Thursday, May 29, 2014

Amsyar Jatuh Katil



Jumaat lepas si comel mata boolat jatuh katil...cuak sungguh eyza masa tu...Kebetulan masa Amsyar jatuh tu TV tengah pasang azan Maghrib. Nasib baik Amsyar tak ada apa-apa.. Dia nangis sikit jea lepas tu dia lompat main macam biasa. Ibu dia jea yang menangis beria-ia...hihi...



Jadi eyza pun terus google cari pasal ANAK JATUH KATIL dan terjumpa lah beberapa maklumat berkaitan ini. Makanya eyza tepekkan di sini sebagai panduan eyza dan untuk semua  ibu-ibu yang risaukan kesihatan anak bila jatuh katil. Jom baca apa yang kita perlu buat jika berada dalam situasi macam ni.



1. Sekiranya bayi terjatuh, tenangkan bayi dahulu, kemudian berikan susu ibu atau susu formula. Susu ibu adalah terbaik kerana posisi bayi akan berada dalam pelukan ibu dan bayi akan berasa lebih tenang selepas terjatuh.

2.Tengok jatuh mana dulu. Di depan kepala (dahi) or belakang (belakang lagi bahaya)

3. Rabalah seluruh bahagian kepalanya dengan sedikit penekanan bagi memastikan terdapatnya benjolan, kesakitan, atau "dekok" (fraktur mampatan) di kepala.

4. Jika ubun-ubun belum tertutup, rabalah ubun-ubun dan pastikan sama ada ia membonjol atau tidak. Ubun-ubun yang membonjol menunjukkan adanya peningkatan tekanan dalam otak, boleh berlaku kerana pendarahan
  
5. Kalau benjol, cepat2 tuam dengan ais! bukan air suam.Tak payah bawa ke hospital. Kalau retak pada tengkorak saja, doktor kata ianya cepat sembuh dan tempat yg retak sedikit tadi biasanya akan lebih keras dr tulang tengkorak lain.

6.Perhatikan tindakbalas bayi..sekiranya bayi muntah, perlu perhatikan bagaimana cara bayi muntah. Samada bayi muntah meleleh ataupun muntah yang terpancul jauh.

7. Sekiranya bayi muntah terpacul, terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga,pengsan,sawan, lebam belakang telinga, anak tak aktif, perubahan fizikal seperti muka herot, atau jalan tidak stabil perlu segera bawa bayi berjumpa doktor pakar kanak kanak.

8. Elakkan tidurkan bayi semula immediately selepas jatuh.

9. Elakkan letak bayi didalam buai kerana buaian boleh memberi kesan kepada gegaran sekiranya ada.

10. Parents perlu kawal panik anda kerana sekiranya parents panik, bayi akan turut berasa lebih tidak selesa.

11. Kesan2 di atas di pantau dalam masa 24 jam.

Sunday, May 25, 2014

SELAMAT DATANG ke KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

Hari ini 25 MEI 2014 (AHAD) adalah hari pendaftaran pelajar baru sesi 2014/2015 di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun, Kedah. Seramai 2000 lebih pelajar ditawarkan untuk masuk ke sini. 




Ikut bos eyza dia kata sejak pukul 6.30 pagi lagi, dah banyak kereta yang masuk dalam kolej untuk mendaftar walaupun waktu pendaftaran akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Mungkin pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari Selatan dan Pantai Timur yang sampai awal pagi tu.  Dan sehingga ke saat ini pun eyza tengok kereta masih beratur jammed nak masuk dalam kawasan kolej ni. 


kredit pic GOOGLE


Apapun, SELAMAT DATANG ke KOLEJ MATRIKULASI KEDAH buat semua pelajar baru. Hati-hati dalam perjalanan yea sebab eyza dengar dah berlaku kemalangan pagi tadi kat depan Stesen Petronas Changlun. 

Sunday, May 11, 2014

SELAMAT HARI IBU

Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu. 






Terutamanya mak dan mak mentua eyza, kakak-kakak dan adik eyza serta untuk eyza sendiri yang baru bergelar seorang ibu...



Adik beradik eyza semua perempuan jadi semuanya sudah bergelar IBU. Alhamdulillah indahnya perasaan menajdi seorang ibu. Buat yang sudah dan bakal bergelar ibu, selamat menjadi ibu terbaik untuk anak-anak.


LOVE U MOM...



Thursday, May 8, 2014

Tabahkanlah Hatimu Wahai Ibu

Kelmarin eyza ONkan FB masa dalam perjalanan ke tempat kerja. Lepas tu nampak ada seseorang SHAREkan artikel seorang ibu muda yang menulis sesuatu di blog dia. Artikel yang bertajuk SUSU TERAKHIR BUAT ARMAND.


Sampai-sampai jea kat opis, terus eyza bukak blog dia. Mula-mula baca eyza masih ok tapi bila masuk ke pertengahan cerita, airmata secara automatik berlinang dah. Terus fikiran eyza melayang teringatkan anak di rumah pengasuh.


Bila dah jadi ibu nie, apa-apa saja berkaitan bayi (walaupun bukan anak sendiri) pasti hati eyza akan cepat tersentuh. Tambah pulak bila kenangkan saat-saat kami mula menerima ujian di kala anak eyza baru berusia 6 hari. Sungguh waktu tu memang eyza hanya mampu menangis sepanjang hari saat menerima berita itu. Di saat ibu-ibu lain berpantang di rumah, eyza dah berjalan sana sini berpantang di hospital dan di atas kereta. Sungguh waktu itu Allah beri eyza kekuatan di saat orang kata badan ibu lepas bersalin masih lemah. Dengan masa tidur hanya 1-2 jam sehari, memang eyza tak ada langsung rasa  penat. Hanya ada rasa nak tengok anak cepat-cepat boleh keluar wad. Rupa-rupanya itulah perasaan halus seorang ibu bila melibatkan hal berkaitan anaknya.


Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada ibu muda ini untuk cekal mengharungi hidup yang mendatang bersama seorang lagi buah hati terchenta iaitu MAS ALIFF SHADAN. Al fatihah buatmu Arwah MAS ARMAND SAIFF.



Kepada yang nak baca nukilan ibu muda yang tabah ini, sila ke SINI...

Wednesday, May 7, 2014

Tuesday, May 6, 2014

Daftar Online Untuk Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Kedah

~ klik SINI untuk LOGIN MASUK ~


Bermula semalam, 5 Mei sehingga 19 Mei para pelajar lepasan SPM yang mendapat tawaran kemasukan ke Matrik boleh mula membuat pendaftaran online.Yang gambar kat atas tu adalah imej LOGIN untuk pelajar-pelajar yang dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Kedah.


Sebenarnya tujuan eyza buat entri ni pun sebab eyza salah seorang AJK URUSETIA untuk Minggu Pendaftaran Pelajar Baru (MPPB) 2014/2015. Jadi kalau sapa-sapa pelajar nak tanya boleh la soal eyza di sini atau call opis eyza di talian 04-9286100. InsyaAllah eyza akan cuba bantu selesaikan masalah adik-adik semua...hihi...




UPDATE:

Sila pastikan perkara berikut sebelum menggunakan e-Pendaftaran:
  • Pastikan pembayaran yuran telah dibuat dan slip bank BSN telah diperolehi. 
    Nombor slip bank BSN perlu dikunci masuk.
  • Telah membuka Akaun Bank Rakyat. 
    Nombor Akaun Bank Rakyat juga perlu dikunci masuk.
  • Gambar pelajar dalam format JPG atau PNG (rujuk contoh dalam e-Pendaftaran). Sila "upload" semasa e-pendaftaran bagi memudahkan proses menyediakan KAD MATRIK.
  • Cetak 3 salinan slip e-pendaftaran untuk kegunaan pada Hari Pendaftaran (25 Mei 2014) nanti.

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke