Monday, June 3, 2013

Stroke Menyerang Tak Kira Umur!!!

Hari Jumaat lepas eyza dapat SMS dari mak nak bagi tahu yang sepupu eyza baru meninggal. Terkejut jugak eyza sebab tak ada dengar dia sakit apa-apa pun. Terus eyza call mak nak tanya lebih lanjut.







Dan rupa-rupanya sepupu eyza ni diserang stroke. Dia koma selama seminggu dan pada malam Jumaat tu doktor dah mencabut wayar pernafasan dia sebab dah memang tak ada harapan. Dan pagi Jumaat tue, akhirnya dia kembali menemui Pencipta Yang Satu. Kembali ke tempat asal kita.






Menurut WIKIPEDIA, strok atau serebrovaskular (CVA), adalah kehilangan pesat fungsi otak disebabkan oleh gangguan bekalan darah ke otak. Ini boleh disebabkan oleh iskemia (kekurangan aliran darah) yang tersumbat (trombosis, embolisme arteri), atau pendarahan. Hasilnya, kawasan yang terjejas di otak tidak dapat berfungsi, yang mungkin menyebabkan ketidakupayaan untuk bergerak satu atau lebih anggota di sebelah badan, ketidakupayaan untuk memahami atau merumuskan ucapan, atau ketidakupayaan untuk melihat satu bahagian bidang visual .


Al fatihah buat keluarga sepupu eyza. Semoga tabah dalam meneruskan hidup seharian. Sepupu eyza meninggalkan suami dan seanak yang masih kecil lingkungan umur 5 tahun.




p/s : mohon doa dari kalian semua semoga urusan keluarga eyza dipermudahkan Yang Maha Esa.

7 comments:

  1. salam takziah buat sepupu eyza.... tak biasa dengar pun kalau usia muda meninggal sebab strok..moga jadi pengajaran la......

    ReplyDelete
  2. @MUHAMMAD IQBAL Abdullah terima kasih iqbal...itulah sekarang ni penyakit menyerang dah tak kira umur.

    ReplyDelete
  3. ajal datang tak kira masa dan tak kira apa sebabnya... tak sangka kadang2 kan..

    tambah sedih bila kita tak dapat luangkan masa pd dia sebelum dia pergi.

    :'(

    ReplyDelete
  4. @Nazirah Nasir betul tu Nazirah...takkan terlewat @ tercepat walau sesaat kan?

    ReplyDelete
  5. Alfatihah buat arwah.......
    sudah takdir dia awal meninggalkan kita.... masa kita kita tak tahu bagaimana dan ketikanya.....

    ReplyDelete
  6. @Remy hazza itu lah remy...kita hanya mampu berdoa semoga kita mati dalam husnul khotimah..

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Al-Fatihah ;-(
    Terpanggil untuk buat entri berkenaan strok slps baca kisah ni.

    TK
    'MamaAdra'
    http://supplemensemulajadi.blogspot.com/

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke