Bagi atlet di Olimpik, 10 saat terakhir amat penting bagi mereka. Bagi
pelari pecut, 1 saat amat penting bagi mereka. Bagi peserta pertandingan
atau musabaqah bulan Ramadhan, 10 hari terakhir perlu disusun dengan
baik. Fokus dan fokus agar mampu mengakhiri bulan ini dengan pingat emas
– bukan hanya kecewa dengan perak Lee Chong Wei.
Apa yang boleh dirancang pada 10 hari terakhir:
1. Quran dibanyakkan lagi bacaan dan pemahamannya
2. Urusan iktikaf diambil lebih serius di surau atau masjid yang berdekatan
3. Urusan siang boleh diteruskan dengan mengambil kira aktivisme pada waktu malam di masjid diberi keutamaan
4. Balik raya ? Kalau boleh diakhirkan dan tidak mengganggu masa untuk beribadah pada waktu malam
5. Rancang dengan kawan di masjid agar aktiviti di sana akan menjadi amat seronok dan meriah.
6. Solat malam boleh dibuat sendirian, tetapi kalau ada jemaah, ia juga akan menjadi lebih menarik.
~ kredit HERE ~ |
Samada
kita mahu fokus atau tidak, Ramadhan akan pergi jua. Kalau Ramadhan ini
akan menjadi Ramadhan terbaik, atau menjadi Ramadhan yang berlalu
seperti tahun-tahun lepas, 10 hari terakhir ini akan menjadi titik
penentu. Kalau beza 2 mata membezakan Lin Dan dan Lee Chong Wei, maka 1
atau 2 hari tertentu pada 10 hari terakhir ini akan menentukan samada
Lailatul Qadar itu mampu diraih atau kita akan kecewa.
Pingat emas di
bulan Ramadhan ini mampu dimilik oleh semua – tidak perlu berentap
dengan negara China. Kita hanya perlu berentap dengan nafsu dalam diri.
Mudahkan kami ya Allah!
p/s : sekadar peringatan untuk diri sendiri dan semua yang membaca.
semoga kita semua dipermudahkan dan memperoleh keberkatan dan kerahmatan dari Allah.....
ReplyDelete@Remy hazza insyaAllah mudah2an remy. amin.
ReplyDeletesinggah dari BLOGLIST OGOS SANTAI LEEZA....
ReplyDeletegood sharing... laaaaaaa
@Leeza dayasari [santai leeza] sekadar berkongsi maklumat yang dapat dengan semua... =)
ReplyDelete