Monday, October 21, 2013

Air Ketuban Bocor??



Pagi Jumaat lepas eyza rasa macam ada air keluar masa tengah tidur. Tapi sebab mata tak mau mengalah, jadi eyza pun sambung tidur balik tanpa tengok air apa yang keluar. 


Lepas tu masa nak bangun solat Subuh, terasa basah macam air duk keluar lagi. Masa ni baru panik. Siap kejut hubby lagi sebab rasa risau pulak. Lepas mandi solat semua, duk plan dengan hubby nak pergi klinik. Takut nak ke hospital kot kena tahan wad pulak.


Tapi sebab dah tak ada keluar apa-apa selepas tu, macam biasa buat tak tahu jea sebab macam tak berapa nak yakin yang keluar tu air ketuban.


Petang ni masa duk kat rumah mak eyza, saja eyza tanya mak ada dak istilah air ketuban bocor. Maka berceritalah eyza hal kejadian pagi tadi. Lepas tu kakak eyza siap bagi cadangan suruh cek kat wad bersalin. Sebab dia takut jadi macam kawan dia, air ketuban keluar tapi tak rasa sakit pun. Akhirnya bila baby keluar, kena tahan dalam wad NICU sebab baby dah terkena jangkitan kuman. Adoiii jadi cuak pulak lepas eyza dengar macam tue...


Tapi dalam duk cuak-cuak masih tak pergi klinik lagi. Tunggu esok la pergi gynea yang selalu eyza pergi sebab hari Jumaat klinik dia tutup.


Lepas cerita kat dia apa berlaku, eyza kena buat VE...Duk baca dalam internet, pengalaman mommies semua yang buat VE ni sakit sangat. Makanya eyza redha dan tawakal jea nak menahan rasa sakit tue. Tapi ehh eyza tak rasa sakit apa pun. Sedar-sedar doktor kata laluan masih belum terbuka. Dan air ketuban pun tak ada yang bocor. Alhamdulillah syukur sangat-sangat bila doktor cakap perkembangan baby okey semua. Agaknya baby masih tak puas duk dalam perut ibu dia kot lagi ataupun baby nak keluar pada tarikh ibu bergelar tunang ayah hehe.... 


Sedikit info pasal air ketuban:

Air ketuban merupakan cecair yang berasal daripada rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi yang mengelilingi bayi semasa dalam kandungan ibu. Biasanya bersifat jernih dan tidak berwarna, tetapi boleh bertukar menjadi warna kepada kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin.

Antara sifat air ketuban ialah tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau sebagaimana air kencing, sebaliknya ia bersifat cecair dan cepat membasahi atau meleleh apabila terpecah.

Air ketuban akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang tempoh kehamilan. Fungsinya sangat penting. Antaranya ialah mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain daripada menstabilkan suhu persekitarannya. Kepentingannya yang lain ialah bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.

Air ketuban juga boleh pecah sama ada secara sendiri mahupun menerusi prosedur tertentu. Salah satu penyebab kepada ketuban pecah ialah prosedur memecahkan kantung ketuban yang biasanya dilakukan oleh doktor sewaktu ibu hamil mengalami kontraksi.            (copy paste dari : SINAR HARIAN)

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke