Saturday, March 31, 2012

Fan Page Celebration Giveaway!

Salam u olsss...


Malam nie ai nak join satu peraduan dari  abang EQ  sempena meraikan fanpage EQBALZACK yang dah mencecah 100 lebih penge'like'.



antara hadiah yang ditawarkan


Jom sama2 ikut ai join peraduan dari abang EQ nie yang bakal berlangsung sehingga 7 April 2012... KLIK SINI kalau nak join yer.

Yeayyy Sampai Jugak Baju GBS - Tak Femes Tapi Sengal

Salam u olsss...


Petang Rabu lepas masa balik kerja, tengok atas meja ada satu bungkusan poslaju. Dah agak sure itu dari GENG BLOGGER SENGAL.




Ambik bungkusan tue dan tengok nama pengirim, perghhh terkedu seketika. Wahhh cantek gilerrr tulisan atok Mohd Norafzal... Sayang gilerrr nak buka bungkusan tue sebab masih terpesona dengan tulisan khat afzal hihi..Tok oh tok, cer tok citer adakah dulu tok juara khat kampung dusun?


Dan sungguh ai ambik masa yang lama untuk buka bungkusan nie. Lepas isyak baru ai bukakan hihi dan sampul bertulisan tangan tok, dah selamat masuk muzium hihi...Mana taw kot2 ada pertandingan tulisan tercantek, leh tunjukkan sampul tue kat penganjur pertandingan nanti....(✿◠‿◠)


Okey - okey, jom kita layanz gambar baju yang sangat2 sengal tue hihi...


pandangan hadapan baju GBS


kata2 di belakang baju GBS


Dan mempersembahkan inilah baju GBS yang tengah femes amos ketika ini.



Tadaaa inilah baju GBS yang comey dan kiut macam si pemakai hehe...




p/s : rasa macam retis pulak bila pakai baju nie keluar jalan2...hihi..sengal.

Thursday, March 29, 2012

Janganlah Merajuk Wahai Nasi...

Salam u olsss...


Wahai cik nasi, usahlah dikau merajuk dengan daku huhu...


Oowh janganlah merajuk dengan ai wahai cik nasi....




Erkkk jangan kata ai senget yer tetiba dok pujuk nasi hehe...Alkisahnya sejak akhir2 ni ai kurangkan makan nasi. Dan kadang2 tue saja lewatkan makan nasi. Macam 2 hari sudah, pukul 8.30 malam baru ai makan nasi tengahari.


Jadi bila ai makan nasi, otomatik perut akan meragam. Seolah2 macam nasi merajuk tak nak masuk ke dalam perut huhu...


Ala nasi, lex lu....bukan tak makan langsungkan? Cuma dikurangkan kuantiti jer...Ala boleh la wahai nasi yang syomel... (^_^)

Wednesday, March 28, 2012

“Contest Teka Angka Shakiddo.com”

Salam u olsss...


Ai nak join satu contest dari blogger shakiddo.com.



Teka Angka bagi earning UnPaid : RM537.20


” Contest ini dianjurkan oleh shakiddo.com bersama sponsor hazmanfadzil.com dan sharidawati.blogspot.com

BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER

Salam u olsss...




Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?


"hai, dah lama sampai ker?"






Kaitan soalan di atas dengan entri yang abang ben suruh baca ialah :


kita selalu akan soal seseorang walaupun dah tahu apa yang sedang dibuatnya ketika itu.

Tuesday, March 27, 2012

Hutang Oh Hutang?

Salam u olsss...


Sebelum plan projek family dilaksanakan, perkara penting yang wajib dilaksanakan sebelum mula buat senarai semak check list ialah melangsaikan hutang hehe...


Nabi SAW bersabda :-
 
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)



Maka kepada sesiapa yang rasa masih berhutang itu, segeralah cari jalan penyelesaian untuk selesai hutang tue. Maksudnya hutang yang kecik2 la. Kalau hutang bank, camner nak carik penyelesaian yer...Kot nanti jadi gali lubang, tutup lubang. Sampai bila2 dok berlubang jerrr hihi...






Ada juga doa untuk mengelakkan cengkaman hutang.


Monday, March 26, 2012

Masalahnya Saya Kenal Ker?

Salam u olsss...


Dalam ai dok kalut menaip senarai direktori untuk opis ai, tetiba datang seorang peniaga kuih berjumpa ai.



kredit to AIN


"Err ni borang apa?", dia bertanya sambil merujuk kepada kotak kayu di sebelah tempat duduk ai.

"Owh, itu borang tender."

"Tender apa?"

"Tender untuk membekalkan barang2 cenderamata untuk kemasukan pelajar2 baru nanti."

"Oh, kalau saya nak ambik borang camana?"

"Borang apa yang encik nak?"

"Borang nak berniaga masa hari pendaftaran pelajar baru,"

"Maaf encik, borang tue masih tak keluar lagi. Saya belum dapat apa2 maklumat dari Encik Khairul."

"Encik Khairul Nizam?" dengan penuh confident dia menyoal ai balik.

"Yer. En Khairul Nizam yang menggantikan tempat Puan Emelia.

"Puan E..Me..Lia?"

Ya. Lepas Puan Emelia bertukar, En Khairul yang ganti tempat dia." 

"Errr MASALAHNYA SAYA KENAL KER PUAN EMELIA?"



Uwaaaa rasa nak nangis celah komputer jer sambil buat aksi menampor muka dia...Punyalah panjang penerangan ai, boleh pulak dia soal camtue....Fuhhh sabar jer lah dengan perangai peniaga nie sorang.

Sunday, March 25, 2012

BEN ASHAARI AJAK BERKENALAN

Salam u olsss...


Jom ramai2 join segmen dari BEN ASHAARI...











Kata2 aluan : 

Selamat datang ke blog selamber yang penuh dengan kisah kenangan dan e-novel khas untuk tatapan semua. "Apalah ada pada populariti di dunia seandainya di akhirat kelak malaikat penjaga syurga tidak mengenali kita "

Saturday, March 24, 2012

" My Pinky Moments"

Salam u olsss...


Ai nak join peraduan dari bro eyriqazz.











Friday, March 23, 2012

Hanya Tuhan Yang Tahu

Salam u olsss...


Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang ku sayang


Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu





♥ JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA ♥

Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥ 

Thursday, March 22, 2012

Segmen Blog Baru - Follow Kami Motivasikan Kami

Salam u olsss...


Jom sama2 join segmen yang dianjurkan blogger HasrulHassan nie sebelum ditutup pada 23 Mac 2012. Sangat mudah hanya isikan maklumat2 yang HH minta sahaja macam ai buat kat bawah nie.




Nama blogger anda

MISZ EYZA

Usia anda

27 TAHUN 3 BULAN 17 HARI


Usia blog anda

 3 TAHUN 1 BULAN


Berblog dari mana

 ikut kelapangan masa tapi kebanyakan masa di pejabat lah.


Isi kandungan utama blog anda

 blog saya lebih kepada penceritaan kehidupan peribadi dan apa yang berlaku dalam hidup


Dan apa jua yang ada kaitan untuk perkenalkan blog anda kepada yang lain

Blog saya suatu tempat penceritaan yang bersifat selamba jadi anda boleh berselamba bergumbira di blog ini tanpa had dan limit...peace... (^_^)

Wednesday, March 21, 2012

Dugaan Itu Ujian Dari Allah s.w.t.

Salam u olsss...


"Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya." (HR. Bukhari)




kredit to : iluvislam.com





"Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah. " (HR. Bukhari)

Tuesday, March 20, 2012

Iyearhhhh Penatnya Pot Pet Pot Pet...

Salam u olsss...


kredit pic : GOOGLE

Letih! Itu saja perkataan yang dapat menggambarkan diri ai sekarang nie.


Dari pagi tadi bukak blog nak taip entri sampai la nie baru tertaip huuhuu... Letih sangat2 bercakap arini pada masa yang sama kena call dekat enam ke 7 puluh orang untuk bercakap benda yang sama.


Ekcelli bercakap tue tak der la letih mana sangat sebab memang tugas hakiki ai ialah untuk bercakap tapi letih bila terpaksa melayan kerenah orang yang dicall itu.  Ada yang suka, ada yang eksaited, ada yang teruja dan ada yang cam nak marah jer. Perghhh yang paling tak boleh blah itu ialah yang jual mahal menolak pelawaan untuk hadir ke taklimat sebut harga dengan alasan we olsss jemput terlalu ramai jadi peluang dia nak menang agak tipis...


Waduhhh macam nie ker stigma peniaga? Bangsa sendiri pulak tue. Kalau dah takut nak bersaing buat apa nak jadi peniaga? Atau sebab tawaran nie tak hebat maka semudah itu ditolak pelawaan huhu....Tak apalah pak cik, mungkin itu bukan rezki pak cik untuk projek yang tak seberapa ini.



Haa oke maaf terbebel kat sini walau dari awal dah bagitahu betapa penantnya dok berpot pet pot pet..hahaha...

Monday, March 19, 2012

Akhirnya Wang Kertas Siri Baharu Jadi Milik Rasmi

Salam u olsss...


Akhirnya setelah berkali2 melakukan percubaan, maka secara rasminya wang kertas rm1 dan rm5 yang baharu dah jadi milik ai. 


kredit pic to : EYRIQAZZ.COM


Tapi bukan ai pergi beli di Bank Negara. Ai dapat wang kertas ini adalah hadiah dari sifu blogger ai sapa lagi kalau bukan Bro Eyriqazz.. Ini semua adalah hadiah kemenangan ai selepas berkali2 menge'join'kan diri untuk peraduan yang dianjurkan dia.


Alhamdulillah sampai jugak rezeki nak menang wang kertas rm1 dan rm5 siri baharu nie.





p/s : ada orang sanggup tawarkan harga yang tinggi pada ai untuk beli wang kertas siri baharu nie hehe..tapi maaf la ai tak berminat nak jual sebab bukan senang nak dapat....

Sunday, March 18, 2012

Memang Mood Ke Laut Dah

Salam u olsss...




Bulan nie memang mood agak ke laut lah... Kalau boleh diselam agaknya dah sampai ke pantai Vietnam hehe...


Idea ada nak tulis tapi pergerakan macam malas jer nak dilaksanakan. Semua ini gara2 orang Vietnam lah. Ehh bukan orang asal Vietnam, tapi orang Malaysia yang tinggal di Vietnam sekarang nie.








Nasib baiklah ada dua orang gadis yang syomel dan cute sudi melayan kerenah ai yang tengah ke laut nie hihi...Thanks ❤MaYa MustWany❤ dan Princess Fiona....





p/s : muncullah seseorang itu walau hanya dalam mimpi.....

Saturday, March 17, 2012

Jom jadi geng KAMI BLOGGER MALAYSIA

Salam u olsss...


misz eyza dari alor setar, kedah


Tag :

Thursday, March 15, 2012

Kursus Menjadi Transformer (^_^)

Salam u olsss...


Ai baru jer balik dari kursus 3 hari 2 malam (macam rancangan kat tv9 lak hihi...) di Pulau Pinang. Dulu kursus nie dikenali sebagai kursus BTN tapi sejak tahun nie digelar kursus tranformasi. 


(nie gambar masa pergi BTN tahun 2009)


Walaupun dah pernah pergi tapi sebab minat dengan sejarah maka eksaited sungguh ai nak join sekali lagi. Best woo bila dapat duduk satu grup dan bincang hal2 sejarah negara. Tapi kursus transformasi yang ai pergi kali ni agak macam dah lari tajuk dari asal.Tak macam BTN yang ai pergi masa tahun 2009.


Dulu semua jurulatih dan fasilitator bersemangat menerapkan semangat cintakan negara sambil adakan tayangan video filem '1957 : Hati Malaya'. Untuk kali kedua nie jurulatih semua oke2 tapi fasi agak kurang berbudi bahasa sket. Bukan sket ehh tapi banyak sangat.


Satu ayat yang tak boleh blah dari seorang fasi nie merangkap seorang kaunselor ialah ayat 'BETINA'. Dia minta semua peserta wanita keluarkan 'suara betina'. Perghhh dia ingat kita nie ayam ker kucing kot. Dan antara pengisian dalam slot PKPK ialah menyanyi sampai terkeluar anak tekak pada pukul 11 malam, bersentuhan kaki antara lelaki dan perempuan dan peserta perempuan diminta mengadap peserta lelaki untuk buat aksi sambil menyanyi bagi dinilai peserta lelaki. Dasyat wooo pengisian yang fasi buat untuk semua peserta. Dan satu lagi, jangan berani nak tegur perbuatan fasi sebab dari mula anda menegur hingga kursus tamat anda akan diperli oleh mereka secara terang-terangan.



Sungguh agak tak profesional kelakuan mereka dan boleh u olsss bayangkan ketika semua peserta mengemas peralatan memasak (hari last we olsss kembara sambil memasak di tepi pantai), fasi2 nie blah macam tue saja tanpa bersalam2an dengan semua peserta. Bak kata salah seorang peserta, inilah pertama kali dia pergi kursus tak bersalaman dengan fasi ketika nak balik hihi...




p/s : semalam tak larat nak taip sebab letih sungguh baru sampai dengan kesakitan kaki yang banyak berjalan2 ke pantai.

~~~ I'm back ~~~

Salam u olsss...














Sunday, March 11, 2012

Akan Offline Sekejap....MAAF!

Salam u olsss...


Ai menaip dalam keadaan keletihan sebab tadi seharian sepanjang siang ada kenduri di rumah ai...Makanya bermula dari hari Jumaat lagi ai tak dapat nak berblogwalking, jenguk balas kunjungan atau pun melawat entri2 u olsss semua.


Dan insyaAllah Jumaat akan datang ni ai akan berusaha menjengah u olsss semua. 


Sebab esok, lusa dan tulat ai akan menghadiri Kursus Program Transformasi di Balik Pulau, Pulau Pinang. Mengikut jadual, program itu agak padat maka tak sempat nak online langsung. Ini pun baru jer habis mengemas barang untuk program tue esok. Letih bangat sekarang nie.


Maaf pada yang tinggal komen di entri dan fibox sebab tak sempat nak ke rumah u olsss...Letih gila2 hanya ingin rehat dan tidur saja hehe....Babai, jumpa lagi u olsss semua.


Last but not least, ai nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 22 BUAT DEAR MAYA MUSTWANY......



p/s : seronok beronok ronok sebab tak masuk opis untuk beberapa hari...yiehaaaaaa!!!

Saturday, March 10, 2012

Rindu itu Ada Pada Kamu

Salam u olsss...


Hari ini cukup sebulan tidak mendengar suara iNCik. Rindu sangat2 nak dengar jantan voice dia yang selalu tak lekang dengan ucapan TAKE CARE di akhir perbualan.





Lamanya nak dapat line telefon baru di sana. Rindu pada my BFF nie sampai ai buat sampan guna kertas terpakai menyatakan rasa kerinduan padanya hihi...


(buat sampai pakai kertas promosi dari bank hihi....)




Kalau iNCik kata camni okey gak hihi...







p/s : oh orang VIETNAM, tolong jaga my iNCik bFF elok2 yer...

Friday, March 9, 2012

Fasa Pertama Baru Siap

Salam u olsss...


Fasa pertama projek untuk ai sefamily sudah bermula. 




Gambar untuk visa sudah pun siap diambil cuma tunggu ejen calling2 minta gambar2 nie.

(diblur atas nasihat EmpayarUtama)




Pasport memang dah ada lama. Tahun 2008 dah buat untuk 5 tahun jadi bakal tamat tempoh pada 2013. Maka ada setahun lagi peluang untuk ke luar negara hihi...





p/s : kena buat check list apa yang belum dibuat huhu...

Thursday, March 8, 2012

Gara2 Pengumuman PM | Banjir oh Banjir |rm2500?

Salam u olsss...


Tak sangka lepas ai post entri berkenaan pengumuman dari Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak, lebih dari satu orang datang ke blog ai pada masa yang sama. Yerlah sebelum nie paling banyak yang datang serentak adalah dalam 3 ke 4 orang tapi  tadi ada dalam lingkungan yang berubah kejap 7 kejap naik 8. hehe walaupun tak sampai beribu2 yang datang serentak tapi satu perkembangan baik lah untuk blog biasa2 ai nie. Dan dalam masa 3 jam (dari 11:00am hingga 2:00pm) ada 45 orang yang baca entri tue.






Dalam kesyukuran menyambut berita baik dari PM, kawasan berdekatan dengan opis ai diminta berada dalam keadaan langkah berjaga2. Sebab semalam hujan lebat dari pukul 5 petang sehingga 9 malam. Masa lalu dekat kawasan sungai tue, ai tengok paras air sungai dah selari dengan jalan raya. Harap2 tak der la berlaku banjir besar macam 2 tahun lepas.   


 



Ermmm masih ingat entri ai 2 hari lepas --> NAK BERJAYA? PINJAM RM2500. Ai ingatkan member ai tue dah lupakan isu tu sebab ai pun buat tak tahu jer kat dia. Rupa2nya tengahari tadi dia masuk chat kat FB. Adehhh boleh ker dia bertanya macam tue? pening pening...






 
p/s : pening2 sekali letak 3 tajuk dalam satu entri hihi.... (^_^)

Syukur dengan pengumuman PM

Salam u olsss...


Tadi dengar pengumuman Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak pasal isu CUEPACS untuk penjawat awam.





Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

(Sumber : BERNAMA)

Wednesday, March 7, 2012

Perlu Ker Dibuat Aduan?

Salam u olsss...


Ini kisah yang berlaku kat ai sefamily pada hujung minggu masa membeli belah di Pasaraya Giant Souq Bukhary.


Selalu hujung minggu memang GIANT ada buat promosi barang2 dia. Tapi ai jarang bershopping di sini sebab barang2 dia lebih mahal harga dari kedai2 lain walaupun slogan tertulis 'BANYAK PILIHAN HARGA LEBIH MURAH'.




Ronda seluruh kedai ternampak satu barang yang boleh tahan murah harga bila dipromosi.


Dekat poster harga yang besar terpampang ditulis harga rm10.90 tapi bila discan harga dekat bar kod keluar pulak harga asal rm13.90...




Tanya pada cashier dia cakap dia kena pergi tengok harga kat rak sebab takut ai tipu harga. Mak ai cakap tak per lah terima kasih jer la, we olsss tak nak la beli barang tue sebab leceh nak menunggu dia pergi cek pulak. Masa nak ambik barang yang ditinggalkan di kaunter perkhidmatan, saja ai minta mak cuba tanya staff kaunter tue kenapa ada perbezaan harga. Dengan gaya nak marah boleh pulak staff kaunter cakap, 'kami kena semak semula harga yang dipaparkan'... Ehhh bila lekat harga promosi tak pulak nak semak segala bagai, tapi bila disoal pandai pulak dia cakap macam tue.








Bukan sekali baru berlaku kat ai, tapi sebelum nie dah jadi benda yang sama di tempat yang sama. Masa tue ai nak beli air ribena 2kg dan harga dilekat pada papan tue rm19.90. Tapi bila nak bayar, harga yang tertera rm21.90. Bila disoal pada cashier dia cakap harga sebenar ribena tue bukan dilekat di atas tapi dibawah papan ribena. Sungguh rasa tertipu dengan cara nie.






p/s : rasa macam nak adu jer pada KPDNKK. Dah la ditipu harga, lepas tu pekerja dia agak kurang berbudi bahasa pulak...

Tuesday, March 6, 2012

Nak Berjaya? Pinjam rm2500


Salam u olsss…


Kepada sapa2 yang terasa ingin berjaya, sila keluarkan modal rm2500 hehe…Boleh tak nie?


Alkisahnya tengahari semalam, masa ai online FB ai dapat satu mesej chat dari sorang member yang juga merupakan bekas opismate ai. Dah lama sebenarnya ai lost contact dengan dia. Dulu ai kenal dia masih bujang tapi sekarang dah ada anak seorang.






Itu sebahagian kisah perbualan kami di Fb chat. Terkejut jugak ai kenapa dia tanya ai macam tue. Kalau nak berjaya kena keluarkan modal rm2500. Agak keliru dengan ayat dia. Mula cakap nak beli BMW jadi nak pinjam duit kat ai. Jadi ai pun soal balik apa kaitan semua tue.


Owh rupa2nya dia nak buat bisnes score A dan tak cukup modal.


Alhamdulillah seperti dia kata dia dah petunjuk untuk buat bisnes nie. Tapi nak minta ai keluarkan modal nie memang berat la. Kalau setakat 25 sen boleh la. Ini nak pinjam sampai beribu huhu bukan kes tak percaya kawan tapi sebab dah kenal perangai kawan sangat2 hihi…


Sunday, March 4, 2012

Ingatkan dah tak ada soalan itu... (~_~)

Salam u olsss...


Ingatkan di tahun baru 2012 dah tak der lagi soalan mengenai KAHWIN tapi ada jugak yang terlebih prihatin rupa2nya hihi...


Bila dah sampai masa dan ketikanya insyaAllah sampai ler jodoh saya yer sebab saya tak der target2 nak kawen bila. Ada jodoh ada lah....Akak jangan risau yer saya tak berminat ehh dengan hubby akk tue sebab saya dah ada 3 hero dan 1 heroin yang sentiasa menceria dan menggembirakan hidup saya.





Hero Pertama -MUHAMMAD ALI IMRAN

Hero Kedua-AHMAD DANISH HAIKAL

Hero Ketiga-MUHAMMAD FIRDAUS RIZQI

Heroin-NUR DAMIA




p/s : jangan isau yer kak hehe...

Thursday, March 1, 2012

Huhh Bengangnya!

Salam u olsss...


Hari ni 1 Mac dah...cepat sungguh masa berlalu kan untuk tahun 2012 nie. Tapi ai bukan nak cerita pasal kecepatannya masa yang dah berlalu meninggalkan kita.


Ini cerita pasal 2 manusia yang membuat ai bengang. Yang pertama member ai. Pagi2 buta dah sms minta benda dari ai. Bila ai tak reply sms, dia kata ai penipu. Perghhh tensen dibuatnya, orang tengah bizi buat kerja boleh pulak dia cakap camtue...


Yang kedua pulak ex opismate ai, pun sms ajak keluar minum. Ai cakap tengah kerja dia boleh pulak dok merayu2 ajak keluar jugak. Kalau dekat tak per jugak. Ini diajak minum di tempat yang perjalanannya memakan masa hampir 1 jam pergi dan 1 jam balik...Haishhh sangat2 tak reti dengan orang yang tak paham bahasa nie.


Rasa macam nak buat benda kat bawah nie jer dengan dua orang makhluk yang tak faham ayat Bahasa Melayu nie.


Cekik macam nie boleh tak?

 ATAU


Payah2 tembak laa hihi...

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke