Tuesday, December 31, 2013

Bye bye 2013

Salam semua...

Hari ini 31/12/2013 adalah hari terakhir untuk tahun 2013.. Pejam celik, pejam  celik sat jea pusingan 365 hari sampai ke penghujungnya.

Tahun 2013, tahun paling banyak kenangan manis yang berlaku.. Nanti eyza buat satu entri khas imbau kembali segala kenangan di tahun 2013.

Buat semua, selamat menyambut tahun baru 2014. Semoga 2014 menjanjikan kenangan lebih manis buat kita semua. Bye bye 2013...

Sunday, November 10, 2013

Selamat Ulangtahun Pertunangan yang Pertama...

Nak jugak eyza up entri pasal ulangtahun pertunangan ni hehe walhal tunang tu dah selamat jadi husband pun... 


Tarikh isitimewa kami berdua ni iaitu pada 10 NOVEMBER rupa-rupanya turut dipilih pelakon Fizo Omar untuk melangsungkan pernikahan dia dengan anak pemilik tudung FAREEDA iaitu Mawar. 

- SUMBER : YAHOO -



Okey berbalik pada tajuk entri di atas yea.





10 November 2012 ~ tarikh yang dinanti-nantikan oleh eyza dan suami bila mana pada tarikh tersebut termeterilah sebuah ikatan perjanjian yang menyaksikan eyza bertukar status sebagai tunang orang. Hujan lebat mengiringi majlis pertunangan kami dan sebelum Asar, majlis selesai dengan jayanya. Dan secara rasminya, kami dah selamat bertunang.


Selesai majlis pertunangan ini, maka bermulalah proses untuk mengendalikan sebuah majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung 3 bulan lagi dari tarikh pertunangan. 3 bulan tu rupa-rupanya satu jangka masa yang tak panjang noo...Sampai eyza rasa tak cukup tangan nak urus semuanya. Rasa macam masa cepat sangat berlalu. Takut pun ada jugak masa tu takut majlis perkahwinan tak sesempurna yang diimpikan. Tapi Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya.





Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama CINTA
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


p/s : 101112 ~ bertunang, 101113 ~ baby A keluar yea...hihi

Thursday, October 31, 2013

Kerenah Jururawat Klinik Kesihatan

Ini bukan kali pertama eyza menghadapi masalah dengan nurse di KKIA. Tapi dah masuk kali keempat bila kena giliran eyza setiap kali ada temujanji dengan mereka-mereka ini.





Alkisahnya setiap kali eyza ada pemeriksaan kehamilan di Klinik Kesihatan, mesti akan menghadapi masalah dengan nurse di situ. Bayangkanlah temujanji eyza pukul 2 petang dan eyza bergegas dari opis ke situ yang memakan masa dekat 45 minit supaya sampai tepat pada masanya. Tapi bila eyza sampai situ, boleh pulak nurse-nurse di situ tak ada dalam bilik rawatan. Sedangkan waktu kerja bermula pukul 2 petang. Pernah sekali eyza dengar, mereka sembang bagi tahu nurse di situ sedang makan dan solat padahal jam dah dekat pukul 3 petang.





Dan sesi rawatan pesakit hanya akan bermula pukul 4.30 petang. Tapi bila kita masuk dalam bilik rawatan, nurse ni tak periksa kita lagi tapi duk sibuk menyembang bergosip sesama mereka. Eyza duk kat kerusi sebelah dia terpinga-pinga dengar gosip mereka. Walhal nak buat pemeriksaan tak sampai 5 minit pun. Rasa bengang sangat bila jadi macam tu. Dan kalau kita melawan mereka, satu KKIA akan dicanang nama kita dan untuk rawatan seterusnya mereka akan mendera kita untuk lagi lewat menerima rawatan. 


Adehhh tak paham betul la cara kerja mereka ni. Adakah sengaja mereka melewatkan proses rawatan pesakit untuk menuntut elaun lebih masa (OVERTIME)?? Halal dan berkat ker rezki buat dengan cara macam tu?




p/s : nurse kerja mulia tapi kerana perangai segelintir nurse, terpalit stigma negatif untuk semua nurse!



Wednesday, October 30, 2013

WW ~ Doa Mohon Dipermudahkan Bersalin




Seeloknya diamalkan doa ini ketika kandungan sudah mencecah 9 bulan. Bukan apa takut kalau amal dari awal, nanti lahir bayi tak cukup bulan pulak....Mudah-mudahan kita semua diberi kemudahan oleh Allah swt di saat berjuang melahirkan satu nyawa lagi di muka bumi ini...

Tuesday, October 29, 2013

Kaki Mengembang??




Kaki sapa dah mula mengembang ni...huhu...


Ekcelli eyza pun tak perasan kaki eyza dah mula mengembang..Hari tu nurse ada bagitau kaki eyza dah kembang tapi eyza tengok tak ada apa-apa perubahan pun kat kaki. Pakai kasut biasa pun masih muat lagi.


Tapi semalam masa nak sarung selipar jamban kat opis nie, ehh kenapa kaki kiri eyza tak boleh tolak ke depan...Alaa kaki eyza dah besar ker? Baru lah eyza perasan kan kaki eyza dah mula mengembang...huhu...


Namun masalah kaki kembang ni boleh diatasi dengan melakukan perkara-perkara seperti di bawah. (SUMBER : SINI)

~ jangan duduk atau baring terlama. Sekali sekala bangun dan berjalan.

~ tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.

~ naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.

~ rendam kaki dalam air sejuk.

~ jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.

~ regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda gerak-gerakkan.

~ minum air secukupnya. ini dapat membantu mengurangkan pengumpulan air di bawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki.

~ gunakan kasut dan stokin yang selesa. jangan pilih yang ketat.

~ kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.

~ gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.

~ amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

~ amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. 




p/s : paksa diri jugak la pakai selipar yang tak muat tue...nanti kalau beli yang besar, sapa nak pakai pulak nanti...hihi

Monday, October 28, 2013

Tiada CUTI UMUM - PRK DUN Sg Limau

Tadi pagi eyza menerima panggilan dari seorang kawan bertanya pasal cuti umum untuk mengundi di DUN Sg. Limau. Dia kata ada orang bagitau pada 4 November ni dapat cuti umum...Ehh tak tau pulak eyza pasal ni...




Tup tup baca METRO pagi tadi tengok ada maklumat pasal benda nie...




Jadi dengan adanya pengumuman macam tu dari Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir makanya secara rasmi tiada CUTI UMUM pada hari berkenaan. Jadi kepada pengundi-pengundi DUN Sg. Limau yang bekerja, ambillah alternatif untuk mengundi di awal pagi sebelum pergi bekerja. 



p/s : kemalasan bekerja semakin ketara bila esok nak bercuti sehari hehe....

Saturday, October 26, 2013

Perlu Ker Kaunter Khas?

Bila dah jadi dekat diri sendiri baru terpikir pasal nie hehe...Biasalah orang kata kalau dah terkena batang hidung sendiri, baru tau camna.


Alkisahnya eyza ada berurusan dengan pejabat ASB dan Tabung Haji. Sekali pergi tu dia tengok betapa ramainya orang dalam tue. Sampaikan rasa macam mereka-mereka ni harus menyediakan satu kaunter khas untuk orang-orang yang macam kami ni hehe lebih kurang macam gambar kat bawah ni laa....





Kalau dah ada kaunter khas macam nie baru rasa tak letih sangat menunggu lama-lama kan. Almaklumlah di saat-saat ketaksihatan ni, hanya ini yang kami harapkan....

Thursday, October 24, 2013

Tanda - tanda Dah Nak Bersalin

Sekadar berkongsi dengan semua tanda-tanda bila anda sudah hampir waktu melahirkan...

Perut akan menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

Anda mungkin terasa:
1) sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
2) kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing.
3) sakit perut, memulas.
4) kerap buang air besar.
5) kerap terkentut.
6) sakit belakang kerana bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. 





Dan tanda-tanda anda harus bersiap sedia ke hospital bila terjadi salah satu dari tiga perkara di bawah ini iaitu :

1) keluar lendir bercampur dengan darah - lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim.
2) keluar air ketuban - air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina, warnanya jernih dan tanpa bau.
3) senggugut macam sakit period





p/s : eyza masih belum bertanda-tanda yang harus bersiap sedia lagi hehe....

Monday, October 21, 2013

Air Ketuban Bocor??



Pagi Jumaat lepas eyza rasa macam ada air keluar masa tengah tidur. Tapi sebab mata tak mau mengalah, jadi eyza pun sambung tidur balik tanpa tengok air apa yang keluar. 


Lepas tu masa nak bangun solat Subuh, terasa basah macam air duk keluar lagi. Masa ni baru panik. Siap kejut hubby lagi sebab rasa risau pulak. Lepas mandi solat semua, duk plan dengan hubby nak pergi klinik. Takut nak ke hospital kot kena tahan wad pulak.


Tapi sebab dah tak ada keluar apa-apa selepas tu, macam biasa buat tak tahu jea sebab macam tak berapa nak yakin yang keluar tu air ketuban.


Petang ni masa duk kat rumah mak eyza, saja eyza tanya mak ada dak istilah air ketuban bocor. Maka berceritalah eyza hal kejadian pagi tadi. Lepas tu kakak eyza siap bagi cadangan suruh cek kat wad bersalin. Sebab dia takut jadi macam kawan dia, air ketuban keluar tapi tak rasa sakit pun. Akhirnya bila baby keluar, kena tahan dalam wad NICU sebab baby dah terkena jangkitan kuman. Adoiii jadi cuak pulak lepas eyza dengar macam tue...


Tapi dalam duk cuak-cuak masih tak pergi klinik lagi. Tunggu esok la pergi gynea yang selalu eyza pergi sebab hari Jumaat klinik dia tutup.


Lepas cerita kat dia apa berlaku, eyza kena buat VE...Duk baca dalam internet, pengalaman mommies semua yang buat VE ni sakit sangat. Makanya eyza redha dan tawakal jea nak menahan rasa sakit tue. Tapi ehh eyza tak rasa sakit apa pun. Sedar-sedar doktor kata laluan masih belum terbuka. Dan air ketuban pun tak ada yang bocor. Alhamdulillah syukur sangat-sangat bila doktor cakap perkembangan baby okey semua. Agaknya baby masih tak puas duk dalam perut ibu dia kot lagi ataupun baby nak keluar pada tarikh ibu bergelar tunang ayah hehe.... 


Sedikit info pasal air ketuban:

Air ketuban merupakan cecair yang berasal daripada rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi yang mengelilingi bayi semasa dalam kandungan ibu. Biasanya bersifat jernih dan tidak berwarna, tetapi boleh bertukar menjadi warna kepada kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin.

Antara sifat air ketuban ialah tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau sebagaimana air kencing, sebaliknya ia bersifat cecair dan cepat membasahi atau meleleh apabila terpecah.

Air ketuban akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang tempoh kehamilan. Fungsinya sangat penting. Antaranya ialah mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain daripada menstabilkan suhu persekitarannya. Kepentingannya yang lain ialah bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.

Air ketuban juga boleh pecah sama ada secara sendiri mahupun menerusi prosedur tertentu. Salah satu penyebab kepada ketuban pecah ialah prosedur memecahkan kantung ketuban yang biasanya dilakukan oleh doktor sewaktu ibu hamil mengalami kontraksi.            (copy paste dari : SINAR HARIAN)

Sunday, October 20, 2013

Selamat Ulang Tahun Perkenalan





20 Oktober adalah tarikh keramat yang tak mungkin dapat Eyza dan suami lupakan bila mana pada tarikh ini buat pertama kalinya kami bertentang mata dari kejauhan. Detik jam berlalu terasa begitu cepat berputar sehingga panahan mata kedua-duanya disepakatkan atas dasar untuk menghalalkan sebuah perhubungan yang bakal terjalin.



Setelah kata dua dicapai antara 2 buah keluarga, maka satu tarikh dipilih untuk mengikatkan hubungan yang akan terjalin ini. Syukur alhamdulillah bila hubungan kami direstui kedua-dua keluarga hingga membawa kami ke jinjang pelamin. 


Buat suamiku yang tercinta, 



SELAMAT ULANGTAHUN PERKENALAN abanggg...Ku mencintaimu sehingga ke akhir hayat. Cintaku padamu semakin bertambah dari hari ke hari sejak dari hari pertama kita bertemu. Terima kasih menerimaku seadanya. AKU CINTA PADAMU.






Kau yang terindah di dalam hidupku
Hanya cintamu mekar selamanya
Tak inginku lagi mencintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanya...

Tuesday, October 15, 2013

Salam AidilAdha Buat Semua




Selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua umat Islam di seluruh dunia. Dan selamat membuat korban yea untuk tahun ni.

Monday, October 14, 2013

Hormatilah Hak Orang Lain Sama



Baru-baru ni eyza bersolat Maghrib di satu surau di sebuah pusat membeli belah. Tahu jea la kan kalau surau di Mall memang keluasannya muat2 beberapa orang jea la...


Masa eyza sampai tue, memang tiada ruang kosong untuk eyza bersolat. Jadi eyza menunggu di belakang sementara ada tempat. Lepas tu eyza perasan ada seorang mak cik ni dah bagi salam. Jadi eyza pun terus berdiri di belakang dia sambil pakai telekung. 


Tunggu punya tunggu tak bangun-bangun jugak mak cik nie. La rupa-rupanya dia duk kusyuk berdoa panjang tanpa menghiraukan keadaan dan suasana masa tue.


Alahai mak cik, kot yea pun nak berdoa panjang-panjang, alihkanlah kedudukan ke belakang sikit. Bagi ruang untuk orang lain untuk bersolat sama. Dah la waktu maghrib sangat singkat. Atau pun kalau nak berdoa banyak, buat jea di rumah. Tak mengganggu sapa-sapa pun. Ni di tempat awam, kena lah hormat hak orang lain sama.

Wednesday, October 9, 2013

Saturday, October 5, 2013

Rezki Kedua ~ Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah...


Ini khabar gembira yang kedua yang eyza terima selepas majlis anugerah itu... Sebenarnya result ni keluar pada 25092013 (RABU) tapi memandangkan semua orang berlumba-lumba nak bukak web ni, jadi laman web ni menjadi JAMMED sampai tak boleh nak papar keputusannya. Makanya hanya pada hari AHAD (29092013) baru eyza boleh tengok keputusan secara rasmi.


Gambar kat bawah ni ada keputusan tahun lepas di mana dari 3 paper yang eyza exam, hanya 1 jea yang LULUS.






Dan di bawah ni pulak adalah keputusan yang eyza ambik tahun ini di mana dua paper yang eyza KANDAS tahun lepas, telah eyza LULUS tahun nie. 



Bermakna ketiga-tiga paper tu eyza dah LULUS dengan rasminya. Jadi lepas nie eyza dah boleh memohon jawatan lain pulak.



Bukan nak berbangga diri dengan keputusan ini tapi sebab exam inilah eyza kena perli dengan seorang kawan sampai eyza buat entri yang bertajuk BERHENTI KERJA... Jadi eyza nak buktikan pada dia walaupun dia seronok gelak berjemaah perli eyza tapi akhirnya berkat pertolongan dari Allah s.w.t, eyza berjaya LULUS semua paper. Amin amin amin...

Thursday, October 3, 2013

Rezeki Rezeki ~ Syukur Alhamdulillah

Rentetan dari entri eyza pada 26 September 2013 yang bertajuk ALHAMDULILLAH, ini sambungan kisah yang sebenarnya...hihi


Tanggal 26 September 2013 (KHAMIS), telah diadakan satu majlis menghargai perkhidmatan kakitangan di opis eyza. Seramai 25 orang telah disenarai pendekkan untuk menerima penghargaan ini dan salah seorangnya adalah Eyza hihi...


~ cer carik eyza yang mana satu hehe... ~


Di bawah ini adalah laluan karpet merah untuk penerima-penerima anugerah ini berjalan sambil diiringi bos-bos besar. 




Sebelum majlis bermula, bakal-bakal penerima anugerah diarak keluar dari tempat persembunyian ke dewan di mana majlis akan berlangsung hehe...Masa keluar dari tempat tue, ada pelajar menunggu di kiri dan kanan untuk serahkan sejambak bunga.





Majlis bermula pukul 2.30 petang dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi kolej. Dan diikuti bacaan doa serta ucapan alu-aluan dari wakil penganjur majlis dan pengarah kolej.


~ MC sedang menerangkan serba sedikit berkenaan anugerah itu ~

~ our big boss sedang berucap ~


Dan dalam pukul 3:15 petang majlis penyampaian sijil dan cenderahati pun bermula. Maka bila nama mak buyung dipanggil, terkedek-kedek la dia berjalan naik ke pentas hehe...









Tadaa gambar di bawah ini adalah penerima anugerah yang seramai 25 orang (dalam gambar ada 23 sahaja sebab 2 orang tidak dapat hadir) bergambar kenangan bersama bos-bos besar.




Lepas sesi bergambar ada pulak jamuan ringan untuk kami-kami ni semua. Alhamdulillah kenyang rasanya sampai eyza mengeluarkan balik semua isi hehe...


Last but not least, terima kasih yang tak terhingga pada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang penuh bermakna ini dan terima kasih jua diucapkan buat panel penilai kerna memilih kami untuk menerima anugerah ini di antara beratus kakitangan yang ada.



p/s : lepas dapat anugerah ini, eyza menerima satu lagi kegembiraan..syukran syukran nanti eyza cerita yea.

Thursday, September 26, 2013

Wednesday, September 11, 2013

15 dosa mengundang bala

Eyza berkongsi satu artikel yang eyza dapat dari email. Semoga menjadi panduan bermanfaat buat kita semua.



Dari Ali bin Abi Talib r.a , bahawa Rasullah s.a.w bersabda :


"Apabila Umatku membuat 15 perkara ini, maka bala pasti akan turun kepada mereka. 15 perkara itu ialah :







1.harta negara beredar pada orang/pihak tertentu sahaja; 

2.apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan; 

3.zakat di jadikan hutang (zakat x di bayar); 

4.suami memperturutkan kehendak isteri; 

5.anak derhaka terhadap ibunya; 

6.sedangkan ia berbaik-baik dengan sahabatnya; 

7.dan ia suka menajauhkan diri dari ayahnya; 

8.suara sudah di tinggikan dalam masjid; 

9.yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka;
10.seorang yang di muliakan kerana kejahatannya; 

11.khamar (arak) di minum di merata-rata tempat; 

12.kain sutera banyak di pakai (oleh kaum lelaki); 

13.artis di sanjung dan di puja; 

14.muzik (bunyi-bunyian) banyak di mainkan; 


15.generasi akhir umat melaknat/menyalahkan generasi pertama (sahabat); 



Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain (hadith riwayat al tarmizi).









Tuesday, September 10, 2013

Jamuan Raya di Opis

Walau Syawal sudah berlalu pergi 4 hari yang lalu, namun atas sebab kekangan masa dan kemalasan yang melanda diriku ini, maka hanya hari ini sempat eyza coretkan kisah jamuan raya di opis...Ada satu lagi entri pasal rumah terbuka di rumah eyza tapi gambar tak ada dalam simpanan eyza pulak...Kena tunggu gambar dulu baru boleh eyza buat entri...hihi...


Antara makanan yang dihidangkan di jamuan raya opis eyza ialah :


roti jala + rendang daging dan ketupat + rendang ayam


nasi putih + ikan kembung goreng + gulai daging + kerabu jantung pisang + ikan kering goreng + ulam-ulaman + tembikai


rojak buah + puding marble



laksa siam

Dan ada lagi dua tiga jenis makanan yang dihidangkan tapi tak sempat eyza snap gambar hehe...lagi pun yang eyza snap ni hanya gambar makanan yang eyza makan. Meriah lagi suasana jamuan raya di opis kecik eyza daripada jamuan raya peringkat besar-besaran. Makan sambil diiringi alunan lagu raya walaupun ketika itu Syawal sudah sampai ke penghujungnya.






p/s : semalam terasa mamai-mamai jea ada orang dok urut kaki tapi itulah realiti sebenarnya hihi...mr dimple rupanya tolong urutkan.

Tuesday, September 3, 2013

Akibat Minyak Naik Harga...

Semalam masa eyza keluar dengan hubby nak isi minyak motor, tengok tu dia stesen minyak sesak. Fenomena yang hanya berlaku bila kenaikan harga minyak diumumkan kerajaan. 


Tapi situasi agak mengecewakan ialah sebaik sahaja PM umum dalam berita pukul 8, ada pengusaha kedai minyak yang mengambil kesempatan untuk tidak menjual jenis minyak yang naik harga. Secara automatik, jenis minyak berkenaan dikatakan HABIS. Walhal sebelum pengumuman tu keluar ikut TV, elok jea minyak tu ada lagi...huhu...Kerenah orang berniaga demi UNTUNG besar kan?


~ pic yang sempat eyza ambik di salah sebuah stesen minyak di Alor Setar ~




Dan pagi ni baca dalam internet, macam-macam terjadi semalam selepas harga minyak diumumkan naik...Antaranya ialah :




Akibat kenaikan harga minyak malam tadi, kekecohan berlaku di seluruh negara sehingga menyebabkan sebuah pam minyak di Batu Buruk, Kuala Terengganu dilanggar.
Dalam kejadian itu, sebuah kereta terlanggar pam minyak di stesen berkenaan menyebabkan kaca dan plastik bertaburan.
(sumber : YAHOO)



Ribuan rakyat Malaysia beratur di hampir semua stesen minyak malam tadi menjelang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, sekaligus menaikkan kemarahan orang ramai kerana pemotongan subsidi itu.
Kebanyakan pengguna yang ditemui di Lembah Klang menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga bahan bakar itu di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke sehari.
(sumber : YAHOO)

Monday, August 19, 2013

KAWAN makan KAWAN? Sebab KUIH RAYA jea pun.... ;)

KAWAN makan KAWAN? Wujud lagi ker istilah macam tu di zaman serba canggih nie?


Bila terkena batang hidung sendiri baru tahu rupanya istilah tu masih relevan diguna pakai sekarang ni walaupun dunia dah maju ke depan.



~ simpul kasih ~


~ tart nenas ~


Alkisahnya eyza ada order kuih raya secara online dekat member. Sebab duk jauh jadi eyza order online jea la. Lagipun eyza percaya, takkan kawan nak tipu kawan sendiri kan?


Sebulan sebelum kita berpuasa dia mesej eyza tanya nak sample kuih raya dak. Kot eyza berkenan nak order kuih raya dia buat.  Katanya dia ada stokis kat area rumah eyza, jadi kalau eyza nak sample, stokis tu nak mai hantar. Tapi sebab masa tu eyza diserang sakit mata dan eyza malas bertemu orang, eyza kata tak payah la tengok sample. Terus order saja laaa (kes percaya sangat kat kawan)


Kemudian 10 hari lagi nak raya dia mesej eyza bagitau kuih dah siap dan minta eyza bank-in duit ke akaun dia...15 minit lepas dapat mesej tu terus eyza bank-in duit kat dia (kes percaya sangat kat kawan, bank-in dengan lajunya). Bila eyza tanya kuih tu dapat bila, dia kata 2 hari lepas eyza bank-in akan ada orang hantar ke rumah eyza.


Tunggu punya tunggu orang hantar ke rumah, akhirnya seminggu sebelum raya eyza dapat mesej dari dia bagitau orang yang nak hantar kuih tu dah balik kampung. Jadi dia minta alamat rumah eyza nak kurier kuih raya tue. Dan selalunya kalau guna kurier selain POS LAJU, paling lewat sampai pun adalah dalam 2 hari saja. 


2 hari sebelum raya eyza mesej dia minta nombor kod kurier tu sebab nak kesan kat mana barang tu ada sekarang. 1 jam setengah lepas eyza mesej, baru dia reply mesej tue. Tapi jawapan dia ialah "dia sedang busy" jadi nombor kod tu dia tak boleh nak bagi kat eyza lagi. Dan malam tu dia mesej eyza bagitau mungkin anak dia dah buang nombor kod tu dan dia janji kalau esok tak sampai jugak, dia suruh eyza bagi nombor akaun untuk refund duit eyza semula.


Dan mesej terakhir eyza adalah pada petang raya bagitau kuih yang dia hantar tu masih tak sampai lagi, tapi dia langsung tak balas dah mesej eyza sampai la semalam eyza hapdet status kat FB bagitau kuih masih tak sampai. 




Duk tak lama lepas eyza taip macam tue, dia delete dan block eyza sebagai kawan FB dia. Perghhh tanpa sebarang penjelasan, dia buat eyza macam tue...Sekurang-kurangnya kalau ada masalah peribadi pun, bagitau la eyza elok-elok. Eyza pun tak marah kalau dia terangkan keadaan yang sebenarnya. Tapi tak apa lah, agaknya dia rasa dia boleh kaya cepat kot dengan tipu orang macam tue. Eyza pun dah anggap sedekah saja duit tu kat baby dia. Malas nak pikir banyak dah cuma lepas nie eyza akan lebih berhati-hatilah pesan barang online walaupun pesan pada kawan sendiri. Kerna duit, KAWAN makan KAWAN!


Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya dari Eyza dan Suami

Hari ini 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434 H adalah hari kemenangan buat semua umat Islam di seluruh dunia. Ya hari ini adalah hari raya Aidil Fitri. Setelah sebulan kita berpuasa, hari ini adalah hari untuk kita bergembira.






Di kesempatan ini eyza dan suami mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat anda semua. Selamat makan ketupat lemang yea kawan-kawan.


Ayuh semua kita laungkan takbir raya beramai-ramai.



Wednesday, August 7, 2013

Jom Makan Soq...

Ayuh semua bangun bersahur untuk malam terakhir di bulan Ramadan 1434 H. Ambillah keberkatan bersahur ni walaupun hanya dengan segelas air dan sebiji kurma.




Semoga diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk kita bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun - tahun depan. InsyaAllah.



Tuesday, August 6, 2013

Yeayyy Esok Dah Cuti Raya

Di saat dan ketika ni eyza sedang menghitung minit jam yang berlalu untuk punch card dan balik ke rumah. Sebabnya esok eyza dah mula bercuti raya...yeahoooo...hehe



Tahun ni raya agak paling bermakna sebab eyza akan menyambutnya di dua rumah. Alhamdulillah hampir 6 bulan eyza menjadi isteri orang, tahun ni eyza akan beraya bersama suami. Tak sabar pulak nak tengok situasi di pagi raya nanti. Kalau sebelum ni hanya tangan mak dan abah jea eyza cium memohon ampun dan maaf, tapi kali ni ada tangan lain yang menanti keampunan dari eyza.


Tahun nie jugak nampaknya bajet eyza bertambah, baik dari segi kuih raya atau pun duit raya. Maklumlah keluarga baru bertambah jadi semua keperluan pun bertambah hehe... Tak pa tak pa, tahun depan kita balas dendam cover balik semua tu....





Kepada yang akan pulang beraya di kampung halaman, eyza doakan anda sekeluarga sentiasa selamat dalam perjalanan dan jugak selamat tiba di kampung halaman masing-masing. Jangan bawak laju-laju. Ingatlah orang yang tersayang yang menanti di kampung. Selamat bercuti semua!

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke