Monday, February 28, 2011

Inilah puncanya | Duit melayang rm200

U olsss ingat tak sebelum nie ai ada taip entri pasal nie TPM nak datang | Duit melayang rm200 kann...


Ai ada janji kan nak upload pasaipa duit boleh melayang rm200 sempena kedatangan TPM tue...


Di bawah inilah sebab2nya....





 Haaa tahukan pasaipa duit melayang rm200...Ermmm tak nampak ekkk...Okehh ai upload pic yang terang dan jelas lagi ekkk



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haaa tengok dah macam kumpulan boria kan hihi
Inilah punca duit ai terPAKSA RELA melayang rm200...


Gara2 nak kena beli baju batik 1Malaysia konon2nya untuk menyeragamkan semua orang, maka dengan secara tak RELA, terpaksa laaa membeli kain batik 1Malaysia nie...


Kain dijual dengan harga rm150 untuk 4 meter..campur upah menjahit kurang lebey rm50..jumlah rm200 terPAKSA RELA dikeluarkan untuk membeli baju yang agak tak berapa lawa nie.....
Parah laaa duit gaji nanti nak bayar batik 1Malaysia nie..



Hadiah yang suspen dari Kak Sumijelly

Balik kerja petang semalam tengok atas meja kat rumah ai ada sampul surat nie...


Jeng...jeng.. kepala surat tue dari TOURISM MALAYSIA laa.....Ehhh ai dapat pakej pelancongan kerr hihi


Maka dengan penuh tidak kesabaran ai trosss mengoyak sampul surat tue nak tengok isi di dalamnya...
Tadaaa inilah isi di dalamnya...





Ehhh yang warna putih tue apa ekkk saspen jerrr tengok kan hikhik adik ai siap tanya laaa dadah ker tue hahaha mau kena siasat polis nie kalau kiriman tue dadah...


Ai dapat 2 benda yerrr...Yang pertama yang di bawah nie iaitu DrinKlip warna hijau lagi....Lawanyerrr tapi dok pikir nak klip apa ekkk...Klip surat saman boleh kott hihi


Haaa yang di bawah nie hadiah kedua yang nampak macam serbuk dadah kan hahaha..Ini ialah Foot Detox..Kegunaannya untuk buang toksin dekat kaki kuttt...Betul tak kak sumi... ;)





A lot of thanks untuk penghantar hadiah iaitu Kak Sumijelly sebab pilih ai sebagai pemenang saguhati untuk GiveAway Domain - Sumijelly & Sekilass.....

Sunday, February 27, 2011

Yeahhh 10 GTO Pointz lagi


Dapat mesej kat shoutbox hari jumaat...

Masa tue tengah makan kat Restoran Kapitan di Bandar Perda, P. Pinang...

Sajer on belog guna wi-fi.....

Masa dok scroll ke bawah ternampak satu mesej dari Bro Eyriqazz...


Agaknya entri ai Eyriqazz a.k.a GTO buatku tak lena tidur yang buatkan Bro Eyriqazz terpaksa jenguk belog ai hantar perutusan macam tue...hikhikhik

Apa2 pun nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Bro Eyriqazz atas mesej tue dan atas pilihan saya sebagai pemenang untuk komen terbaik di entri Bro yerrr...


10 GTO Pointz masyukkk lagi....Alhamdulillah rezki nampaknya....

Pointz tue kalau dah dapat banyak2 boleh redeem ke cash/top up...

Ermmm tapi ingat kumpul lebih skett lagi...Boleh kan Bro Eyriqazz hehe....

Jom Join Bloglist Blogger Baru!


 
Blogger ahsfantasy sedang mencari peserta yang baru untuk join Bloglist Geng Blogger Baru musim kedua 2011.
Jadi kepada sesapa yang ada follower kurang daripada 300 orang meh laaa bersama2 dengan ai untuk join...
Kat bawah nie syarat2 dia...Nak tahu lebih lanjut lagi u olsss boleh klik sini yerrr...

Pemandu wanita sekarang semakin berani

Jumaat baru nie ai sefamily berkonvoi 3 bijik kereta mewah ke Penang.....

DAN seperti sedia maklum bila masuk Penang time waktu pejabat akan terperangkap lah anda dalam kesesakan jalan raya yang amat memboringkan...

Seperti biasa ai akan drive kereta mewah ai Skyline GTR hikhikhik



Tengah sedap ai nak memotong kereta, tetiba ai perasan melalui cermin ada satu kereta Malaysia sedang bagi lampu kat ai...Nak suruh ai cepat2 masuk lorong laaa tue...

Tapi ai saja buat jahat potong kasi abesss dolu baru masuk laluan sebelah kiri...

Lepas tue nak tengok laaa sapakah gerangan pemandu WAJA merah hati yang dok kalut sangat tue..

Sekali toleh ekellle perempuan kerrr?



Bukan laa nak pandang rendah pada kaum perempuan sebab ai pun pemandu wanita TAPI cara pemanduan dia memang agak bahaya..Habis semua kereta dia kasi lampu sebab nak pecut laju...Kira berani jugak laaa seorang perempuan dalam keadaan jalan bersesak2 nak pecut laju sambil menghalau semua pemandu lain ke tepi..

Nasib baik laa semua pemandu lain baik hati bagi laluan kat dia...Kalau laaa dapat pemandu yang jenis hentam balik, sure dia nie akan kena punya....


Sebab ai pernah alami benda yang sama jadi kepada semua pemandu wanita di luar sana, berhati2lah semasa memandu...Amalkan gaya pemanduan yang selamat dan menyenangkan semua pengguna jalanraya yang lain....


Wednesday, February 23, 2011

Pementasan Teater Puteri Saadong

Rasa macam lawak pulak bila tetiba dapat ajakan dari kawan ai untuk tengok pementasan teater Puteri Saadong malam ni...



(ambil dari google nie)

Adehhh ai dah laaa tak minat dengan teater nie...Sekali dapat jemputan ke teater Sejarah Melayu....Jangan ai tertido dah laaa hihi


Ada laa jugak ai search dalam google cari maklumat pasal Puteri Saadong ni.. Tapi biasalah bila dah baca sejarah nie, trosss rasa mengantuk.



Minyak naik lagi???


Harga minyak akan dinaikkan lagi ker???


Adehhh kalo betol2 jadi naik parah laaa camni untuk pekerja yang gaji tak sebesar mana pun..


Bukan minyak yang nie naik sebab kan dah awal tahun hari itu dah kecoh pasal kehilangan minyak nie di pasaraya dan kedai2...




TAPI daripada sumber yang boleh dipercayai dikatanya minyak di bawah ini akan dinaikkan harga lagi...



(u olsss faham kot noo minyak apa bila ai letak benda nie)


Khabar angin bertiup kencang dari sumber itu menyatakan kemungkinan minyak akan naik sekitar 10 ke 20 sen lagi.....


Dalam berita lewat malam ai dengar pun ada cerita pasal kenaikan harga minyak RON 95 cuma dia cakap kerajaan akan cuba cari jalan untuk tidak menaikkan harga minyak di Malaysia walaupun harga pasaran dunia meningkat.


Entahlah mana satu yang betul...


Kalau jadi laa minyak naik harga, maksudnya lepas nie semua orang pergi kerja naik 'gerek' jerrr...


Tuesday, February 22, 2011

Experience Fiesta, Experience Hollywood Contest 2011 | Dapat panggilan untuk test drive

Tengahari tadi ai dapat panggilan dari wakil Ford...

Dia nak buat temujanji bila ai boleh datang test drive kereta Ford Fiesta 1.4L LX Manual..


(kereta nie laaa akan di test drive)

Bukan niat nak beli kereta baru pun cuma teringin nak drive kereta Ford baru nie lepas ai baca entri keterujaan Bro Eyriqazz dapat peluang test drive kereta nie.

Oleh sebab tak perlu buat apa2 yang susah untuk dapatkan peluang test drive nie, jadi ai pun cuba nasib laa apply online nie...

Isi form pagi tadi tengok2 tengahari trosss daapt panggilan..

Memang rasa teruja laa nak test drive kereta nie...InsyaAllah ada rezki Sabtu nie ai akan ke pejabat Ford tue. Nanti ai upload apa perasaan ai lepas test drive nie ekk...

Opsss lupa satu lagi nak cakap, bukan setakat test drive ajerrr boleh malah u olsss berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan melalui Experience Fiesta, Experience Hollywood Contest 2011...





Jom ramai2 join komuniti faceblog

Semalam ai ada terbaca dalam belog Myvitrd pasai komuniti faceblog nie



Jadi ai pun klik laaa kat faceblog tue nak tahu lebih lanjut...Rupa2nya dia salah satu komuniti untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger seluruh Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya...

Kepada semua blogger yang belum sertai, kat bawah nie ai ada pastekan langkah2 untuk sertai komuniti ini....


LANGKAH 1 :

SILA TEKAN BUTANG FOLLOW DIBAWAH UNTUK MENYERTAI KOMUNITI KAMI


LANGKAH 2 :

LETAKKAN BANNER FACEBLOG PADA BLOG ANDA. SILA COPY CODE HTML YANG DIBERIKAN DAN LETAKKAN CODE TERSEBUT PADA BLOG ANDA.
BANNER FACEBLOG :







LANGKAH 3 :

ANDA HARUS MEMBUAT SATU POST BERKENAAN FACEBLOG PADA BLOG ANDA ATAU COPY POST YANG TELAH DISEDIAKAN DISINI.




LANGKAH TERAKHIR :

ANDA HARUSLAH MENYERTAKAN URL POST ANDA ITU BERSAMA URL BLOG ANDA.SILA TEKAN BUTANG SHARE DIBAWAH UNTUK MENGISI MAKLUMAT TERSEBUT.ISI MAKLUMAT PADA RUANGAN YANG DISEDIAKAN.


Monday, February 21, 2011

'Hadiah mahal' kekasih siber

Pagi tadi masa dok online kat Harian Metro ai ada ternampak satu artikel yang agak menarik untuk dikongsikan...





Tajuk artikel tue 'Hadiah mahal' kekasih siber...


Boleh dikatakan hampir setiap hari kita mendengar kisah penipuan teman siber yang kebanyakannya didalangi warga asing. Nampaknya warga asing nie berminat sungguh yer untuk menipu orang2 Asia.


DAN kali ini akibat cinta Internet, seorang wanita kerugian RM5,000 selepas terpedaya helah seorang teman lelaki yang baru dikenali melalui laman sosial sejak Januari lalu.

Menurut sumber berita, lelaki terbabit yang berlakon sebagai kekasih romantis memperdayakan mangsa yang juga seorang warga Singapura berusia 49 tahun apabila memberitahu menghantar barang berharga kepada wanita berkenaan pada awal bulan ini sebagai tanda persahabatan, namun bungkusan itu kini ditahan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


TAPI rupa2nya bungkusan kotak itu tidak pernah wujud dalam senarai penghantaran barang di KLIA.


Ermmm macam2 cara penipuan Internet sekarang nie yerrr...Kepada pengguna internet di luar sana terutamanya wanita yang lebih berusia dan kesepian berhati2lah kerana warga asing ini tengah giat menjalankan taktik mengorat wanita ini supaya 'jatuh cinta' dengan mereka. Bila dah dapat 'mengayat' wanita2 ini, mereka akan mula melakonkan peranan menipu untuk mendapatkan duit. Bila duit dah dapat, warga asing nie pun lesap.






TPM nak datang | Duit melayang rm200




Khamis nie Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia nak buat lawatan ke ofis ai bersempena Hari Matrikulasi Bersama-sama Masyarakat Peringkat Kebangsaan.







DAN bersempena kedatangan TPM nie, semua warga ofis ai terPAKSA RELA menyerahkan duit RM200 untuk menyambut kedatangan TPM nie...




Nanti lah ai uploadkan pasaipa duit terPAKSA RELA melayang rm200 nie..... :(

Sunday, February 20, 2011

Eyriqazz a.k.a GTO buatku tak lena tidur

Gara2 Bro Eyriqazz a.k.a GTO, tidur malam ai asyik terganggu jerrr....Setiap hari ai asyik terfikir benda yang sama ajerrr....


Adakah Bro Eyriqazz dah jampi serapah kat ai yerrr sampai ai tak leh lena tidur hikhikhik.....


ATAU



Bro Eyriqazz dah guna2kan ai sampai ai jadik camnie hikhikhik.....


Sebenarnya ai tak dapat tidur lena gara2 gambar di bawah ini








Yeahhh sebab GTO Pointz ai tak dapat tidur lena.....TAPI bukan laaa sebab ai dapat Pointz yang beribu raban hehehe



Cuma baru2 nie ai sajer check GTO Pointz nie kat belog Bro Eyriqazz...



Sekali tengok Pointz ai lepas diupdate ada 20....



Terkejut jugak laaa....Sebab setahu ai GTO Pointz ai cuma 15 ajerr....tue yang buat ai tak lena tidur dok fikir2 betul kerrr apa yang ai tengok nie?? Mai mana lagi 5 pointz tue...



DAN akhirnya pagi tadi terjawap laa semua persoalan yang ada di fikiran ai....



Rupa2nya ai menang 5 GTo Pointz sebab entri nie --> Tak Kenal Maka Tak Cinta | Tourism Selangor & MySelangor Story


Harap2 malam nie ai dapat laa tidur dengan lena yerrr hehe...

Adialuvluze : My First GA




Tadi ai kena tag dengan fyqa untuk join nie...


So tanpa membuang masa ai trosss klik link fyqa tue dan terjah belog penganjur GA nie..


Dengan syarat2 yang cukup mudah untuk semua orang...meh laaa sama2 join...


Klik sini kalau nak turut serta jugak yerr...

Mari Membaca Giveaway

Jom ramai2 join GA di bawah nie...klik banner yerrr untuk ke GA itu..

Nak tengok syarat2 GA, u olsss boleh scroll entri nie sampai ke bawah yerrr...





1. Anda kena register kat SINI dulu (Website Adik Bijak).

2. Buat satu entry yang simple berkenaan giveaway ni.

3. Letak banner di atas di dalam entry dan juga di sidebar berserta link blog ini.

4. Dah siap semua, sila tinggalkan link entri anda, id follower (jika follow), kategori buku yang dipilih dan nama yang digunakan ketika anda register di Adik Bijak di bahagian komen di entri ini.

5. Giveaway bermula dari 11.02.2011 dan berakhir pada 15.03.2011. Pemenang akan diumumkan pada 17.03.2011 melalui cabutan bertuah.

6. Tiada paksaan untuk follow blog ni tapi jika anda follow ada 3 hadiah disediakan buat follower bertuah.

3 pemenang bertuah akan memenangi sebuah buku setiap seorang.

Kategori Buku

1. Motivasi Diri
2. Panduan Ibubapa
3. Rumahtangga
4. Panduan Muslim

Saturday, February 19, 2011

Dari mana | Nak ke mana

Baru2 nie kan ai pergi bercoti2 di Kelantan...
Masa pegi tue perjalanan boleh dikatakan lancar....
.
.

TAPI
.
.
Masa perjalanan balik tue, we olsss lalu kot jalan kampung nak masuk ke Tanah Merah dari Kota Bharu...
.
.
.

Sepanjang jalan kampung tue we olsss bertembung dengan 2 sekatan jalan raya.....


(gambar ehsan cik google)

Yang best nya tue ai tak pakai tali pinggang time drive...Adehhh rasa cuak jugak laaa...


Nasib baik pak polis nie tak marah....


.
Cuma agak kelakar laaa di sepanjang 2 sekatan nie pasal soalan2 dari pihak polis...


.


Sekatan yang pertama dia tanya


Dari mana???


.


.
Sekatan yang kedua disoal macam nie pulak


Nak ke mana???


.


Rasa macam mereka nie dah pakat soalan apa nak tanya....hehe padahal jarak antara satu2 sekatan agak jauh.....

Friday, February 18, 2011

Kenapa mereka sombong dengan orang luar???

Baru2 nie ai sefamily pergi laa bercoti coti Malaysia di Kelantan....
We olsss kiranya tawakal jerrr laa jalan2 kat sana sebab sebelum nie pergi Kelantan pun orang lain yang bawak..Bila pergi kali nie kena dive sendiri kira main redah jerr laa....
Pagi tue we olsss nak ke Pasar Siti Khadijah. We olsss menginap di Pengkalan Chepa. Tengok kat signboard tulis dalam 9km ke Pasar Siti Khadijah..
Dalam lebih kurang setengah jam we olsss sampai kat Kota Bharu.
Berpusing2 laa sekitar Kota Bharu cari jalan nak ke Pasar Siti Khadijah..
Rasa macam dah hilang arah we olsss berenti tepi jalan tanya orang kat situ.
Tau dia jawap apa??
Saya tak tahu laa Pasar Siti Khadijah tue kat mana (speaking dalam loghat Kelantan nie)...
Trosss rasa toinngggg orang Qelate sendiri takkan tak tahu Pasar Siti Khadijah kat mana....
Adehhh sombongnyerr tak nak bantu orang luar yang sesat. Padahal lepas we olsss jumpa Pasar Siti Khadijah tue, tengok dengan tempat yang tanya tue tak jauh mana pun...
Kenapa laaa boleh cakap tak tahu???

Thursday, February 17, 2011

"AREPNAKBEBEL first giveaway"



Ai nak join Giveaway lagi...hehe kali ini dari blogger Arep....


Kat bawah nie kira banner untuk AREPNAKBEBEL first giveaway laa.. Kalu u olsss nak join jugak klik banner kat bawah nie ekkk....







Walaupun Arep dah bagitahu pemenang ditentukan melalui random.org (jarang bertuah menang kalo guna Random.org nie) tapi ai tetap nak cuba nasib join GA ini....



Ai nak tag beberapa orang nie untuk join GA nie

fyqa
Rozlin Rafiha
Ieda_IsHiDa88
nmirmo

"Welcome Friends Giveaway"




Haluuuuuuuuuuuu u olsss...


Meh ikut ai join Welcome Friends Giveaway nie yang dianjurkan oleh blogger Halen....


Halen anjurkan giveaway nie bersempena nama blog nyerr yang bari iaitu The Story of My Journey...


Syarat2 yang dia minta juga senang sangat2....Rugi laa kalau u olsss semua tak join... ;)
Jom sama2 intai apa syarat2 tue ekkk....




1. Macam biasa la sebelum nk join kena jadi FOLLOWER dulu.

2. Lepas jadi follower add my blog to ur Bloglist.

3. Bila dah masuk list buat satu sticky post tentang "Welcome Friends Giveaway" dan ulas skit la klu rajin. Jangan lupa attach sekali gambar di atas tu yer.

4. Then tinggalkan Komen pada entry ini beserta nama, email, saiz baju dan link entry yg korang dah buat.




Haa camner u olsss senang tak....Jom cepat2 kita join sebelum Halen tutup kedai pada 28 Februari 2011 nie...

Plisss sapa ada maklumat nie

Sesapa yang ada maklumat pasal KWSP ni plisss angkat tangan tinggi2....






Sebab baru2 nie ai ada call KWSP dan ada seorang staf bagitahu KWSP nak bagi dividen bulan MAC nie....



Tue yang nak tanya u olsss betul kerrr berita nie??



ATAU



Hanya khabar angin semata2 jerr....



Bukan apa cuma nak sahkan aja kalau betul nak HOORAY laaa....



Sesapa yang ada sedara mara kerja KWSP atau diri sendiri yang kerja KWSP plisss kalau ada info tolong hebah2kan...Takut ai terlepas pandang kot2 KWSP ada buat pengumuman kerr sebelum nie....

Wednesday, February 16, 2011

Kursus Protokol dan Etiket Rasmi




Petang tadi patut nyerr ai masuk Kursus Protokol dan Etiket Rasmi nie tapi betapa malasnyerrr nak bercampur gaul dengan orang2 kelas atasan nie...


DAN


Akhirnya ai dapat excuse tak payah masuk dengan alasan kerja ai nie susah nak ditinggalkan, susah nak cari pengganti..


Alhamdulillah terselamat laaa ai dari berprotokol nie walaupun ai salah seorang AJK Protokol....


U olsss pernah tak masuk kursus nie?? Ai penah laaa dolu2 sekali masuk time dok belajaq...Adehhh rasa camnak pingsan laaa nak belajaq semua tue...sampai nak makan pun kena bilang 1, 2 dan 3 baru boleh suap masuk mulut....


Macamana laa keadaannya orang2 yang kena berprotokol setiap masa kan....

Imam Muda Hizbur nak datang ofis laaa....

Teruja sungguh hati ai bila baca notis kat board ofis pagi tadi.......


Notis yang berbunyi kurang lebey macam ni...



CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
oleh
IMAM MUDA HIZBUR (Naib Juara Imam Muda di ASTRO OASIS)

pada 24 Februari 2011 (Khamis)

pukul 9.30 malam


Siappp ada letak gambar dia lagi untuk mengesahkan akan keBETULan notis itu...






Waaaa rasa sangat2 teruja nyerr nak dengar ceramah dari dia...


Pada u olsss yang berada di sekitar ofis ai, marilah ramai2 datang memeriahkan suasana sebab pada hari yang sama juga ofis ai ada buat HARI TERBUKA BERSAMA2 MASYARAKAT.....














Walaupun bukan hadiah utama tapi tetap hadiah

Hai u olsss....


Rindunyerrr ai nak berbelog setelah lama merehatkan diri pergi bercoti coti bersama family.....Nanti ai update yerrr apa terjadi di percotian we olsss sefamily....


Dah lama tinggal belog, baru pagi nie ada masa nak baca entry dari blog lain....DAN terpandanglah satu tajuk entry nie... GA sedut kasi abes semua dapat hadiah dari blogger EQBALZACK...Trosss ai terjah belog dia laaa....


Alhamdulillah setelah mencuba join GA dia berkali2 akhirnya ai menang hadiah dari dia CUMA bukan hadiah utama laaaa...




Inilah hadiah yang Abang EQ kasi kepada pemenang2 GA TAPI ai hanya dapat yang sebelah kanan di atas tue iaitu Non Slip Dashboard....Alhamdulillah rezki murah lagi...


Thanks Abang EQ sebab menghargai semua peserta dengan bagi hadiah kepada semua yang join...

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w

Hari ini hari istimewa untuk semua umat Islam seluruh donia yerr...

Hari ini tanggal 12 RabiulAwal Tahun Gajah bersamaan hari Isnin, Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan. Kelahiran yang membawa sinar dan cahaya kepada seluruh umat Islam.


(kredit picture to gOogLe)

Pagi nie dah ada perarakan Maulidur Rasul..dan ada pengumuman untuk tokoh Maulidur Rasul.. sapa yeaa kali nie yang layak diberi gelaran Tokoh Maulidur Rasul 2011..

Sempena mengenangkan pengorbanan besar Nabi Muhammad s.a.w, jom kita selusuri kisah Nabi terakhir kita ini...


Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman.

Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud;

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah?

sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi;
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)."

Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan.

Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arahibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit.

(sumber dari : http://ahchong.fotopages.com)









Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke