Thursday, May 24, 2012

Bye - Bye Semua!






Ai sekarang bersama keluarga berada di Lapangan Terbang LCCT, Sepang menunggu giliran untuk check-in dan masuk ke dalam pesawat. Pertama kali nak naik pesawat AIRBUS AIRASIA nie. Harapnya okey sepanjang perjalanan.


Doakan perjalanan kami lancar serta selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia.

Wednesday, May 23, 2012

Jom ke Klinik!

Hari ini ai dah mula bercuti walaupun esok yang akan bertolak pergi. Sebenarnya hari ini ai ada temujanji dengan pihak klinik.


Sepatutnya semalam benda nie dibuat tapi sebab ai segan nak minta cuti kat bos, maka ai tunda ke hari ini.






Dari semalam ai mula berpuasa untuk proses mengambil darah. Harapnya proses nie berjalan lancar dan cepat siap. InsyaAllah 11 Jun nie berjumpa pulak doktor pakar. Mudah2an tiada sebarang masalah dalam perjumpaan tue nanti. Amin.





p/s : tak sabar menunggu malam untuk bertolak pergi.

Tuesday, May 22, 2012

Selawat Sa'adah - Untuk Ketenangan Diri

Mari bersama-sama kita pelajari selawat sa'adah. Selawat yang memberi ketenangan dalam diri.




Alhamdulillah Dengan Rezeki Itu

Semalam masa buka web NUFFNANG, ai tengok cuma ada 2 BE jer huhu. Pagi nie cek tengok dah bertambah satu lagi.





Alhamdulillah buat pertama kali dalam sejarah, 3 BE melekat dalam satu masa. Harap2 dapat mencukupkan jumlah yang tengah dikumpul. Walaupun jumlah bayaran semasa tak setinggi mana, tapi jumlahnya berbeza jugak setiap hari.




p/s : harap2 BE nie berterusan untuk suatu tempoh yang lama la hihi... (✿◠‿◠)

Monday, May 21, 2012

Genap Sudah 2 Tahun

Kalau ikut perancangan asal, tarikh hari ini 21 MEI genap sudah 2 tahun ai bergelar isteri. Tapi kita sebagai manusia kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.





Walau semua persiapan dah dibuat, kad sudah ditempah dan saudara mara sudah mengetahui apakan daya kalau sudah tersurat antara kami tiada jodoh.





Alhamdulillah walaupun perkara yang dirancang tak menjadi, ai sikit pun tak rasa sedih sebab waktu kejadian tue nak dekat berlaku, dalam masa yang sama ai sedang sibuk membuat persiapan nak mengerjakan UMRAH bersama keluarga. Lepas balik umrah, rasa hati makin tenang dan tak der sekelumit pun terlintas di hati nak fikir pasal benda nie. 


Mungkin semasa di sana, Allah bagi petunjuk dan kekuatan untuk menghadapi semua ini.




p/s : menghitung hari untuk meninggalkan bumi Malaysia lagi 2 hari!

Segmen: Saya Blogger Awesome + Cool

Dah lama benar rasanya tak join segmen jadi setelah ditag oleh blogger ohsem REMY maka ai terus terjah blog yang menganjurkan segmen nie untuk turut serta sekali.


Kalau nak join klik SINI.



Sunday, May 20, 2012

Alahai Rentikanlah Gohsip Itu!!!

Sapalah yang rajin jadi wartawan tak berbayar dekat opis ai nie. Rajin sungguh tengok perkembangan kawan-kawan yer...


Buat pengetahuan anda, anda dan anda, ai dan dia hanyalah seorang kawan. Rapat kami hanyalah rapat sebagai seorang sahabat. Tak pernah ada hubungan yang lebih dari itu. 





Kalau ai ada skandal dengan dia, kat mana pulak ai nak letak iNCik itu. Isk isk isk rentikanlah gohsip pasal ai nie. Sebab ai bukannya retis yang u rajin sangat nak korek soal kehidupan peribadi ai nie.




p/s : kalau macam nie kena duduk opis tak boleh kawan dengan sapa-sapa lah huhu... :(

Saturday, May 19, 2012

Hasil Statistik Entri




Ini hasil statistik entri ai sepanjang berblog. Walaupun pageview tak beribu riban tapi ia sesuatu yang mengujakan ai bila hasil tulisan kita dibaca ramai orang.


Dan kalau ditengok statistik tue, 4 daripada entri kat atas tue banyak diterjah bila ai letakkan entri di APESAL.COM. Memang laman web tue banyak membantu ai mendapat pengunjung untuk membaca entri ai yang berbentuk ilmiah dan ilmu pengetahuan.


Sekali lagi jutaan terima kasih buat semua yang sudi datang berkunjung ke blog ai dan meluangkan masa membaca hasil tulisan ai.


Memetik kata-kata dari sifoo eyza --> BRO EYRIQAZZ : kegembiraan berblogging bukannya diukur dari wang ringgit tapi "Tepuk Dada, Tanya Selera".






p/s : errr semakin hari semakin rindu...

Friday, May 18, 2012

Maafkan Andai Ada Buat Salah!

Sempena hari Jumaat, penghulu segala hari yang penuh berkat ini, saya nukilkan entri ini untuk meminta maaf pada semua rakan-rakan blogger yang mengenali diri ini. Andai ada apa salah laku, terkasar tutur kata dan terguris perasaan, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf pada semua.





Pada adik2 syomel saya --> PRINCESS FIONA dan MAYA MUSTWANY serta adik retis CAER, maafkan akak sepanjang mengenali kalian kalau2 ada percakapan akak dan mesej2 akak yang buat kalian terasa.


~ PRINCESS FIONA = bila nak hapdet belog nie huhu...tau ler tengah bahagia sekarang hehe....
~ MAYA MUSTWANY = selamat bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi yer...kita jumpa di atas awan nanti hehe...
~ CAER = selamat berangan jadi retis hehe selamat berenjoy di musim cuti sekolah nie yer...






Alkisahnya 24hb Mei ni, ai dan keluarga akan terbang meninggalkan bumi Malaysia terchenta. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur lagi 2 minggu kita bersua kembali huhu pastinya akan merindui belog kerna sepanjang tempoh tue tak boleh nak jenguk belog langsung.


Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat hendaknya. Semoga selamat sampai dan selamat pulang ke tanah air terchenta.





p/s : terasa macam buat ucapan selamat hari raya lak hihi... =)

Thursday, May 17, 2012

Hadiah Hari Guru


Orang lain yang sambut hari guru tapi ai pulak yang dapat hadiah hehe....


Semalam salah seorang pensyarah kat opis ai kasi hadiah nie. Iaitu sehelai selendang berwarna merah jambu. Sesuai sangat dipakai ketika akad nikah sebab ada banyak manik-manik hehe...






Apa- apa pun terima kasih banyak2 kak ain untuk hadiah ini. InsyaAllah kalau teringat kak ain, eyza tengok selendang nie ekkk...

Wednesday, May 16, 2012

Apa Guna?


Selamat Hari Guru

Ai ambik kesempatan nie nak ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk kakak ai FARIZA BINTI FARID yang mengajar di SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR JANGGUS... 


my sis dengan my mum

Dan tak lupa buat kengkawan ai yang telah berjaya menjadi seorang pendidik iaitu sahabat terbaik saya Nik Siti Fatima (TEEM), Asma Ahmad dan Asma Ali. 


Serta ucapan selamat hari guru buat semua guru-guru di seluruh Malaysia dan semua guru yang pernah mendidik ai dari zaman tadika sehingga zaman universiti.


Semoga sambutan hari guru nie membawa keceriaan dan kebahagiaan kepada semua warga pendidik.





p/s : dengar kata TPM nak buat pengumuman penting untuk semua chegu2...adakah rezki masyuk lagi?

Tuesday, May 15, 2012

8 Doa Dalam Satu Bacaan

Beberapa minggu lepas ai dengar satu teka teki yang diberikan oleh penyampai radio IKIM.FM. Lebih kurang macam nie lah soalannya.


Apakah bacaan dalam solat yang ada 8 doa dan 8 kali menyebut nama Allah s.w.t.?


Ramai orang meneka bacaan surah al-fatihah tapi jawapan sebenarnya ialah bacaan ketika duduk di antara 2 sujud.



Monday, May 14, 2012

Semoga Selamat Pergi dan Selamat Pulang

Hari Jumaat lepas, iNCik ada call maklumkan dia akan bercuti. Ingatkan dia bercuti untuk balik kampung. Rupa2nya hari Sabtu tue, dia dibenarkan turun ke darat tapi kena ke Terengganu.


Dia menemani bos untuk menyiasat kejadian loji gas PETRONAS di Terengganu meletup.





Semoga iNCik selamat pergi ke Terengganu dan selamat kembali semula ke MIRI.




p/s : macam berhari2 jugak iNCik akan berkampung di Terengganu, agak2nya sempat tak bercakap dengan dia sebelum bertolak pergi?

Bukan Nak Menunjuk Tapi Geram!

Minggu lepas kan ai dan semua geng opis berkursus di Pulau Langkawi. Kursus selama 3 hari 2 malam dan kami menginap di Hotel Langkasuka yang berada di tengah-tengah pekan Langkawi.


Kursus tue memang agak santai dan enjoy. Tak ada sesi perbincangan dalam kelas pun sebab kursus nie lebih kepada ala-ala explorace. Part paling best bila buat Island Hoping di Tasik Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah.Tapi cerita nie akan ai buat dalam entri lain.


Cuma entri nie memang entri yang tidak puas hati terhadap salah seorang rakan seofis ai yang bernama 'N'. Dalam grup kursus nie, hanya ai dan sorang kakak nie bernama 'Z' yang masih single. Maka atas alasan itu, si N keluarkan statement camnie kepada member-member yang lain.

'ehh korang kalau nak pergi mana2 jangan lupa ajak eyza dan Z. kesian dia orang tak pernah berjalan-jalan'.


Rasa sentap dengar ayat dia tue. Kalau ai dengar sendiri masa tue, memang akan balas macam nie.

'Plisss lah kak. Saya rasa satu dunia dah kenal muka saya yang suka melancaong nie'.


Perghhh geram tau. Mentang-mentang kami dua ni masih single, dia ingat kami hanya duduk rumah jer lah. Dan rasanya ai lebih banyak berjalan2 dari dia. Semua tempat di Malaysia ai dah pernah pergi dan di luar negara pun ada 5 buah negara dah saya pergi. Kalau nak kata pernah ke luar negara tapi hanya setakat sempadan Siam tue, tak payahlah nak banggakan sangat.


kau hado ker bergambar di Pantai Patong, Thailand?

tak pun kau pernah jejak tak Jumbo Kingdom di Hong Kong?



atau penah ker lawat kilang emas milik aktor Jackie Chan di Hong Kong?
atau pernah ker kau merasa tinggal dalam kapal mewah Star Cruise?





p/s : kalau cakap tue biarlah berpijak di bumi nyata yer sebab perangai macam nie lah buat orang lagi menyampah dengan kau....janganlah terlalu sombong sangat sebab kau mencari rezki di tempat orang.

Sunday, May 13, 2012

~ SELAMAT HARI IBU ~

Ai buat entri khas nak ucapkan SELAMAT HARI IBU buat mak tersayang, datin sree SOFIAH BINTI BABJAN. Semoga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki selalu serta berbahgia di samping suami, anak, menantu dan cucu-cucu.


(gambar raya tahun lepas, walaupun tak cukup ahli tapi happening)


"Bila CINTA itu adalah LUKA, ibu akan menjadi PLESTER cantik dan menempel hingga luka itu SEMBUH."

Monday, May 7, 2012

Susah La Kalau Macam Nie...

Salam u olsss...


Kalau betul la macam apa yang tertulis di bawah ini dalam BERITA HARIAN, memang nak marah betul la dengan penganjur perhimpunan BERSIH yang banyak menyusahkan rakyat Malaysia.







Kenapalah bila nak buat sesuatu tak fikir kesan dan akibatnya. Tergamak sungguh mereka ni buat perhimpunan di tanah suci. Memang sangat2 menyusahkan semua orang kalau betul2 pihak Arab Saudi buat tindakan macam tue.





p/s : erkkk ada waris yang call tanya pasal pendaftaran pelajar baru tetiba minta no henpon ai...adehhh pening camnie huhu

Susahnya Nak Dapat MC!

Salam u olsss...


Hari sabtu petang tue dah rasa letih dan semput. Pergi cek di klinik 1 malaysia tapi pembantu perubatan tue cakap mereka tak ada peralatan yang lengkap. Makanya pagi semalam terpaksa pergi semula lah ke klinik kesihatan bandar.


Pergi ambil nombor semalam bermula jam 7.30pagi sampai habis rawatan pukul 11.15 pagi. Hampir separuh hari  duduk kat klinik dan bila minta MC, doktor cakap saya bagi time slip jer. Adehhh time slip tue hanya untuk rawatan selama 2 jam sahaja. Dan diopis ai nie kalau lebih 2 jam kena ambil cuti rehat sendiri.






Bayangkanlah dari klinik tue nak ke opis ai memakan masa hampir 1 jam. Elok sampai jer dah setengah hari waktu kerja. Dan dah terbukti ai ke klinik untuk mendapatkan rawatan, maka apa masalahnya untuk diberi MC? Agaknya doktor tue terpikir kot, bila dia bagi MC pada pesakit makanya gaji dia akan dipotong heuheuhue...


Hari ni doktor tue cakap suruh datang ambil darah tapi disebabkan dah macam malas nak bertekak dengan dia pasal MC, maka tunda ambil tarikh pada 23 Mei nie sebelum bertemujanji dengan doktor pakar pada 11 Jun. Aisehhh kalaulah cuti rehat masih banyak, memang dah ambil dah dari bertekak dengan doktor tue.






p/s : esok, lusa dan tulat akan berkursus di Langkawi dan bermakna blog bakal tidak berhapdet lagi lahh huhu...

Thursday, May 3, 2012

Erkkk Saya Tak Jual Perkhidmatan Lah!

Salam u olsss...


Terkaget seketika bila tetiba ada orang tak dikenali menghulurkan duit buat belanja minum pagi.






Ehh ai tak jual perkhidmatan yang diperlukan di pejabat sebab tiap2 bulan ai dah dapat gaji sendiri. Sekadar nak letak flyers atau brosur di kaunter pejabat ai, tiada sebarang caj dikenakan pun. Sentiasa FREE of CHARGE!

Wednesday, May 2, 2012

Jom Bantu VOTE mereka | EQBALZACK dan EYRIQAZZ

Salam u olsss....




Jom bantu vote 2 orang blogger otai nie.


i) klik link ini --> Nuffnang :: Blogger of The Year


ii) Kemudian klik icon VOTE NOW yang berwarna kuning dan seterusnya anda diminta untuk login samada menggunakan facebook atau twitter.




iii) klik ikon VOTE NOW sekali lagi lepas login dan klik OK selepas keluar popup-window macam kat bawah nie.






i) klik link ini  -->  Nuffnang :: Fave Makan-Makan Expert


ii) Kemudian klik icon VOTE NOW yang berwarna kuning dan seterusnya anda diminta untuk login samada menggunakan facebook atau twitter.

iii) klik ikon VOTE NOW sekali lagi lepas login dan klik OK selepas keluar popup-window macam kat bawah nie.




p/s : sekadar promosi membantu kawan-kawan. harapnya dua2 berjaya.

Alamat Rumah Mirsya?

Salam u olsss...






Sapa ekkk yang cari alamat rumah DR. SYAH MIRSYA WARLY.... adehhh SYAH dan MIRSYA tue adalah dua watak yang tak pernah wujud langsung di alam realiti blog ai. Ia hanyalah sekadar nama untuk dua watak hero dan heroin dalam E-NOVEL ai..hihi


Tuesday, May 1, 2012

Selamat Hari Pekerja 2012

Salam u olsss...


Tanggal 1 Mei setiap tahun dalam kalendar kita akan tercatat sebagai hari cuti umum untuk meraikan sambutan hari pekerja.


kredit to FIZGRAPHIC



Buat yang segeng dengan ai, selamat bercuti diucapkan. Selamat berehat di rumah dan berjalan2 bersama keluarga.


Alhamdulillah tahun nie tahun keenam ai berkhidmat sebagai pekerja. Banyak pengalaman dan kerenah pelanggan yang dihadapi yang semuanya memberi satu pengajaran iaitu setinggi mana pun pangkat dan darjat seseorang, janganlah dipandang rendah pada orang bawahan.


Harapnya kalau ada rezki untuk ai berada di tempat tertinggi suatu hari nanti, ai tak berlagak sombong macam mereka2 berkenaan. 




p/s : errr cuti2 camnie kalau gi main boling best gak kan?

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke