Friday, March 28, 2014

Majlis Aqiqah MUHAMMAD AISY AMSYAR DAN NUR FITRAH RAUDHAH




Majlis Aqiqah putera hati kami telah diadakan pada 27 Disember 2013 (JUMAAT) di ketika usianya 41 hari. Tak dan lepas pantang maksudnya si ibu tak boleh bergaya lebih lagi laa hihi...


Sebelum tu pada 06 Disember 2013 kami buat acara cukur jambul. 


Rambut asal 


Sedap tidur sebelum rambut dicukur



Ayah perabihkan cukur rambut anak dia

   

Yeayy saya dah botak


Majlis Aqiqah ini eyza buat sekali dengan anak adik eyza.. Lagipun beza umur mereka hanya 10 hari tu yang kongsi sekali.

Pagi sebelum majlis  bermula...Aisy seronok tidur berselimut

  


Anak Eyza dan anak adik eyza

Majlis hari tu memang meriah sebab kami tumbangkan 3 ekor kambing. Memang puas semua tetamu dapat makan kambing banyak hehe...


Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan berzanji oleh kumpulan wanita. 


kumpulan wanita penuh hingga ke luar rumah

cenderahati untuk kumpulan wanita


Masa kumpulan wanita ni berzanji, eyza dan adik bawa keluar anak masing-masing untuk dipegang oleh setiap ahli kumpulan. Amsyar masa eyza bawa pusing keliling tu memang tidur saja hehe... 





Lepas Solat Jumaat, jamuan untuk tetamu lelaki dan saudara mara serta kawan-kawan pulak. Masa ni eyza tengok, tetamu kena beratur panjang nak ambil makanan...rasa macam dekat kedai makan pulak hihi...


Apapun eyza sekeluarga bersyukur majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah selesai sudah satu tanggungjawab kami sebagai ayah dan ibu untuk anak-anak. 



p/s : Ini cerita lama sudah berkurun yang tahun lepas punya tapi baru sekarang sempat eyza abadikan dalam blog.

Wednesday, March 26, 2014

Happy Birthday Inchek Suami

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!



Hari ini bertambah setahun usia incik suami bermaksud tahun ni menandakan kami berdua sudah melangkah ke angka 3...Dan angka 3 juga memberi makna hidup kami dah lengkap bertiga dengan kehadiran si comel kesayangan...Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah diberikan kami sekeluarga kesihatan yang baik dalam meniti hidup sehari-hari...





Buat suamiku tersayang,

TERIMA KASIH sudi menerima diriku ini
TERIMA KASIH atas nikah mu atas diriku ini
TERIMA KASIH atas nafkahmu buat diriku ini
TERIMA KASIH atas doa buat diriku ini

TERIMA KASIH atas bimbingan atas diriku ini
TERIMA KASIH atas kasih sayang atas diriku ini
TERIMA KASIH atas masa diluang untuk diriku ini
TERIMA KASIH atas semua buat diriku ini

Semoga kita sentiasa kekal happy
Sepanjang perhubungan kita ini
Amin

Monday, March 24, 2014

Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam...





Selama hampir 10 hari eyza MC dan semalam eyza baru mula masuk kerja. Alhamdulillah, kesihatan eyza semakin baik dan eyza berdoa mudah-mudahan eyza sekeluarga diberi kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian.


Di saat semua orang sibuk memperkatakan tentang kehilangan #MH370 dan membuat bermacam-macam spekulasi tentangnya, eyza pulak sibuk dengan urusan lawatan ke hospital hehe...


Nanti eyza bercerita di entri lain tentang kisah kunjungan ke hospital dan sebab apa eyza duk ulang alik ke sana...


Apa pun, terima kasih padaMu Ya Allah kerna melancarkan proses kesihatan eyza hari tu. 






Friday, March 7, 2014

Pakaian Tak Melambangkan Perwatakan?

Betul ker sekarang ni pakaian tak melambangkan perwatakan? Gambar di bawah ini adalah sekadar contoh saja dan tak melibatkan mana-mana pihak. Dan eyza membincangkan hal ini secara umum tanpa menyebut nama-nama sapa yea.




Ekcelli eyza ada dengar ceramah kat TV pasal benda nie. Ada satu persoalan yang diutarakan pendengar menyatakan tentang perangai seorang ni yang berpakaian jubah dan berserban tapi agak kurang sopan. Seolah-olah perbuatan orang tu mengiyakan pernyataan yang pakaian yang dipakai tak melambangkan perwatakan yang sopan santun.


Dan eyza ada juga pernah terlibat dalam situasi macam tue. Masa tu tok imam bersedia nak solat. Eyza lalu depan masjid dan tiba-tiba ada seorang jemaah lelaki tak hiraukan kereta eyza dan tak angkat tangan minta lalu terus melintas macam tue saja. Kot iya pun nak lintas, bagi lah apa-apa isyarat suruh eyza stop kereta. Dan eyza pun bukan sekejam mana nak pecut kereta terus. 


Lagi pun dalam Surah An-Nisa pun Allah s.w.t. dah berfirman tentang pentingnya menjaga hubungan sesama manusia. 



Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.
[SURAH AN-NISA : Ayat 36]

Wednesday, March 5, 2014

Monday, March 3, 2014

Sudah Masuk Bulan MAC

Salam semua...

MAC dah mula membuka tirai 3 hari yang lalu tapi macam biasa bila duk kat opis jea dan buka New Post tak tertaip apa-apa pun....segan sungguh haihh...hihi


Apa pun MAC ni bermulalah satu episod baru dalam kehidupan eyza.... Pagi tadi eyza dah pi ambik darah...Nasib baik sat jea dan la eyza nak pi kerja pulak lepas tue...Khamis ni pulak eyza kena jumpa pakar bius...Nak sign borang-borang dan bersoal jawab perihal sejarah kesihatan eyza.. Harap-harapnya semua berjalan lancar sebelum eyza admit wad pada 12 Mac nie...


Semoga permulaan tahun baru 2014 dan kehadiran Mac, menambahkan seri kabahagiaan dalam hidup eyza...PEACE!

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke