Friday, September 30, 2011

Cuba Teka?

Cuba teka nama makanan nie.






Peneka yang terpantas dan tepat akan memenangi rm10 (cash/topup).

UPDATE : tiada yang berjaya meneka dengan tepat.

JAWAPAN : telur kukus 3 rasa (gabungan telur ayam + telur masin + telur hitam)

p/s : kak Deeya tak dibenarkan masuk yea hehe...

Thursday, September 29, 2011

Rindunya nak buat UMRAH lagi

Salam u olsss...


Hari nie semua jemaah haji dah mula bertolak untuk mengerjakan haji dengan penerbangan pertama pada pukul 1.30 pagi tadi.


Bila sebut pasal haji nie trosss automatik ai rindu suasana di kota Mekah dan Madinah. Teringin pergi buat umrah lagi walaupun dah biasa pergi. Tambah2 teringin bila mak ai cakap dia nak pergi umrah tahun depan. Alahai seronoknya.


Ai dah daftar kat Tabung Haji untuk haji dan dijangka mendapat giliran pada tahun 2038. Huiii lama lagi tue lagi 27 tahun...Tak perlah kumpul duit pelan2 dulu. 



rindunya nak solat di Masjid Nabawi dan ziarah makam Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat Baginda



rindunya nak tengok Kaabah secara live dan bersembahyang di depannya


rindunya nak keluar bershopping dengan pakai telekung


rindunya nak berjalan2 di sekitar Masjidil Haram


rindunya nak minum air zam zam tanpa had


rindunya nak buat ziarah di kota Madinah




p/s : hari nie baru isi borang potongan gaji untuk Tabung Haji. Harap masih tak terlewat.

Wednesday, September 28, 2011

Semuanya susah sekarang nie

 Salam u olsss...


Tadi ada sorang pak cik n mak cik nie datang ke depan kaunter ai. Ai tanya dia ada apa hal yang boleh saya bantu.

'Cik, pak cik mai nak bincang pasal hal budak2 la nie. Boleh pak cik jumpa sapa2 yang berkaitan?'

Trosss ai bawak dia dan isteri ke bilik Pegawai HEP.

Masa on the way nak balik ke tempat ai, terpikir jugak kerenah budak2 zaman la nie. Mak bapak sanggup mai kat tempat belajar semata2 nak pastikan anak2 nie belajar elok2. Tapi budak2 nie boleh pulak buat perangai tak mau  belajar lah, kata susah belajar la.


sekadar gambar hiasan



Adehhh adik2, tak kesian ker menyusahkan mak ayah mai dari kampung semata2 nak minta pegawai nasihatkan anda. Zaman la nie pelajaran yang paling penting. Tanpa pelajaran, anda akan jadi seperti katak di bawah tempurung. Bila dah dapat peluang belajar, gunakanlah sebaik mungkin sebab masih ramai di luar sana yang teringin belajar tapi tak berkemampuan.


Semoga anak pak cik tadi boleh teruskan belajar di sini selepas diberikan khidmat nasihat. Ingatlah semua benda di dunia ini akan menjadi susah kalau kita tak cuba menempuhinya.

Trafik tinggi walaupun tiada entri

Salam u olsss...


Kelmarin ai ada baca dalam belog Darkbatman pasal trafik dia minggu lepas yang mencecah 2k walaupun tak ada entri terbaru.


Jadi ai pun gatal tangan jugak nak semak trafik ai untuk bulan lepas. Walaupun tak sebanyak dia, tapi tetap ada jugak pengunjung belog nie.





Paparan paling banyak pada tarikh 18 September 2011. Ai bukak la balik senarai entri ai nak tengok tajuk apa yang ai buat pada 18 September 2011 tue. Rupa2nya  bermula 12 hingga 18 September, tiada sebarang entri terbaru yang ai buat.


Mungkin kehadiran ramai pengunjung pada hari tue berdasarkan entri2 ai yang lama. Sebab hampir satu minggu jugak tak update.


Kepada yang sudi mengunjungi belog ai nie, hanya ucapan terima kasih diucapkan kepada u olsss semua.

Tuesday, September 27, 2011

SEO belog hanya 50% sahaja

Salam u olsss...


Pagi tadi masa ai baca entri kat belog budaknakal pasal toturial check SEO belog, maka ai pun cuba la ke link SEO tue nak cek SEO belog ai.


Dan inilah hasilnya.





Hanya 50% sahaja. Dan ada 5 WARNING dijumpai. Menurut budaknakal, ai kena repair semua WARNING tue kerna untuk menjadi blog yang mesra SEO mesti mendapat 70% ke atas.






Jadi kepada sesapa yang pakar dalam bab SEO dan cara nak repair WARNING tue harap boleh beri tunjuk ajar kepada ai. Sebab ai memang fail bab2 SEO nie walaupun pernah mengaji segala benda alah nie selama 3 tahun hehe...




p/s : mohon tunjuk ajarku semua sifu2 belog.

Awak cabar saya?

Salam u olsss...

Ahad yang lepas ai dapat satu panggilan telefon yang buatkan ai bengang sepanjang hari tue. Panggilan yang menunjukkan  2 kebodohan si pemanggil yang berpura2 pandai.


(Sekadar gambar hiasan - ihsan google)


Alkisahnya si pemanggil Encik Z nie minta ai sambungkan kepada seorang pensyarah A. Tapi si A nie tak angkat. Pastu Encik Z nie call semula tanya ai boleh tak dapatkan nombor henpon A.


Dengan penuh hormatnya ai cakap kat Encik Z macam nie, 'Maaf encik, kami tak dibenarkan memberi sebarang maklumat peribadi kepada orang luar.'


Lepas dia dengar ai cakap macam tue trosss dia kata kat ai dengan suara yang tinggi, 'Saya nak komplen kat bos awak sebab awak lambat angkat telefon'. ????? Sebab tak dapat nombor henfon si A, ai pulak jadi mangsa kemarahan dia.


Ai kata kat dia kalau encik nak buat komplen, silakanlah. Dia marah lagi, dia kata AWAK CABAR SAYA yea? Aisehhh ai pulak cabar dia. Tadi dia yang beria2 nak buat komplen dan bila ai suruh teruskan niat, dia kata kata ai cabar dia pulak.


Lepas tue dia tanya bos kat opis ai nie dipanggil apa. Ai cakap PENGARAH. U olsss tahu dia boleh tanya kat ai PENGARAH tue apa? (kebodohan yang pertama)


Kemudian dia tanya lagi waktu kerja u olsss pukul berapa. Ai bagi jawapan standard kat dia. 8-5...Dia persoalkan balik 8-5 tue apa? U olsss kerja 85 minit aja ker. (kebodohan yang kedua)


Last2 ai cakap kat dia, tak perlah encik saya malas nak layan encik. Trosss ai letak telefon.


Jadi semalam ai tunggu panggilan dia sebab dia kata nak repot kat bos ai tapi tak der pulak. Ermmm kalaulah semua pemanggil macam nie, boleh buat ai tensen saja!!!




p/s : sori menggunakan bahasa yang tak sedap tapi bengang sangat dengan orang macam nie.

Al fatihah buat Nur Shafiqa Ismail

Salam u olsss...


Pagi tadi on the way nak pergi kerja ai terdengar dalam radio kisah budak yang hilang dijumpai mati dibunuh di kawasan ladang kelapa sawit. Budak nie sebaya umur dengan anak buah ai.


KUALA KANGSAR: Kanak-kanak berusia 11 tahun, Nur Shafiqa Ismail, yang dilaporkan hilang pada 16 September lalu, dijumpai mati dibunuh di kawasan ladang sawit Kampung Langkor, Kati, Kuala Kangsar, di sini, pagi tadi.

Mayat kanak-kanak itu ditemui pada jam 10.30 pagi oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit itu yang kemudian memaklumkan kepada majikannya sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad, berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan jerutan di leher.

“Ibu mangsa mengesahkan mayat itu ialah Nur Syafiqa ketika membuat pengecaman di tempat penemuan mayat itu di ladang berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat Nur Syafiqa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Pemilik ladang kelapa sawit berkenaan yang enggan identitinya disiarkan berkata, mayat itu ditemui seorang pekerjanya ketika mahu membersihkan ladang.

Ketika ditemui, katanya, mayat berkenaan berada di bawah tebing tanah berbukit di ladang itu dengan ditimbus daun kelapa sawit kering.

“Pekerja itu memberitahu perkara terbabit kepada saya sebelum kami melaporkan kepada polis,” katanya.
Nur Shafiqa yang tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar sejak awal Januari lalu selepas ibu bapanya berpisah.

(sumber dari : HARIAN METRO)


Sekarang nie budak2 pun dah tak selamat berada di mana2 sahaja. Sanggupnya si pembunuh itu membunuh kanak2 yang baru 11 tahun menjengah dunia. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya. Al fatihah buat adik Nur Shafiqa Ismail.




Monday, September 26, 2011

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) 2011 Peringkat Negeri Kedah

Salam u olsss...


Pada 21 hingga 26 September 2011 telah berlangsung Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) 2011 Peringkat Negeri Kedah bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.


Ai berkesempatan pergi 2 kali ke situ dan ai sangat2 bertuah kerana kunjungan kali pertama ai dengan mak pada 22 September (Khamis) memberi peluang kat we olsss berjumpa dengan Sultan, Sultanah dan Tuanku Puteri Kedah.


Tapi ai hanya sempat ambik gambar Sultan Kedah saja sebab masa tue Sultanah Kedah dan Tuanku Puteri berada di gerai yang lain.





Ada pelbagai gerai yang dibuka di karnival nie yang meliputi hasil2 ladang, ternakan dan nelayan.




Gambar di atas ni adalah kambing baka Jamnapari yang berusia 3 tahun dan memenangi tempat pertama untuk Pertandingan Haiwan Pejantan Unggul.





Pada yang belum pergi jangan lepaskan peluang nie sebab hari nie merupakan hari terakhir karnival ni berlangsung. Dengar2nya ada lelongan lembu petang nie. Jom semua kita pakat pi.


Jalan-jalan ke Penang

Salam u olsss....

Sempena cuti hari Malaysia baru2 nie we olsss sefamily ambik kesempatan berkunjung ke rumah sedara ai di Penang. Sambil menjengah rumah dia sempena raya, trosss langsung ke seberang pulau. Sebab nak relaks masa memandu maka we olsss guna feri jer untuk menyeberangi seberang lautan.


Turun jer dari kereta trosss cari port sesuai nak bergambar hehe tapi sebab masa tue keadaan hujan gerimis maka tak dapatlah tengok pemandangan secara jelas.



Bergambarlah dari sudut mana pun gambar ai dengan mak berlatarbelakangkan pulau tetap kurang jelas.



 
We olsss pergi 3 bijik kereta dan ini antara sebahagian saja. Yang baju merah belakang tue la pak cik ai yang we olsss pergi rumah dia.



Masa nie dalam pukul 1 petang memang banyak kenderaan nak menyeberangi lautan. Penuh jer dalam feri tue.


Ini lokasi tujuan we olsss. Hanya window shopping jerrr sebab harga barang2 dia sikit punya mahal.



Bulatan kecil antara Queensbay Mall dan persisiran tepi pantai.



Cantik pemandangan di sekitar bulatan tue. Nie amik gambar sambil lalu dalam kereta sebab tue perkataan QUEENSBAY tak dapat sepenuhnya.


On the way balik malam pun we olsss guna feri jugak. Even dah letih tapi tetap jugak nak bergambar hehe..

Makanan-makanan Pelik... (18PL)

Salam u olsss...


Sebelum baca selanjutnya, sila pastikan u olsss sudah kekenyangan makan yea hehe....U olsss pernah dengar lagu nyanyian 'Jalil Hamid - MAKAN' tak??? Antara lain lirik lagu tu ada sebut 'Orang kita makan macam-macam, tidak kira pagi petang siang malam'.. Hehe.. 


Sebenarnya lagu tu nak menyatakan betapa mewah dan makmurnya negara kita ni sampaikan kalau negara lain rakyatnya ada yang mati kebuluran tak makan, tapi kita lak mati sebab banyak makan. 


Tapi, untuk kali ni ai nak bawa korang melihat hidangan-hidangan pelik yang ada kat negara lain dan yang pasti, ai memang tak sanggup nak cuba walau di 'offer' macam mana sekalipun.. Tapi ai tak tahulah kalau u olsss sanggup lak mencuba hidangan yang kat bawah tu.. Huhuhu...





1. Escamoles
 
Ini adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada larva semut besar yang boleh dijumpai di sekitar akar-akar tumbuhan dan daun berduri di sekitar Mexico. Masyarakat Mexico menganggap ia adalah sejenis makanan yang enak dan juga digelar sebagai kaviar serangga.

 


 


2. Tikus
 
Kalau ada antara kita yang geli pada tikus, lain pulak halnya bagi masyarakat di sebelah negara Vietnam dan Taiwan ini, di mana tikus turut menjadi hidangan yang popular dan bagi ai mungkin diorang takde masalah nak bersawah padi kalau tikus yang sepatutnya menjadi musuh tanaman, kini dah jadi lauk pulak! Antara kaedah penyediaan termasuklah memanggang, grill, dibuat sup dan sebagainya. Hidangan ini dianggap sebagai hidangan klasik dan dikatakan bahawa ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutama untuk menguatkan tenaga batin dan merawat asthma. Arrrkkhhhh!!!! Yeeeekkk!!!


 













 


3. Kopi Luwak
 
U olsss suka minum kopi? Haaa.. ni ai nak cerita pasal kopi jugak. Tapi, ni bukan kopi biasa sebab Kopi Luwak adalah kopi yang diproses dari biji-biji kopi yang telah melalui sistem penghadaman Luwak (Musang) dan dikeluarkan semula (bekas taik musang la kiranya ni). Kemasyhuran kopi ini telah terkenal sampai luar negeri.. Bahkan di Amerika Syarikat, terdapat kafe atau kedai yang menjual Kopi Luwak (Civet Coffee) dengan harga yang cukup mahal. Kopi yang dikais dari najis Musang ini boleh mencapai harga AS$100 (kira-kira RM332) per 450 gram. Eiii... jangankan nak makan, dengar je pun dah geli geleman. Memangla kopi tapi dah lalu macam-macam tempat dah ni.. Iskkhhh..



 








 


4. Balut
 
Bagi masyarakat Filipina, Balut adalah sejenis makanan yang diperbuat dari telur itik yang disenyawakan hingga mempunyai embrio yang hampir cukup sifat dan kemudiannya akan direbus untuk dimakan. Iskhh.. Kesian.. benda baru nak bernyawa tu. Boleh diorang buat makanan pulak. Iskhh..

 





 

5. Serangga
 
Tak payah nak pegi jauh-jauh kalau nak tengok.. Sebab hidangan ini cukup popular di negara Thailand  dan dijadikan sebagai snek yang boleh didapati dengan mudah dan dijual di sekitar kaki lima atau pasar-pasar malam di sana .Antara serangga yang menjadi 'mangsa' termasuklah lipas, cengkerik, kumbang, labah-labah, belalang dan ntah apa-apa lagi. Cara penyediaan cukup mudah - serangga dicampur dengan sedikit garam & serbuk perasa seterusnya digoreng (lazimnya tanpa minyak).. Ada sapa-sapa yang berani cuba ? Ai tak berani.. Huhu..

 


 

6. Hasma
 
Kalau u olsss nak tau, Hasma adalah makanan yang dibuat dari ovari katak, atau lebih tepat lagi, Tiub Fallopian katak jenis 'Wadam'... Penggemarnya akan memasaknya sebagai sup dipercayai untuk menghangatkan badan di musim sejuk dan mencantikkan kulit. Uish!

 


 

Ada banyak lagi sebenarnya contoh makanan-makanan yang pelik dan ganjil di seluruh dunia. Tapi cukupla setakat ni dulu. Kang ada yang tak lalu makan nasik atau muntah-muntah pulak kang.. Errr... Jumpa lagi kat topik akan datang ye.. aku nak gi bilik air jap.. Urpkkhhh.., Huweekkkk!!!





p/s : segala sumber diperolehi dari my sis yang forward email nie untuk ai.

Wednesday, September 21, 2011

Banyakkan bersabar yer CAER

Salam u olsss...


Kelmarin petang ai dapat berita sedih dari seorang blogger yang ai anggap dah macam adik. Sedih sangat2 baca apa yang dia tulis kat shoutbox ai nie.


Sedikit info pasal CAER nie...


(sori CAER sebab akak pinjam pic nie)


Mula mengenali dia pada 17 Ogos 2011 (RABU) masa tengah blogwalking kat belog dia sebab nak baca entri dia yang join contest dari blogger abang EQ. Seorang yang sangat2 kreatif, berseni dan berbakat. Trosss jatuh hati dengan karya dia dan minta dia tolong buatkan satu header doodle. Last2 dia offer untuk edit sekali template belog ai dengan harga yang sangat2 murah. Akhirnya terhasillah --> semuanya baru sempena raya!!!


Tapi bila dia taip ayat kat shoubox ai macam kat bawah nie rasa sedih sangat2. Atas sebab2 yang tak dapat dielakkan maka CAER terpaksa menutup belog dia.




Dapat jer mesej dari dia trosss ai call enset dia nak dapatkan kepastian dari mulut dia sendiri. 


Alahai siapalah yang yang menjadi punca adik menutup belog yea. By the way, akak pun minta maaf banyak2 kat CAEr kalau sepanjang kita berurusan dan mengenali dalam masa 1 bulan, akak ada banyak songeh...Sabar banayk2 yea CAER. Nanti kalau terbuka hati nak buat belog baru jangan lupa inform kat akak yea.





Bila kita sayang orang tu

Biler kiter syg org tu
Kita tnggu dia lame pn x per
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2
Ati kate ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtnggu

Biler kiter syg org tu
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan Ada dia lyn kiter?
Ati kate x pe dia busy kott

Biler kiter syg org tu
Kita gdh ngan dia, kita dim je
Tp dia heboh 1 dnia
Ati kate x pe, dia tension tuu

Biler kiter syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org lenn atau matikan
Biler jd cm2, x pe
Ati kata, x pe, lyn je, kwn dia, kwn kiter gak

Biler kiter syg org tu
Kita bercerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt...klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu
Kita n dia lpr
Tp kiter bg sume roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalh ati dia, sian dia….

Biler kiter syg org tu
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih, dia srh jugak kiter
lyn dia bila dia bsn
Adil ker? Ati kata, ala bukan selalu pun..

Biler kiter syg org tu
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam

Biler kiter syg org tu
Kita x prnh pntingkan diri sndri
Tp dia hpokrit thp ngaban
Ati kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima..




Ada lagi ker yang jadi macam tue? Dapat mesej dari seorang kawan jadi ai kongsikan dengan u olsss....Maaf sebab menggunakan bahasa short form....

Tuesday, September 20, 2011

Jatuh pokok pulak!

Setelah hampir 3 minggu tak calling2, akhirnya semalam iNcIK menghubungi diri ai. Tapi dengan membawa satu perkhabaran sedih sob...sob...sob...


Rupanya kepulangan dia untuk balik beraya terpaksa 3 hari sikalooo....maksudnya 3 hari kena tahan di wad. Adehhh iNcIK nie, orang suruh balik makan ketupat rendang tapi dia balik nak pi ngorat nurse pulak.



 
(gambaq ihsan google jerrr)


Sebab tengok pokok mempelam berserabut mengganggu pemandangan maka pada hari kedua kepulangannya, iNcIK nekad memotong dahan pokok mempelam itu tanpa menyedari salah satu cabang dahan tue dah reput. Maka jatuhlah cabang dahan tue mengena bahu kiri iNcIK yang menyebabkan iNcIK bedebuk trosss jatuh dari tangga.


Tapi nasib baik masa tue iNcIK dah terlepas mesin pemotong dari tangan. Kalau tidak ermmm..tak dapek nak bayangkan.


Dan akibat dari tue,iNcIK telah ditahan selama 3 hari di wad. Doktor suruh berehat jer di dalam wad tue.


Alhamdulillah iNcIK dah kembali sembuh cuma bisa2 kesakitan tue masih terasa lagi. Dan demi tugas pada lautan , sakit2 pun dapat jugak kerja yang banyak. Ermmm...bersabar yer iNcIK. Port MIRI tue tak lama kan nak siap dah???





p/s : even tengah SAD tapi dengaq jantan 'voice' trosss hepi jer...hehe... ;)

Persiapan untuk Majlis Rumah Terbuka 2011

Salam u olsss...


Nak share sket gambar2 semasa persiapan majlis rumah terbuka we olsss....Alhamdulillah hasil pertolongan semua, maka najlis dapat dilaksanakan dengan lancar. Yang best tu semua makanan dimasak sendiri dan habis licin semuanya.


Antara menu untuk rumah terbuka ini ialah nasi beriani, rendang ayam, dalca, laksam, mee kuah, ketupat, pulut sekaya, blueberry cheese cake, puding karamel, cucur udang dan kuah kacang serta kuih muih raya.


Majlis bermula selepas Asar sehingga ke pukul 7 malam. Ada jugak terdengar seorang jiran berkata, 'kalau apa2 kenduri buat di rumah ai, confirm menu banyak' hehe....Buat macamana we olsss nie gemar menyediakan juadah yang banyak untuk menjamu orang.




anak2 buah yang rajin menolong mempersiapkan tempat makan.



dua orang tukang masak profesional. import khas hehe....




rendang ayam ibunda yang sangat2 menyelerakan.




dalca buatan chegu yang pandai memasak.





kuah kacang khas dari tukang masak import.







Sesi Bergambar Sempena Majlis Rumah Terbuka 2011

Salam u olsss...


Kat bawah nie adalah beberapa keping gambar sempena majlis rumah terbuka we olsss pada 16 September 2011 (Jumaat) yang lepas. Gambar2 nie diambil selepas majlis selesai.






 anak sapa nie..sopan dan ayunya hikhikhik....


 tak cukup korum sorang lagi...abg ipaq ai tgh ada launching Myvi baru..tapi tetap meriah dan semuanya happy.


 inilah keluarga kecil kami...4 orang adik beradik perempuan semua bersama 2 hero pojaan hatiku.


 bergambar bersama2 mak cik yang banyak membantu melancarkan majlis.


 tadaaa..abis licin semua makanan. berbaloi2 berhempas pulas memasak semua.


 adik, adik ipaq dan 3 orang anak buah menjamu selera setelah kepenatan melayan tetamu.


kanak2 ribena bergambar hehe....





Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke