Showing posts with label PERLIS. Show all posts
Showing posts with label PERLIS. Show all posts

Sunday, March 20, 2011

Ikan Kembung 4 hengget sekoq

Ikan kembung a.k.a ikan temenung berharga rm4.00 seekor??

Biar betul kan?

Bagi yang tak tahu inilah rupa ikan kembung a.k.a ikan termenung (nie orang Kedah panggil laa) -kredit pic to google


Baru2 nie ai sefamily pergi ke Kuala Perlis nak makan2.

Rancang2 tue nak makan berhidang laa...Pergi la pilih lauk2 nak minta masak.

Mula pilih ikan kembung nak minta dia masak asam pedas. Suruh dia ambil 1 kg..

Alih2 budak tue cakap...

'Mak cik, ikan kembung nie tak jual kilo. Kita jual ikut ekor. Seekor kita caj rm4'

Haaa biar betul ikan kembung dijual pada harga rm4/ekor..Awat mahal sangat..Tahulah musim cuti sekolah pun. Padan2 lah nak cekik darah pun. Langsung tak masuk akal sungguh.

Pergi ronda kedai lain pun sama jugak..Pakat selaraskan harga ikan tue. Tapi yang paling best ada satu kedai tue dia jual sama gak..ikan kembung rm4/ekor cuma dia kata tue kira harga untuk ikan mentah..Kalau nak minta masak kita caj harga lain...Ada ker patut buat macam tue...

Akhirnya semua pakat minta nasi goreng. Tapi ada seorang pelayan tue cakap kat mak ai...

'Mak cik, nasi goreng seafood mahal sikit tau harga dia'

'Berapa?'

'Sepinggan rm4.00'

Ekelleh budak nie perli ker apa..Ingatkan sepinggan harga rm100..Ingat kita nie tak mampu bayaq mahal kut. Kalau nak bayaq pun biar lah berpadan barang tue dengan harga. Ini main ikut suka jerrr nak letak harga.




Berenang-renang di GUA KELAM, PERLIS

Hari Jumaat yang baru lepas aje, we olsss sebijik, dua bijik dan tiga bijik kereta berkonvoi pergi mandi manda di Gua Kelam, Perlis.....




Nampak tue papan tanda nak masuk ke Gua Kelam..Eksaited nak mandi punya pasal, lupa nak snap masa awai2 sampai. Time balik baru teringat kat papan tanda nie. Tapi okey lah kan sesuai dengan nama Gua Kelam maka gambar tue pun kelam laaaa hihi




Nie banner sepanjang pokok kat Gua Kelam...Biasalah kan bila amik gambar pakai henpon nak zoom sangat pun camni jerr laaa nampak.




Inilah budak yang eksaited sangat nak mandi walaupun tak pandai berenang tapi nak gak masuk berendam dalam ayaq tue...hihi. Nie posing time dah abis amndi. Kira baru naik ke darat laaa




Hujung minggu memang ramai orang yangdatang. Ini cuma ai amik gambar kat tempat ai duduk jerrr...Yang paling ramai tue pastinya bebudak laa...Seronok sungguh depa nie berenang renang sambil siap bersyampu lagi hikhikhik macam duk rumah lak bebudak nie



Bagi yang bawak anak2 yang tak mau berenang haaa kat Gua Kelam nie ada disediakan padang permainan untuk bermain.


Cuma sayangnya tak dapat masuk menerokai Gua Kelam tue sebab tengah renovate. Jadinya we olsss hanya bermandi manda saja di luar.



Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke