Friday, August 31, 2012

SELAMAT HARI MERDEKA KE 55

Salam merdeka ke 55 tahun buat semua rakyat MALAYSIA.


~ tak pasti ini ker logo sebenar tahun ni hihi ~



Teringat masa pergi BTN 3 tahun yang lepas, fasilitator tue buat tayangan filem merdeka iaitu 1957 : HATI MALAYA. Eyza tak pernah lagi tengok filem nie sebab biasalah filem-filem sejarah nie kurang minat sikit. Tapi bila semakin lama tayangan, rasa semangat merdeka tue meresap ke dalam diri secara automatik. Rasa sedih dan sayu jer bila tengok betapa susahnya pejuang-pejuang dulu buat macam-macam cara nak capai kemerdekaan untuk MALAYSIA. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang dilahirkan di bumi bertuah nie seharusnya bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang. 55 tahun merdeka bukan senang nak dikekalkan jika tanpa semangat perpaduan dan jatidiri dari setiap rakyat Malaysia.





Hari Merdeka semua orang bercuti tapi tahun nie eyza sekeluarga buat majlis rumah terbuka. Tapi tak adalah buat besar mana pun cuma jemput saudara-mara dan jiran terdekat aja. Makanya pagi-pagi lagi dah bergerak ke pasar cari barang dan mula bertungkus lumus memasak sebab pukul 11.30pagi dijangka orang akan datang baca tahlil dan doa selamat.






p/s : esok pergi jalan-jalan ke rumah salah seorang orang kuat sebuah parti hihi..pastu zoom ronda kawasan sekitar... (^_^)

Thursday, August 30, 2012

Ini Bukan Wordless Taw.. (^_^)




Eyza dengan anak sedara yang keenam




Gambar masa raya pertama. Dengan anak buah yang suka sangat tersenyum bila diacah. Paling rapat dengan eyza sebab bila eyza dukung jer dan orang lain sua tangan nak ambik terus dia pusing muka ke arah lain. Walaupun suka tersenyum tapi dia seorang yang pemalu. Bila kena usik lebih-lebih sikit terus dia tutup muka malu hehe..




p/s : mak cik yang garang tapi disayangi anak sedara hehe...

Wednesday, August 29, 2012

Jodoh Ramadan | CERPEN

Sekadar mengisi entri dengan cerpen yang tak seberapa ini. Sepatutnya publish sebelum raya tapi sebab banyak agenda, tertangguh sampai lepas raya. Maaf kalau cerita ini ala kebudak-budakan sebab biasalah bila dah dok depan PC idea yg sebelum ni ada terus jadi blur huhu... Nama watak tiada melibatkan mana-mana pihak yer. Sekadar mengguna nama sahaja hehe... Apapun, selamat membaca kepada yang sudi membaca yer.

...........................           


         Hari ini dah cukup setahun mamat tu suka lepak kat tempat aku. Kadang-kadang rasa rimas dengan soalan-soalan dia yang macam polis pencen tapi kadang-kadang aku suka layan dia bila Anna buat-buat lalu kat tempat aku. Yeah aku tahu Anna cemburu mamat tue selalu duk kat tempat aku. Masa mula-mula mamat tue datang lapor diri, aku dengar bisik-bisik Anna yang mengatakan dia terjatuh chenta pandang pertama dengan mamat tue. Ehh minah nie, dah bertunang pun masih ada hati pada orang lain ker. Ish ish tak paham aku.
                Mamat tue atau nama dia Azri adalah bos baru kami menggantikan tempat Encik Remy yang berhijrah ke Australia sebab mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Dia boleh dikategorikan ada rupa dan gaya serta yang paling penting ciri dia yang satu nie boleh menambat hati bakal mentua iaitu pandai jadi imam. Kan sekarang nie nak cari lelaki yang betul-betul boleh jadi imam amatlah payah. Haa lagi satu suara dia sangat macho yang boleh membuatkan orang tertawan bila dengar. Sebab ciri-ciri yang ada tue lah sampai Anna yang dah bertunang tue pun boleh terpikat kat dia. Aku? Hurmmm sehingga ke hari ini aku pun tak pasti apa perasaan aku pada dia. Dari gaya cakap dia tue aku tahu dia cuba pikat aku tapi aku takut perkara lama berulang kembali. Sebab kadang-kadang kalau dia sembang dengan aku tak pernah ada yang serius. Asyik merapu jer kerja dia. Nama jer bos tapi perangai sengal memang tak boleh ubah.
                “Raya mana tahun nie?” soal Azri kepada Eyza.
                Opsss aku sibuk membebel nie terlupa dia ada depan aku hehe. Nasib baik aku membebel dalam hati saja. Kalau tidak mau kembang setaman dia kalau tau aku puji dia haha…
                “Macam tahun-tahun lepas, di rumah sendiri aja. Eyza tak ada kampung yang boleh balik beraya,” jawab Eyza sambil tekun menaip sesuatu di dalam komputer. Buat-buat tekun konon padahal dalam hati berbakul dok membebel kat dia.
                “Oo…tahun nie giliran beraya di rumah sendiri yer? Rumah husband tahun depan pulak kot?” soal Azri lagi.
                “Husband? Huhu…”
                “Yer lah, husband Eyza lah.”
                “Hahaha…husband Eyza masih ada kat bawah tanah lagi. Dia tak jumpa jalan keluar.” Ketawa Eyza masih bersisa lagi.
                “Erk…sorry. Eyza tak kahwin lagi ekk?” Adehhh, malu aku. Ish maklumat yang aku dapat pasal Eyza nie salah lah yer.
                “Yup, still single mingle hehe…”
                “Available?” Iskk mulut nie, kenapa terlebih ramah pulak hari ini. Tapi okey jugak. Sekurang-kurangnya tak adalah aku tertanya-tanya sendiri.
                “InsyaAllah sentiasa jadi hak mutlak Allah s.w.t dan kepunyaan ayah dan emak Eyza.”
                “Ooo…belum ada yang berpunya lagi lah yer?”
                “Masih belum berjumpa pemilik tulang rusuk kiri Eyza.”
                “Eyza memilih kot?”
                “Eyza yang dipilih.”
                “Dipilih? Maksud Eyza?”
                Hai sampai bila kerja aku nak siap nie kalau dok asyik layan mamat seorang nie jer. Tapi kalau aku buat tak tahu aja kat dia, kesian pulak dok tercongok dari tadi macam patung jer.
                “Sebab Eyza tak sempurna.”
                “Setiap manusia mana ada yang sempurna. Sehebat-hebat manusia pun, pasti ada kekurangan dan kelemahan sendiri.”
                “Itu kata Azri. Tapi kata mereka-mereka itu lain. Mereka mencari isteri yang sempurna yang boleh menjadi ibu kepada anak-anak mereka nanti. Dan ciri-ciri kesempurnaan yang diinginkan mereka itu tiada pada Eyza.”
                “Apa ciri-ciri sempurna yang mereka inginkan itu kalau boleh Azri tahu?”
                “Pertama, sebab bila keluar jalan-jalan Eyza pakai seluar dan blouse. Bukan baju kurung. Keduanya, kerja Eyza sebagai kuli nie tak menjamin kehidupan di masa akan datang. Eyza tak mampu nak sara kehidupan dia nanti dengan gaji Eyza yang ala kadar nie sahaja.”
                “Pelik, ada lelaki macam tue! Sebab apa Eyza pulak kena tanggung hidup nanti? Habis apa guna dia sebagai lelaki yang diberi amanah oleh Allah s.w.t untuk menjadi ketua keluarga?” soal Azri dengan rasa musykil yang mula bermain-main di kepala.
                “Hurmm…entah, Eyza malas nak tanya lanjut dengan dia. Tak nak panjangkan isu ini. Dah orang tak sudi takkan Eyza nak terhegeh-hegeh paksa dia suka pulak kat Eyza. Nanti dikatanya hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Biarlah dia menemui kebahagiaan dengan cara dia sendiri dah itu jalan yang dia pilih.”
                “So, Eyza dah putus asa nak mencari lagi?”
                “Susah nak jawab tapi Eyza pegang 1 prinsip saja. Kalau ditakdirkan pemilik tulang rusuk kiri Eyza tiada hingga akhirnya, mungkin dia menanti Eyza di akhirat nanti.”    
                “Pasrah dan redha?”
                “InsyaAllah Eyza terima ketentuan yang telah ditetapkanNya.”
                “Betul ker nie? Dah tak mau berusaha lagi mencari pemilik tulang rusuk kiri Eyza tue?”
                “Nak cari kat mana Azri? Kat pasar borong ker hihi..?”
                “Ada jer nie. Depan mata Eyza lah.”
                “Depan mata? Mana? Mana? Jangan main-mainlah Azri. Tak kelakar pun.”
                “Azri serius lah Eyza.”
                “ Eyza rasa nak gelak guling-guling jer sekarang nie.”
                “Sum…”
                “Isy jangan main-main dengan ayat tue la Azri. Eyza tak suka. Encik Azri, silalah kembali ke tempat anda yer wahai bos sengal. Eyza nak buat kerja nie.”
                “ Tapi Azri tak main-main lah Eyza. Azri nak kenal Eyza dengan lebih rapat lagi. Please bagi peluang pada Azri untuk mewujudkan pertemuan kita bersama.”
                “Eyza tak suka pada pertemuan!”            
“Kenapa?”
                “Sebab setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Eyza takut pada perpisahan.”
                “InsyaAllah kalau Azri betul – betul pemilik tulang rusuk kiri Eyza, hanya ajal yang akan memisahkan kita.”
                “Tapi Eyza tak suka pertemuan!” tegas ku menjawab kali nie. Harapnya dia akan memahami kehendak hatiku.
                “Jadi Eyza nak Azri buat macam mana?”
                “ Bercinta selepas kahwin.”
                Green light dari Eyza.”
                “Tidak tapi itu saja yang Eyza inginkan jikalau ditakdirkan Eyza bercinta lagi.”
                “Eyza tak suka Azri.”
                “Eyza tak pernah nak benci orang tanpa sebab. Eyza suka semua kawan-kawan Eyza.”
                “Jadi Azri hanya sekadar kawan sahaja di hati Eyza?”
                Adehhh parah nak menjawab nie. Aku tak nak dia tersinggung dengan apa saja jawapan yang akan aku keluarkan tapi aku tak tahu macam mana nak terangkan pada dia. Tipulah kalau aku cakap hati aku tak terusik dengan tingkah laku dia selama nie pada aku. Selepas 2 tahun aku berpisah dengan Zul, kehadiran Azri sedikit sebanyak mengocakkan hati aku. Memang aku selalu rasa jantung aku berdetak laju setiap kali aku bertembung mata dengan dia tapi aku memang tak berani nak menaruh harapan yang tinggi pada dia. Lagipun aku sedar aku hanyalah pekerja bawahan dia yang seperti tak layak nak bergandingan dengan dia.
                “Eyza, are you still here?” 
                “Yup sorry Azri.”
                “Ehh tak apa. Azri yang salah dari tadi asyik ganggu Eyza aja. Okeylah Azri masuk bilik dulu yer. Thanks Eyza sudi luangkan masa Eyza layan Azri.”
                Ehh sentap pulak pak cik sorang nie. Jenuh aku nak pujuk tapi biarlah dulu. Nanti-nanti bila sengal dia datang balik, sure terpacak gak depan meja aku nie.

…………………

                “Uikss Eyza, nama kau naik untuk ke kursus lah.” Jerit Anna dari tempat duduk dia.
                “Wehhh posa-posa pun ada kursus ker? Kat mana kursus tue?” aku pun sama menjerit gak. Segan nak bangun ke tempat dia sebab kerja masih berlambak atas meja nie.
                “Kat Langkawi haa.”
                “Amboi sampai ke pulau aku kena hantar. Sahih boring la aku sorang-sorang duk dengar kursus nie.”
                “Yer ker boring?  Atau tak sanggup nak tinggal Encik Azri dengan aku hahaha,”
                Hurmmm sejak kejadian tue dia memang tak pernah mai lepak tempat aku dah. Merajuk benar dia dengan aku.
                “Woittt cik Eyza, penat aku menunggu jawapan kau sedap-sedap jer berangan bagai nie.”
                “Ehh sori sori Anna.”
                “Hang pasai pa nie Eyza. Aku tengok sejak dua tiga hari nie asyik berangan jer lebih. Haa gaduh dengan Encik Azri ka? Sebab aku tengok dia dah tak mai lepak tempat hang.”
                “Mana ada aku gaduh dengan dia pun. Agaknya dia sibuk kot dengan kerja dia tue yang tak sempat nak mai lepak sini.”
                “Elehh yer la tue. Dulu pun dia sibuk gak tapi aku tengok tiap-tiap hari jugak dia mai lepak. Ehh aku dengar dia apply cuti seminggu. Gamaknya nak balik kampung berbuka puasa kot noo..”
                Haa apasal aku tak tahu pun. Selalunya kalau dia nak cuti sahih aku dicari dulu. Bukan apa sebab dia nak suruh aku tolong isi borang cuti kat dia jer. Memang merajuk sungguh-sungguh la mamat sengal nie dengan aku.
                “Ehh mak cik, tak habis-habis berangan lagi ker. Bosan aku cakap sorang-sorang nie.”
                “Haaa ehh mana ada aku berangan lah. Aku tengok kusyuk baca report nie.”
                “Banyaklah kusyuk baca. Orang kalau baca mata tunduk ke bawah tapi hang tue dongak ke atas.”
                “Opsss hehe…”

……………..

                “Hello assalamualaikum mak,” sapa Eyza setelah melihat nama mak dia yang tertera di handphone.
                “Waalaikumussalam. Eyza tengah kursus ker nie?”
                “Sekarang time rehat mak. Kejap lagi pukul 2.30 baru masuk balik.”
                “Oh, mak nak cakap sikit dengan Eyza nie.”
                “Kenapa mak? Ada apa-apa masalah kat rumah ker?”
                “Kat rumah semua okey jer.  Sebenarnya ni pasal Eyza.”
                “Pasal Eyza? Berdebar pulak rasanya nie mak.”
                “Nie haa mak nak bagitahu ada orang datang ke rumah. Dia cakap nak lamar kamu sebagai isteri dia. Mak tengok budak tue baik saja.”
                “Amboi mak, baru jer tengok takkan dah tahu orang tu baik.” Aisehh kenapa hati aku rasa tak tenteram. Tetiba saja bayangan Azri muncul terlayar di minda aku.
                “Mana pulak baru jer. Dah tiga hari dia bermalam kat rumah kita nie. Hari ini baru dia balik tue yang mak baru telefon kamu nie.”
                “Tiga hari dia dok rumah kita? Kenapa mak tak cakap kat Eyza pun pasal dia bila Eyza telefon.”
                “Bukan mak nak rahsiakan tapi dia kata dia tak mau ganggu kamu yang tengah kursus tue. Dan sebab esok kamu nak balik dah, sebab tue mak call jugak. Haa sebut pasal kursus nie, kamu balik esok naik apa?”
                “Tak tau lagi mak. Cadangnya berenang jer dari sini ke rumah kita hehe…”
                “Eh budak nie, orang tanya betul-betul dia main-main pulak.”
                “Ampun mak hehe mungkin tumpang kawan kot mak. Ada yang sejalan dengan Eyza nanti.”
                “Mak rasa tak payah kot tumpang kawan tue. Sebab ada orang akan ambil kamu di jeti nanti. InsyaAllah dia dah janji dengan mak dan abah akan pastikan kamu sampai ke rumah dengan selamatnya.”
                “Sapa pulak nak ambik Eyza nie mak? Saspen nie mak.”
                “Bakal calon pemilik tulang rusuk kiri kamu lah Eyza.”
                “Mak, eyza tak kenal. Takkan nak balik dengan dia pulak.”
                “Dia kenal Eyza. InsyaAllah mak rasa Eyza pun kenal dia. Kalau rasa gundah gulana, jangan lupa pada Dia. InsyaAllah kamu akan beroleh ketenangan. Apa pun mak harap sangat dialah pemilik tulang rusuk kiri kamu. Okeylah Eyza mak letak dulu telefon yer.  Assalamualaikum.”
                “Waalaikumussalam.”
                Pelik. Mak kata aku kenal dia? Sapa yer. Aisehhh waktu-waktu genting macam nie Azri pulak mendiamkan diri sejak kejadian hari tue. Kalau tidak boleh jugak aku dok mesej sengal dengan dia. Hai lah kenapa setelah hati aku berkocak hebat, kau menjauhkan diri pulak.

…………….

                “Eyza, betul nie tak nak tumpang aku? Kau nak balik dengan sapa nie. Aku tak nampak sapa-sapa pun datang jemput kau.” Soal Wani yang memang dari awal aku berhajat nak tumpang kereta dia balik nanti.
                “Aku pun tak pasti lah Wani. Mak aku cakap ada orang akan datang ambil aku. Tapi nie haa dah lama aku tunggu tak ada bayang sapa-sapa pun yang aku kenal kat sini.”
                “Assalamualaikum.”
                “Waalaikumussalam.” Serentak aku dan Wani menjawab salam sambil menoleh kea rah suara yang memberi salam itu.
                “Azri? Buat apa kat sini.”
                “Saya datang nak menjemput seorang manusia yang tercipta dari tulang rusuk kiri saya.”
                “Oh okeylah. Selamat yer.” Aku tak pasti apa yang aku rasa tika ini. Kecewa, sedih atau gembira bila dia cakap macam tue. Dari semalam memang aku berharap dialah yang akan datang menjemput aku tapi bila dia cakap macam tue maksudnya dia dah berpunyalah.
                “Thanks. Shall we?” pantas Azri bertanya.
                “We? Nak ke mana pulak? Kan Azri nak jemput kekasih, jadi pergilah cepat-cepat. Nanti dia marah pulak nampak Azri ajak saya sekali.”
                “Kejap saya call dia minta kebenaran yer.”

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hati ku saat pertama kali lihat dirimu
melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

 Ehh itu macam caller ringtone aku. Sapa pulak yang nak call time aku kehilangan mood nie. Tanpa lihat nama pemanggil aku terus tekan butang hijau nak menjawabnya.
                “Assalamualaikum tuan puteri.”
                Ehh macam suara dia. Suara Azri. Takkan kot.
                “ Wahai tuan puteri. Kot ya pun nak berangan, jawablah dulu salam saya.”
                “Waalaikumussalam.”
                Aku dah tak tahu nak cakap apa sekarang nie bila aku ingat balik ayat dia sebentar tadi sebelum dia call dan ayat mak semalam. Pemilik tulang rusuk kiri? Aku kenal? Aisehh orang itu Azri ker? Orang yang mak aku puji baik sangat tue dia ker?
                “Ehem…ehem…kalau dua-dua saling memandang nie alamatnya bermalam kat jeti nie jer la hihi okeylah Eyza, Wani gerak dulu. Takut lambat sampai pulak nanti.”
                “Hensem pak we kau. Kalau tak nak pass kat aku yer hihi.” Bisik Wani perlahan masa dia jabat tangan dengan aku.
                “Kawan Eyza pun dah balik, so boleh kita bergerak balik jugak?” Soal Azri.
                “Okey okey.”
                Sudah. Aku dah rasa gugup semacam. Ingatkan balik pesanan mak semalam buat aku rasa memang nak balik berenang jer ke rumah.
                “Eyza, rasanya mak Eyza dah bagitahu Eyza semuanya kan pasal apa yang berlaku. Jadi Azri minta maaf banyak-banyak sebab tinggal di rumah Eyza tanpa kebenaran Eyza.”
                “Oh tak apa. Mak pun dah cerita semalam.”
                “Eyza cuba pandang Azri sekejap.”
                Alamak nie yang aku lemah nie. Nak kena pandang ker? Hai lah jantung, jangan berdegup kuat sangat. Cemas pulak rasanya. Okey okey tarik nafas dan pandang dia. Alamak!
                “Eyza Izreena Muhd Ehsan, sudikah dikau menjadi pendamping Muhd Azri Daniell secara sah?” soal Azri sambil memegang sebentuk cincin.
                “Errr saya kena tanya mak ayah saya dulu.”
                “Abah dan mak izinkan kamu menjadi pendamping Azri.”
                Suara abah. Kenapa aku dengar suara abah dalam kereta nie? Takkan aku bermimpi kot.
                “Awak tak bermimpilah Eyza. Abah dan mak awak ada kat seat belakang tue.”
                Alamak macamana tadi aku tak perasankan langsung mak dan abah ada kat belakang, Tue lah eksaited sangat nak balik dengan Azri sampai tak pandang belakang dah. Nasib baiklah aku tak terus bagi jawapan, kalau tidak malu dibuatnya.
                “Bila abah dan mak ada sini?” soalku menutup rasa malu sambil bersalam dengan mereka.
                “Kami ikut Azri datang sekali. Takkanlah kami nak biarkan kamu berdua jer dalam kereta. Tak senang dibuatnya nanti.”
                “Macamana Eyza? Mak dan abah serahkan semuanya pada kamu untuk buat keputusan. Kami tak paksa. Mana yang terbaik untuk kamu, kami ikut saja.”
                “Eyza rasa lepas raya Azri boleh salam tangan kadi dah.”
                “Eyza, terima kasih. Terima kasih sudi terima Azri sebagai pendamping. InsyaAllah Azri berjanji akan menjaga Eyza sepertimana mak dan abah Eyza jaga selama nie.”
                Alhamdulillah pada hari raya ketiga kami selamat disatukan sebagai suami isteri. Mak kata tak nak tangguh lama-lama benda baik nie. Yerlah menantu kesayangan dia. Mak memang berkenan dengan dia sejak dia datang tinggal rumah aku dulu. Oh ya, rupa-rupanya dia cuti selama seminggu tue, dia pergi ke rumah aku. Memang gentleman betul. Berani jumpa mak dan abah aku untuk luahkan isi hati dia. Asalnya dia sekadar datang nak minta kebenaran dari mak abah aku tapi alih-alih abah aku suruh tinggal 3 hari kat rumah. Mungkin nak uji tahap keseriusan dia pada aku.
                “Terima kasih sayang sudi terima abang sebagai suami. Lepas nie kita dah boleh mula bercinta yer hihi.”
                “Sama-sama abang. InsyaAllah Eyza mengharapkan kemanisan bercinta lepas nikah nie akan mengeratkan hubungan kita lagi.”
                Syukur pada Mu Ya Allah atas kurniaan. Raya aku tahun nie serasa paling bermakna selepas aku sah menjadi isteri kepada lelaki yang berjaya mencuri hatiku.



p/s : berangan nak jadi penulis novel tapi selalu terhenti sekerat jalan. E-Novel tue pun dah lama tak jenguk huhu...

Rumah Jiran Kena Samun

Semalam dalam lingkungan pukul 9.30malam masa eyza dengan mak ayah tengah dok buka daun ketupat, terdengar suara jiran depan rumah panggil nama mak eyza. Suara dia kedengaran sayu seolah menandakan ada kecemasan. Ingatkan ayah dia tak sihat sebab ayah dia memang sakit bertahun lama. Tapi rupa-rupanya bukan sebab itu.


Soalan pertama dia tanya masa kami bukak pintu rumah ialah, "Ada nampak sesiapa masuk rumah dia tak?"




Dan rupa-rupanya rumah dia kena pecah masuk antara waktu solat Maghrib dan Isyak. Cepat sungguh penyamun nie buat kerja yer padahal dia sekeluarga cuma keluar makan sekejap aja.




Dan antara barang yang hilang ialah LAPTOP dan HANDPHONE.




Nasib baik masa kejadian dia, duit rm1000 yang selalu disimpan di rumah dibawa sekali. Kalau tidak kenduri besar la penyamun tue.




p/s : la nie penyamun semakin berani yer walhal masa tu masih awal malam huhu...

Tuesday, August 28, 2012

Dugaan Syawal 2012

Seperti entri semalam yang eyza bagitahu ada dugaan berlaku kat keluarga kami kan, dan sebenarnya yang lebih tepat lagi dugaan untuk adik eyza.






Sepatutnya raya tahun nie mereka beraya di Alor Setar dulu tapi memandangkan raya ketiga hubby dia kena masuk kerja dah maka mereka balik ke Perak dulu pada malam raya.


Masa eyza dan mak ayah on da way balik dari beraya malam pertama tue, mak eyza dapat call dari adik. Ingatkan saja dia call nak tanya pasal raya tapi rupa-rupanya bagitahu mereka terlibat dengan kemalangan.


Berderau darah semua orang bila dengar berita tue. Risau sangat-sangat especelli keadaan anak dia. Dan bila dia cakap semua dalam keadaan okey cuma kereta saja remuk teruk, hanya ucapan ALHAMDULILLAH saja kami panjatkan. Syukur sangat-sangat sebab menurut adik, kawasan yang dia kemalangan tue memang kawasan yang paling banyak kemalangan berlaku dan semuanya kemalangan maut. 


~ pic cilok dari google sebab adik eyza tak sempat ambik gambar gara2 masih dalam keadaan takut dan panik ~


Menurut adik eyza, masa tue baru lepas hujan dan keadaan jalan memang agak licin. Puas hubby dia brek dan lencongkan tayar tapi kereta mereka nie tetap menghentam kereta depan. Dan nasib baik kereta yang dilanggar tue kereta family sendiri kalau tidak melayang jugaklah duit beratus nak bayar ganti rugi.


Sebab kereta mereka nie tak boleh bergerak langsung, makanya pagi raya kedua bergegas la eyza dan mak ayah pergi ke sana untuk mengambil mereka pulang. Kesian pulak nak suruh balik dengan bas dengan bawak anak kecik dan barang banyak.


Makanya raya tahun nie raya paling menduga kami sekeluarga lah dengan kejadian yang menimpa adik eyza.




p/s : tahun nie merasalah beraya di luar Kedah gara-gara ke Perak di raya kedua hihi... (^_^)

Monday, August 27, 2012

Cerita Raya Lah

Semalam dah mula masuk kerja tapi baru hari nie nak mula hapdet entri. Punyalah lama blog bersawang bercuti raya kan sampai raya ke 9 baru nak mula menaip. Cadangnya nak mula semalam tapi macam sibuk jer berblogwalking semalam maka tunda ke hari ini.


Cerita raya eyza sama jer seperti tahun-tahun sebelum nie. Tetap beraya bersama mak, abah, adik beradik dan anak buah tersayang. Dan disebabkan adik eyza balik beraya rumah mentua dia maka di pagi raya tinggal eyza dan mak abah jer. Bertiga lah kami pergi ke masjid solat sunat aidil fitri dan ziarah kubur.




Lepas balik masjid tue, baru dua-dua orang kakak eyza bawak family masing-masing datang ke rumah kami. Riuh la sikit suasana raya masa tue sebab ada sesi bergambar sama hehe saja kasi jeles kat adik eyza.


~ rasa ini punca perut eyza masuk angin hehe... ~


Tapi tahun nie raya agak menguji kesihatan eyza. Sebulan berpuasa tak makan di siang hari, makanya bila time raya perut mula buat perangai. Dan secara kebetulan pulak masa raya nie lah eyza melewatkan makan pagi, jadi bila nak makan perut tak mau terima. Tengok makanan pun tak ada selera nak makan. Mak eyza kata mungkin perut dah masuk angin tue yang jadi camtue. Terpaksalah bergantung kepada ubat nak stabilkan perut balik. Rugi woo bila tak boleh nak makan banyak bila pi rumah orang beraya hihi...




Dan tahun nie ada dugaan berlaku kepada kami sekeluarga. Nanti eyza stori di next entri yer. Sambung balik buat kerja dulu walaupun telefon buat hal pulak yang saja menggangu mood bekerja hari ini huhu... 



p/s : sakit gigi kembali menyerang di pukul 1.40 pagi tadi huhu... :(

Friday, August 17, 2012

Salam Aidil Fitri

Pasti semua dah tak sabar menantikan kemunculan 1 Syawal yer. Setelah hampir sebulan ktia berpuasa kini tiba masanya kita meraikannya di pagi 1 Syawal.


Makanya eyza mengambil kesempatan di sini mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua yang mengenali eyza. Disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andainya ada terkasar bahasa sepanjang eyza berblogging dan berkomen di blog anda semua. 




Terimalah 3 rangkap pantun dari eyza buat anda semua... (~)_(~)


DI BULAN RAMADAN JANGANLAH BARAN
SEBAB KEMPUNAN MAKAN SETALAM
LEBARAN DISAMBUT PENUH KESYUKURAN
TANDA KEMENANGAN UMAT ISLAM


MAI SEMUA KITA PI BERBUKA
JANGAN LUPA PAKAI BAJU RAYA
PINTU RUMAH SENTIASA TERBUKA
JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH SAYA


RAMADAN BAKAL MENGUNDUR DIRI
DIGANTI SYAWAL HARI BERGEMBIRA
DIUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
KEPADA SEMUA YANG MENYAMBUT RAYA





p/s : rasanya sepanjang bercuti raya macam blog akan bersawang sebentar jer hehe tengoklah mood camana kalau ada masa bakal berhapdet jugak hihi...

Thursday, August 16, 2012

Terima Kasih LANUN (✿◠‿◠)

Ehh tetiba jer kan eyza buat entri ucap terima kasih pada lanun kan? Senget ker apa hihi..Ala ini bukan sebarang lanun. Ini lanun ranggi yang berwawasan.




Ekcelli eyza nak ucapkan terima kasih nie sebab dengan berbesar hatinya AUJINZ a.k.a LANUN RANGGI sudi mengirimkan hasil tangan dia pada Eyza iaitu kad raya JANJI JIMAT hehe...


~kad raya buatan khas dari OJINZ ~



Sweet lah tengok lukisan dia pada kad raya tue. Terserlah kecomelan Dik Ah. 


~ Dik Ah sila claim duit raya dari akaun AYoNG hihi.. ~


Ehh tapi ada satu benda buat eyza tak berkelip tengok kat sampul kad raya dia iaitu SETEM. Perghh canggih setem dia. CUte.






p/s : Eyza sangat-sangat admire dengan orang yang tangan berseni nie. Tengok berkali-kali pun tetap teruja. Especialli kalau lukisan yang nampak real tue.

Wednesday, August 15, 2012

Lagu Raya Paling Feveret

Selalunya nak dekat-dekat raya nie pasti semua orang dok sibuk memainkan lagu raya kan? Baru ada feel nak balik kampung...Hoo hoo balik kampung. Pada yang balik kampung tue bermula hari ini berhati-hati ketika memandu yer dan bagi yang masih bekerja macam Eyza nie selamat berenjoy di opis yang sangat - sangat lengang hihi... mood enjoy la sangat padahal tak ada kampung nak balik tue yang gigihkan diri bekerja jugak di saat semua orang sibuk menghitung waktu nak balik beraya huhu. Sepanjang kerja nie inilah tahun pertama Eyza tak bekerja di petang raya sebab tahun nie kan raya jatuh pada hari Ahad. So Jumaat dan Sabtu memang public holiday dah kan.


Ehh pesal cerita tue pulak hehe padahal tajuk entri pasal lagu raya...Okeh okeh back to da school stori yer.




Antara banyak-banyak lagu raya yang ada (Eyza layan lagu raya dulu -dulu sebab lagu raya la nie macam tak boleh masuk dalam kepala) Eyza paling minat dengan dua lagu nie.


PULANGLAH - Aisyah




 SENANDUNG HARI RAYA - Dayangku Intan





Motip suka lagu nie sebab lagu nie mengingatkan Eyza pada sahabat terbaek Eyza yang berada nun jauh di tengah lautan yang dah bertahun-tahun tak dapat balik beraya huhu harap-harap ada rezki dia untuk balik beraya tahun nie.


Apa pulak lagu raya kegemaran kamu semua? Apakah lagu lama atau lagu baru atau lagu sendiri bikin sendiri nyanyi hehe...





p/s : sentap pulak tengah taip entri nie kat radio terpasang lagu SALAM UNTUK KEKASIH...perghhh syahdunya sebab lagu nie mengingatkan eyza pada seseorang huhu...
 

Rezeki di Hari ke 24 Ramadhan




Rezeki masyuk di hari ke 24 Ramadhan. Kat atas tue semua hasil sumbangan insan-insan yang mencari pahala bersedekah di bulan Ramdhan.


Pagi-pagi sampai opis tengok atas meja ada satu bungkusan plastik kiriman bekas pensyarah kat opis Eyza yang kini telah bertukar ke Pahang.




Kemudian dalam pukul 2 petang dapat benda nie pulak.




Dok sat lepas tue kak ODIE mai hantar sesuatu kiriman dari orang untuk semua staff.




Dan terakhir sebelum balik, rakan sekerja Eyza bagi setengah ekor ayam golek untuk semua orang jugak.




Alhamdulillah memang rezeki di hari tue. Dan kebetulan pulak petang tue adik Eyza ajak berbuka di luar. Dia dan ayah Eyza nak belanja hehe makan besar ler jawabnya hari tue.


Apapun terima kasih pada semua yang sudi memberi rezeki itu. Moga kamu-kamu semua diberi pertambahan rezki lagi oleh Allah s.w.t.





p/s : opis makin lengang...agaknya kalau lelong opis boleh tak muahahahaha... (~_~)

Tuesday, August 14, 2012

Kuih Tradisional dan Sifatnya | Sekadar Gurauan

Eyza buat entri nie sekadar gurauan sahaja yer sementara menunggu azan Maghrib (baru awal pagi daa hihi...). Tiada niat nak menyakiti hati mana-mana kuih yang ada ni pun hihi...Tahun lepas eyza dah buat entri ini cuma tahun nie ada pertambahan kuih-kuih tue yang eyza buat semula sekali lagi.


Jom kita intai sifat-sifat yang ada pada kuih-muih orang Melayu nie. Sesedap nama dan sesedap rasanya.



KUIH DALAM ZOO - KUIH BADAK BERENDAM
 (admire dengan badak sampai letak nama tue sejak lahir hehe...)

 KUIH BAJET CUTE - CEK MEK MOLEK
 (perasan cute sebab tak ada mata nak tengok diri kat cermin hehe..)

 KUIH PALING ALIM - KUIH KETAYAP
(suka pakai 'ketayap' kot nie hehe...)

 KUIH PALING SENGSARA - KUIH BAKAR
 (kesian asyik kena 'bakar' jer)

 KUIH SUKA PUKUL - KUIH LOMPANG
 (selalu sangat gaduh sampai 'lompang' kat tengah tue)

KUIH AWET MUDA - KUIH SERI MUKA
 (tak payah pakai krim muka sebab sentiasa berseri-seri jer muka)

KUIH PALING KEJI - KUIH TAIK ITIK
 (eee busuknya huhu...)

KUIH PALING TERANG - KUIH TEPUNG PELITA
 (tak payah pakai spotlight nak suluh tengok hehe..)

KUIH PALING GANGSTER - KUIH LOMPAT TIKAM
 (kerja dia asyik nak tikam orang jer)



KUIH PALING TENTERAM - KUIH MAKMUR
(sentiasa hidup aman damai dalam keluarga dia)




p/s : jangan ambik hati yer wahai kuih-muih...

Monday, August 13, 2012

Iklan Raya @ Bernas | Hargailah Ayah dan Ibu

Sejak nak dekat-dekat raya nie seronok tengok iklan raya yang dipaparkan. Banyak mesej yang boleh dipelajari dari maksud iklan-iklan itu.


Dan semalam membe eyza dok bagitahu ada satu iklan raya yang memang menyentuh hati. Dan sayangnya eyza tak pernah tengok lagi pun. Maka dengan gigihnya, eyza pi cari kak ODIE sebab nak tumpang tengok di PC dia. Maklumlah dia pakai berokband yang laju jadi boleh tengok iklan tue tanpa ada hentian di pertengahan jalan.


~ syabas kepada pengarah iklan dan pencetus idea jalan cerita iklan ni ~


Bayangkanlah kerinduan Ahmad pada ibunya sehingga membuatkan dia mengambil keputusan untuk balik kampung dengan Fizi walau beribu halangan di luar menanti. Walaupun kepulangan dia ke kampung hanya disambut oleh batu nisan ibunya, tapi tergambar keceriaan di wajah kanak-kanak itu untuk beraya bersama ibunya.


Dalam banyak-banyak pengajaran yang ada dalam iklam nie, eyza tersentuh nak biacara satu benda saja. Hargailah ayah dan ibu kita sementara mereka masih ada lagi di dunia ini. Pulanglah menjenguk ayah dan ibu walaupun hanya sekejap cuma dan jangan tunggu bila raya saja baru nak balik kampung. 


Peluang hanya datang sekali seumur hidup jadi hargailah ayah dan ibu selagi hayat dikandung badan.






p/s : bersyukur sangat-sangat eyza tinggal dengan mak dan abah jadi setiap hari boleh tengok dan jumpa mereka.

Kuih Raya Dah Sampai

Semalam eyza dah dapat kuih raya yang ditempah dari seorang pensyarah di sini. Tak banyak pun eyza order cuma 4 jenis saja. Cukuplah sebab adik beradik yang lain ada tempah jugak. Nanti kalau tempah banyak-banyak tak muat pulak nak letak atas meja huhu...





Ini antara kuih raya yang eyza tempah.


~ CHEESE TART ~

~ MACADAMIA KISSES ~

~ KUIH BANGKIT SANTAN ~


Kebiasaannya bila dapat kuih raya awal nie memang setiap kali berbuka puasa dan bersahur akan ambik makan hehe konon nak merasa tapi habis jugak kot nanti separuh. Tapi mak kata makan jer sekarang nie sebab nanti dah raya tak makan pun sebab pi semua rumah ada kuih raya huhu...


Dan hari ini dapat satu lagi yang last iaitu kuih batang buruk berinti kacang hijau. Yang ni tak sempat nak ambik pic sebab baru sampai pagi tadi.


Pada yang dekat-dekat tue jemputlah datang beraya ke rumah yer. InsyaAllah selalunya setiap 1 Syawal mak eyza akan masak nasi beriani, rendang ayam dan gulai daging.





p/s : tahun nie beraya bersama 7 orang anak sedara....perghhh duit raya makin banyak dikeluarkan hihi.. (~)_(~)

Sunday, August 12, 2012

Contest: Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack...

Eyza nak join lagi Peraduan yang dianjurkan abang EQBALZACK nie.


Sebelum tengok apa kena buat jom layanz dulu apa hadiah yang bakal abang  EQBALZACK bagi kepada pemenang-pemenang.


PRIZE x 2

AEON BASKET HAMPER (RM50) + Duit Raya (RM50)

Ini syarat-syarat yang kena ikut sebelum turut serta mengejoinkan diri yer...


Rules
1. This contest is open to all followers/fans of www.eqbalzack.com.
2. Contest starts 8 August 2012 (Wednesday) and ends on 12 August 2012 (Sunday), 11:59 pm.
3. All entries received after 12 August 2012, 11:59 pm will not be entertained.
4. Winners list will be posted on www.eqbalzack.com by 14 August 2012 (Tuesday, 10.00 am).
5. Blog about this contest (tag at least 1 blogger) on your blog with a link back to this post.
6. Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack in Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris should be submitted via CONTACT FORM within this site. It is better to use a CONTACT FORM for this purpose to avoid plagiarism.
7. Winners will be selected based on the most creative message (no more than 50 words).
8. Hamper cannot be exchanged for cash.


Ucapan-ucapan kreatif tue perlu dihantar guna form di bawah .

Send a Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack in no more than 50 words
...........................................................................................................
...........................................................................................................
...........................................................................................................

p/s : selamat berhari raya buat semua walaupun eyza buat ucapan untuk abang EQBALZACK jer dalam nie hehe... (~)_(~)

Thursday, August 9, 2012

Hasil Jumpa Doktor

Kalau ingatkan 2 hari sebelum puasa eyza ada bagitahu ada temujanji nak jumpa doktor kan? Ekcelli nak jumpa doktor gigi hehe...


Menunggu giliran punyalah lama tapi dia cek hanya 5 minit saja huhu.




Dan inilah hasilnya setelah dia cek eyza. Berjenis-jenis ubat dia bagi untuk eyza makan.



Tapi hanya satu jenis nie saja eyza makan. Ada 2 antibiotik dan ini salah satunya.  Nama ubat nie metroNIDAZOLE. Doktor tue suruh makan 2 biji setiap 8 jam. Dia bagi 4 paket yang mana 1 paket ada 10 biji.




Tapi sebab eyza jenis yang tak kuat antibodi, mula-mula tue eyza makan 2 kali sehari jer...Dan kesannya memang membuatkan kita rasa lemah seluruh badan. Tambahan pulak eyza ambil di bulan puasa. Dan kalau ikutkan 10 hari saja dah boleh habiskan tapi nie dah masuk 20 Ramadan masih tak habis lagi hehe...Sebab eyza skip hari makan. Kalau rasa macam okey sikit  baru makan ehhe..


Harap-harap lepas makan nie, kesihatan akan bertambah baiklah.





p/s : eyza seorang yang malas makan ubat hahaha bukan takut tapi tak suka...

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke