satunya macam apa yang u olsss boleh baca kat atas tue lah.


Alkisahnya seorang pensyarah kat opis ai yang baru ditukarkan ke sini. Dia nie memang kerek semacam dan suka berlagak pandai. Suatu hari tue dia nak minta ai tolong sambungkan kat dia satu nombor nie. Tapi dia punya belagak, dengan ai dia speaking London lah. Kalau lancar macam bertih jagung tak pa jugak, ini tak. Sepatah perkataan dia sebut 'errr', kemudian perkataan kedua ada 'errr' lagi dan seterusnya sampai habis memang akan ada sebutan 'errr'.  Jenuh nak tunggu dia habis cakap, berapa banyak ayat 'errr' terkeluar dari mulut dia.


Ai bukan nak pelekeh dia tapi kalau dia cakap guna Bahasa Melayu pun lagi sedap didengar. Tak ada lah sakit telinga ai nak menunggu ayat-ayat dia. Haish... Ingat Bahasa Kebangsaan kita tue tak ada klasss ka?





كيف حالك؟  errr orang semua dengan lah Arab cakap nak nie lepas  : p/s 


Sunday, April 1, 2012

Tertarik dengan lagu nie... (✿◠‿◠)

Salam u olsss...


Dua tiga hari ni di radio Sinar, selepas pengumuman waktu solat, pasti akan dipasang lagu nie. Rasa tertarik pulak dengan bait2 lirik dalam lagu yang dinyanyikan Yusuff Islam nie... Jom sama-sama kita hayati maksud lagu ini.





Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father




p/s : hargailah ibu dan bapa sementara mereka masih ada.

APRIL FOOL - MENGUNGKAP TRAGEDI PENYEMBELIHAN UMMAT ISLAM SEPANYOL

Salam u olsss...




Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

 
 Umat Islam sangat tidak layak merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.
Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.


(SUMBER : ERAMUSLIM)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke