Saturday, June 15, 2013

Banyak Cerita Tapi Kemalasan Berganda...

Entah kenapa sekarang ni terasa malas nya nak menaip entri dalam blog... Padahal dalam kepala dah terancang macam-macam cerita untuk dicoretkan. Tapi bila mengadap PC jea, automatik rasa malas tu menjelma...Aduiii ada petua tak nak hilangkan rasa malas tue...




Bukan setakat malas nak berblog, tapi nak ke kerja pun dah rasa malas...Rasa bangun pagi duk fikir macam-macam alasan nak elak pergi kerja. Tapi sebab saya yang menurut perintah, kena datang jugak kerja. Kalau opis sendiri, alamatnya dah lama tutup pejabat hehe....





Dan eyza rasa bukan setakat eyza sorang tapi eyza perhatikan kebanyakan blogger pun dah tak seaktif dulu menaip entri. Selak blog masing-masing, semua entri yang agak lama...Adakah sindrom MALAS memang sedang melanda kebanyakan blogger sekarang hihi....






p/s : fuhhh semangat RAJIN, mai la lepak dalam diri ku...hahaha

Thursday, June 13, 2013

RINDU pada Abah dan Emak



Di saat ini eyza sedang merindu abah dan emak. Walaupun sejak kahwin dah duduk asing dari abah emak tapi eyza masih tetap boleh menjenguk menatap wajah mereka secara langsung. Tapi kini mereka tiada di sini. Tiada di kala hati eyza memuncak terbit rasa rindu.


Eyza merindui mereka yang berada nun kejauhan di negara orang. Hari ini sudah masuk hari ketujuh abah dan emak eyza menunaikan UMRAH. Sungguh rasa rindu tu lain macam sangat. Sebab selama ni kalau pergi UMRAH,  mesti eyza akan ikut sama. Tapi kali ni dengan status sebagai ISTERI dan sebab eyza dah terlebih kelayakan pergi UMRAH, makanya kali ni mereka pergi tanpa eyza.




Semoga ibadah UMRAH mereka kali ni berjalan lancar dan mendapat berkat dari Allah s.w.t. Dan semoga mereka diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di sana dan selamat pergi serta selamat kembali ke tanah air.



p/s : tak sabar nak tunggu ISNIN menjelma dan mendengar kapal terbang mendarat...

Wednesday, June 12, 2013

WW ~ Di Dalam Dilema???



Sungguh dia sahabat terbaik ku tapi harus bagaimana untuk aku mengungkapkan kata-kata itu pada dia?




p/s : iNCik vS mR. dIMPle...

Wednesday, June 5, 2013

Sudah 6 tahun...

Alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa sebab tanggal 5 JUN 2013, tarikh hari ini genap eyza bekerja selama 6 tahun. Maknanya sudah lebih separuh dekad eyza menjadi pekerja setelah tamat alam pembelajaran.


Terasa cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik dah 4 tahun eyza berkhidmat di tempat kedua. Sebelum ni eyza bertugas di Kangar, Perlis selama 2 tahun dari 5 JUN 2007 hingga 31 April 2009 sebelum mohon bertukar balik ke negeri kelahiran eyza iaitu KEDAH. Dan permohonan pertukaran eyza diluluskan bila pada tanggal 1 MEI 2009 eyza ditempatkan bertugas di Changlun, Kedah sehingga sekarang. Dan harapan eyza semoga permohonan pertukaran eyza buat kali ketiga untuk bertugas di sekitar Alor Setar dipermudahkan Yang Maha Esa. Walaupun dah duduk kerja di negeri sendiri tapi sebab tempat kerja dengan rumah agak jauh lebih kurang 90km pergi balik, buatkan eyza isi semula permohonan pertukaran sekali lagi. Harap-harapnya berjaya la kali ni.





Apa-apa pun eyza nak ucapkan untuk diri sendiri 'HAPPY 6TH ANNIVERSARY WORKING'... Semoga eyza semakin merajinkan diri untuk bekerja sebab sekarang ni asyik malas jer nak pergi kerja...sayang nak tinggalkan MR DIMPLE sorang-sorang kat rumah hehe...



Monday, June 3, 2013

Stroke Menyerang Tak Kira Umur!!!

Hari Jumaat lepas eyza dapat SMS dari mak nak bagi tahu yang sepupu eyza baru meninggal. Terkejut jugak eyza sebab tak ada dengar dia sakit apa-apa pun. Terus eyza call mak nak tanya lebih lanjut.







Dan rupa-rupanya sepupu eyza ni diserang stroke. Dia koma selama seminggu dan pada malam Jumaat tu doktor dah mencabut wayar pernafasan dia sebab dah memang tak ada harapan. Dan pagi Jumaat tue, akhirnya dia kembali menemui Pencipta Yang Satu. Kembali ke tempat asal kita.






Menurut WIKIPEDIA, strok atau serebrovaskular (CVA), adalah kehilangan pesat fungsi otak disebabkan oleh gangguan bekalan darah ke otak. Ini boleh disebabkan oleh iskemia (kekurangan aliran darah) yang tersumbat (trombosis, embolisme arteri), atau pendarahan. Hasilnya, kawasan yang terjejas di otak tidak dapat berfungsi, yang mungkin menyebabkan ketidakupayaan untuk bergerak satu atau lebih anggota di sebelah badan, ketidakupayaan untuk memahami atau merumuskan ucapan, atau ketidakupayaan untuk melihat satu bahagian bidang visual .


Al fatihah buat keluarga sepupu eyza. Semoga tabah dalam meneruskan hidup seharian. Sepupu eyza meninggalkan suami dan seanak yang masih kecil lingkungan umur 5 tahun.




p/s : mohon doa dari kalian semua semoga urusan keluarga eyza dipermudahkan Yang Maha Esa.

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke