Thursday, February 28, 2013

Merah Jambu Menyinari 2 Hati 1 Jiwa



Selepas kenduri sebelah eyza, esoknya diadakan kenduri sebelah pihak lelaki pulak. Memang letih sangat-sangat mengharungi 3 hari yang penuh bermakna dalam hidup tapi demi menjimatkan rasa penat itu maka kami sepakat buat majlis tu berturut-turut.





Tepat jam 12 tengah hari, rombongan dari pihak eyza sebanyak 11 buah kereta mula bergerak menuju ke rumah pengantin lelaki. Dan dalam pukul 2 petang tu, semua ahli keluarga eyza mula bergerak balik huhu...rasa sedih jer kena tinggal sorang-sorang kat sini tanpa mengenali sangat sesiapa pun.


~ dengan family sebelah eyza; mak, kakak, adik dan anak sedara ~


~ family sebelah suami ~


Dalam pukul 3 petang tu, eyza dan suami mula bergerak untuk shooting outdoor. Lokasi pilihan kami ialah di Kota Marina,  Kuala Kedah. Panas terik waktu kami sampai kat situ sampai terpancar wajah kepenatan di muka eyza. Letih rupanya jadi raja sehari ini. Bukan letih buat kerja sebab kerja-kerja memang dikecualikan untuk buat tapi letih duk senyum dan bergambar hehehe....






Dan habis sahaja sesi bergambar tu, maka bermulalah episod baru dalam hidup eyza. Melayari bahtera rumahtangga bersama suami. Doakan hubungan rumahtangga kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Bak kata orang, love till jannah!




Jom layan beberapa keping gambar yang eyza ambil sebagai kenangan.













p/s : dilayan bak tuan puteri...owh..indahnya dunia....  (~_~)

2 comments:

  1. tu dia raja sehari... sana sini sibuk berposing...... cantik2 semuanya eyza.....

    ReplyDelete
  2. @Remy hazza letih remy duk asyik berposing tue hihi...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke