Thursday, February 28, 2013

Merah Jambu Menyinari 2 Hati 1 Jiwa



Selepas kenduri sebelah eyza, esoknya diadakan kenduri sebelah pihak lelaki pulak. Memang letih sangat-sangat mengharungi 3 hari yang penuh bermakna dalam hidup tapi demi menjimatkan rasa penat itu maka kami sepakat buat majlis tu berturut-turut.





Tepat jam 12 tengah hari, rombongan dari pihak eyza sebanyak 11 buah kereta mula bergerak menuju ke rumah pengantin lelaki. Dan dalam pukul 2 petang tu, semua ahli keluarga eyza mula bergerak balik huhu...rasa sedih jer kena tinggal sorang-sorang kat sini tanpa mengenali sangat sesiapa pun.


~ dengan family sebelah eyza; mak, kakak, adik dan anak sedara ~


~ family sebelah suami ~


Dalam pukul 3 petang tu, eyza dan suami mula bergerak untuk shooting outdoor. Lokasi pilihan kami ialah di Kota Marina,  Kuala Kedah. Panas terik waktu kami sampai kat situ sampai terpancar wajah kepenatan di muka eyza. Letih rupanya jadi raja sehari ini. Bukan letih buat kerja sebab kerja-kerja memang dikecualikan untuk buat tapi letih duk senyum dan bergambar hehehe....






Dan habis sahaja sesi bergambar tu, maka bermulalah episod baru dalam hidup eyza. Melayari bahtera rumahtangga bersama suami. Doakan hubungan rumahtangga kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Bak kata orang, love till jannah!




Jom layan beberapa keping gambar yang eyza ambil sebagai kenangan.













p/s : dilayan bak tuan puteri...owh..indahnya dunia....  (~_~)

Wednesday, February 27, 2013

WW - Hati Seorang Ibu




Assalamualaikum anakku. Setelah 28 tahun berada di sini ari ni anakku dah jadi isteri orang. Rasa sangat sunyi. Selalu apa masalah kita cerita sama-sama. Tinggal bilik anakku saja jadi kenangan. Semoga Allah selamatkan anakku dan suami. Berbahagialah hingga ke akhir hayat dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah dan mendapat keredhaan Allah. Amin. Jaga diri elok-elok. Pandai-pandailah jaga suami. Tempat seorang isteri adalah di sisi suami kerana di situlah syurgamu.




Mesej dari emak eyza yang dihantar selepas kenduri sebelah pihak lelaki. Memang air mata mudah mengalir tika baca sms nie. Terharu, sayu dan sedih di saat mesej ini dibaca eyza dah bertukar status dan jadi milik orang selama-lamanya. Hanya doa dari ibu yang eyza jadikan azimat dalam meniti hidup berumahtangga. i love u mom.





p/s : sayangi lah ibu bapa anda sementara mereka masih ada!

Tuesday, February 26, 2013

Merah Hitam Menyatukan Dua Hati

~ Lamaranmu ku terima dengan hati yang gembira ~



Kenduri sebelah rumah eyza berlangsung keesokkannya selepas akad nikah iaitu pada 9 Februari 2013. Pagi tu eyza bangun dalam keadaan seronok, teruja, takut dan gementar. Ya lah hari tu hari bersejarah buat diri sendiri. Jadi kalau boleh eyza nak majlis eyza berlangsung dalam suasana santai dan menyelesakan tetamu yang datang. 




Eyza mekap di rumah jadi dalam pukul 9.30 acara mekap bermula. Senang mekap kat rumah nie sebab tak payah kelam kabut nak keluar pagi-pagi ke kedai. Cuma caj dia lebih la sebab bayar upah pengangkutan dia walaupun mak cik yang mekap tu datang dengan motor saja. Jimat minyak dia kan hehe...





Dalam masa eyza tengah mekap tu, ruang tamu rumah eyza dan ruang beranda luar dah mula dipenuhi jiran tetangga dan sanak saudara sebab dalam pukul 10 pagi tu akan ada majlis bacaan Yasin. Kalau ikut perancangan asal, mak ayah eyza plan hanya nak buat majlis bacaan Yasin sahaja tanpa acara Marhaban. Tapi mungkin sudah tertulis rezeki kenduri, ustazah yang mengetuai bacaan Yasin tu minta nak buat Marhaban khas untuk bekas anak didik dia. Ustazah tu dulu cikgu subjek PAFA eyza masa sekolah rendah. Jadi lepas baca Yasin, terus buat marhaban dan lepas tu tak disangka ada pulak adik-adik anak jiran belakang rumah baca selawat ramai-ramai.


~ MUMMY ADRIANA yang sentiasa vogue da vass walaupun ADRIANA dok merengek saja ~

Dan lepas semua acara tu lebih kurang pukul 11.30pagi, orang baca Yasin tu dah mula memenuhi khemah makan. Walaupun dah ditulis di kad jamuan makan dari pukul 12 tgh hingga 5 petang, tapi sebab makanan dah sampai awal jadi semua mula makan awal. Nasib baik jugak makanan sampai awal sebab kawan terbaek eyza di alam maya MUMMY ADRIANA kena balik awai. Kesian kat dia kalau mai dari jauh tak sempat makan.





Rombongan pihak lelaki sampai selepas Zuhur (saja eyza minta camtu sebab takut satgi mai awai tak dan nak solat pulak) dan mula berarak ke pelamin (cadangan awal hanya pelamin ringkas tapi sepupu nak sponsor pulak makanya terhasil jugak pelamin mengikut tema merah hitam). Duk pelamin sat untuk bergambar dan baru lah kami ke meja makan. Makan pun ala kadar sahaja walaupun semua orang kata lauk-lauk dia best sebab eyza sakit kepala sangat masa tue. Mungkin sebab cuaca panas dengan baju tebal pastu pulak eyza langsung tak makan apa-apa sejak pagi jadi eyza makan sikit buat alas perut nak makan ubat hahaha.. Orang lain sibuk makan nasi kenduri tapi eyza kalut cari Panadol.











Dalam pukul 5 petang tu eyza dan suami mula bergerak mengikut jurugambar untuk sesi outdoor. Sampai kat tempat yang memang nak tuju tu, sekali tengok tu dia ramainya pasangan pengantin yang buat sesi outdoor kat situ. Ingatkan kami yang sampai awal dulu hehe rupa-rupanya berbelas pasangan pengantin dah mula bergambar kat situ. Syok tengok macam-macam gaya yang jurugambar mereka minta buat. Jadi eyza dan suami tak la rasa kekok sangat nak bergaya.





Habis outdoor dalam pukul 6 petang terus balik rumah untuk sesi membasuh periuk belanga hehe... Ingatkan dah tak ada tetamu yang datang rupa-rupanya suasana masih rancak. Kesian kat mak ayah dah penat dan letih melayan tetamu sejak pagi hingga lewat petang.






Lepas maghrib eyza hantar suami balik rumah dia. Tapi sebelum tu kami dating pertama kali sebagai suami isteri dekat tepi tasik hehe....ambik mood bermanja sebab satgi nak ditinggalkan....Lepas hantar suami balik rumah, on the way eyza nak balik rumah eyza rasa suasana lain macam. Rasa sayu dan merindu. Macam nak patah balik jea ke rumah dia hehe...Tapi sabarkan hati sebab esoknya kami akan berjumpa lagi dan takkan terpisah dah buat selama-lamanya. Yang buat eyza rasa sayu tu sebab sepanjang perjalanan balik radio pasang lagu mendayu pulak.. Alahai macam faham jea hati eyza saat tu hehe...Okeylah eyza sambung nanti pulak cerita di pihak lelaki.




p/s : masih kekok bila dipanggil PUAN hehe...

Monday, February 25, 2013

Aku Terima Nikahnya





Alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa, akhirnya pada 8 Februari 2013 pada jam lebih kurang pukul 10.15 pagi, eyza selamat bergelar isteri orang. 







Rasa lega sangat-sangat bila anak saudara eyza bagitahu, majlis akad nikah dah selesai. Ambik masa lebih kurang beberapa minit saja. Memang sempoi la tok imam kawasan eyza itu. Tak ada nak temuramah panjang-panjang pun. Bermakna kuranglah debaran di hati suami tika menunggu saat menggenggam tangan tok imam. Lafaz pertama tu mula-mula dah okey tapi saksi kata tak okey sebab tersebut satu perkataan yang dia tak mau. Jadi kena lafaz kali kedua. Dan alhamdulillah dengan dua kali lafaz, bermaksudnya termeterilah secara sahnya kami bergelar suami isteri. 





Eyza tunggu di dalam kereta masa majlis akad nikah tu sebab eyza terlewat sampai. Jadi suami ingat eyza tak datang. Selesai akad dan dia buat solat sunat, terus dia cari ahli rombongan dia tanpa sedar eyza dok ada kat bawah tu. Bila adik dia bagitahu eyza tunggu, terus senyum dia melebar sampai ke telinga. Sebab tak sangka eyza menanti kat bawah hehe....










Habis majlis akad nikah di masjid, rombongan lelaki mula bergerak ke rumah eyza untuk majlis jamuan kecil-kecilan. Masa rombongan tengah makan, kami berdua dok sibuk bergambar dalam bilik. Teruja nak bergambar berdua secara sah sampai tak kisah bab makan hahaha....





Dalam pukul 11 lebih semua rombongan berangkat pulang untuk menyiapkan diri bagi kenduri sebelah pihak eyza pulak.  Masa semua orang sibuk duk buat persiapan kat ruang tamu, eyza lari masuk bilik hehe...sakit kepala daa sebab malam sebelum akad nikah tu tak boleh tidur.





p/s : lama tak hapdet belog sampai eyza lupa cara nak upload gambar hehe....

Thursday, February 21, 2013

Kau Yang Terindah ~ Je T'aime


Tak Inginku Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya







Kau Yang Terindah Di dalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya





Thursday, February 14, 2013

I'm back...


Hari ini eyza masuk kerja sekejap sebelum sambung cuti...Ingatkan nak direct cuti habis minggu ni tapi sebab hari Ahad ni nak cuti lagi, makanya eyza kena mai jugak kerja hari ini.


Eyza sempat berblogwalking ke 3 ke 4 blog saja tapi tak dan baca semua entri huhu...Masa agak terhad dan kemungkinan blog ini akan sepi lagi sebab minggu depan eyza berkursus pulak hehe...Tq pada yang masih support blog eyza nie. Luv u all...


~ pic ni jer yang eyza ada hehe... ~





p/s : terharu dengan REMYHAZZA dan MUMMY ADRIANA yang sudi menceriakan hari terpenting eyza...walaupun kenal hanya melalui blog!!!

Tuesday, February 5, 2013

Selamat Bercuti...hehe



Esok eyza mula bercuti. Jadi blog akan bersawang untuk beberapa ketika huhu... Harap maaf yea eyza tak sempat nak blogwalking balas jejak kawan-kawan semua. Nanti lepas naik kerja, pelan-pelan eyza terjah balik yea....Jumpa lagi nanti!

Monday, February 4, 2013

Alkisahnya Pejabat Agama ~ Kerenah Birokrasi Ker?

Eyza tak tahu nak mula cerita camna tapi inilah kisah yang benar-benar berlaku kat ayah eyza...



Minggu lepas ayah eyza ke pejabat agama nak ambil borang eyza yang dah siap diproses. Sampai dekat kaunter ayah eyza  tunjuk resit yang dikeluarkan pejabat agama sebelum ni (sebab dia kata kalau nak ambik borang diproses kena bawa resit)


Tapi seorang staf perempuan kat kaunter tu tak mahu tengok resit dan dia keluar ayat camni kat ayah eyza. "Borang tu siap lagi 3 minggu". Ayah eyza kata kat dia, nak nikah lagi 2minggu tapi camana borang lagi 3 minggu baru siap. Lepas tu baru dia minta nak tengok resit dan mula cari dalam laci. Tahu tak rupa-rupanya borang tu dah lama siap. Tapi sebab dia malas nak selongkar laci, dia bagi jawapan macam tu la. 


Ayah eyza ambik dan sebelum balik tu masa dalam kereta, dia cek borang tu. Alahai....camna dia buat kerja nie. Alamat untuk kedua-dua pasangan silap. Dia main letak saja alamat sapa-sapa entah. 






Ayah eyza masuk balik kat kaunter tu dan tunjuk kat dia kesalahan tu. Tunggu tak sampai 5 minit, dah siap borang baru. Sekejap saja nak buat borang tue, tapi sebab kerenah birokrasi (hanya layan orang yang ada status) mereka sengaja lengahkan proses borang tue. 




p/s : indahnya pertemuan, manisnya penantian...





Sunday, February 3, 2013

Jomlah Join Contest Blog Kakinakl.com

Entri kedua di bulan Februari eyza masih berkisar tentang peraduan hehe...nie kes malas nak hapdet entri la nie...*apapuntakboleh kan...




Peraduan kali ini anjuran blogger otai yang cukup pemurah berkongsi idea-idea resepi terkini dengan pembaca semua iaitu blogger KAK INA KL. Walaupun kak ina nie antara blogger femes dan blogger ribu riban, tapi dia seorang yang merendah diri. Dan satu lagi pasai kak ina nie, walaupun dah bergelar ibu dan bakal menerima menantu tapi suara dia tetap maintan kemanisannya. Rasa macam bercakap dengan orang muda jer bila kak ina call eyza hari itu. Nak tahu dia call sebab apa, klik SINI.
















Senang ajer nak join contest kak ina ni. Anda hanya perlu menjawab 3 soalan di bawah ini. Jom baca apa jawapan eyza hehe...



1.  Macammana anda leh terjumpa blog akak?


~ eyza terjumpa blog kak ina nie dari bloglist blogger lain.


2.  Nyatakan dari blog mana dan bagilah link dia..(kita cam promote link dialah..kalau jumpa kat google tak yah yer letak link)

~ eyza jumpa dari blog GREAT TEACHER ONIZUKA ( http://www.eyriqazz.com/ )
  

3.  Pastu bagilah  3 ataupun 5 sebab kenapa anda suka membaca blog akak.

~ sebab suka tengok gambar resepi terbaru dari kak ina
~ suka baca ulasan kak ina pasal produk terbaru 
~ suka tengok gaya kak ina menulis entri; tulus dari hati dan pandangan diri sendiri.
~ sebab nak join GA kak ina...hehe





Akhir sekali anda kena letak ayat macam kat bawah nie. Senang jer kan.



Contest "Jomlah Join Contest Blog Kakinakl.com" adalah anjuran www.kakinakl.combersama eyriqaz , kutooobamboo, dan jaakechik 

Segmen Saya Follow U,U Follow Me By mselim3

Untuk entri pertama di bulan Februari, eyza nak join segmen. Anjuran blogger mselim3.






Jom kita ramai-ramai pakat join sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan blogger kita.

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke