Thursday, June 28, 2012

Letih Kalau Tiap-tiap Hari Macam Ni...

Letih sangat-sangat nak kena berhadapan dengan kerenah dan perangai orang yang menyusahkan orang lain.


Diri sendiri mencari pasal dan kemudian bila kena berhadapan dengan orang tue, kita pulak kena jadi orang tengah dia. Ibarat dia bos, kita kuli bawahan dia sebab kalau tak ikut apa dia cakap, dia akan memberontak marah. 


Dan sebab malas nak layan kerenah dia yang rasa dia hebat tue, eyza lebih banyak ikut sahaja apa dia cakap.Makanya di blog nie jer la eyza luahkan perasaan itu hihi... Rasa macam nak cakap macam apa yang baby kat bawah nie kata jerrr huhu...


Wednesday, June 27, 2012

Sejuknyer...



Gambar nie diambil dekat Pasar Pagi masa eyza sekeluarga pi Cameron Highland minggu lepas. 


Sangat-sangat termalasnya nak hapdet entri kisah di Cameron Highland kerna dua sebab iaitu mood telah ke laut (terindu seseorang) dan sebab nak pi bercuti-cuti Malaysia lagi. InsyaAllah kalau terrajin eyza hapdet jugak sebab kisah-kisah tue semua sebagai kenangan untuk eyza simpan dan baca di kemudian hari.





p/s : semalam anak buah eyza yang sulung kena admit di wad.  harap-harap tak ada apa-apa masalah lah.

Tuesday, June 26, 2012

Percutian Ke Terengganu?

Sekarang nie eyza sekeluarga merancang untuk pergi bercuti (walaupun baru jer balik UMRAH dan CAMERON HIGHLAND) sebelum kita mula berpuasa.


Walaupun baru saja pergi Terengganu tahun lepas, tapi masih terasa nak pergi lagi sebab masa pergi tahun lepas tue tak habis lagi menjelajah ke sana.


Dan rancangnya tahun nie nak pergi ke kawasan yang ada pulau-pulau. Teringin nak tengok keindahan pulau-pulau yang ada di sana sambil melihat matahari terbenam.





Dan jugak teringin nak menyusuri dasar lautan tengok pemandangan hidupan laut dengan buat aktivit snorkeling.




Makanya eyza nak minta pandangan korang semua yang pernah ke Terengganu atau memang orang Terengganu, ada cadangan tak pulau mana yang paling seronok untuk pergi bercuti. Member eyza cakap pulau perhentian best kalau pergi honeymoon hihi... Tapi memandangkan eyza akan pergi bersama keluarga (ikut plan ada 3 keluarga bersama anak kecil akan pergi) haruslah pergi ke pulau yang sedap mata memandang. Jadi korang rasa pulak apa yang sesuai yer?




p/s : percutian yang diberi duit belanja sangat-sangat menyeronokkan hihi...

Monday, June 25, 2012

Misi 3 Bulan Mencapai Target

Sekarang nie eyza dalam misi mencapai target. Tengok gambar kat bawah ni mesti korang boleh agak dah kan hehe...





Dan semuanya sebab INI. Doktor tue bagi target kat eyza, perjumpaan akan datang dalam bulan Oktober nanti dia nak berat eyza turun dalam 2 kg.


Lepas seminggu jumpa dia pada 14 Jun hari tu, berat eyza baru turun 1/2 kg. Ada lagi 1 1/2kg untuk mencapai target dari doktor tue. Dan eyza ada masa lagi 3 bulan untuk mencapai misi itu. 


Harap-harap sangat dapat turun lebih dari itu sebab masa eyza pergi umrah baru-baru ini, mungkin sebab banyak berjalan kaki jadi berat eyza turun lebih kurang 3kg sampai bos sendiri pun tegur.


Eyza harap kuat semangat nak kawal selera makan memandangkan lebih kurang lagi 3 minggu kita nak sambut puasa. Orang kata bulan puasa ni, kita boleh ambil kesempatan turunkan berat sebab kita makan waktu malam saja tapi eyza nie lain pulak. Geram tengok makanan yang macam-macam dijual (selalunya makanan yang sedap-sedap itu hanya dijual di bulan puasa), memang banyak lah makanan yang eyza beli.


Apa-apa pun semoga eyza berjaya capai target yang ditetapkan oleh doktor itu sebab dia cakap eyza kebarangkalian semput akibat kurangnya stamina. Dia tak bagi eyza joging sangat tapi dia sarankan eyza berjalan kaki perlahan-lahan untuk stabilkan diri dan dapatkan kembali stamina. InsyaAllah.




p/s : kesihatan adalah satu harta yang paling bernilai dalam hidup jadi hargailah ia sebaiknya.

Sunday, June 24, 2012

Segmen : Kenali Komuniti Blogger

ALkisah tersebutlah kisah setelah nama eyza di'mention' adik chegu CAER dalam facebook macam kat bawah nie.




Ohh rupa-rupa caer anjurkan satu segmen yang bertajuk : Kenali Komuniti Blogger bertujuan untuk membantu rakan2 blogger untuk meningkatkan trafik blog sesama komuniti blogger




Maka dengan tanpa rasa nak membuang masa, terus ai berminat nak mengejoinkan diri setelah tengok hadiah dia agak lumayan sebab memang ternanti2kan header buatan caer yang pernah mengedit  blog eyza dengan header dia yang sangat-sangat cumil (header eyza sekarang nie hasil tangan kreatif caer la). Klik sini tengok BUKTI!


klik header nie kalau nak join yer



Eyza tag : DEE RB  (sebab dia tengah plan nak edit blog)

Friday, June 22, 2012

Solat Jenazah

Sepanjang eyza berada di Mekah dan Madinah, boleh dikatakan hampir setiap kali selepas solat fardu akan ada solat jenazah. Ada yang eyza sempat buat dan ada yang tidak.


Gambar-gambar kat bawah nie sempat eyza rakamkan di Masjidil Haram bagaimana semua orang berebut-rebut nak tolong bawa jenazah itu. Semua orang berlari-lari nak ambil kesempatan mengusung jenazah yang dijanjikan Allah s.w.t dihapuskan dosa kerana meninggal di Tanah Haram.


Masa eyza ambil gambar ni (ambil dalam keadaan sembunyi-sembunyi sebab takut polis-polis tu sedar eyza tengah rakam gambar ni) kalau tak silap selepas waktu Zohor, ada lebih kurang 6 orang yang meninggal.








p/s : kalau di Malaysia orang berebut-rebut untuk solat jenazah sebab lepas tue akan dapat duit tapi di sana mereka dengan rela hati sudi menyembahyangkan jenazah-jenazah ini.

Thursday, June 21, 2012

Catatan Perjalanan UMRAH - Bahagian 4 (AKHIR)

Setelah 8 hari berada di Makkah Al-Mukarramah, kemuncak perjalanan UMRAH kami diteruskan dengan berada di Madinah Al-Munawwarah selama 4 hari.


Pada hari ke 9, kami bertolak ke Madinah selepas solat Jumaat (merasa buat kali pertama menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram) dengan jarak masa perjalanan lebih kurang 5-6 jam jika tiada kesesakan sepanjang perjalanan.


Dan lebih kurang dalam pukul 10.00 malam, akhirnya kami tiba di bandar Madinah.

depan hotel penginapan kami sepanjang berada di Madinah

Pada hari kedua, kami dibahagikan mengikut jantina untuk dibawa melawat Raudhah iaitu salah sebuah taman-taman syurga yang berada di dalam Masjid Nabawi. Kawasan Raudhah ini adalah kawasan berbumbung hijau yang merupakan tempat asal Masjid Nabawi yang dibina Rasulullah s.a.w yang menempatkan 3 makam di dalamnya iaitu Makam Nabi Muhammad s.a.w, Makam Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Makam Saidina Umar al-Khattab.


Pada hari ketiga, kami dibawa melawat sekitar bandar Madinah iaitu ke Masjid Quba, Ladang Kurma dan Makam Syuhada.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu, 'satu sembahyang di dalam Masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah'.

di depan Masjid Quba'




Seterusnya kami dibawa melawat ke Ladang Kurma (tempat penggambaran drama Cinta Madinah) untuk membeli buah-buah kurma dan kacang. Dekat ladang nie, harga barang-barang agak mahal sedikit dari Pasar Kurma tapi di sini banyak pilihan barangan.



Dan akhir sekali kami dibawa ke Makam Syuhada. Dalam bulatan merah di gambar di bawah ini adalah makam pejuang-pejuang syuhada yang syahid dalam medan perang. Khabarnya dulu kawasan makam ini pernah dilanda banjir besar tapi jenazah di dalam kubur itu masih dalam keadaan elok walau telah beratus tahun dikebumikan.




Tapi kawasan makam ini berpagar jadi kami hanya dapat melihat dari celah-celah pagar itu sahaja. Dekat kawasan ini pun banyak orang menjual kurma, kacang dan pelbagai jenis daun kayu ubat-ubatan.




Pada malam hari ketiga, eyza bersama mak dan ayah ambil kesempatan meronda di sekitar kawasan Masjid Nabawi.


Selepas penat pusing-pusing satu kawasan masjid, kami berehat untuk bergambar dan minum air zam-zam ais.





Dan keesokan hari iaitu pada 5 Jun, selepas solat subuh dan ziarah wida' kami bertolak ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah untuk pulang ke tanah air terchenta.




p/s : 2 minggu di sana terasa begitu pantas masa berlalu, sedar-sedar dah nak balik Malaysia.

Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah Syukur Kepada Allah s.w.t

Minggu lepas eyza ada temujanji dengan doktor pakar setelah doktor biasa tue agak ragu-ragu dengan keputusan ECG eyza. 


Dan sebelum berjumpa doktor tue eyza kena ambil darah dulu. Sebanyak 4 jenis darah diambil. Mula-mula ambil 3 jenis darah setelah berpuasa semalaman dan selepas rehat 2 jam dan makan sedikit, nurse tue ambil 1 jenis lagi darah.


Makanya minggu lepas eyza pun pergi la ke klinik pakar tue sambil ditemani emak. Cuak jugak rasanya sebab nak tahu keputusan ujian darah tue.





Masuk bilik doktor dengan perasaan gementar. Almaklumlah nak jumpa doktor pakar takut jugak kut dia ada protokol apa-apa ker. Tapi segala perasaan takut dan gementar tu terus lenyap bila dia sendiri menghulurkan tangan untuk bersalaman dan bercakap dengan nada suara yang sangat-sangat lembut.


Memang respek la dengan doktor pakar nie yang pandai mengambil hati pesakit dia. Tak macam dengan doktor biasa yang eyza jumpa sebelum nie yang sangat-sangat kerek, sengal dan blur.




Dan setelah dia semak semua keputusan ujian darah tue, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab ujian tue tiada sebarang masalah. Maksudnya eyza bebas dari sebarang penyakit. Dan keputusan ECG yang diragui doktor bawah itu adalah normal bagi orang muda. Menurut doktor pakar tue, masa ECG tue degupan jantung eyza bergerak terlalu laju mungkin disebabkan eyza takut. 




Lepas dekat 1 jam doktor tue check dan berpuas hati semuanya, dengan senang hati dia bagi eyza MC. Tak der perlu bersoal jawab macam sebelum nie pun. Sebab dia tahu eyza bukan saja-saja tak nak pergi kerja.




p/s : lepas dapat keputusan dari doktor tue terus rasa lega nak pergi bercuti minggu lepas huhu...

Tuesday, June 19, 2012

Catatan Perjalanan UMRAH - Bahagian 3

Hari kelima kami di sini kami di bawa melawat ke Bandar Hudaibiyah. Kawasan Ladang Unta Hudaibiyah ini berada di kawasan padang pasir jadi ketika berlaku angin ribut pasir, memang aktiviti minum susu unta dan melihat unta tidak dilakukan secara langsung. Hanya boleh melihat dari tingkap bas sahaja sebab angin terlalu kencang.


Sebelum pergi lawat ladang Unta, kami dibawa ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat umrah bagi sesiapa yang nak buat umrah kali ketiga.


bergambar dulu sebelum masuk solat sunat ihram



Sesudah semua selesai berniat umrah dan membeli barang-barang yang dijual di depan masjid itu, kami dibawa melawat ke ladang ternakan unta.





tolong garu kejap leher saya, gatalnya huhu...


Di Mekah nie, kerja menternak unta nie seumpama menternak lembu kerbau di Malaysia. Sepanjang perjalanan di kawasan padang pasir Hudaibiyah nie, dapat dilihat betapa banyaknya tempat menternak unta-unta.


satu botol mineral kecil susu unta ni dijual dengan harga SR 10.


Kami singgah di satu kawasan yang dimiliki oleh seorang lelaki tue berkulit hitam ini. Di sini, kalau nak minum susu unta sepuasnya tidak dikenakan sebarang bayaran langsung cuma kalau nak bawa balik kena beli dengan harga 10 riyal.


kita minum dulu


Menurut mutawif yang membawa kami, susu unta nie banyak khasiatnya untuk mengubati bermacam-macam penyakit dan salah satunya untuk awet muda. Tak payah pakai produk mahal-mahal, hanya sapu susu unta ni di seluruh wajah.


gigih bergambar di tengah kepanasan padang pasir


Selepas selesai lawatan di sana, kami terus dibawa ke Masjidil Haram untuk membuat umrah tapi eyza sekeluarga balik ke bilik dulu untuk berwuduk.





p/s : sepanjang duduk sana rasa tenang sangat-sangat...langsung tak ingat pasal keadaan di Malaysia.

Monday, June 18, 2012

Siaran Televisyen



Hampir keseluruhan TV yang terpasang dibuka siaran langsung perkembangan di Masjidil Haram, Mekah sambil diiringi bacaan al-quran oleh imam-imam Mekah. Ada jugak ai cuba-cuba tukar siaran TV tue tapi rasa tak seronok kalau tak tengok apa perkembangan di Masjidil Haram sambil mendengar bacaan al-quran.






p/s : agak-agak kalau TV di Malaysia buat macam tue ada tak orang nak tengok siaran tue?

Friday, June 15, 2012

Catatan Perjalanan UMRAH - Bahagian 2

Hari ketiga di sana kami dibawa berziarah sekitar bandar Mekah.


Mula-mula kami dibawa melawat ke Bukit Tsur. Tapi tak boleh masuk ke dalam sebab kawasan itu telah dipagari di sekelilingnya. Hanya dapat melihat dari kejauhan sahaja.




Kalau sebelum nie masa ai pergi pada tahun 2010, siap boleh panjat naik atas bukit Tsur tue lagi. Sebab dalam gambar kat bawah nie u olsss boleh tengok kami sekeluarga siap boleh bergambar lagi di kawasan bukit itu.





Kemudian kami dibawa ke kawasan untuk orang melakukan ibadah haji iaitu Padang Arafah dan Mina. Melalui kawasan Padang Arafah itu dapat melihat suasana khemah-khemah yang digunakan pada musim haji yang ditandakan mengikut negara.


Dan akhir sekali kami di bawa ke tempat pertemuan rasul pertama kita, Nabi Adam a.s. dengan isterinya Siti Hawa iaitu Bukit Jabal Rahmah.






Dekat bukit ini dapat dilihat betapa ramainya umat Islam dari seluruh dunia berduyun-duyun mendaki bukit Jabal Rahmah ini untuk berdoa kerana bukit itu adalah salah satu tempat mustajab doa.






Disebabkan terlampau ramai sangat orang dan cuaca agak terik, kami hanya diberi masa sekejap saja untuk berada di situ. Jadi tak kesampaian hajat nak berdoa kat atas tue maka kami berdoa dari bawah bukit itu jer la.





nie kat atas puncak bukit Jabal Rahmah masa ai pergi tahun 2010.




p/s : moga-moga diberi jemputan dari Allah s.w.t untuk dapat mengerjakan haji pulak.

Thursday, June 14, 2012

Mereka Suka Bersedekah

Sepanjang ai berada di Madinah, kebanyakan orang-orang di sana berlumba-lumba nak buat sedekah.



roti dan kurma nie eyza dapat masa tengah tunggu azan maghrib. orang yang bersedekah tue buat jamuan untuk orang berbuka puasa.




roti gandum berinti kurma nie eyza dapat sewaktu berjalan nak balik ke hotel selepas sembahyang subuh. ada seorang pak cik nie berhentikan kereta di tepi jalan dan memberi kepada jemaah yang baru balik solat.



Ada jugak yang bersedekah coklat dan kurma-kurma dan sangat-sangat gembira bila ada orang yang mengambil barang yang mereka sedekahkan itu.


Tak kurang jugak yang mencari pahala dengan tolong mengambil air zam zam dan mengedarkan kepada siapa-siapa yang nak minum.


Memang dapat dilihat di sana keadaan sangat berbeza. Sebab semua orang pakat nak buat amal kebaikan tanpa mengira anda dari negara mana. 





p/s : sungguh berbeza dengan orang Malaysia yang menolong untuk mendapat nama sahaja!

Wednesday, June 13, 2012

Bergaya Dengan Spek Mata Besaq

Seronok sungguh budak tecik nie bila dipakaikan spek mata besaq nie..Selama nie dok berebut dengan abang dia. Sekarang dah ada hak milik sendiri..Boleh bergaya la nanti bila keluar jalan-jalan. 


lalala kiut tak saya bergaya macam nie?


malunya saya...saya tau la saya comey kan?


owh beg tangan saya pun warna pink? memang glamer la saya pasni huhu...




p/s: semua perhiasan warna pink tue eyza beli di Mekah khas untuk si kecik NUR DAMIA, anak sedara yang keenam...seronok bila tengok dia dipakai macam tue...(~_~)

Tuesday, June 12, 2012

Catatan Perjalanan UMRAH - Bahagian 1

Sepanjang ai bercuti 2 minggu tue ada yang tahu ke mana ai pergi dan ada yang bertanya ke mana menghilangnya ai selama 2 minggu huhu...


Sebenarnya ai bersama ayah, emak dan mak cik baru jer balik dari menunaikan umrah


kami semua sedang menunggu di balai pelepasan LCCT, Sepang


Kami bertolak pada pagi 24hb Mei (KHAMIS) pukul 9 pagi dengan menggunakan pesawat Airasia Airbus. Sebelum nie rancang nak buat umrah sambil melancong di Pakistan tapi disebabkan masalah dengan pihak penerbangan Pakistan Airlines (PIA) maka penerbangan kami terus ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah. 


suasana di sepanjang perjalanan dari balai pelepasan menuju ke kapal terbang


Pertama kali menggunakan pesawat Airasia dan hasilnya sangat-sangat mengecewakan bagi penerbangan selama 9 jam setengah. Nanti ai ceritakan di entri lain yer berkenaan ini.


Suasana dalam kapal terbang


Alhamdulillah setelah menempuh perjalanan yang panjang (agak letih sebab tak boleh tidur sepanjang dalam kapal terbang), akhirnya kami tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah pada pukul 12.50 tengahhari (5.50 petang waktu Malaysia)


Sementara menunggu kaunter imigresen dibuka dan beg-beg dibawa turun, kami menunaikan solat Zuhur dan Asar secara jamak sebab nanti perjalanan ke Mekah memakan masa yang panjang. Oh ye, kalau sebelum nie kami masuk Madinah dulu tapi disebabkan pada musim cuti sekolah terlalu ramai yang pergi umrah dan hotel di sana penuh, maka kami kena masuk Mekah dulu sebab tue kalau u olsss tengok dalam gambar di atas, kami dikehendaki memakai ihram siap-siap dari Malaysia dan berniat miqat di atas kapal terbang.


Setelah selesai segala urusan di airport tue, maka pada pukul 3.30 petang (8.30 malam waktu Malaysia) kami bertolak menuju ke Mekah al-Mukarramah (terbayang-bayang Kaabah di depan mata). Perjalanan yang memakan masa 1 jam setengah ni diisi dengan taklimat oleh mutawif kami, Ustaz Saufi dan sesi bertalbiah untuk menyemarakkan semangat semua ahli rombongan menunaikan umrah. 


mak dan abah selepas selesai menunaikan tawaf



bila buat tahalul (menggunting sedikit rambut) nie menandakan pengakhiran ibadah umrah seseorang



Dan kami semua dibawa menunaikan umrah selepas solat Isyak iaitu pada pukul 10.00 malam (3.00 pagi waktu Malaysia) dan akhirnya ketika jarum jam menunjukkan ke angka 12.00 tengah malam (5.00 pagi waktu Malaysia), maka kami berjaya menunaikan umrah yang pertama. Alhamdulillah syukur sangat-sangat perjalanan umrah kami semua berjalan lancar dengan bantuan Allah s.w.t.





p/s : bersyukur dapat jemputan lagi dari DIA untuk mengunjungi rumahNya dan melihat kiblat umat Islam seluruh dunia.

Monday, June 11, 2012

Alahai Sabar Jer iNCik...

Tadi dapat panggilan dari iNCik. Dia cakap tengah kepeningan sampai dail nombor telefon ai pun silap. Boleh pulak dia pergi dail nombor apek mana tah hihi..


Sebenarnya dia sedang kepeningan sebab platform minyak kat tempat kerja dia terbakar. Nasib baik yang terbakar tue platform A sebab dia berada di platform B. 






Tapi walau berlainan platform yang terbakar, tetap dia jugak kena buat laporan hantar kepada bos nak maklumkan keadaan dan situasi yang berlaku. Sebab tue dia kepeningan sampai tersilap dail nombor telefon.


Alahai sabar jer lah iNCik dengan kerja tue. Kalau rasa tensen-tensen jangan segan jangan malu, call jer ai. Sekurang-kurangnya tak terasa sangat bebanan kerja yang tak pernah habis tue.






p/s : laut tengah bergelora dengan ombak kuat sekarang nie dan episod iNCik memakai life jacket ketika tidur berulang kembali huhu...

Harap masin mulut mereka... (^_^)





Sejak mula bekerja semalam setelah 2 minggu bercuti, dah ramai yang menegur perubahan diri ai. Kalau betul apa yang dikatakan mereka iaitu ai semakin kurus, alhamdulillah syukur sangat-sangat.





Bos pun mula-mula nampak ai terus cakap 'sejak balik bercuti nie nampak kurus jer. Turun 5 kilo per'....alahai bos, harap-harap masinlah mulut kamu yer huhu...






p/s : sepanjang 2 minggu bercuti tue asyik makan tidur jer tapi banyak berjalan kaki...asal ada masa terluang jer pasti tarik selimut dan tidur huhu

Sunday, June 10, 2012

Syukur alhamdulillah

Salam u olsss...





Alhamdulillah syukur akhirnya saya sekeluarga selamat kembali ke tanah air terchenta. Tepat jam 8.50pagi hari Rabu (06062012), berjaya menjejakkan kaki di bumi Malaysia setelah hampir 2 minggu meninggalkannya.


InsyaAllah lepas nie blog kesayangan nie akan berhapdet kisah2 sepanjang di sana. 


Terima kasih pada yang mendoakan keselamatan perjalanan ai sekeluarga dan kepada yang sudi berkunjung ke blog ai semasa sepanjang ketiadaan ai di sini. InsyaAllah lepas nie pelan-pelan ai akan berkunjung ke blog u olsss semua.




p/s : hari pertama memulakan kerja setelah bercuti panjang selama 2 minggu (^_^)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke