Sunday, February 27, 2011

Pemandu wanita sekarang semakin berani

Jumaat baru nie ai sefamily berkonvoi 3 bijik kereta mewah ke Penang.....

DAN seperti sedia maklum bila masuk Penang time waktu pejabat akan terperangkap lah anda dalam kesesakan jalan raya yang amat memboringkan...

Seperti biasa ai akan drive kereta mewah ai Skyline GTR hikhikhik



Tengah sedap ai nak memotong kereta, tetiba ai perasan melalui cermin ada satu kereta Malaysia sedang bagi lampu kat ai...Nak suruh ai cepat2 masuk lorong laaa tue...

Tapi ai saja buat jahat potong kasi abesss dolu baru masuk laluan sebelah kiri...

Lepas tue nak tengok laaa sapakah gerangan pemandu WAJA merah hati yang dok kalut sangat tue..

Sekali toleh ekellle perempuan kerrr?



Bukan laa nak pandang rendah pada kaum perempuan sebab ai pun pemandu wanita TAPI cara pemanduan dia memang agak bahaya..Habis semua kereta dia kasi lampu sebab nak pecut laju...Kira berani jugak laaa seorang perempuan dalam keadaan jalan bersesak2 nak pecut laju sambil menghalau semua pemandu lain ke tepi..

Nasib baik laa semua pemandu lain baik hati bagi laluan kat dia...Kalau laaa dapat pemandu yang jenis hentam balik, sure dia nie akan kena punya....


Sebab ai pernah alami benda yang sama jadi kepada semua pemandu wanita di luar sana, berhati2lah semasa memandu...Amalkan gaya pemanduan yang selamat dan menyenangkan semua pengguna jalanraya yang lain....


No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke