Thursday, December 29, 2011

Selamat Jalan 2011 | Tahun Kenangan

Salam u olsss...


Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya dan tahun 2012 akan mula mengambil tempat.


Seperti tahun2 sebelum nie, pastinya tahun yang akan berlalu ni meninggalkan memori bagi sepanjang tahun. Pastinya segala kenangan suka duka pahit manis telah terencah dalam tahun ini. 


Ada satu kenangan pahit yang berlaku dalam hidup ai untuk tahun nie tapi ai tanak ingat dan kenang dah sebab 'what past is past' kan? Pada yang tahu tue, terima kasih banyak2 untuk keprihatinan kalian menggembirakan hati ni kembali. Sedih itu tetap ada tapi sempena tahun baru nanti, dah tak nak kenang lagi benda tue.


Satu lagi kenangan (tak tau la pahit kaa tawar ka masin),  bila dalam portal myeg online nama ai telah tersenarai untuk disaman. Disaman untuk benda yang ai tak buat....


Dan macam biasa tahun nie pastinya kenangan manis akan dikenang dan tercatat dalam memori hidup. Kalau tahun lepas memori banyak berlaku di luar negara tapi kali nie dalam negara jer.


1. bercuti2 Malaysia bersama family di KELANTAN, TERENGGANU, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, KUALA LUMPUR, PULAU PINANG, PULAU LANGKAWI serta berkelah di GUA KELAM, PERLIS dan TITI HAYUN, KEDAH.


2. dapat adik ipar di Tahun Baru Cina.


3. lahirnya anak sedara yang keenam dalam keluarga pada 04 Disember 2011.


Apa2pun ai amik kesempatan nak ucapkan :


serta SELAMAT HARI LAHIR buat adik ai esok, 30 Disember 2011 (JUMAAT).





p/s : entri dipost awal takut hari last 2011 tak ber'online'.

Siksanya Untuk Menjadi Sihat

Salam u olsss...


Sihat? Semua orang nak sihat. Tapi berapa ramai yang menjaga kesihatan untuk mencapai standard kesihatan yang memuaskan. Tambahan pulak sekarang ni macam2 penyakit dikesan.


Atas sebab2 itu maka sekarang ni ai sedang berusaha menjadi sihat. Serius betapa siksanya nak menjadi sihat. Kalau sebelum ni semua makanan main hentam makan, lepas nie semua kena kawal. Makan pun tak boleh ambik dalam kuantiti yang banyak dah. Kena kurangkan secara perlahan2 semua makanan itu. Ambik nasi pun sekali dalam sehari aja. 


Tapi ai ada ambik minuman fiber jugak untuk membantu mengawal kesihatan. Kiranya minum fiber dapat membantu menampung apa2 makanan yang dikurangkan itu lah.


Dan alhamdulillah, dalam masa 5 hari adalah sedikit perubahan dalam penurunan berat badan. Walaupun rasa macam agak payahnya nak buat semua ini, tapi demi nak menjadi sihat kenalah terima segalanya.

(sumber dari : google)


Tengok piramid makan secara sihat yang terbaru kat atas tue rasanya ai kena menambahkan bahagian sayuran tue lah. Sebab ai memang tak berapa nak gemar makan sayur tapi demi kesihatan kenalah biasa2kan diri.
Jom u olsss kita sama2 menjaga kesihatan mulai sekarang.

Wednesday, December 28, 2011

U r rite Empayar Utama!

Salam u olsss...


Ini bukan entri review blog ehh tapi sekadar berkongsi suatu entri dari blogger EU. Macam selalu ai kata kat dia, pertama kali baca blog dia trosss jatuh chenta dengan gaya penulisan dia. Macam tulisan orang seni aja.



Okey berbalik pada matlamat asal, ai petik sikit kata2 Empayar Utama dalam entri Misteri Resepi Entri Yang Rahsia :


Rasa tak adil sebab "AKU POS ENTRI UNTUK BERKONGSI CERITA DENGAN KENGKAWAN; AKU PUN HARAP SIAPA YANG SINGGAH AKAN BACA ENTRI (ENTRI-ENTRI) AKU. SEMUA ORANG PUN NAK BLOG MEREKA DISINGGAH DAN ENTRI MEREKA DIBACA (kecuali tujuan beriklan semata-mata). KALAU DOK POS 5-6-7 ENTRI TIAP HARI BILA MASA AKU NAK LAWAT DAN BACA ENTRI KENGKAWAN?"

Bukan cara aku untuk buat banyak entri harap ramai datang baca pastu aku sendiri tak nak pergi baca blog kengkawan. Kalau semua blogger camni; sendiri baca sendiri punya entrilah... Aku suka baca blog sebab tu pergerakan blogwalking aku saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangatlah lambat.

Yeahhh ai sangat2 setuju dengan pandangan dia kat atas tue. Betul jugak kata EU, kalau kita dok asyik pos entri berdozen2 sehari, bila masa kita berpeluang nak baca entri orang lain. Sebab bagi pandangan peribadi ai, dunia berblog nie seumpama 'give and take'. Kena ada sikap timbal balik barulah boleh berjaya. Maksudnya kalau dok asyik harap orang jer mai baca entri kita tanpa kita berziarah balik, lama2 orang pun akan bosan dan terus tak datang melawat blog.


Dan rasanya mana2 blogger yang dah popular pun sentiasa amalkan sikap sebegini sebab tue mereka boleh berjaya dan sentiasa mendapat tempat di hati blogger2 lain. Jugak bukanlan suatu kesalahan kalau nak pos entri berdozen2 dalam masa sehari. Sebab pilihan di tangan masing2. Asalkan pandai mengatur masa untuk entri sendiri dan melawat entri kawan2.

Tuesday, December 27, 2011

TENTANG DHIA | Melly yang paling beruntung

Salam u olsss...



Rasanya sekarang nie semua orang tengah membicarakan drama 'TENTANG DHIA' kan? Dah jadi drama episod yang paling diminati sekarang nie.


Sebab dah banyak buat ulasan pasal drama berepisod tue, jadi ai tak nak lah ulas berkenaan jalan cerita drama TENTANG DHIA nie sangat. Cuma ai hanya nak bagi pandangan peribadi yang ai dapat dari drama nie.


Masa mula2 tengok drama nie, ai tertarik dengan watak NORKAMADHIA yang dilakonkan NORA DANISH. Yerlah dalam drama nie dia diminati 3 orang lelaki serentak iaitu ZIKIR (ADI PUTRA), RAFFI (IRFAN ROSLAN) dan AZMI (AKO MUSTAPHA). Beruntungkan dia ada 3 pilihan waktu tue. Tapi bila plot cerita ini mula berkembang dan hampir sampai ke penghujungnya, serasa ai watak MELLY (IZREEN AZMINDA) pulak yang lebih beruntung. Walaupun ai tahu di episod akhir, sudah tentu DHIA akan mendapat kemenangan (kebiasaan untuk drama Melayu lah...hehe) tapi kalau u olsss tengok secara keseluruhan MELLY yang sangat bertuah.


Sebab apa tau ai kata MELLY yang bertuah :

~ sebab walaupun dah bermacam2 dosa yang dia lakukan, dia masih diberi ALLAH peluang kedua untuk bertaubat. Dan dia dapat kesempatan untuk meminta maaf dari orang2 yang dia pernah buat salah (kecuali mak dia lah....) selama ini. 


Dikaji dari sudut pandangan yang positif kan, sungguh beruntung bagi manusia yang mendapat peluang kedua dari Allah untuk bertaubat. Lagi manis jika dia memang bersungguh2 bertaubat.Bayangkanlah dari seorang yang memang benar2 jahil bab agama boleh dapat hidayah dari Allah s.w.t. Sangat2 bertuahlah orang seperti itu.


Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.Surah as-Syura : 25


"Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan." Surah al-Baqarah : 222


Apa-apa pun ai nak ucap syabas dan tahniah lah pada penulis skrip drama TENTANG DHIA nie sebab banyak mesej yang boleh dapat dari drama ini walaupun ia hanyalah sebuah drama.





p/s : kalau ada yang berkata 'elehhh dalam drama semua boleh buat', entri ini diulas hanya berdasarkan pandangan peribadi dan tiada kaitan dengan skrip hehe... =)

Monday, December 26, 2011

Rindu Dekat Cik Mia

Salam u olsss...


Saat ini ai sedang merindui seseorang. Seorang ahli keluarga baru dalam famili ai. Rindu pada Nur Damia a.k.a Cik Mia.





Dua gambar di atas adalah gambar fresh dari oven. Baru beberapa jam dilahirkan. Itulah dia muka cucu yang keenam dalam famili ai. Dilahirkan pada 4 Disember 2011 (AHAD), awal sehari dari besday ai.




Tiga keping gambar di atas plak adalah aksi2 manja dia bila ai ganggu dia tidur...hehe...Suka tau ai ganggu dia sebab dia asyik nak tido jerr...tengah2 malam baru nak jaga....So Cik Mia, we olsss miss u. Tunggu kedatangan we olsss yer.

Hanya Menolong Okey!

Salam u olsss...




Sebelum menaip apa2 kat entri nie, tarik nafas panjang2 dulu..hehe...Okey pagi nie setelah tiga hari tak online baru berkesempatan jenguk blog kengkawan nak baca mana mana2 entri yang dah ketertinggalan lama rasanya. 


Dan maaf pada yang datang meninggalkan pesanan di shoutbox sebab masih tak sempat berkunjung ke blog u olsss. Pagi nie pun hanya 3 blog jerrr sempat terjah awal2 pastu dilanda kesibukan sehinggalah ke saat entri ini ditaip dah makin berkurang rasa 'kesibukan' itu sikit.





Ada ker yang nak tertanya sibuk buat apa tue hehe...alkisahnya ai menolong membuat kerja kawan yang bercuti hari ini. Okey diulang sekali lagi 'MENOLONG KAWAN'. Kena buat tulisan ulangan sebab sat lagi ada yang kata ai gila kuasa bekerja. Yer lah mentang2 lah kerja dah nak dijumudkan trosss ambil alih kerja kerani. Hakikatnya bukan ambil alih semua kerja kerani tapi cuma hari ni saja ai menolong buat kerja kawan tue dah kebetulan benda tue URGENT


Sebab apa ai membebel menerangkan semua benda tue? Sebab ada seseorang yang suka sound ai bab2 kerja nie bila tengok ai buat kerja lain dari bidang tugas sebenar, mula lah dia kata ai nie dah tak sabar nak tukar jawatan baru. Ehh plisss okey, ai hanya 'MENOLONG' bukan nak 'MENGAMBIL ALIH'!!!


Okeylah u olsss...Nak sambung kerja balik. Sebab asal pegang keyboard dengan mouse jer pasti telefon berbunyi. Asal telefon bunyi jer mesti tengah pegang dua benda alah tue. k bye.




p/s : punca2 stress di tempat kerja adalah disebabkan perangai2 orang yang PHD...

Thursday, December 22, 2011

Kenapa Perlu Berkahwin Siri II

Sambungan dari SIRI I...


Sebaik melihatkan peristiwa ini, Rasulullah SAW pun berlalu mendapatkan golongan sahabat tersebut lalu bersabda:-

'Apakah kamu sekalian yang mengatakan begini dan begitu? Aku pula, demi Allah, adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kamu, dan aku juga orang paling banyak bertakwa di antara kamu sekalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku bersolat dan aku tidur dan aku juga berkahwin dengan kaum wanita. Barang siapa yang bencikan perjalanan hidupku ini, maka bukanlah dia dari golonganku.' (H.R. Bukhari & Muslim).


Allah SWT juga tidak pernah menghalang naluri fitrah manusia yang berkehendakkan perkahwinan. Hal ini dirangkumkan di dalam di dalam Surah An-Nisa seperti di bawah.




Lantaran itu mereka yang menolak perkahwinan itu telah menolak syariat bawaan Nabi Muhammad  SAW. Mereka yang tidak mengikut syariat Nabi SAW bermakna bukanlah dalam kalangan umatnya.


Kecualilah kepada mereka yang tidak menolak keharusan berkahwin dan setelah melakukan usaha dan mereka masih lagi tidak berkahwin. Barangkali disebabkan uzur syarie, jodoh tak kesampaian atau jodoh belum ada.


Namun apa yang ditekankan ialah mengakui dan berusaha mencari jodoh yang sesuai, selebihnya sama ada jadi berkahwin atau tidak diserahkan kepada Allah SWT. Kerana Allah STW sahajalah yang Maha Mengetahui pilihan terbaik untuk kita.



BERSAMBUNG...


Menu-menu Sambutan Majlis Hari Lahir

Salam...


Sekadar gambar untuk tatapan. Antara menu2 yang disediakan sempena sambutan majlis hari lahir ai pada 5 Disember 2011.


 NASI BERIANI


 AYAM GORENG


 DALCA


 SATE AYAM DAN DAGING


 KETUPAT

 
 BUAH LIMAU


 CUCUR UDANG


 PELBAGAI JENIS BEBOLA


 PUDING KARAMEL (x berapa nak terang warna hehe...)


 KEK COKLAT KUKUS


Semua menu nie habis licin dimakan sampaikan tuan rumah sendiri tak sempat nak menjamu selera hihi tapi tak per asalkan tetamu yang datang balik dengan perut yang kenyang, tuan rumah dah senang hati.
Semua menu disediakan sendiri kecuali ketupat, sate dan buah limau. Manakala kek coklat kukus adalah ditaja sepupu ai.



Wednesday, December 21, 2011

Hari Yang Sedih

Salam u olsss...









p/s : ketara sangat ker kesedihanku dari gaya suara dan percakapan?

Keputusan PMR keluar esok

Salam u olsss...


Esok keputusan PMR akan diumumkan. Jadi bagi yang bakal mengambil slip keputusan pasti berdebar2 kan sekarang nie nak menunggu esok menjelang. Apa2pun pada yang berjaya, tahniah diucapkan. Pada yang dapat cukup2 makan, jangan susah hati boleh cuba lagi untuk skor yang terbaik pada SPM pulak nanti.


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara. 


 


Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.

(sumber rujukan : KPM)

Tuesday, December 20, 2011

Nama Panggilan Bertukaq

Salam u olsss...


Sekadar pemakluman jer.

Nama panggilan pemilik blog akan bertukar dari far_east ke misz_eyza.




Penukaran nama panggilan ini adalah disebabkan kekeliruan pada nama itu hehe...Tak caya tengok lah kat bawah nie hihi....Tapi kalau sapa yang dah biasa panggil far_east tue masih boleh guna pakai nama tue...cuma kali nie bertukar nama ke arah keperempuanan sikit. Walaupun dah letak gambar ai tapi masih ada yang konpius hehe....









Monday, December 19, 2011

Semakin Hari Semakin Rindu | Rindu Sudah Terubat

Salam u olsss...


Ke hadapan iNCik yang sangat2 dirindui...

Apa khabarmu di sana? Ku disini sangat2 merindui suara dan cerita2mu. Di manakah kau sekarang wahai iNCik. Hampir 3 minggu aku tidak mendengar suara unikmu itu.
Perbualan kali terakhir kita pada 1 Disember tidak menunjukkan sebarang perubahan pada dirimu. Kau tetap ceria seperti selalu. Tiada apa yang pelik pada perbualan kita itu.
Ke manakah kau menghilang iNCik? 



Ayat2 di atas di taip pada pukul 11:14am tetapi terhenti sebab dapat panggilan. Dan rupa2nya itu panggilan dari iNCik.


Terima kasih iNCik sebab terdengar luahan hati ku. Dan segala persoalan telah terjawab ke mana menghilangnya iNCik selama ini. Rupa2nya iNCik telah menjadi salah seorang calon SPM hehe...





Dan terima kasih sekali lagi sebab sesampainya iNCik di atas kapal, trosss menghubungi ku. Walaupun flight tiba di Sarawak pagi tadi dan trosss bertolak masuk kapal tapi iNCik tetap call dalam keadaan masih letih. Thanks, thanks and thanks iNCik sebab always be my best frenz 4ever. Seperti tahu2 jer ai akan hepy dan tak moody bila dengar suara dia, trosss dia call.




p/s : walaupun jumpa banyak cewek2 masa exam di Indon tue tapi ku tetap dalam ingatanmu. Nah peluk cium kerinduan untuk kamu hikhikhik....









Gula2 Manis Rawat Sakit Kepala

Salam u olsss...



Aritu masa tengah dok sembang2 dengan member, ai terbagi tahu member ai tue yang ai tengah sakit kepala. Tapi ai tak suka makan Panadol. Jadi dia bagi petua kat ai kalau nak hilangkan sakit kepala, cuba amalkan makan gula2 yang manis. Petua nie dia dapat dari Sensei China. Nak kata betul ker tak mujarab benda nie ai tak berani nak jamin.


Memang ai cuba amalkan tapi bukan selalu lah makan gula2 manis nie. Sebab ai sedang mengalami masalah kesakitan gigi. Kalau u olsss nak buat benda nie, cubalah mana tahu berhasil. Sekurang2nya tak payah bergantung sangat pada ubat Panadol nie.




Sunday, December 18, 2011

Kena Perli Tiap2 Hari ke Hospital

Salam u olsss...


Sejak2 akhir nie cuaca tak menentu. Selalu hujan ker gerimis ker. Makanya bagi orang yang ada penyakit, memang cuaca sejuk nie memberi ketidakselesaanlah pada mereka nak2 bagi pesakit asma.


Dan alkisahnya, ayah ai ada asma. Dia dah sedut ubat yang biasa tapi tak dak apa2 perubahan. Kena ambik sedutan di hospital baru okey sikit. Tapi rupa2nya bila tiap2 hari dia ke hospital yang sama, pekerja2 hospital tue semua perli dia. Dok kata kat dia kerap sangat mai hospital.


Adehhh apa lah salahnya kalau nak ke hospital tiap2 hari? Dan sakit tue tak dak sapa pun minta. Kalau boleh semua orang nak sihat. Tapi kalau dah takdir nak sakit, nak buat camana takkan nak halang. Apa mereka tue ingat kita suka2 jer nak pergi hospital tiap2 hari?



Jom Join Blogwalking 2012 by JiwarOsak

Salam u olsss...


Setelah di tag oleh cik mas shayang, maka dengan ini ai seorang blogger dari aloq setaq, kedah mengjoinkan diri untuk join blogwalking 2012 by jiwarosak.

Tag : CAER  |  FIONA  |  DEE RB  |  EZRIN  | RIBEN MERAH


Pada yang tak ter'tag' tapi nak join, klik banner BLOGWALKING tue ye...

Friday, December 16, 2011

Dapat Peringatan Awal

Salam u olsss...


Kalau u olsss ingat ai ada publish entri yang mengatakan Jawatan Ai Akan Dijumudkan. Dalam entri tue ai ada katakan 'alhamdulillah ada jugak perubahan dalam kerja nanti'. Yer la dah masuk tahun ke 5 ai bekerja, tiap2 hari hanya melakukan kerja yang sama. Yerlah dah senarai tugas ai pun memang dah termaktub macam tue hehe...



Dan belum lagi ada surat hitam putih yang sampai ke tangan ai yang mengatakan pasal jawatan ai nie, pagi tadi ai dah dapat peringatan awal dari member...


Kata dia, 'even u tukar jawatan lain tapi bidang tugas u tetap yang sama'. Errr kenapa lak dia yang tetapkan bidang tugas ai sedangkan ai dan dia di level yang sama. Adehh tak paham ai dengan perangai dan kerenah orang sekeliling nie. Rasanya tak derlah pulak ai cakap yang ai nak ambik tugas dia. Pening pening.


Thursday, December 15, 2011

Esok bayaran khas pesara kali kedua dan pencen

Salam u olsss...




Buat semua pesara2 kerajaan, esok adalah hari untuk mereka bergembira. Sebab esok bonus dan pencen akan dimasukkan serentak ke dalam akaun masing2.


Ai share maklumat ni yang ai ambik di web JPA.

Bersempena dengan sambutan Hari Krismas pada 25 Disember 2011, Kerajaan telah memutuskan untuk membayar pencen dan Bayaran Khas Pesara (BKP) kali kedua pada 16 Disember 2011

Sehubungan itu, penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara (BKP) di bank mulai 16 Disember 2011. Semua Bayaran Khas Pesara (BKP) akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B yang tidak perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di Kaunter bank bagi mengeluarkan RM500. Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 17 hingga 31 Disember 2011, boleh menunaikan waran mereka mulai 16 Disember 2011.

Jabatan Perkhidmatan Awam telahpun memaklumkan keputusan Kerajaan dan arahan bayaran kepada semua pihak/bank yang terlibat bagi maksud pelaksanaan. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran Pencen dan Bayaran Khas Pesara sila hubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-8885 4906/4475/4476/4477/4478.


Saya Mahu Novel Ombak Rindu dari Eyriqazz.Com

Salam u olsss...






Entri kegemaran saya di Eyriqazz.Com adalah entri yang bertajuk Siapa Mahu Kena Tegur dengan Eyriqazz? (http://www.eyriqazz.com/2011/04/siapa-mahu-kena-tegur-dengan-eyriqazz.html) kerana saya telah berjaya membuat pembaharuan di blog saya selepas hasil teguran bro Eyriqazz. Jika selama ini saya mendesignkan blog saya ikut syok sendiri tapi selepas mendapat beberapa teguran dari bro Eyriqazz, kini blog saya telah berwajah baru.

Kenapa Perlu Berkahwin Siri I

Salam u olsss...


Pada sewaktu ketika  ada beberapa orang sahabat tidak mahu berkahwin dan hanya mahu menumpukan perhatian kepada amal ibadah. Mereka mahu mendekatkan diri sedekat-dekatnya kepada Allah SWT dan mendapat makam yang terpuji sebagai orang-orang yang bertaqwa.




Lalu dalam kalangan mereka itu  ada yang bersumpah tidak mahu berkahwin dan mahu beramal ibadah sepanjang masa. Mereka berpendapat dengan perkahwinan itu akan menjadi batu penghalang, beban dan keberatan untuk mereka beramal ibadah baik di sebelah siang atau malamnya.


Mereka juga berpendapat bahawa Rasulullah seorang yang maksum (terpelihara daripada dosa). Dengan kelebihan Rasulullah SAW tidak perlu bersusah payah mahu menempatkan diri dalam kalangan orang yang soleh, disayangi dan diredhai oleh Tuhan.


Manakala para sahabat ini berpendapat lagi bahawa oleh kerana mereka tidak maksum, untuk mendapatkan redha Tuhan dan menempatkan diri dalam kalangan orang-orang yang beruntung lagi dikasihi Allah SWT, maka mereka pun bersumpah hendak memusatkan seluruh perhatian kepada amal ibadah semata-mata, baik di siang hari mahupun pada malamnya.


Ada antara mereka bersumpah mahu bersolat sepanjang malam dan tidak mahu tidur. Ada yang mahu berpuasa tanpa berbuka sepanjang hari dan malam. Ada yang mengharamkan diri untuk berkahwin.



BERSAMBUNG ke SIRI II



Wednesday, December 14, 2011

Sekadar Perkongsian Untuk Menambah Ilmu

Salam u olsss...




Bermula bulan ini dan sempena mengambil bulan kelahiran ai, maka ai nak mengadakan satu page bertajuk ILMU yang mana dalam page tue akan ai letakkan link yang mempunyai entri berkenaan ilmu agama.


InsyaAllah nanti ai taipkan entri berkenaan untuk u olsss baca dan manfaatkan sebab ai tengok sekarang ni orang lebih banyak habiskan masa dengan online, tak sempat nak baca buku jadi ai nak ambik kesempatan itu meletakkan ia dalam blog.





Penghasilan page ini adalah sebagai panduan untuk ai sendiri dan jugak boleh dijadikan sebagai salah satu bahan bacaan u olsss semua. Hanya sekadar ingin berkongsi ilmu yang diperolehi bersama2. 


Semoga u olsss beroleh manfaat dari hasil perkongsian ai nanti yer.


Semua gambar diambil dari web iluvislam


Janin Bersujud | Pengembaraan Janin (HALAQAH TV9)

Salam u olsss...


Semalam dalam rancangan Halaqah ada menyiarkan mengenai tajuk 'PENGEMBARAAN JANIN'. Ada satu part masa dekat nak habis dah rancangan ni perantara Halaqah, Ustaz Badlishah berkata akan menunjukkan satu video perubahan janin sebelum dan selepas diperdengarkan bacaan ayat2 suci al-Quran.






Mula2 tengok video janin sebelum diperdengarkan ayat2 suci al-Quran, dia bergerak sangat aktif. Berpusing2 di dalam perut ibu dia.


Tapi selepas dipasang ayat2 suci al-Quran, daripada pergerakan aktif janin berkenaan mula mendiamkan diri seolah2 menghayati ayat2 al-Quran itu dan yang paling menakjubkan janin itu berada dalam keadaan seperti orang sedang bersujud ketika sembahyang.


Subhanallah Maha Suci Allah memperlihatkan keajaiban itu buat kita semua. Bak kata penceramah jemputan Halaqah, Dr Sharifah Hayati iaitu pengajaran yang dapat kita ambil dari video itu ialah betapa janin di dalam perut ibu pun suka mendengar ayat2 al-Quran dan menghayatinya bersungguh2 maka kita sebagai seorang yang telah dewasa, harus sentiasa mengamalkan ayat2 suci al-Quran supaya hidup sentiasa akan tenang dan aman.





Tuesday, December 13, 2011

Segmen | Genk Cari Blogger






Jom sama2 kita join segmen yang dianjurkan blogger GENK.

Monday, December 12, 2011

Mana Yang Lebih Elok Yer?

Salam u olsss...


Nak tanya kat u olsss yang mana2 ada pengalaman berkenaan kamera digital. Ai tengah mencari kamera digital nak beli. Tengok gambar2 kat bawah nie macam berkenan jer semua tue. Tapi tak tau yang mana satu paling okey untuk dibeli.









5 tahun yang lalu ai dah pernah beli kamera digital jenis SONY. Dan dah digunapakai pusing2 seantero dunia tapi tahun nie dia macam dah tak boleh guna. Nak ON pun dia macam lemah jer....Jadi ai bercadang nak beli yang baru. Jadi nak minta pendapat u olsss yang mana satu okey ekkk sebab tahun depan ada plan nak berjalan2. Rugi plak kan kalau tak ada sesi bergambar kenangan hehe....

Saya Belum Bertunang Lagi Lah!

Salam u olsss...



Semua terjadi gara2 ai post status macam kat atas tue...Walhal 5 hari lagi tue sempena kedatangan besday ai. Dah berkali2 ai nafikan tapi masih ramai yang tak caya.



Pagi semalam siap letak status macam nie lagi tujukan khas pada mereka2 yang rajin mereka-reka cerita tak betul. 



Tapi depa nie semua masih buat2 tak paham lagi. Siap pagi semalam ada sorang tue dok mai bagi nasihat lagi untuk menuju ke gerbang perkahwinan. Adehhh sadis betul la..Tolong tolong dan tolong lah pada yang buat cerita tue.





Letih dah nak menafikan benda2 tak betul nie. Dah dua entri dikeluarkan auwww saya bukan retis oke! dan sudah-sudah la tu tapi tetap jugak tak nak terima kenyataan. Gara2 gosip tue jugak seorang frenz 4ever ai dah merajuk....





Sunday, December 11, 2011

Tak Glamer Pun

Salam u olsss...


Ketenangan di hari Ahad nie nak coretkan benda yang dah lama ai dengar tapi baru hari ni nak stori dengan u olsss semua.


Alkisahnya mengenai seorang pelakon drama yang sangat2 perasan glamer dan terkenal oke.



(cari gambar tak der jadi letak ini jer sebagai imej)


Kejadian pertama kebetulan dia senegeri dengan ai dan tinggal setaman dengan my sis punya MIL. Bila dia keluar makan dekat kedai tepi jalan kat taman tue, dengan gaya perasan dia akan panjang2kan leher dia nak tengok sapa2 yang perasan dia artis (sori la dah lupa drama apa dia pernah berlakon)


Kejadian kedua masa adik ipaq ai buat sekatan jalan raya dan tahan kereta dia (pakai WIRA jer pun). Minta IC dia nak tengok, u olsss tahu dia soal apa kat adik ipaq ai. 'Awak tak kenai saya ka?'. Adik ipaq ai cakap, 'tak kenal pun'. Trosss dia cam nak marah jer..Perasan lebih sungguh dok anggap dia glamer.


Maka tadi sebelum ai taip entri nie, ai search dalam google web dan goole image nak cari info pasal dia ataupun gambar dia tapi sangat2 sadis sebab google tak menemukan apa2 carian berkenaan dia. Kata glamer tapi awat habuk pun tak dak. Perangai dia yang kerek semacam buatkan tak sukanya dengan pelakon macam tue.



Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke