Monday, December 8, 2014

Kejutan Dari Incik Hubby



Alhamdulillah 5 Disember 2014 (JUMAAT) yang lalu bertambah satu angka lagi dalam hidup eyza...Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk menyambut hari lahir bersama orang-orang yang tersayang. Tahun ini hari lahir yang penuh kejutan dari incik hubby. Kejutan yang memang eyza tak sangka di saat jam berdetik 12 tengah malam.


Dalam pukul 10 malam 4 Disember tu, tetiba incik hubby tanya jam pukul berapa. Eyza kata awal lagi belum pun pukul 11 malam. Dan kami pun terus tidur sebab eyza nak bangun awal pagi nak bershopping di Pasar Kemboja, Pendang. Tengah-tengah tidur tu eyza rasa ada orang dok kejutkan...Sekali buka mata, incik hubby sua bunga sambil nyanyi Happy Birthday...hehe...terharu rasa saat tue...Tak sangka incik hubby ingat birthday wife dia...Sebab awal-awal tu dia macam buat tak tahu jea hehe...


~ 2 kuntum bunga sempena 2 tahun celebrate birthday bersama-sama dia ~


Dan malam 5 Disember 2014 tue, hubby eyza beli kek kecik untuk kami celebrate bertiga.





Terima kasih pada kaum keluarga dan sahabat handai yang sudi menge'wish'kan ucapan hari lahir dan doa-doa yang baik untuk eyza dan family kecik eyza. Semoga doa-doa kalian menyinari hidup eyza buat selama-lamanya. Dan terima kasih tak terhingga buat my beloved hubby yang sudi buat kejutan di tengah-tengah malam dengan nyanyian dan bunga itu. Like a dream Baby... Love U!



p/s : kami bakal merindui ayah yang beroutstation di negeri Cik Siti Wan Kembang... :(

Thursday, November 27, 2014

Ya Allah, permudahkanlah...



"Rabbi Yassir Wala Tu 'Assir, Rabbi Tammim Bil Khoir"
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, janganlah Engkau persulitkannya...


Ya Allah, ku bermohon padaMU semoga Engkau permudahkan urusan anakku ini. Mudah-mudahan ada jalan keluar untuk permasalahan kami ni. Kami hanya mampu merancang, tapi Engkau yang menentukannya...


InsyaAllah, mudah-mudahan rezeki itu milik Muhammad Aisy Amsyar...

Saturday, November 22, 2014

Genap Setahun Ujian Itu

Di waktu ini setahun yang lalu dan di saat Amsyar berusia 6 hari, kami diuji oleh Allah s.w.t dengan suatu berita yang sangat-sangat menyedihkan. Sungguh tak terdaya diungkapkan dengan kata-kata ketika berita ini diterima. Hanya air mata menajdi peneman setia sepanjang hari. Ya Allah, tabahkanlah hati kami menerima ujian dariMu. Seandainya ujian itu Engkau turunkan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kami, tabahkan dan redhakanlah hati kami untuk menempuhinya demi anak kecil itu. 





Monday, November 17, 2014

Selamat Hari Lahir Yang Pertama MUHAMMAD AISY AMSYAR

~ baru lahir beberapa jam, mata dah celik luas hehe... ~


Pada tarikh hari ini 17 November setahun yang lalu, tepat jam 07:57 pagi lahirlah putera hati kami yang ditunggu-tunggu. Buah hati pengikat kasih dan cinta kami ini lahir secara normal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Nak baca kronologi kisah kelahiran dia, klik SINI naa...


Diberi nama MUHAMMAD AISY AMSYAR, jantung hati ibu dan ayah ni seorang budak yang keletah dan lincah namun sangat pemalu dengan orang perempuan hehe...Awal-awal minggu nak duduk dengan pengasuh baru, dia malu-malu dengan pengasuh. 





Sedar tak sedar rupa-rupanya anak comel ibu dan ayah ni dah mencecah usia 1 tahun hari ini...Terasa cepatnya masa berlalu dah besar pun Amsyar. Macam baru jea kami berdua menunggu saat-saat kelahiran dia, sekarang dah jadi abang long...





Buat permata hati tersayang, ibu dan ayah doakan semoga Amsyar menjadi anak yang soleh, sentiasa patuh ajaran Islam, diberi kesihatan yang baik, serta diberi kecekalan dan ketabahan hati dalam menempuhi setiap ujian dan dugaan dariNya untuk berjaya di dunia dan akhirat.


Selamat Menyambut Hari Lahir buat anakanda tersayang, MUHAMMAD AISY AMSYAR BIN MOHD HUZAIRI.


Perkembangan di saat usia hampir mencapai 1 tahun:
Pandai sebut ABAH, TAH, TAT (CAT), BIRD, cakap pelat yang banyak tapi masih dapat difahami, FAHAM ARAHAN yang diberi, suka cium mulut berkali-kali, pandai OFF KIPAS, sebelum keluar bilik mesti tangan tunjuk ke arah SUIS LAMPU sebab nak tolong tutupkan.



p/s : maaf di hari lahirmu, ibu dan ayah terpaksa redha menghadiahkan suntikan buatmu anak.

Saturday, November 15, 2014

Punca Mobile Data Celcom 1 Malaysia tak boleh digunakan lagi?


Itu antara perbualan kedua antara eyza dengan Agent Celcom. Perbualan pertama rujuk SINI. Sebelum ini Agent Celcom memaklumkan kalau selepas eyza menukar sim kad ke telefon lain dan Internet okey, bermaksud telefon eyza yang bermasalah. Tapi setelah terjadi perkara yang sama pada telefon kedua, eyza dapat agak puncanya. Cuma eyza saja nak tahu jawapan dari pihak Celcom sendiri mengenai masalah ini.


Kalau sebelum ini, jika selepas kita membayar untuk langganan sebulan, walaupun kredit sudah tamat tempoh, internet masih boleh digunakan. Tapi sejak bulan lepas, Celcom telah membuat pelarasan pakej internet di mana internet hanya boleh digunakan bila kredit aktif walaupun anda telah membayar untuk pakej sebulan. Sungguh tidak adil bila Celcom membuat pelanggannya begini. Sudah la tidak dimaklumkan apa-apa maklumat. Jadi eyza buat keputusan untuk terus bertukar pelan data. Rasa kecewa pula dengan servis dari Celcom.

Tuesday, November 11, 2014

MUHASABAH CINTA



Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Menghayati bait-bait lagu dari kumpulan Edcoustic ni membuatkan eyza berasa insaf seketika. Betapa kita hanya seorang manusia kerdil yang tidak sempurna.Terkadang ada khilaf yang dilakukan tanpa disedari. Di saat kita duji baru kita sedar betapa kita hanya insan yang lemah yang sentiasa perlukan pertolongan dari Allah. Ya Allah kuatkanlah kami sekeluarga dalam menempuhi ujian dariMu. Sesungguhnya hanya padaMu tempat kami memohon dan meminta.

Monday, November 10, 2014

Pelan Internet Terbaik? Ada Cadangan?

Minggu lepas eyza ada post entri berkenaan masalah simkad celcom 1 Malaysia kan? Dan agen tu kata tablet eyza yang bermasalah. Tapi bila tukar ke telefon lain pun jadi macam tu jugak. Dan setelah selidik eyza dah tau apa punca simkad tu bermasalah. Nanti eyza cerita naa..


Cuma hari ini eyza nak minta pendapat dan pandangan kawan-kawan berkenaan pelan internet yang terbaik antara ketiga-tiga plan di bawah. Mana satu ye yang sesuai dengan eyza yang banyak menggunakan medium Facebook, WhatsApp dan Telegram dalam urusan seharian?



1. DG Smart Plan - Prepaid Mobile Internet




2. U Mobile (SIM ONLY) - Free 1 Year Internet




3. Yes 4G - Super Postpaid Plan Bundle


Wednesday, November 5, 2014

Monday, November 3, 2014

10 Muharram

Salam semua...

Rasanya dah lama eyza tak update sebarang entry di sini...Penyakit kemalasan sedang melanda diri ini hehe...


Sempena 10 Muharram 1436H, eyza nak kongsi sedikit info berkenaan peristiwa penting yang berlaku pada tarikh 10 Muharram ini..Jom sama-sama kita hayati sejarah dunia ISLAM.


Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab membuat penetapan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Tuesday, September 23, 2014

Sunday, August 31, 2014

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 57


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Bila mai hari Merdeka jea, secara otomatik lagu ni teringat kembali. Lagu nyanyian Allahyarham Sudirman nie, walaupun lirik dia ringkas tapi bait-bait kata dia sempoi...Eyza suka dengar lagu ni bila Merdeka..




Tahun ni Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57. Semoga Malaysia terus kekal aman damai walaupun tahun ni banyak kejadian tak diingini melanda Malaysia. Selamat Menyambut Hari Merdeka buat semua. 



p/s : jom tengok perbarisan merdeka semua... (^-^)






Wednesday, August 27, 2014

Tuesday, August 26, 2014

Anak Oh Anak


Bila eyza bacakan ayat2 sambil usap kepala dia automatik rasa sayu sangat-sangat. Terus teringat rupanya macam ni lah perasaan mak ayah eyza dulu ya masa eyza kecik-kecik. Sambil anak tidur sambil doakan yang baik-baik untuk anak. Bila besar nanti moga-moga jadi anak soleh.




Jom sama-sama baca tips dari Prof Muhaya yang eyza ambil dari FB:


Utk para ibu2 tersyg...
Dari Prof Muhaya Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya


Sunday, August 24, 2014

Kad Raya dari Blogger Afzal Sukasuki

Berkurun lamanya kad raya tu sampai, baru hari ini eyza berkesempatan buat entri berkenaan kad raya. Tapi masih relevan lagi kan entri ni sebab kita masih dalam mood raya hehe... Hari ini dah 28 Syawwal.


Tahun ni eyza dapat satu jea kad raya...Tu pun eyza tak sempat nak balas...hihi...Terima kasih kepada blogger AFZAL SUKASUKI sebab sudi bagi eyza kad raya beserta duit raya lagi tue...Rezki Amsyar nampaknya hehe...Ekcelli duit raya tu AFZAL letak secara random. Kira nasib laa sapa yang dapat...Alhamdulillah rezki Amsyar murah. Dapat duit raya sebelum hari raya....  ;)



Friday, August 22, 2014

BBQ RAYA 2014


Masih lagi cerita raya hihi...Alhamdulillah tahun ni walaupun tak sempat buat rumah terbuka macam tahun-tahun sebelumnya, tapi family Eyza dan beberapa sedara mara sempat berkumpul ramai-ramai makan-makan simple jea. 


hubby Eyza dan tuan rumah tengah bakar ayam


Tahun ni kami buat BBQ RAYA di rumah adik eyza. Memandangkan kawasan rumah adik eyza tak banyak lagi orang tinggal, jadi rumah dia laa port yang sesuai untuk geng sekepala kami riuh rendah...hihi...


antara menu kami malam tu; sotong, ayam, sosej, bebola dan daging burger



tadaa...dah siap bakar sosej, daging burger dan bebola..


Antara menu yang jadi hidangan malam tu ialah nasi putih, mee, tomyam campur, sup ayam, ayam bakar, sosej, bebola, daging burger, sotong, kuih lompang, kuih raya dan apa lagi lupak pulak eyza hehe....




Kami mula bakar lepas Maghrib dan bila sedara mara dah sampai, hampir semua makanan dah siap tersedia. Lepas kenyang-kenyang makan, maka sesi berselfie pun bermula. Part yang paling riuh rendah bila semua pakat nak menyelit bergambar hehe...



Amsyar dengan itik feveret dia hehe...


Tapi rasa tak puas lagi makan-makan malam tue. InsyaAllah ada rezeki lagi, kita buat nanti naa...  

geng #MakKamiTakMakanLagi duk berselfie dengan monopod orang Langkawi hehe...

Thursday, August 21, 2014

Kisah Satu Hari di Hari Raya

Salam Syawwal semua...

Hari ini dah 25 Syawwal 1435H..Cepat sungguh masa berlalu...Diam tak diam kita dah hampir sampai ke penghujung Syawwal..Dan diam tak diam jugak kita sudah sampai ke penghujung OGOS. Bermakna lagi beberapa hari jea lagi kita akan sambut Hari Merdeka negara kita yang ke 57 tahun.


Tapi dah hujung-hujung Syawwal ni lah baru eyza sempat buat entri berkenaan Hari Raya. Tahun ni tahun pertama kami sambut raya bersama Amsyar. Masa raya tu Amsyar dah umur 8 bulan lebih. Jadi apa yang kita makan, semua dia bukak mulut dulu hihi...Dan bila dah boleh merangkak tu, bergambar adalah satu perkara yang dia tak mau. Sebab dia nak kebebasan merangkak di bawah, jadi bila diajak bergambar, merengek laaa dia hehe...


Jom layankan beberapa keping gambar raya eyza...Ni semua gambar di hari raya pertama saja...  ;)


tengok tu Amsyar dok merengek nak turun bawah hihi...

Amsyar dengan sepupu dia, Raudhah yang beza umur hanya 10 hari...


Amsyar with daddy

family Eyza beraya di rumah mak cik...


syok laa dia dapat merangkak camtu hehe...

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua...



Di kesempatan ini, eyza bersama suami dan anak ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua umat Islam di seluruh dunia, amnya dan di Malaysia, khususnya.



Kepada yang balik kampung nun di kejauhan, berhati-hati yea dalam perjalanan. Pandu cermat, jiwa selamat.



p/s: korang cuti raya berapa hari?

Friday, July 18, 2014

Dugaan 1 Ramadan



Ramadan pertama kami bersama anak diuji. Bersahur dan berpuasa di katil hospital saja. Nasib baik lah ada encik suami setia menemani di sisi di saat eyza bersahur dan berbuka puasa.




Sayu rasa di hati saat pertama kali anak eyza kena admit wad. Malam tu, 27 JUN 2014 (JUMAAT), eyza dan family bawa anak ke bahagian kecemasan sebab tengok perut dia macam kembung kempis nak ada tanda-tanda penat. Sampai kat kaunter saringan tu, Pembantu Perubatan tu cek oksigen Amsyar memang kurang memuaskan. Terus dia bawa Amsyar dan eyza masuk ke RED ZONE. Lepas diperiksa beberapa orang doktor, akhirnya Ketua kepada doktor-doktor tu bagitahu Amsyar kena admit wad jugak malam tue. SEDIH! Menitik air mata tengok keadaan Amsyar masa tue dengan dipasang tiub oksigen lepas tu tangan bercucuk sebab nak masukkan air dalam badan dia.




Malam tu memang dia tak mau berenggang dengan eyza. Letak jea atas katil terus dia menangis. Dia nak tidor berbantalkan tangan eyza. Jadi eyza kena naik sama atas katil dia tue bagi dia tidur. Bila dia rasa ada tangan lain sentuh dia, automatik dia terjaga. Sebab dia fobia kena tinggal sorang-sorang dengan doktor dan nurse dalam bilik cucuk tue.


Esoknya bila doktor mai buat lawatan, eyza duk berharap dapat balik sekurang-kurangnya petang tu sebab AHAD (29 JUN 2014) tue kan kita dah mula berpuasa. Tapi doktor cakap kena tunggu tahap oksigen Amsyar memuaskan baru boleh balik. Bila harapan hanya tinggal harapan, makanya bersahur la eyza di dalam wad hospital tue. 


Alhamdulillah petang AHAD tu masa doktor pakar datang tengok, dia tanya eyza nak balik dak? Terus eyza jawab NAK...hehe... Ok dah boleh balik tapi kena tunggu doktor buat surat discharge dulu. Selesai semua urusan dekat pukul 7 lebih, jadi hubby eyza kata kita berbuka di wad saja la sebab takut nak balik nanti tak sempat pulak. 


Tadaaa kat bawah nie la menu berbuka kami berdua di wad. Semua makanan duk dalam bekas plastik jea. Nasi putih dan ayam goreng (beli kat kantin hospital), sambal udang dan petai (mak eyza buat), udang masak pedas dan daging (mak mertua eyza bagi), murtabak (pengasuh Amsyar bagi) dan kurma 2 biji. 



Alhamdulillah kenyang makan walaupun dalam keadaan tak selesa. Yang penting dapat balik rumah. 


1 RAMADAN kami kali pertama dengan Amsyar diuji dengan dugaan ini. Mudah-mudahan Amsyar terus membesar dengan sihat.



p/s : jujurnya aku bukan seorang wanita yang kuat bila anak jatuh sakit!!

Wednesday, July 16, 2014

WW ~ Zakat Fitrah 2014



p/s : jangan lupa bayar zakat fitrah yea semua...

Tuesday, July 15, 2014

Salam Nuzul Al-Quran 2014

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran buat semua umat Islam di seluruh Malaysia.




Nuzul Al-Quran jatuh pada setiap 17 Ramadan dan tahun ni 17 Ramadan 1435H bersamaan dengan hari SELASA (15 Julai 2014).


Sedikit perkongsian mengenai Nuzul Al-Quran yang eyza ambil dari laman web WIKIPEDIA...




Selamat bercuti buat negeri-negeri yang bercuti sempena Nuzul Al-Quran nie iaitu negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Yeayyy Bonus 2014



Hari ini 15 Julai 2014 (SELASA), semua penjawat awam dan pesara kerajaan tersenyum lebar jea muka masing-masing. Sebabnya hari ini semua akaun bank masing-masing akan dikreditkan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2014 (BKK 2014) sebanyak rm 500 (penjawat awam) dan rm 250 (pesara kerajaan).





p/s : selamat bershopping raya semua yea....  (-_-)

Wednesday, July 9, 2014

Tuesday, July 8, 2014

Hukum Cabut Gigi Di Bulan Puasa

Semalam eyza pergi Hospital buat pemeriksaan gigi. Sebab dah lebih 2 minggu eyza sakit gigi sekejap baik, sekejap sakit pulak. Setiap hari mesti rasa tak selesa. Jadi pagi kelmarin doktor tu bagi  tau, gigi eyza tu memang kena cabut jugak sebab dia tumbuh songsang. Kalau gigi lain menegak ke atas, tapi gigi tu melintang ke arah gusi. Kalau tak cabut jugak memang  eyza akan sentiasa rasa sakit.


Masa nak cabut tue, eyza tanya nurse "puasa saya camna? Kira batal ker?". Dia jawab hukum makruh tapi lebih dianggap membatalkan puasa. Balik rumah, mak cik eyza bagitahu eyza masih boleh teruskan puasa sebab dia ada dengar ceramah seorang ustaz ni kata, hukum cabut gigi TIDAK MEMBATALKAN puasa.





Eyza google pun dapat jawapan camni...

Sebagai perkongsiaan, tidak batal puasa seseorang yang mencabut gigi pada bulan puasa. Hukum mencabut gigi pada bulan puasa pula adalah makruh. Rawatan pergigian boleh dilakukan pada bulan puasa tapi dengan syarat tak tertelan ubat ataupun cecair yang disembur dalam mulut kita tu.

Sebarang jenis cecair yang disembur dalam mulut, kalau melepasi had kerongkong/anak tekak maka batallah puasa seseorang tersebut.

So kalau boleh elakkan dapat rawatan pada siang hari Ramadhan. Itu yang terbaik...

Sumber Rujukan: IslamGrid


Pagi ni eyza mai kerja, eyza tanya bos apa hukum cabut gigi ketika berpuasa yea? Bos eyza bagitau camni pulak.

"Kalau tak tertelan ubat bius tu, puasa TIDAK BATAL. Tapi kalau tak yakin sama ada tertelan air liur campur darah, seeloknya gantilah puasa tu semula. Cuma puasa untuk hari tu mesti diteruskan jugak sehingga masuknya waktu Maghrib."



p/s : mai qeja tak larat cakap sangat kesan cabut semalam huhu....

Saturday, June 28, 2014

Keajaiban Ramadan

Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh keajaiban...Agar dapat kami harungi dengan penuh sabar, tabah dan redha.


Ya Allah, pinjamkanlah kami kekuatanMu untuk kami tegar menempuh ujian dan cubaan dariMu di saat Ramadan bakal menjelma dirinya esok. Semoga sinar itu milik kami sekeluarga.


Aku tak kuat Ya Allah, namun aku cuba menjadi kuat dan tabah dengan pertolonganmu Ya Allah...

Wednesday, June 25, 2014

Tuesday, June 24, 2014

Kuciwanya Rasa di Hati Ini....huhu.. :(





Hari ini rasa sungguh kecewa di hati bila eyza berhubung dengan orang di tempat eyza nak bertukar tue. Katanya tempat tu dah diisi oleh pegawai dari Perlis...huhu...Sedangkan sebelum keputusan keluar eyza dah berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Katanya setakat ni, pertukaran untuk jawatan eyza ni memang payah nak buat sebab semua yang berjawatan macam eyza akan ditarik ke 1MOCC. Adehh habis tu macam mana pertukaran orang tu diLULUSkan sedangkan eyza dah mohon bertukar sejak bertahun lamanya. Dasar diskriminasi apakah ini??? Tidakkah mereka memahami kesulitan yang dialami eyza?? Atas sebab-sebab kesulitan itu lah yang eyza beria-ia memohon bertukar....Kalau tak sebab itu, eyza redha jea duk kat tempat sekarang nie...ermmm

Saya Jadi Pengedar QasehGold.... (-_-)

Salam semua...


Eyza dah jadi pengedar produk minuman sunnah iaitu QASEH GOLD di kawasan KEDAH. Jadi kepada sesiapa yang berhajat nak beli, boleh la call eyza yea...Eyza jugak boleh COD sekitar kawasan Alor Setar, Jitra, Changlun, Bukit Kayu Hitam dan Sintok...








Wednesday, June 18, 2014

Monday, June 16, 2014

Semuanya Sebab Piala Dunia...



Tengok laa dua gaya Amsyar di bawah ni...Waktu gambar ni eyza ambil jam pukul 4 pagi. Bulat jea mata dia tak ada tanda-tanda mengantuk pun...hihi..


   

Khamis baru ni (12062014) Amsyar tidur awal dah. Dan eyza ingatkan pagi Jumaat esok laa baru dia bangun. Rupa-rupanya semangat dia tidur awal sebab teruja nak menonton perlawanan pembukaan Piala Dunia. Pukul 2.30 pagi dia bangun dah tak mau tidur. Semangat dia nak teman ayah tengok Brazil lawan Croatia. Sungguh-sungguh dia tengok kat TV tu. Sikit pun tak dak rasa mengantuk ka apa kaa...






p/s : Anak oo anak...kamu tu kecik lagi laa...Nanti tunggu besar-besar sikit baru tengok bola nie naa...hihi

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke