Saturday, March 26, 2011

Patutkah dibayar???

U olsss rasakan patut tak bayar??? Bayar untuk perkhidmatan yang kita langsung tak dapat...

Alkisahnya macam nie...

Pasal siaran TV ulangan berbayar kat umah ai nie lah...Apa lagikan kalau tak ASTRO...








Sejak pertengah Februari lalu, secara tiba2 tak der ribut tak der hujan, bila nak on channel ASTRO mesti akan keluar ayat 'the service are currently not available'.

Dan sebab sebelum nie dah biasa terjadi, we olsss nie biarkan decoder tue terpasang sehari semalam. Tapi kalli nie dah biar terpasang dekat 3 hari 3 malam tapi tetap keluar ayat macam di atas.

Bila call talian bebas  tol yang TERLALU MAHAL tue, orang dia cakap bil tak der tertunggak pun. Lepas tue dia suruh tengok kat setting dan wayar belakang. Okey ajer semua. Last dia cakap, 'saya pun tak tahu apa masalah ASTRO cik tapi kami akan buat laporan pasal kerosakan nie ke pihak kami. Caj rm50 akan dikenakan nanti yerrr..'

Ai pun okey ajer laaa dengan caj banyak tue walaupun we olsss nie tak der la dok hadap TV 24 jam sangat.
Dan dia kata masalah nie akan selesai dalam masa 2 hari.


Keesokan petang ai dapat call dari ASTRO nak sahkan laporan yang ai dah buat. Tapi dia cakap macam nie pulak.

'Caj rm50 akan dikenakan hanya untuk technician kami datang'
'Untuk kerosakan lain, cik akan dikenakan caj lain yerrr...'

Adehhh gila ker apa? Dah la ASTRO rosak bukan sebab sendiri, bila nak datang baiki macam2 caj dikenakan pulak.

Akhirnya ai biar ajer la ASTRO tue rosak selama2nya. Bukan tak mampu bayar tapi tak puas hati dengan macam2 caj dia.

Sebab tue nak tanya u olsss, patut tak ai bayar bil ASTRO yang dah tertunggak tue sedangkan siaran dia langsung tak dapat???

Memang betul la orang kata ASTRO nie tak pernah dengar komplen orang, Yang dia tahu, cukup bulan bayar bil. Bila hujan, siaran akan terganggu. Cuba lah tingkatkan mutu perkhidmatan sikit. Harap2 akan ada siaran TV berbayar yang lain nanti yang tidak hanya menyiarkan cerita ulangan sahaja.


No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke