Salam u olsss...
kredit HERE |
Hari Jumaat lepas, ai dan mak ke sebuah pasar tani yang berdekatan dengan rumah. Niat di hati nak membeli tudung kale pepel...
Sampai kat satu gerai nie, berkenan dengan satu tudung yang berharga hanya rm10 dan terus membeli. Ai serahkan pada penjual tue untuk dibungkus. Sambil tu ai ikut mak tengok baju2 yang dia jual. Lepas tue dia suakan beg tudung pada ai tapi bila ai nak tarik dia tak nak lepaskan plastik beg.Ai pandang dia dan dia cakap macam nie.
' Sila bayar dulu rm10 baru boleh ronda tengok baju lain?'
Perghhh terkedu dan tersentap rasa di hati kami. Trosss cakap kat dia. 'Takut kami bawa lari ker tudung yang hanya berharga rm10 tue?'
Dia cam malu alah tapi tak nak mengalah. Dia pusing ayat macam lain pulak. 'Tak, saya takut bercampur pelanggan pulak nanti.'
Pusing sekeliling dan ai tengok dia hanya mempunyai 3 pelanggan sahaja termasuk kami. Takkan baru 3 orang dah takut bercampur pelanggan.
Masih dalam keadaan bengang, ai menjawab lagi sebab masih tersentap. 'Setakat tudung yang berharga rm10 tue tak hingin aihhh kami nak rembat percuma.'
Dan dia masih tak mahu mengalah dia kata lagi ' tak apa lah ronda lah dulu, saya sangkut beg nie kat sini dulu'...
Tapi sebab kami dah tawar hati dengan ayat2 dia yang sangat2 sombong, tak jadi nak ronda dan terus bayar duit dan keluar dari gerai tue. Lepas nie hai hai bye bye la untuk ke gerai tue lagi. Patutlah masa ai sua tudung tue untuk dia bungkuskan dia tak nak ambik lagi sebab dia tengah menunggu pelanggan pertama buat bayaran dulu.
p/s : selama nie membeli belah kat situ tapi di gerai lain tak ada masalah pun walaupun barang di beli mencecah hampir seratus ringgit.
kerek la pulak peniaga itu. org lain lain style nya
ReplyDeletelaa faiz, sapa suh bayaq... tinggai trus ja tudung tu... buat derkkk udah dgn org yg cenggitu.. byk lagi tmpt juai tudung lawaaa... especially kt cikMart kita...
ReplyDelete@Matjoe mmg kerek pun...agaknya baru pertama kali setelah dia meniaga ada orang membeli kat dia.
ReplyDelete@Dee mmg kat cikMart kita ada jual tp cik xpandai pilih...huhu... titew lebih suka kalau mak titew yang pilih taw...hehe
ReplyDeletekalau remy...blah aje..... mcm ler muka kita nie muka penipu.....
ReplyDeletetakde adab berniaga langsung!
@remyhazza keisna plak nak blah camtue jer remy sbb dia dah bungkuskan huhuhu...
ReplyDeleteErk.......tak penah layan customer cam tu! bodohnya org tu :P
ReplyDeletemacam ni pun ade je..macam macam lah kan..kalau dah berniaga tu buatlah cara berniaga yang betul kalau nak untung.
ReplyDeleteAgaknya dia dah banyak kali kena kot sebelum ni (bersangka baik hehe)
ReplyDelete@Mummy Adriana itu la pasai mummy...tersentap rasa dihati dengar ayat dia camtue.
ReplyDelete@Azhafizah[フィザ] hehe itulah gaya peniaga yang nak cepat dapat untung.
ReplyDelete@EmpayarUtama hehe maybe la tue EU, dia nak berhati2 kan... (ikut bersangka baik jugak hihi...)
ReplyDeleteadoiii....macam2..
ReplyDelete@yana halim hehe biasalah kerenah peniaga.
ReplyDelete