Ini bukan kali pertama eyza menghadapi masalah dengan nurse di KKIA. Tapi dah masuk kali keempat bila kena giliran eyza setiap kali ada temujanji dengan mereka-mereka ini.
Alkisahnya setiap kali eyza ada pemeriksaan kehamilan di Klinik Kesihatan, mesti akan menghadapi masalah dengan nurse di situ. Bayangkanlah temujanji eyza pukul 2 petang dan eyza bergegas dari opis ke situ yang memakan masa dekat 45 minit supaya sampai tepat pada masanya. Tapi bila eyza sampai situ, boleh pulak nurse-nurse di situ tak ada dalam bilik rawatan. Sedangkan waktu kerja bermula pukul 2 petang. Pernah sekali eyza dengar, mereka sembang bagi tahu nurse di situ sedang makan dan solat padahal jam dah dekat pukul 3 petang.
Dan sesi rawatan pesakit hanya akan bermula pukul 4.30 petang. Tapi bila kita masuk dalam bilik rawatan, nurse ni tak periksa kita lagi tapi duk sibuk menyembang bergosip sesama mereka. Eyza duk kat kerusi sebelah dia terpinga-pinga dengar gosip mereka. Walhal nak buat pemeriksaan tak sampai 5 minit pun. Rasa bengang sangat bila jadi macam tu. Dan kalau kita melawan mereka, satu KKIA akan dicanang nama kita dan untuk rawatan seterusnya mereka akan mendera kita untuk lagi lewat menerima rawatan.
Adehhh tak paham betul la cara kerja mereka ni. Adakah sengaja mereka melewatkan proses rawatan pesakit untuk menuntut elaun lebih masa (OVERTIME)?? Halal dan berkat ker rezki buat dengan cara macam tu?
p/s : nurse kerja mulia tapi kerana perangai segelintir nurse, terpalit stigma negatif untuk semua nurse!
adeh..
ReplyDeletemmg myirap kalau pesakit ada pun masih nk bergosip..
perli tegur kang nnti kita lak kene gosip.
sabo je lar
memang pun shark...kadang2 eyza bengang jugak dengan perangai mereka2 nie...ingat kita tak ada kerja ker nak tunggu mereka bergosip...huhu
DeleteWaalaikumussalam wardah...
ReplyDeleteterima kasih datang singgah ke blog eyza.