Showing posts with label ANAK. Show all posts
Showing posts with label ANAK. Show all posts

Sunday, October 23, 2016

Corat Coret Kenangan 2015

Assalamualaikum...


Lamanya tak menjejak dan menaip di sini... Sejak bermenjak menjak ni blog pun dah tak terurus.. Tak ada banyak masa nak jengah jengah langsung huhu...


Okeyyy sebab tahun 2015 dah lama melabuhkan tirai, maka Eyza rangkumkan lah semua kenangan di tahun 2015 dalam satu entri hehe... Ibarat 3 in 1... Jimat masa dan entri... hihi


Dalam tahun 2015 ada 2 cerita yang sangat besar perubahan nya dalam diri eyza sekeluarga... Satu cerita gembira dan satu cerita sedih... Okey Eyza mulakan dengan berita gembira dulu.


Tanggal 22 Mei 2015 (JUMAAT), lahirnya permata hati kami yang kedua --> MUHAMMAD AISY NAUFAL. Pandai dia bajet lahir lepas Eyza selesai semua urusan kerja...hehe





Bahagian yang paling sedih dalam hidup kami sekeluarga bila mana ayah Eyza pergi meninggalkan kami semua di pagi Jumaat (02 Oktober 2015) di pangkuan emak. Allah saat yang kami tak terjangka yang abah dah tiada. Sebab semuanya berlalu begitu pantas. Tanpa sebarang sakit atau tanda. Sungguh kami terkesan dengan kejadian ini. Semoga abah tenang di sana. Al Fatihah buat abah, HAJI FARID BIN AHMAD.



Saturday, November 22, 2014

Genap Setahun Ujian Itu

Di waktu ini setahun yang lalu dan di saat Amsyar berusia 6 hari, kami diuji oleh Allah s.w.t dengan suatu berita yang sangat-sangat menyedihkan. Sungguh tak terdaya diungkapkan dengan kata-kata ketika berita ini diterima. Hanya air mata menajdi peneman setia sepanjang hari. Ya Allah, tabahkanlah hati kami menerima ujian dariMu. Seandainya ujian itu Engkau turunkan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kami, tabahkan dan redhakanlah hati kami untuk menempuhinya demi anak kecil itu. 





Monday, November 17, 2014

Selamat Hari Lahir Yang Pertama MUHAMMAD AISY AMSYAR

~ baru lahir beberapa jam, mata dah celik luas hehe... ~


Pada tarikh hari ini 17 November setahun yang lalu, tepat jam 07:57 pagi lahirlah putera hati kami yang ditunggu-tunggu. Buah hati pengikat kasih dan cinta kami ini lahir secara normal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Nak baca kronologi kisah kelahiran dia, klik SINI naa...


Diberi nama MUHAMMAD AISY AMSYAR, jantung hati ibu dan ayah ni seorang budak yang keletah dan lincah namun sangat pemalu dengan orang perempuan hehe...Awal-awal minggu nak duduk dengan pengasuh baru, dia malu-malu dengan pengasuh. 





Sedar tak sedar rupa-rupanya anak comel ibu dan ayah ni dah mencecah usia 1 tahun hari ini...Terasa cepatnya masa berlalu dah besar pun Amsyar. Macam baru jea kami berdua menunggu saat-saat kelahiran dia, sekarang dah jadi abang long...





Buat permata hati tersayang, ibu dan ayah doakan semoga Amsyar menjadi anak yang soleh, sentiasa patuh ajaran Islam, diberi kesihatan yang baik, serta diberi kecekalan dan ketabahan hati dalam menempuhi setiap ujian dan dugaan dariNya untuk berjaya di dunia dan akhirat.


Selamat Menyambut Hari Lahir buat anakanda tersayang, MUHAMMAD AISY AMSYAR BIN MOHD HUZAIRI.


Perkembangan di saat usia hampir mencapai 1 tahun:
Pandai sebut ABAH, TAH, TAT (CAT), BIRD, cakap pelat yang banyak tapi masih dapat difahami, FAHAM ARAHAN yang diberi, suka cium mulut berkali-kali, pandai OFF KIPAS, sebelum keluar bilik mesti tangan tunjuk ke arah SUIS LAMPU sebab nak tolong tutupkan.



p/s : maaf di hari lahirmu, ibu dan ayah terpaksa redha menghadiahkan suntikan buatmu anak.

Tuesday, August 26, 2014

Anak Oh Anak


Bila eyza bacakan ayat2 sambil usap kepala dia automatik rasa sayu sangat-sangat. Terus teringat rupanya macam ni lah perasaan mak ayah eyza dulu ya masa eyza kecik-kecik. Sambil anak tidur sambil doakan yang baik-baik untuk anak. Bila besar nanti moga-moga jadi anak soleh.




Jom sama-sama baca tips dari Prof Muhaya yang eyza ambil dari FB:


Utk para ibu2 tersyg...
Dari Prof Muhaya Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya


Wednesday, July 9, 2014

Thursday, May 29, 2014

Amsyar Jatuh Katil



Jumaat lepas si comel mata boolat jatuh katil...cuak sungguh eyza masa tu...Kebetulan masa Amsyar jatuh tu TV tengah pasang azan Maghrib. Nasib baik Amsyar tak ada apa-apa.. Dia nangis sikit jea lepas tu dia lompat main macam biasa. Ibu dia jea yang menangis beria-ia...hihi...



Jadi eyza pun terus google cari pasal ANAK JATUH KATIL dan terjumpa lah beberapa maklumat berkaitan ini. Makanya eyza tepekkan di sini sebagai panduan eyza dan untuk semua  ibu-ibu yang risaukan kesihatan anak bila jatuh katil. Jom baca apa yang kita perlu buat jika berada dalam situasi macam ni.



1. Sekiranya bayi terjatuh, tenangkan bayi dahulu, kemudian berikan susu ibu atau susu formula. Susu ibu adalah terbaik kerana posisi bayi akan berada dalam pelukan ibu dan bayi akan berasa lebih tenang selepas terjatuh.

2.Tengok jatuh mana dulu. Di depan kepala (dahi) or belakang (belakang lagi bahaya)

3. Rabalah seluruh bahagian kepalanya dengan sedikit penekanan bagi memastikan terdapatnya benjolan, kesakitan, atau "dekok" (fraktur mampatan) di kepala.

4. Jika ubun-ubun belum tertutup, rabalah ubun-ubun dan pastikan sama ada ia membonjol atau tidak. Ubun-ubun yang membonjol menunjukkan adanya peningkatan tekanan dalam otak, boleh berlaku kerana pendarahan
  
5. Kalau benjol, cepat2 tuam dengan ais! bukan air suam.Tak payah bawa ke hospital. Kalau retak pada tengkorak saja, doktor kata ianya cepat sembuh dan tempat yg retak sedikit tadi biasanya akan lebih keras dr tulang tengkorak lain.

6.Perhatikan tindakbalas bayi..sekiranya bayi muntah, perlu perhatikan bagaimana cara bayi muntah. Samada bayi muntah meleleh ataupun muntah yang terpancul jauh.

7. Sekiranya bayi muntah terpacul, terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga,pengsan,sawan, lebam belakang telinga, anak tak aktif, perubahan fizikal seperti muka herot, atau jalan tidak stabil perlu segera bawa bayi berjumpa doktor pakar kanak kanak.

8. Elakkan tidurkan bayi semula immediately selepas jatuh.

9. Elakkan letak bayi didalam buai kerana buaian boleh memberi kesan kepada gegaran sekiranya ada.

10. Parents perlu kawal panik anda kerana sekiranya parents panik, bayi akan turut berasa lebih tidak selesa.

11. Kesan2 di atas di pantau dalam masa 24 jam.

Thursday, May 8, 2014

Tabahkanlah Hatimu Wahai Ibu

Kelmarin eyza ONkan FB masa dalam perjalanan ke tempat kerja. Lepas tu nampak ada seseorang SHAREkan artikel seorang ibu muda yang menulis sesuatu di blog dia. Artikel yang bertajuk SUSU TERAKHIR BUAT ARMAND.


Sampai-sampai jea kat opis, terus eyza bukak blog dia. Mula-mula baca eyza masih ok tapi bila masuk ke pertengahan cerita, airmata secara automatik berlinang dah. Terus fikiran eyza melayang teringatkan anak di rumah pengasuh.


Bila dah jadi ibu nie, apa-apa saja berkaitan bayi (walaupun bukan anak sendiri) pasti hati eyza akan cepat tersentuh. Tambah pulak bila kenangkan saat-saat kami mula menerima ujian di kala anak eyza baru berusia 6 hari. Sungguh waktu tu memang eyza hanya mampu menangis sepanjang hari saat menerima berita itu. Di saat ibu-ibu lain berpantang di rumah, eyza dah berjalan sana sini berpantang di hospital dan di atas kereta. Sungguh waktu itu Allah beri eyza kekuatan di saat orang kata badan ibu lepas bersalin masih lemah. Dengan masa tidur hanya 1-2 jam sehari, memang eyza tak ada langsung rasa  penat. Hanya ada rasa nak tengok anak cepat-cepat boleh keluar wad. Rupa-rupanya itulah perasaan halus seorang ibu bila melibatkan hal berkaitan anaknya.


Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada ibu muda ini untuk cekal mengharungi hidup yang mendatang bersama seorang lagi buah hati terchenta iaitu MAS ALIFF SHADAN. Al fatihah buatmu Arwah MAS ARMAND SAIFF.



Kepada yang nak baca nukilan ibu muda yang tabah ini, sila ke SINI...

Wednesday, May 7, 2014

Friday, March 28, 2014

Majlis Aqiqah MUHAMMAD AISY AMSYAR DAN NUR FITRAH RAUDHAH




Majlis Aqiqah putera hati kami telah diadakan pada 27 Disember 2013 (JUMAAT) di ketika usianya 41 hari. Tak dan lepas pantang maksudnya si ibu tak boleh bergaya lebih lagi laa hihi...


Sebelum tu pada 06 Disember 2013 kami buat acara cukur jambul. 


Rambut asal 


Sedap tidur sebelum rambut dicukur



Ayah perabihkan cukur rambut anak dia

   

Yeayy saya dah botak


Majlis Aqiqah ini eyza buat sekali dengan anak adik eyza.. Lagipun beza umur mereka hanya 10 hari tu yang kongsi sekali.

Pagi sebelum majlis  bermula...Aisy seronok tidur berselimut

  


Anak Eyza dan anak adik eyza

Majlis hari tu memang meriah sebab kami tumbangkan 3 ekor kambing. Memang puas semua tetamu dapat makan kambing banyak hehe...


Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan berzanji oleh kumpulan wanita. 


kumpulan wanita penuh hingga ke luar rumah

cenderahati untuk kumpulan wanita


Masa kumpulan wanita ni berzanji, eyza dan adik bawa keluar anak masing-masing untuk dipegang oleh setiap ahli kumpulan. Amsyar masa eyza bawa pusing keliling tu memang tidur saja hehe... 





Lepas Solat Jumaat, jamuan untuk tetamu lelaki dan saudara mara serta kawan-kawan pulak. Masa ni eyza tengok, tetamu kena beratur panjang nak ambil makanan...rasa macam dekat kedai makan pulak hihi...


Apapun eyza sekeluarga bersyukur majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah selesai sudah satu tanggungjawab kami sebagai ayah dan ibu untuk anak-anak. 



p/s : Ini cerita lama sudah berkurun yang tahun lepas punya tapi baru sekarang sempat eyza abadikan dalam blog.

Wednesday, March 5, 2014

Sunday, February 16, 2014

Corat Coret Kenangan 2013

Tahun 2014 dah lama memasuki tirai tapi baru sekarang nie jea eyza sempat menaip entri 'corat coret kenangan 2013'...yeah masa membataskan segala pergerakan eyza sebelum ini. 


Tahun 2013 ~ tahun segala kenangan manis dalam hidup eyza. Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana memberikan sinar kebahagiaan buat diri eyza. Aku bersyukur padaMu Ya Allah.


Permulaan kenangan manis 2013 dimulai pada bulan Februari di mana pada tarikh keramat 08 Februari (JUMAAT), eyza selamat disatukan dengan si dia dan bergelar isteri orang. 





Yang Kedua bila pada bulan MAC, eyza disahkan hamil. Sangat-sangat teruja rasa waktu tu sampai beli alat penguji kehamilan senyap-senyap dan pagi tu sebelum mandi pergi kerja eyza buat test UPT. Masa mula-mula test tu eyza silap buat. Tak ada langsung naik garisan. Lepas tu eyza cuba sekali lagi dan alhamdulillah bila dalam masa beberapa saat jea keluar dua garisan merah. Terus eyza mandi cepat-cepat dan kejutkan hubby nak tunjuk benda ni. Dia blur mula-mula tu kemudian baru dia tersenyum lebar hehe... 



Yang Ketiga ialah bila permata hati kami selamat dilahirkan pada 17 November 2013 (AHAD). Anugerah terindah dari Allah s.w.t ini pelengkap kehidupan kami kini. Dengan telatah dia yang boleh buat eyza tersenyum sorang-sorang bila duk kat opis ni memang seorang anak yang baik macam ayah dia...hehe. Sangat behave dan berdikari. Budak mata boolat nie memang boleh buatkan eyza asyik rindu dia saja bila duk kat opis...hehe



Alhamdulillah segala kenangan 2013 memberi eyza perubahan status 2 dalam 1. Dari bujang menjadi isteri orang dan dalam tahun yang sama jugak menjadi ibu. Syukur sangat-sangat diberi kemudahan oleh Yang Maha Esa. Harapnya kedatangan 2014 membawa lebih kebahagiaan kepada keluarga kecil kami. LUV U my family.

Friday, February 14, 2014

Kronologi Kelahiran MUHAMMAD AISY AMSYAR

Hari ini genap 90 hari umur anak eyza tapi baru sekarang eyza sempat melakar coretan kenangan saat kelahiran putera kesayangan.




MUHAMMAD AISY AMSYAR,

Lahir pada tanggal 17hb November 2013 (AHAD) tepat jam 7.57pagi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah dengan berat 2.76kg.


Jadi kat sini eyza nak coretkan sedikit perihal saat kelahiran dia untuk tatapan di masa depan.



13 November 2013 (RABU)

Eyza ke klinik swasta, klinik Dr. Ganga sebab rasa ada macam cecair keluar pagi tu. Jadi doktor buat VE tapi bukaan baru 1.5cm. Makanya doktor jangka baby mungkin akan lahir sama ada hari Jumaat atau Sabtu.



16 November 2013 (SABTU)

9.30 pagi - perut eyza mula rasa sakit dalam 15minit sekali. Mula tu eyza ingat sakit perut sebab nak melabur...hehe. Masa tu eyza dengan mak dan abah pergi breakfast kat medan di pasar besar, alor setar. Eyza order makanan pun tak habis makan sebab dok rasa tak sedap perut. Dan kebetulan masa dok makan tu, terjumpa nurse yang pernah check eyza kat KKIA. Jadi mak eyza tanya nurse tu pasal eyza sebab eyza dah overdue 4 hari.

Bila balik rumah rasa sakit lagi tapi eyza boleh tahan lagi sebab rasa sakit tu mai tak kerap sangat.

2.30petang - rasa sakit dah jadi 12minit sekali. Eyza dok berehat dalam bilik sambil baca novel kononnya nak tak mau fikir sangat pasal sakit tu.. sambil-sambil tu eyza dok mesej hubby bagitau keadaan eyza sebab hubby kerja luar. Kalau nak balik pun, ambik masa jugak. 

3.50petang - masa ni bila sakit 7minit sekali mula rasa tak tahan dah. Setiap kali kontraksi datang, setiap kali tu eyza merekot badan.

Hubby eyza dok risau dah sampai tak tenang nak buat kerja. Dia nak cari dah bas nak balik tapi  eyza kata eyza masih ok lagi.

Kemudian dalam pukul 6 camtu ada keluar darah sikit.

Lepas maghrib, mak suruh eyza makan nasi bagi ada tenaga sikit kot betul eyza nak bersalin malam tu. Tapi bila dah rasa sakit, bagi makanan sedap camna pun eyza tak mau dah.

Lepas Isya' - eyza siap nak pergi hospital dengan mak dan abah sementara hubby terus tunggu di sana. Masa ni sakit dah 5 min sekali dan terus menuju ke PAC, HSB.  Doktor pelatih Cina buat VE baru 2cm. Dia suruh balik rumah dulu dan datang semula cek bukaan pukul 8 pagi keesokannya. Tapi bila balik rumah, sakit makin kerap.

Mak eyza bagi minum air teh pekat campur telur ayam kampung dan suruh bersiap ke hospital sekali lagi.

4.45pagi - ke HSB sekali lagi.  doktor yang awal tadi tanya eyza sebab apa datang balik ke sini. Eyza kata sakit makin kerap dah 1 ke 2 minit sekali. Bila dia buat VE rupanya bukaan dah 5cm. Doktor mula pecahkan air ketuban sebab eyza hanya keluar darah jea sebagai tanda nak bersalin. Orang kata kalau keluar darah, memang sakit sangat masa kontraksi.  Dan memang eyza tak nafikan rasa sakit tu memang sangat-sangat sakit bila setiap kali berlaku kontraksi.

5.30pagi - eyza bersedia untuk ditolak masuk ke Labour Room (LR). Masa ni tinggal eyza seorang jea dalam PAC dan bila eyza ditolak ke LR, eyza tengok kawasan dalam PAC dah bergelap. Mungkin staff nak berehat sekejap kot sementara nak tunggu waktu kerja tamat. Sampai ke bilik khas untuk bersalin, eyza dipasang segala alat untuk dengar denyutan jantung bayi.

6.30 pagi - Staff Nurse cek dah buka 9cm. Dia kata dekat nak full dah ni. Jadi eyza minta tolong dia panggil hubby masuk untuk teman eyza masa bersalin nanti. Ada 3 orang nurse pelatih bersiap sedia nak sambut baby. Eyza dah mula rasa nak meneran tapi bila seorang doktor cina ni buat VE kat Eyza pukul 7.10pagi, dia tak bagi eyza teran lagi. Katanya bukaan baru 8cm. Dia kata staff nurse yang awal tadi silap buat. Dia kata nak buka penuh ambil masa jugak. Tapi eyza dok rasa senak nak meneran dah. jadi bila setiap kali rasa senak, terus eyza meneran.

7.30 pagi - sakit makin kuat Dan eyza memang tak tahan dah. Kebetulan masa tu ada seorang doktor melayu masuk tengok keadaan eyza. Terus eyzabagitahu kata eyza rasa nak meneran dah. Masa tu dah pukul 7.45. Bila dia tengok, dia kata dah nampak rambut baby. Terus kalut semua buat persiapan nak sambut baby.

Kebetulan pulak masa tu hanya eyza jea dalam LR yang dah sampai masa nak bersalin. Jadi semua pakat berkumpul dalam bilik eyza sambil bagi semangat suruh push sekuat hati. Hubby duk sebelah kiri eyza usap kepala bagi kata-kata semangat.

Dan akhirnya setelah beberapa kali mencuba, tepat jam 7.57 pagi lahirlah putera kesayangan kami. Tak terkata apa eyza masa doktor angkat dan tunjuk baby sebab macam tak percaya eyza berjaya lakukannya. Lepas tu hubby ambil baby dan azankan. Syahdu dan sayu jea suasana masa tu. Akhirnya kami berdua dah bergelar ayah dan ibu. 




Syukur padaMu Ya Allah kerna telah mempermudahkan proses bersalin eyza. Sebab eyza dok baca pengalaman ibu-ibu dalam internet, katanya kalau anak sulung memang ambik masa panjang untuk buka dari 1cm ke 1cm. Mungkin baby eyza dah tak sabar nak jumpa ibu dan ayah tu yang dia cepatkan bukaan...hehe


Buat anakanda yang tersayang, MUHAMMAD AISY AMSYAR --> ayah dan ibu sayang kamu sangat-sangat. 



p/s : masa hari pertama mula kerja, waduhh rindu bangat sama budak mata boolat tue...hihi

Wednesday, February 12, 2014

Wednesday, October 30, 2013

WW ~ Doa Mohon Dipermudahkan Bersalin




Seeloknya diamalkan doa ini ketika kandungan sudah mencecah 9 bulan. Bukan apa takut kalau amal dari awal, nanti lahir bayi tak cukup bulan pulak....Mudah-mudahan kita semua diberi kemudahan oleh Allah swt di saat berjuang melahirkan satu nyawa lagi di muka bumi ini...

Tuesday, October 29, 2013

Kaki Mengembang??




Kaki sapa dah mula mengembang ni...huhu...


Ekcelli eyza pun tak perasan kaki eyza dah mula mengembang..Hari tu nurse ada bagitau kaki eyza dah kembang tapi eyza tengok tak ada apa-apa perubahan pun kat kaki. Pakai kasut biasa pun masih muat lagi.


Tapi semalam masa nak sarung selipar jamban kat opis nie, ehh kenapa kaki kiri eyza tak boleh tolak ke depan...Alaa kaki eyza dah besar ker? Baru lah eyza perasan kan kaki eyza dah mula mengembang...huhu...


Namun masalah kaki kembang ni boleh diatasi dengan melakukan perkara-perkara seperti di bawah. (SUMBER : SINI)

~ jangan duduk atau baring terlama. Sekali sekala bangun dan berjalan.

~ tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.

~ naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.

~ rendam kaki dalam air sejuk.

~ jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.

~ regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda gerak-gerakkan.

~ minum air secukupnya. ini dapat membantu mengurangkan pengumpulan air di bawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki.

~ gunakan kasut dan stokin yang selesa. jangan pilih yang ketat.

~ kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.

~ gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.

~ amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

~ amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. 




p/s : paksa diri jugak la pakai selipar yang tak muat tue...nanti kalau beli yang besar, sapa nak pakai pulak nanti...hihi

Thursday, October 24, 2013

Tanda - tanda Dah Nak Bersalin

Sekadar berkongsi dengan semua tanda-tanda bila anda sudah hampir waktu melahirkan...

Perut akan menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

Anda mungkin terasa:
1) sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
2) kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing.
3) sakit perut, memulas.
4) kerap buang air besar.
5) kerap terkentut.
6) sakit belakang kerana bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. 





Dan tanda-tanda anda harus bersiap sedia ke hospital bila terjadi salah satu dari tiga perkara di bawah ini iaitu :

1) keluar lendir bercampur dengan darah - lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim.
2) keluar air ketuban - air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina, warnanya jernih dan tanpa bau.
3) senggugut macam sakit period





p/s : eyza masih belum bertanda-tanda yang harus bersiap sedia lagi hehe....

Monday, October 21, 2013

Air Ketuban Bocor??



Pagi Jumaat lepas eyza rasa macam ada air keluar masa tengah tidur. Tapi sebab mata tak mau mengalah, jadi eyza pun sambung tidur balik tanpa tengok air apa yang keluar. 


Lepas tu masa nak bangun solat Subuh, terasa basah macam air duk keluar lagi. Masa ni baru panik. Siap kejut hubby lagi sebab rasa risau pulak. Lepas mandi solat semua, duk plan dengan hubby nak pergi klinik. Takut nak ke hospital kot kena tahan wad pulak.


Tapi sebab dah tak ada keluar apa-apa selepas tu, macam biasa buat tak tahu jea sebab macam tak berapa nak yakin yang keluar tu air ketuban.


Petang ni masa duk kat rumah mak eyza, saja eyza tanya mak ada dak istilah air ketuban bocor. Maka berceritalah eyza hal kejadian pagi tadi. Lepas tu kakak eyza siap bagi cadangan suruh cek kat wad bersalin. Sebab dia takut jadi macam kawan dia, air ketuban keluar tapi tak rasa sakit pun. Akhirnya bila baby keluar, kena tahan dalam wad NICU sebab baby dah terkena jangkitan kuman. Adoiii jadi cuak pulak lepas eyza dengar macam tue...


Tapi dalam duk cuak-cuak masih tak pergi klinik lagi. Tunggu esok la pergi gynea yang selalu eyza pergi sebab hari Jumaat klinik dia tutup.


Lepas cerita kat dia apa berlaku, eyza kena buat VE...Duk baca dalam internet, pengalaman mommies semua yang buat VE ni sakit sangat. Makanya eyza redha dan tawakal jea nak menahan rasa sakit tue. Tapi ehh eyza tak rasa sakit apa pun. Sedar-sedar doktor kata laluan masih belum terbuka. Dan air ketuban pun tak ada yang bocor. Alhamdulillah syukur sangat-sangat bila doktor cakap perkembangan baby okey semua. Agaknya baby masih tak puas duk dalam perut ibu dia kot lagi ataupun baby nak keluar pada tarikh ibu bergelar tunang ayah hehe.... 


Sedikit info pasal air ketuban:

Air ketuban merupakan cecair yang berasal daripada rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi yang mengelilingi bayi semasa dalam kandungan ibu. Biasanya bersifat jernih dan tidak berwarna, tetapi boleh bertukar menjadi warna kepada kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin.

Antara sifat air ketuban ialah tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau sebagaimana air kencing, sebaliknya ia bersifat cecair dan cepat membasahi atau meleleh apabila terpecah.

Air ketuban akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang tempoh kehamilan. Fungsinya sangat penting. Antaranya ialah mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain daripada menstabilkan suhu persekitarannya. Kepentingannya yang lain ialah bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.

Air ketuban juga boleh pecah sama ada secara sendiri mahupun menerusi prosedur tertentu. Salah satu penyebab kepada ketuban pecah ialah prosedur memecahkan kantung ketuban yang biasanya dilakukan oleh doktor sewaktu ibu hamil mengalami kontraksi.            (copy paste dari : SINAR HARIAN)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke