Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah Syukur Kepada Allah s.w.t

Minggu lepas eyza ada temujanji dengan doktor pakar setelah doktor biasa tue agak ragu-ragu dengan keputusan ECG eyza. 


Dan sebelum berjumpa doktor tue eyza kena ambil darah dulu. Sebanyak 4 jenis darah diambil. Mula-mula ambil 3 jenis darah setelah berpuasa semalaman dan selepas rehat 2 jam dan makan sedikit, nurse tue ambil 1 jenis lagi darah.


Makanya minggu lepas eyza pun pergi la ke klinik pakar tue sambil ditemani emak. Cuak jugak rasanya sebab nak tahu keputusan ujian darah tue.





Masuk bilik doktor dengan perasaan gementar. Almaklumlah nak jumpa doktor pakar takut jugak kut dia ada protokol apa-apa ker. Tapi segala perasaan takut dan gementar tu terus lenyap bila dia sendiri menghulurkan tangan untuk bersalaman dan bercakap dengan nada suara yang sangat-sangat lembut.


Memang respek la dengan doktor pakar nie yang pandai mengambil hati pesakit dia. Tak macam dengan doktor biasa yang eyza jumpa sebelum nie yang sangat-sangat kerek, sengal dan blur.




Dan setelah dia semak semua keputusan ujian darah tue, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab ujian tue tiada sebarang masalah. Maksudnya eyza bebas dari sebarang penyakit. Dan keputusan ECG yang diragui doktor bawah itu adalah normal bagi orang muda. Menurut doktor pakar tue, masa ECG tue degupan jantung eyza bergerak terlalu laju mungkin disebabkan eyza takut. 




Lepas dekat 1 jam doktor tue check dan berpuas hati semuanya, dengan senang hati dia bagi eyza MC. Tak der perlu bersoal jawab macam sebelum nie pun. Sebab dia tahu eyza bukan saja-saja tak nak pergi kerja.




p/s : lepas dapat keputusan dari doktor tue terus rasa lega nak pergi bercuti minggu lepas huhu...

6 comments:

  1. alhamdulillah.....mesti lega kan......
    kena jaga kesihatan lebih baik selepas nie......

    ReplyDelete
  2. @Remy hazza sangat-sangat lega remy bila doktor tu bagitahu keputusan..
    insyaAllah kena banyak jaga kesihatan dan pemakanan sama.

    ReplyDelete
  3. Dah ok?

    Doktor pakar 'friendly'; bayarannya 'friendly' tak? (saja je tanya)

    ReplyDelete
  4. @EmpayarUtama alhamdulillah dah ok cuma kena banyakkan stamina...

    doktor pakar friendly, bayarannya percuma hihi...(ini kisah betul)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke