Salam Syawal semua.
Sempena bulan Syawal pasti ada antara u olsss macam ai tertanya2kan antara puasa qadha dan puasa enam syawal, mana yang perlu diberi keutamaan.
Ai search dalam google tadi dan terjumpa jawapan dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkenaan isu ini. Jom kita sama2 baca info yang ai amik dari dia.
Jika ada
yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawal dan
puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti
dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya
: “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun,
maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib
ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka
kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih
kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi
sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal
jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya
begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau
berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan
sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat.
Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu
. Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawal yang singkat berbanding
Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun
harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita
tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal
menjelang dahulu.
Seseorang
yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat
Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan
Allah SWT.
Bagaimanapun
seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak
sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya tiada sebarang masalah pun,
malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu
sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن
الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله
له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى
سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده
حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya
” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak
melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka
jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala
sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus
memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan
tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat
Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan
‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah
sebagai tambahan pahala.
No comments:
Post a Comment
Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)