Ayuh semua bangun bersahur untuk malam terakhir di bulan Ramadan 1434 H. Ambillah keberkatan bersahur ni walaupun hanya dengan segelas air dan sebiji kurma.
Home » Posts filed under PUASA
Showing posts with label PUASA. Show all posts
Showing posts with label PUASA. Show all posts
Wednesday, August 7, 2013
Thursday, July 11, 2013
Alhamdulillah Berjaya Jugak
Syukur alhamdulillah hari ini dah hari kedua kita semua umat Islam berpuasa. Bermakna sudah berlalu 1 Ramadan dalam diari hidup kita.
Syukur sangat-sangat bila eyza berjaya menghabiskan satu hari berpuasa dengan selamatnya. Alhamdulillah tanpa sebarang masalah dari bermulanya waktu sahur hingga ke azan maghrib menandakan waktu berbuka puasa.
Cuma sangat sedih la selepas minum air zam-zam dan makan sebiji buah kurma, perut eyza tak boleh nak makan nasi. Padahal perut dah berkeroncong kelaparan tapi apakan daya. Inilah dugaan yang harus eyza tempuhi bila mana berpuasa di kala pregnant. Tapi walaupun tak dapat makan dengan sempurna ketika berbuka, eyza sangat-sangat bersyukur sebab eyza masih lagi boleh berpuasa hari ini. Dan harap-harap eyza diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan ibadah puasa sehingga 30 hari.
Dan mudah-mudahan berbuka puasa untuk hari kedua ni, eyza dah boleh makan sikit nasi. Kesian baby dalam perut kicking-kicking ibu dia mungkin kelaparan...hehe...
Wednesday, July 10, 2013
Salam Ramadan 2013
Hari ini hari pertama kita semua umat Islam berpuasa. Jadi eyza nak ambik kesempatan mengucapkan selamat berpuasa buat semua kawan-kawan.
p/s : puasa pertama sebagai seorang isteri dan bakal ibu. harap bertahan selama 30 hari puasa.
Tuesday, July 9, 2013
Friday, July 20, 2012
Selamat Berpuasa Semua
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna..
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua
p/s : Esok semua orang akan mula berpuasa. Jangan lupa pergi tarawih malam nie dan sahur yer...Selamat berpuasa semua.
Wednesday, September 7, 2011
Puasa Qadha + Puasa Enam Syawal
Salam Syawal semua.
Sempena bulan Syawal pasti ada antara u olsss macam ai tertanya2kan antara puasa qadha dan puasa enam syawal, mana yang perlu diberi keutamaan.
Ai search dalam google tadi dan terjumpa jawapan dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkenaan isu ini. Jom kita sama2 baca info yang ai amik dari dia.
Jika ada
yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawal dan
puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti
dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya
: “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun,
maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib
ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka
kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih
kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi
sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal
jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya
begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau
berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan
sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat.
Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu
. Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawal yang singkat berbanding
Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun
harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita
tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal
menjelang dahulu.
Seseorang
yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat
Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan
Allah SWT.
Bagaimanapun
seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak
sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya tiada sebarang masalah pun,
malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu
sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن
الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله
له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى
سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده
حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya
” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak
melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka
jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala
sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus
memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan
tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat
Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan
‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah
sebagai tambahan pahala.
Sunday, August 21, 2011
Tahulah tak boleh puasa pun!!!
Salam u olsss...
Jumaat lepas ai dengan my mum mengunjungi satu pusat membeli belah yang boleh dikatakan agak terkenal di bandaraya Alor Setar nie. Niatnya ai nak carik baju raya sendiri.
Sampai kat ruang legar bawah tue tempat pameran baju2 raya, ai dengan my mum singgah satu tempat jual baju tue.
Dalam tue ada dua orang pekerja perempuan yang memakai uniform butik tempat jual pakaian. Masa tue ai dilayan seorang pekerja dan seorang lagi hanya duduk di atas kerusi.
Hairan jugak la apasal yang seorang tue tak melayan pun pengunjung yang datang. Bila ai mendekati tempat dia baru tahu apa aktiviti dia buat sampai tak bangun2.
kredit pic HERE
U olsss tahu tak dia sedang makan di situ pada pukul 11 pagi di kawasan ruang legar kedai yang dipenuhi orang ramai.
Kita yang menengok dia makan pun rasa malu dengan perbuatan dia tue. Tahulah awak tak boleh puasa pun, tapi janganlah makan di depan orang ramai. Cubalah cari surau ker atau ruang rehat yang bertutup supaya semua orang tak menyaksikan awak makan dengan bangganya.
Kalau iyer pun sedang dalam keuzuran, apa salahnya kalau makan siap2 di rumah. Tak payahlah sampai bawak bekal nak makan kat pejabat. Awak macam tak menghormati umat Islam lain yang sedang berpuasalah sedangkan non-muslim sendiri boleh tahu malu nak makan depan orang Islam. Ermm..harap2 awak tak buat lagilah hal macam tue.
Tuesday, August 2, 2011
Salam Ramadan 2011
Salam u olsss.
Walaupun dah masuk hari kedua tapi tetap jugak nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN dan SELAMAT BERPUASA buat semua yang beragama Islam.
Alhamdulillah hari ini dah hari kedua umat Islam berpuasa. Sungguh tak terasa begitu pantas masa berlalu. Rasa baru jerrr berpuasa tahun lepas kan? Tinggal lagi lebih kurang 28 hari untuk semua menghabiskan ibadah puasa sebulan nie. Pastinya pejam celik pejam celik tak terasa dah sampai waktu beraya sebab sekarang nie masa cepat sangat berlalu.
U olsss semua dah buat persiapan raya ker? Kuih raya buat ker tempah jer ekkk? Tadi ai baru dok search dalam google resepi2 kuih raya sebab dok plan nak buat kuih tart nenas. Harap2 menjadilah resepi tue nanti bila ai buat.
Okeylah semoga ibadah puasa kali nie akan menambahkan lagi keberkatan dalam hidup. Mudah2an puasa sebulan dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.
p/s : masuk bulan puasa jer mesti ada perasaan RINDU!!!
What? Only RM 53/month for an iPhone 4 postpaid plan?
Get ur Hari Raya open house party dis yr sponsored by Perodua worth RM10,000! #LebihIkhlas
Subscribe to:
Posts (Atom)









