Monday, September 26, 2011

Makanan-makanan Pelik... (18PL)

Salam u olsss...


Sebelum baca selanjutnya, sila pastikan u olsss sudah kekenyangan makan yea hehe....U olsss pernah dengar lagu nyanyian 'Jalil Hamid - MAKAN' tak??? Antara lain lirik lagu tu ada sebut 'Orang kita makan macam-macam, tidak kira pagi petang siang malam'.. Hehe.. 


Sebenarnya lagu tu nak menyatakan betapa mewah dan makmurnya negara kita ni sampaikan kalau negara lain rakyatnya ada yang mati kebuluran tak makan, tapi kita lak mati sebab banyak makan. 


Tapi, untuk kali ni ai nak bawa korang melihat hidangan-hidangan pelik yang ada kat negara lain dan yang pasti, ai memang tak sanggup nak cuba walau di 'offer' macam mana sekalipun.. Tapi ai tak tahulah kalau u olsss sanggup lak mencuba hidangan yang kat bawah tu.. Huhuhu...





1. Escamoles
 
Ini adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada larva semut besar yang boleh dijumpai di sekitar akar-akar tumbuhan dan daun berduri di sekitar Mexico. Masyarakat Mexico menganggap ia adalah sejenis makanan yang enak dan juga digelar sebagai kaviar serangga.

 


 


2. Tikus
 
Kalau ada antara kita yang geli pada tikus, lain pulak halnya bagi masyarakat di sebelah negara Vietnam dan Taiwan ini, di mana tikus turut menjadi hidangan yang popular dan bagi ai mungkin diorang takde masalah nak bersawah padi kalau tikus yang sepatutnya menjadi musuh tanaman, kini dah jadi lauk pulak! Antara kaedah penyediaan termasuklah memanggang, grill, dibuat sup dan sebagainya. Hidangan ini dianggap sebagai hidangan klasik dan dikatakan bahawa ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutama untuk menguatkan tenaga batin dan merawat asthma. Arrrkkhhhh!!!! Yeeeekkk!!!


 













 


3. Kopi Luwak
 
U olsss suka minum kopi? Haaa.. ni ai nak cerita pasal kopi jugak. Tapi, ni bukan kopi biasa sebab Kopi Luwak adalah kopi yang diproses dari biji-biji kopi yang telah melalui sistem penghadaman Luwak (Musang) dan dikeluarkan semula (bekas taik musang la kiranya ni). Kemasyhuran kopi ini telah terkenal sampai luar negeri.. Bahkan di Amerika Syarikat, terdapat kafe atau kedai yang menjual Kopi Luwak (Civet Coffee) dengan harga yang cukup mahal. Kopi yang dikais dari najis Musang ini boleh mencapai harga AS$100 (kira-kira RM332) per 450 gram. Eiii... jangankan nak makan, dengar je pun dah geli geleman. Memangla kopi tapi dah lalu macam-macam tempat dah ni.. Iskkhhh..



 








 


4. Balut
 
Bagi masyarakat Filipina, Balut adalah sejenis makanan yang diperbuat dari telur itik yang disenyawakan hingga mempunyai embrio yang hampir cukup sifat dan kemudiannya akan direbus untuk dimakan. Iskhh.. Kesian.. benda baru nak bernyawa tu. Boleh diorang buat makanan pulak. Iskhh..

 





 

5. Serangga
 
Tak payah nak pegi jauh-jauh kalau nak tengok.. Sebab hidangan ini cukup popular di negara Thailand  dan dijadikan sebagai snek yang boleh didapati dengan mudah dan dijual di sekitar kaki lima atau pasar-pasar malam di sana .Antara serangga yang menjadi 'mangsa' termasuklah lipas, cengkerik, kumbang, labah-labah, belalang dan ntah apa-apa lagi. Cara penyediaan cukup mudah - serangga dicampur dengan sedikit garam & serbuk perasa seterusnya digoreng (lazimnya tanpa minyak).. Ada sapa-sapa yang berani cuba ? Ai tak berani.. Huhu..

 


 

6. Hasma
 
Kalau u olsss nak tau, Hasma adalah makanan yang dibuat dari ovari katak, atau lebih tepat lagi, Tiub Fallopian katak jenis 'Wadam'... Penggemarnya akan memasaknya sebagai sup dipercayai untuk menghangatkan badan di musim sejuk dan mencantikkan kulit. Uish!

 


 

Ada banyak lagi sebenarnya contoh makanan-makanan yang pelik dan ganjil di seluruh dunia. Tapi cukupla setakat ni dulu. Kang ada yang tak lalu makan nasik atau muntah-muntah pulak kang.. Errr... Jumpa lagi kat topik akan datang ye.. aku nak gi bilik air jap.. Urpkkhhh.., Huweekkkk!!!





p/s : segala sumber diperolehi dari my sis yang forward email nie untuk ai.

6 comments:

  1. nak termuntah..
    lagi2 tengok tikus tu..
    uweekkk...

    ReplyDelete
  2. errr..pic dia mmg keluar link ke aper nie? :P

    ReplyDelete
  3. eyesmen entry ni mas minat tapi mas tak dapat tengok pic nya.maybe mas pakai opera kut. (-_-)

    ReplyDelete
  4. nasib baik la kita ada had dlm menjamah makanan ni.. so x de la segala taik, binatang yg bukan2 kita makan kan??

    ReplyDelete
  5. @ CIK PARO : hehe sama la akak pun tak sggup nk tgk rupa makanan tue...



    @ Cik Bambam : dia keluar pic jer..mungkin connection blog saya der prob kot..



    @ MAYA_mustwany : mungkin la...akak upload masa tue guna mozilla



    @ THE LEKAT LEKIT STORY : betul tue...org luar negara nie semua binatang dia belasah makan huhu..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke