Thursday, March 31, 2011

Salam takziah buat kawanku

Salam u olsss...

Ai baru jerrr balik dari mengunjung ayah kawan sepejabat ai yang meninggal lebih kurang pukul 4 pagi tadi.

Rumah dia di Lunas, Kulim, Kedah. We olsss semua bertolak dari pejabat pukul 9.30 pagi dan sampai di rumah dia dalam pukul 11 pagi. Sesampai tue jumpa dia dan ucap takziah lah. Kawan ai nie baru jerrr lepas mengadakan kenduri perkahwinan dia awal Mac yang lalu. Kiranya tercapai lah hajat ayah dia nak tengok anak sulung dia naik pelamin.

Jadi ai nak ambil kesempatan ini mengucapkan salam takziah buat Ina. Semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah s.w.t.

Marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah buat arwah ayah dia. Al fatihah.




p/s : sebelum balik rumah sempat lagi jenguk belog nie... ;)

Wednesday, March 30, 2011

Hujan oh Hujan | Air sungai dah melimpah naik

Kelmarin dah hari ni hujan dok turun sepanjang hari dah...

Sepanjang jalan nak masuk opis ai air dah memenuhi perkarangan rumah dah. Orang2 kat opis nie semua pakat risau dah takut banjir lagi. Pengalaman tahun lepas hujung bulan Ogos membuatkan masing2 dalam keadaan berjaga2 la nie.

Kalau hujan turun tanpa henti lagi memang dah sahih lagi nyata Pekan Changlun akan ditenggelami air lah. 

Masa ai kol Balai Polis Jitra nak tanya perkembangan banjir, polis tue cakap keadaan masih tak berubah. Maksudnya tiada lagilah tempat2 di sekitarnya dilanda banjir. Kalau lah tetiba dapat laporan jalan tak boleh lalu dah, adehhh camner lah nak balik nie..Naik trak tentera lah kot noo..Hihi

 (pemandangan dari udara masa banjir melanda)


(time kat Jitra tahun lepas - kredit pic to google)


Waktu kejadian banjir tahun lepas tue ai tak berpeluang nak tengok sebab masa tue ai tak der di Kedah. Ada bengkel di Negeri Sembilan. Setiap kali masuk kelas jerrr mesti semua orang akan tanya keadaan banjir di Kedah. Dah serupa reporter la we olsss masa tue hehe...

Harap2 tahun nie tak der lah kejadian serupa berlaku. Even tak der pengalaman redah banjir tapi minta dijauhkan lah...Dengar membe2 cerita rasa tak seronok jerr. Yerlah mana ader orang seronokkan bila kena banjir.



p/s : ada info bagitahu mungkin Empangan di Perlis dan Thailand akan dilepaskan menjelang pukul 2 petangnie..Betul ker tidak kita tunggu jer lahh ekkk...

Tuesday, March 29, 2011

Sweet Memory 2010 | Ku cari damai di Baitullah

Tahun lepas kan ai ada citer pasal nie..Rujuk entri berkaitan yerr..selamat jalan 2010....pasti akan merindumu sob..sob..

Jadi hari nie ai ingat nak laa citer pasal tue....Sebab akhir2 nie ai asyik dapat berita pasal orang nak pergi umrah...Sedara nak pegi, sepupu pun nak pegi dan ada juga antara blogger yang nak pergi buat umrah.Alahai jelesnya tengok dia orang nie berpeluang ke rumah Allah. Even dah dua kali pergi pun ai masih rasa tak puas dan tetap jeles dengan mereka2 ini.

Dua kali ai pergi bersama2 family menggunakan khidmat agensi yang sama sebab memang berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan bermula dari saat berangkat pergi hinggalah saat keberangkatan pulang ke tanah air terchenta....
Kali pertama dulu hanya ambil pakej Umrah sahaja. Sebab pertama kali nak pergi kan jadi nak lah lebihkan ibadat yang memang cukup2 makan jerr kalau kat Malaysia nie. Kali kedua baru ambil pakej Umrah beserta melancong. Destinasi yang dipilih kami ialah Hong Kong.


Okey tak mau cakap banyak2 sebab di sini tengah kesejukan sebab hujan (apa kaitan kan hujan dengan entri hehe...) jadi u olsss layan lah dulu dua tiga keping gambar we olsss yerrr...Nanti ai story mory lebih2 lagi yerrr...



 (suasana depan Kaabah)


 (baru turun dari kapal terbang di Jeddah)


 (pemandangan di Lapangan Terbang Hong Kong)


 (kalau tak salah lepas habis solat nie, sempat lagi bergambar kenangan)


 (kenangan di malam sebelum balik depan perkarangan Masjid Nabawi, Madinah)


(pemandangan Hong Kong dari atas bukit mana tah...)



p/s : sori gambar dah tak ikut susunan...

Apa yang rajin ekkk?

Entri nie seratus peratus dituju untuk diri sendiri hiihi...(tapi bukan entri syok sendiri tau...)

Tengah2 dok layan lagu sambil main game sambil menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja, datang sorang lecturer nie mai tanya ai.

'Faiz, naper tak sambung study'
'Tak nak laa. MALAS. Buat sakit kepala jerrr.'

Pastu dia tanya soalan lain pulak...

'Faiz, naper tak buat bisnes. La nie macam2 bisnes orang dok buat.'
'MALAS laaa.'
'Apa nie semua MALAS jerrr.. Habis nak buat apa?'


Bila dia cakap macam tue, baru terpikir balik apa yang ai rajin ekkk sekarang nie? Semua asyik MALAS jerrr...Rasanya benda yang ai rajin buat sekarang nie hanyalah menghadap belog kesayangan nie ajerr..Belog sapa ekk..Sudah tentu lah belog sendiri...hehe...Promote jap..mai singgah yerrr...~~~  d O N i a  -   b E L o g  -   s e L A m b E R   -  a K u  ~~~





Tapi kena jugak pikir masa depan. Sampai bila yerrr nak berada di takuk lama ajer...Ayuh far_east bangkit dari mimpi...Berusahalah tingkatkan taraf hidup. Orang lain dah lama sampai ke puncak, anda bila lagi???

Monday, March 28, 2011

Susahnya nak puaskan hati semua pihak

Hidup kita memang sentiasa dipenuhi warna warni kehidupan. Ada saat kita gembira, ada ketika kita sedih dan ada ketikanya kita diuji dengan masalah. Tanpa hal2 seperti itu ibarat hidup kita kurang rencahnya. Seperti ada sesuatu kekurangan dalam kehidupan itu. Ibarat kata, seperti masakan kurang garam dan air kurang gula..Rasa tawar jerrr...

Tetapi jika semua rasa tue tak melibatkan banyak pihak, ia masih boleh lagi diperbaiki. Namun jika warna warni kehidupan itu tercalar akibat orang lain pastinya ia sedikit sebanyak akan mengubah corak kehidupan kita buat hari itu.

Dan bila kita sentiasa berhadapan dengan orang ramai, pasti masalah sebegini akan berlaku. Macam selalu ai hadapi. Susahkan nak bagi semua pihak puas hati dengan apa yang kita buat. Kalau buat macam orang A nak, nanti orang B kompelin marah pulak. Bila ikut cakap orang B, orang C pula tarik muka. Macam2 kerenah orang2 nie kan yang akhirnya membuatkan kita sendiri tersepit di tengah. Berusaha sungguh2 nak puaskan hati semua orang sampai hati sendiri tak terjaga.

Akhirnya, bila hati semua pihak dipuaskan pastinya hati sendiri akan merajuk dengan tuan badan sampai menyebabkan kehilangan MOOD...Sungguh kadang2 bila terlalu sangat memikirkan nak jaga hati orang, hati sendiri trosss moody. Bila dah moody tue, nak bercakap sepatah ayat pun rasa macam malas sangat dah. 

Adakah ini dinamakan roda putaran dunia? ATAU ibarat membakar lilin diri bagi menerangi kegelapan orang?



Hurmmm bila jadi macam nie mesti automatik tanpa paksaan, teringat kenangan2 lama yang dah berkubur tanpa nisan. Bosan dengan keadaan macam nie!!!


p/s : hari ini diisytiharkan HARI TIADA MOOD sedunia untuk ai huhu...Tatau laa kenapa tetiba tak der mood pulak. Adakah masalah kerja atau kerna rindukan seseorang???

Follower ke 101


Nombor yang cantik jer...101.

Thanks yerr Blogger Fienaz sudi jadi follower saya yang ke 101...

Jom sama2 kita terjah blog Fienaz nie yekk





p/s : nie kes tak tahu nak citer apa dah laa nie..tapi okey juga boleh promote belog kengkawan..

Siapa ada maklumat berkaitan temuduga terbuka guru???

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam  sejahtera u olsss semua..

Nak minta tolong u olsss sket nie kot ada yang tahu kan boleh lah kongsi2kan maklumat yang u olsss ada dengan ai yang dok tercari2 nie...



Alkisahnya pagi kelmarin masa on the way ke tempat kerja ai dengar berita dalam radio pasal ada temuduga terbuka untuk guru2..Lepas tue semalam ayah ai cakap dia tengok berita tv3 pun ada bagitahu pasal nie..

 (kredit pic here)



Jadi ai nak tanya lah kat u olsss nie kalau tahu pasal benda nie plisss citer kat ai naa...Sebab ai dok search dalam google dari semalam hingga ke saat ini masih tak dapat2 jugak laa pasal maklumat tue..

Ai cuma nak tahu jer temuduga tue untuk siapa ekk? Fresh graduate kerr GSTT kerrr ataupun untuk yang dah jadi cikgu tapi nak balik negeri masing2 sebab dalam berita tue cakap temuduga nie lah peluang untuk bekerja di negeri sendiri semula.


Sunday, March 27, 2011

Majlis Jasamu Dikenang

Hari Khamis baru nie kat opis ai ada buat Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan salah seorang staf...

(dalam pic nie, staf tue yang pakai baju kurung kale pink)

Sempena majlis tue, maka semua staf dikehendaki memakai baju batik buruk tue hihi tapi ai malas nak pakai baju yang tak vogue langsung tue...

Gambar di atas tue diambil sebelum we olsss semua berangkat ke rumah dia sebab di rumah dia ada majlis pulak. (hari khamis tue hari makan free sedunia tau..hehe)

Staf nie nama dia Puan Normi binti Dahar dan bertugas sebagai Kaunselor Pentadbiran. Kak Omi nie baru jer bertukar ke opis we olsss kalau tak silap baru 1 tahun lah...Tapi walaupun setahun jer, dia sungguh mesra dengan semua orang tanpa mengira pangkat atau darjat. 

Buat Kak Omi, selamat menempuhi alam persaraan dan selamat berehat di rumah di samping keluarga terchenta yerr....

Earth Hour lah semalam... ;)

Semalam ai sefamily pergi lah TESCO yang kat area rumah tue...

Betapa sungguh ramainyerrr orang yang datang TESCO semalam sampaikan troli abesss...

Sampai kat tingkat atas dalam pukul 8:29 malam tetiba tengok ada dua tiga barisan lampu yang ditutup..Mula ingatkan rosak kut lampu dia..Pastu dia tutup lagi separuh lampu...Ehh pesal nie ekk??Kira yang tinggal masa tue hanya lampu2 dari peti ais jer laaah..(peti ais kerr ekk tempat simpan barang2 dia tue?)

Dok pikir2 tue ehh rasa macam ada sesuatu yang terlintas di kepala dan tross tengok jam..Owhhh rupa2nya malam nie Earth Hour laaa...


(kredit pic here)


Bagus juga laa ekk TESCO nie ambil bahagian juga. Tapi kejap jer laa dia tutup lampu tue..Lebih kurang lima minit jerrr..Yer laah orang tengah ramai masa tue.Nanti tak pasal2 nak menyahut kempen Earth Hour tue habis pulak barang2 di TESCO tue dicuri...;)

Ikut apa ai baca dalam web EARTH HOUR tue, kempen nie bermula pada tahun 2007 di Sydney, Australia.Nie ai ambil sikit petikan dalam web tue. Kalau u olsss nak baca lebih terperinci lagi u olsss klik web EARTH HOUR tue ekkk...


Earth Hour started in 2007 in Sydney, Australia when 2.2 million individuals and more than 2,000 businesses turned their lights off for one hour to take a stand against climate change. Only a year later and Earth Hour had become a global sustainability movement with more than 50 million people across 35 countries/territories participating. Global landmarks such as the Sydney Harbour Bridge, CN Tower in Toronto, Golden Gate Bridge in San Francisco, and Rome’s Colosseum, all stood in darkness, as symbols of hope for a cause that grows more urgent by the hour.

Earth Hour - Chile 

In March 2009, hundreds of millions of people took part in the third Earth Hour. Over 4000 cities in 88 countries/territories officially switched off to pledge their support for the planet, making Earth Hour 2009 the world’s largest global climate change initiative.
On Saturday 27 March, Earth Hour 2010 became the biggest Earth Hour ever. A record 128 countries and territories joined the global display of climate action. Iconic buildings and landmarks from Asia Pacific to Europe and Africa to the Americas switched off. People across the world from all walks of life turned off their lights and came together in celebration and contemplation of the one thing we all have in common – our planet.
Earth Hour 2011 will take place on Saturday 26 March at 8.30PM (local time). This Earth Hour we want you to go beyond the hour, so after the lights go back on think about what else you can do to make a difference. Together our actions add up.



p/s : patut lah pergi Pasar Malam semalam pun lampu samar2 jerrr..Diaorang support kempen Earth Hour laa kut nooo walaupun baru pukul 7 malam.

Saturday, March 26, 2011

Patutkah dibayar???

U olsss rasakan patut tak bayar??? Bayar untuk perkhidmatan yang kita langsung tak dapat...

Alkisahnya macam nie...

Pasal siaran TV ulangan berbayar kat umah ai nie lah...Apa lagikan kalau tak ASTRO...








Sejak pertengah Februari lalu, secara tiba2 tak der ribut tak der hujan, bila nak on channel ASTRO mesti akan keluar ayat 'the service are currently not available'.

Dan sebab sebelum nie dah biasa terjadi, we olsss nie biarkan decoder tue terpasang sehari semalam. Tapi kalli nie dah biar terpasang dekat 3 hari 3 malam tapi tetap keluar ayat macam di atas.

Bila call talian bebas  tol yang TERLALU MAHAL tue, orang dia cakap bil tak der tertunggak pun. Lepas tue dia suruh tengok kat setting dan wayar belakang. Okey ajer semua. Last dia cakap, 'saya pun tak tahu apa masalah ASTRO cik tapi kami akan buat laporan pasal kerosakan nie ke pihak kami. Caj rm50 akan dikenakan nanti yerrr..'

Ai pun okey ajer laaa dengan caj banyak tue walaupun we olsss nie tak der la dok hadap TV 24 jam sangat.
Dan dia kata masalah nie akan selesai dalam masa 2 hari.


Keesokan petang ai dapat call dari ASTRO nak sahkan laporan yang ai dah buat. Tapi dia cakap macam nie pulak.

'Caj rm50 akan dikenakan hanya untuk technician kami datang'
'Untuk kerosakan lain, cik akan dikenakan caj lain yerrr...'

Adehhh gila ker apa? Dah la ASTRO rosak bukan sebab sendiri, bila nak datang baiki macam2 caj dikenakan pulak.

Akhirnya ai biar ajer la ASTRO tue rosak selama2nya. Bukan tak mampu bayar tapi tak puas hati dengan macam2 caj dia.

Sebab tue nak tanya u olsss, patut tak ai bayar bil ASTRO yang dah tertunggak tue sedangkan siaran dia langsung tak dapat???

Memang betul la orang kata ASTRO nie tak pernah dengar komplen orang, Yang dia tahu, cukup bulan bayar bil. Bila hujan, siaran akan terganggu. Cuba lah tingkatkan mutu perkhidmatan sikit. Harap2 akan ada siaran TV berbayar yang lain nanti yang tidak hanya menyiarkan cerita ulangan sahaja.


Wednesday, March 23, 2011

Hari Matrikulasi Bersama Masyarakat

Tetap jugak nak update walaupun dah hampir sebulan berlalu kan...hihi


Bukan malas apanya tapi sebab luka lama masih belum sembuh...Luka apa ekkk?







Nie time dah nak balik..Cakap kat dia nak bergambar trosss dia bersedia tapi tue lah bodyguard dia nie kadang2 menyibuk jerrr....Sampai terpijak kaki bodigard tue punya duduk berdiri situ tak nak bergerak ke mana.


Opsss lupa nak bagitahu, semua dok pakai baju boria nie sebab 24hb Februari yang lepas opis ai ada buat hari terbuka bersama2 masyarakat yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri; Tan Sri Muhyiddin Yassin..


Lepas nie baju boria tue akan disimpan masuk muzium buat kenangan lah..Kenangan bukan sebab dapat bergambar tapi sebab keMAHALan baju batik yang sikit pun tak lawa. Dah la kain tak cukup nak buat baju. Sebab tue ai sembunyi di belakang tunjuk muka jer sebab baju tue pendek jerr dah jadi macam baju kurung Kedah pulak...

Selamat Berjaya untuk Yang Ambil Result SPM Hari Ini

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh bekas pelajar SPM 2010 sebab keputusan bakal diumumkan pada pukul 10.00 pagi nanti di sekolah masing2.





Mesti macam2 gelagat daapt disaksikan dalam TV dan surat khabar kan. Ada yang melompat kegembiraan, ada yang menangis kesyukuran dan pastinya momen2 terindah itu dikongsikan bersama dengan ibubapa masing2.



Kepada adik2 yang akan keluar mengambil result nanti, hati2 yerrr semasa pergi dan pulang. Semoga selamat pergi dan pulang ke rumah dengan selamatnya.

DAN kepada yang berjaya capai target yang diimpikan, diucapkan sekalung TAHNIAH tapi bagi yang gagal, jangan berputus asa. Kegagalan ini tak bermakna peluang anda untuk masa depan tertutup trosss. Yang penting, carilah peluang untuk trosss maju ke depan. Tak mustahil orang yang gagal hari ini akan menjadi orang berjaya suatu hari nanti.

Tuesday, March 22, 2011

Latihan Menggalakkan Senyum ;)

Baru tadi ai terima surat dari member opis ai.

Surat tue menyatakan KPM nak buat satu pendedahan atau latihan untuk menggalakkan amalan senyum di kalangan penjawat awam terutamanya kepada frontliners.

Bila baca apa yang bosh kak Deeya gariskan kat ayat 'AMALAN SENYUM' buatkan ai tersenyum sorang2 pulak..

Dalam hati dok terpikir jugak lah kan nak latih senyum camner ekkk...




Senyum macam baby tue kerr sampai terpejam2 mata






 ATAU





Senyum macam pak cik nie ekkk tunjuk semua gigi....




Rupanya ada cerita di sebalik Tsunami Jepun

Ai tak pasti sama ada u olsss dah tahu ker tidak benda nie..Iyerlah kan Tsunami dah dekat 2 minggu terjadi kan. Tapi ai tetap nak kongsi jugak satu cerita di sebalik Tsunami yang hampir meranapkan seluruh Jepun.





Tentu u olsss tahukan Jepun merupakan pengeluar terbesar cerita2 porno dan Jepun sendiri mempunyai seorang ikon atau lebih tepat digelar sebagai Ratu Porno.


Rupa2nya Tsunami dan Gempa Bumi yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011 yang lepas telah menyebabkan sebuah negara jiran kita risau keadaan Ratu Porno itu.


Maka tanpa segan silu mereka telah mengutuskan kiriman bertanya khabar Ratu Porno nie.


DAN tak berapa lama selepas itu, Ratu Porno nie telah tweet di akaun Twitternyer dengan menyatakan



'SAYA BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT'



Daripada sumber maklumat itu, mereka risaukan Ratu Porno tue kerana mereka berniat membuat filem mengisahkan kehidupan seorang Ratu Porno itu.


Nampaknya dunia memang sudah hampir kiamat kan. Dunia sudah jadi semakin terbalik. Ahli2 agama diketepikan dan orang2 yang membawa kemaksiatan diagung2kan. Ermmm apalah nak jadi kan???

Monday, March 21, 2011

25 sebab kepapaan

Hari ini ai nak share maklumat sikit dengan u olsss semua. Maklumat nie ai dapat dari Imam Muda Azhar...Maklumat nie trosss menerus ai ambik dari dia..Tapi kalau ada silap dan salah ai minta maaf ekk..


Sebab2 kepapaan (kepapaan tue maksudnya berkurangnya ilmu yang ada)
1. Membakar kulit bawang

2. Menyapu rumah waktu malam dan meninggalkan sampah berlonggok di depan rumah

3. Tidur selepas Subuh

4. Tidur dalam keadaan tidak berpakaian

5. Tidur dalam keadaan berhadas besar

6. Basuh tangan dengan tanah

7. Panggil ayah dan ibu dengan sebutan nama sebenar

8. Meringankan Solat

9. Menjahit kain yang melekat pada badan

10. Membiarkan sarang labah2 dekat rumah

11. Menyegerakan keluar dari masjid

12. Melambatkan balik dari pekan

13. Meninggalkan pinggan mangkuk di dalam sinki setiap malam

14. Memberikan roti pecah2 (saki baki)

15. Meniup api dengan mulut

16. Menyurat kalam guna pensel kontot

17. Menggunakan sikat yang patah

18. Tidak mendoakan ayah dan ibu

19. Memakai serban sambil duduk

20. Memakai seluar sambil berdiri

21. Bakhil

22. Kedekut belanja untuk diri sendiri dan keluarga

23. Boros

24. Buang kahak ketika qada hajat

25. Banyak berkata2 ketika membuang hajat besar


Maklumat nie semua ai perolehi ketika mendengar kuliah bulanan dari Imam Muda Azhar dekat masjid berdekatan rumah ai. InsyaAllah bulan depan kalau berkesempatan dengar lagi, ai akan kongsikan dengan u olsss semua ekkk...





CONTEST : SIAPA BLOGGER ITU ??





Selamat petang u olsss...

Dah lama rasanya ai tak join contest jadi kali nie rasa macam beshhh pulak contest yang Saya, Blog Dan Dotdotdot buat bersama Dunia Bintang Biru nie.....










Itu ajerrr yang diperlukan untuk join contest nie...Semua jawapan bagi soalan yang ditanya ada dekat bloglist Saya, Blog Dan Dotdotdot atau Dunia Bintang Biru nie.....

Bagi ai contest nie memang menguji ketajaman mata kita untuk melihat siapakah blogger2 yang telah dikaburkan mukanya.

Jadi kalau u olsss berminat nak join contest tue, cepat2 jenguk belog dia yerrr sebelum ditutup pada 30 April 2011.

Sunday, March 20, 2011

Ikan Kembung 4 hengget sekoq

Ikan kembung a.k.a ikan temenung berharga rm4.00 seekor??

Biar betul kan?

Bagi yang tak tahu inilah rupa ikan kembung a.k.a ikan termenung (nie orang Kedah panggil laa) -kredit pic to google


Baru2 nie ai sefamily pergi ke Kuala Perlis nak makan2.

Rancang2 tue nak makan berhidang laa...Pergi la pilih lauk2 nak minta masak.

Mula pilih ikan kembung nak minta dia masak asam pedas. Suruh dia ambil 1 kg..

Alih2 budak tue cakap...

'Mak cik, ikan kembung nie tak jual kilo. Kita jual ikut ekor. Seekor kita caj rm4'

Haaa biar betul ikan kembung dijual pada harga rm4/ekor..Awat mahal sangat..Tahulah musim cuti sekolah pun. Padan2 lah nak cekik darah pun. Langsung tak masuk akal sungguh.

Pergi ronda kedai lain pun sama jugak..Pakat selaraskan harga ikan tue. Tapi yang paling best ada satu kedai tue dia jual sama gak..ikan kembung rm4/ekor cuma dia kata tue kira harga untuk ikan mentah..Kalau nak minta masak kita caj harga lain...Ada ker patut buat macam tue...

Akhirnya semua pakat minta nasi goreng. Tapi ada seorang pelayan tue cakap kat mak ai...

'Mak cik, nasi goreng seafood mahal sikit tau harga dia'

'Berapa?'

'Sepinggan rm4.00'

Ekelleh budak nie perli ker apa..Ingatkan sepinggan harga rm100..Ingat kita nie tak mampu bayaq mahal kut. Kalau nak bayaq pun biar lah berpadan barang tue dengan harga. Ini main ikut suka jerrr nak letak harga.




Berenang-renang di GUA KELAM, PERLIS

Hari Jumaat yang baru lepas aje, we olsss sebijik, dua bijik dan tiga bijik kereta berkonvoi pergi mandi manda di Gua Kelam, Perlis.....




Nampak tue papan tanda nak masuk ke Gua Kelam..Eksaited nak mandi punya pasal, lupa nak snap masa awai2 sampai. Time balik baru teringat kat papan tanda nie. Tapi okey lah kan sesuai dengan nama Gua Kelam maka gambar tue pun kelam laaaa hihi




Nie banner sepanjang pokok kat Gua Kelam...Biasalah kan bila amik gambar pakai henpon nak zoom sangat pun camni jerr laaa nampak.




Inilah budak yang eksaited sangat nak mandi walaupun tak pandai berenang tapi nak gak masuk berendam dalam ayaq tue...hihi. Nie posing time dah abis amndi. Kira baru naik ke darat laaa




Hujung minggu memang ramai orang yangdatang. Ini cuma ai amik gambar kat tempat ai duduk jerrr...Yang paling ramai tue pastinya bebudak laa...Seronok sungguh depa nie berenang renang sambil siap bersyampu lagi hikhikhik macam duk rumah lak bebudak nie



Bagi yang bawak anak2 yang tak mau berenang haaa kat Gua Kelam nie ada disediakan padang permainan untuk bermain.


Cuma sayangnya tak dapat masuk menerokai Gua Kelam tue sebab tengah renovate. Jadinya we olsss hanya bermandi manda saja di luar.



Saturday, March 19, 2011

Apa punca anak derhaka - Episod 3 (AKHIR)


Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.

Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri
Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tapi di sini ai hanya letakkan 20 Tips sahaja untuk renungan bersama;


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2.
Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk) 

3.
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)

4.
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya). 

5.
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh
. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan
diri mereka beban.

8.
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.
Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.
Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.
Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali. 

13.
Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
 
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Thursday, March 17, 2011

Apa punca anak derhaka - Episod 2

Ini sambungan dari episod yang pertama ekk...

Kalau nak baca EPISOD 1, klik sini yerrr...












Wednesday, March 16, 2011

Tiap2 hari dok baca entri mereka tapi macam mana boleh tak follow pulak

Benda nie ai baru jerrr perasan.

Selalunya belog yang rajin ai berkunjung pasti ai akan follow trosss..Bila kita dah follow mesti jadi macam pic di bawah nie kan...


(kredit pic Eyriqazz.com)




Tapi bila ai buka baru2 nie dan ai tengok kat senarai follower mereka, akan jadi macam di bawah nie. Maksudnya ai tak follow lagi la belog mereka.


(Kredit pic Myvitrd.com)




Bila ai klik icon FOLLOW tue, ai diminta sekali lagi untuk Follow this blog....Macam u olsss tengok kat bawah nie laa..



(Kredit pic Myvitrd.com)



Adakah semua tue berpunca sebab ai tukar template baru menyebabkan senarai blog yang ai follow pun dah berubah atau sebab ai tukar pic untuk display bila nak follow?


Kalau sebab tukar template, adehhh jenuh nyerrr ai nak cri balik semua blog untuk Follow. Bengang nyerrr dah errr capaian internet teramat slow sekarang nie....

Apa punca anak derhaka - Episod 1


Salam dan selamat pagi u olsss…

Hari nie ai nak share citer maklumat sket pasal punca anak derhaka. Sejak akhir2 nie banyak kisah dipaparkan di  media massa hal anak derhaka nie. Dang yang terbaru pastinya dalam surat khabar metro ahad lepas yang menceritakan pasal seorang anak nie mendoakan ayah dia cepat mati lantaran sikap kejam ayah dia masa waktu dia kecik dulu.

Tapi ai taknak la hulas panjang2 hal dalam paper tue sebab u olsss semua tentu dah baca kan.

Cuma ai nak berkongsi emel yang ai dapat dari salah seorang Kaunselor kat opis ai nie. Disebabkan emel dia terlalu panjang jadi ai terpaksalah buat adegan berepisod ekkk…










Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke