Thursday, December 27, 2012

~ Baru Sikit Jea Tapi Dah Penat ~

Semalam eyza dok sorang-sorang kat rumah jadi sementara menunggu mak ayah balik, eyza dok lipat kad .


Jenuh jugak yea nak lipat walaupun hanya ada 100 keping aja.Habis lenguh tangan dan sakit-sakit jari jemari nie haha... Tinggal lagi 500 keping lagi tunggu nak minta pertolongan anak-anak sedara laaa hihi...


Rasa macam nak ambik gambar semalam tapi sebab jari jemari letih, tunggu nanti jer laa.. Kad eyza buat simple aja ala-ala macam kat bawah nie. Apa yang penting tarikh dan pelan rumah kan.


~ cilok dari SINI ~



Lepas ni kena ambik masa nak tulis alamat dan lekat setem. Hahaha abis la jari jemari ku melekat lekit dengan gam. Tapi tak pa demi kawan-kawan semua, eyza akan bersusah payah sedikit. Alamat semua eyza dah mula kumpulkan cuma tunggu masa yang sesuai jer nak pos. Bukan apa nanti kalau pos awal-awal takut semua terlupa pulak hehe...

Okey eyza nak sambung balik mesej member-member minta alamat. Adios!



p/s : di saat kesakitan dan kelenguhan jari jemari nie kalau ada orang tolong urutkan mesti syiok kan hihi....  :P

Wednesday, December 26, 2012

WW - Macamana Nak Rahsia?

Mengikut hadis yang diriwayatkan Ahmad dari Abdullah bin Zubair r.a, Nabi s.a.w bersabda "Rahsiakan Pertunangan dan Iklankan (maklumkan) Tentang Perkahwinan".







Tapi baru-baru ni eyza kena marah dengan seorang kawan sepejabat sebab dia kata eyza nak kat hubby dia makanya terpaksalah eyza umumkan yang eyza dah bertunang huhu.. Tak caya sila tengok kek di bawah hihi...









p/s : grrrr bila disoal apa perasaan sekarang ni, hanya ini mampu eyza jawab --> TAKUT ...

Tuesday, December 25, 2012

Genap 2 Bulan - iNCik hilang :(



Takdir yang menentukan 

Pertemuan yang tak disangka 
Takdir jua yang menentukan perpisahan 
Di talian cinta ini 



Terjalin ikatan mesra 
Walau hanya seketika 
Bagiku sungguh bermakna



Masih terkenang lagi 
Kepadamu insan misteri 
Yang sudi bertamu di hati 
Tersentuh hatiku ini 



Rasa ingin bersamamu 
Menyapu si airmata 
Menghilangkan rasa sendu di hati
Setiap malam ku tunggu panggilanmu 



Resah hatiku menanti 
Walaupun sehari takku dengar suaramu 
Hati rindu 
Ku terasa dunia ini bagai terhenti





Lagu yang paling eyza suka semasa eyza berkawan dengan iNCik. Lagu nyanyian kumpulan ARROW - SENDU DI HATI, RINDU DI JIWA. Tahun ni masuk tahun keenam eyza dan iNCik menjadi sahabat sejati. Tapi entah apa sebab yang melanda, tiba-tiba iNCik menghilang terus dari diri Eyza. Serasa lirik lagu tu menceritakan kisah persahabatan yang terjalin antara eyza dan iNCik. Sungguh iNCik adalah seorang insan yang sangat misteri yang sudi bertamu di hati eyza sebagai teman rapat eyza.




Kali terakhir iNCik call eyza adalah pada 25 Oktober 2012 dan lepas tu terus iNCik menyepikan diri. Seolah-olah iNCik ada deria keenam yang boleh tahu situasi eyza yang bakal jadi tunang orang masa tue.



Buat iNCik, sahabat terbaik eyza di alam maya.... eyza doakan walau di mana iNCIk berada semoga iNCik berada dalam keadaan sihat dan selamat hendaknya. Walaupun kita tidak pernah bertemu langsung, namun eyza sentiasa ingat pada persahabatan kita ini.




p/s : ku berdoa semoga ikatan persahabatan ini tidak akan terputus walau masing-masing sudah berkeluarga!

Monday, December 24, 2012

Kau Yang Terindah



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Terasa hidupku lebih bermakna
Hadirmu mengilhamkan bahagia
Hingga ke dalam sanubariku


Maaf jika aku tak sempurna
Kerna aku mungkin seorang yang degil, manja dan mengada
Namun ketahuilah olehmu
Sikap itu hanya ada bila bersamamu




Ku ingin mencintai dirimu
Ku ingin merindui dirimu
Ku ingin memiliki dirimu
Ku ingin hingga ke akhir hayat bersamamu

"Segmen: Memori 2012 Terpahat di Ingatan"

Eyza dapat jemputan dari ECAH untuk join segmen pertama yang dia dianjurkan. Eyza pernah join segmen macam nie dulu tahun 2010 dan kalau ada yang nak baca sila ke SINI. Segmen ECAH bertajuk "Segmen: Memori 2012 Terpahat di Ingatan" dibuat sebab ECAH kata dia teringin nak tahu apa kenangan pahit manis blogger untuk sepanjang tahun 2012. Tambahan pulak 2012 hampir melabuhkan tirainya lagi beberapa hari saja lagi. Yiehaaaa tak sabar nak tunggu 2013 menjelma memunculkan diri haha...


~ nak join segmen ni klik SINI ~

Untuk tahun 2012 nie bila eyza selak-selak balik diari rasanya ada 3 kenangan yang boleh dikatakan sebagai kenangan yang terindah dalam hidup eyza.


Kenangan Pertama :


Kenangan yang paling takkan luput dalam memori eyza sehingga ke akhir hayat bila eyza berpeluang menjadi tetamu Allah dan menjejakkan lagi kaki buat kali ketiga di Tanah Haram MAKKAH dan MADINAH (24/05/2012 - 05/06/2012)



Pemergian kali ini hanya disertai oleh abah, emak, eyza dan mak cik sahaja. Sungguh tak terbayang dengan kata-kata bila diberi peluang lagi oleh Allah s.w.t untuk eyza beribadat di rumahNya. 



Walaupun ini kunjungan yang ketiga tapi sedikit pun tak terdetik di hati eyza rasa jemu dan bosan sebab Eyza paling suka tengok Kaabah setiap kali selepas solat. Teruja nak tengok Kaabah secara langsung tau! Rasa sayu dan nak menangis jer bila berdiri betul-betul depan Kaabah. Masa tu semua dah tak ada nak coverline sebab otomatik bergenang air mata. Baik lelaki atau perempuan semuanya pasti akan menangis bila berdoa depan Kaabah. Alhamdulillah walaupun cuaca tepat 12 tengahari, tapi eyza tak rasa panas terik sebab lantai Kaabah tu sentiasa sejuk sahaja. Syukur padaMu Ya Allah sebab telah mengabulkan doa dari hambaMu ini. InsyaAllah kalau ada rezki eyza teringin nak pergi Haji dengan mak ayah dan dia. Mudah-mudahan tercapai hajat eyza nan satu ni!




Kenangan Kedua :


Dan ini kenangan terhebat di tahun 2012 bila tanggal 10 November 2012 (101112) eyza telah bertukar status. Syukur padaMu Ya Allah kerna Engkau melancarkan majlis pada hari tue. Walaupun diiringi hujan yang sangat lebat tapi tengok keceriaan pada wajah mak ayah, eyza rasa seronok sangat. Walaupun majlis ni simple (bak kata anak sedara eyza kerna dia tak dak kerja nak ditolong sebab semua habis diagihkan pada saudara mara), tapi ia tetap menjadi satu majlis yang bermakna buat Eyza. Segala rasa gementar dan cuak terus hilang bila kata sepakat telah dicapai. InsyaAllah mohon sama-sama doakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat. Terima kasih Ya Allah untuk kurniaan ini!




~ mohon restu dari mak Eyza ~

~ salam tangan bakal mertua hihi... ~

Kenangan Ketiga :

Kenangan yang terakhir ini adalah sangat bermakna dalam hidup Eyza bila mana tanggal 12 Disember 2012 (121212), seorang doktor pakar mengesahkan eyza sihat walafiat dan bebas dari sebarang gejala tak sihat. Ayat dia yang membuatkan eyza boleh tarik nafas lega iaitu "saya senang hati hari ini dengan perkembangan kesihatan awak. Buat ECG, ambil 4 jenis darah, ECHO dan ujian paru-paru semuanya menunjukkan OK." Syukur alhamdulillah sangat-sangat bila penantian eyza selama 6 bulan berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan. 


Okey la eyza stop kat sini dulu. Sat lagi kalau banyak menulis, pasti bosan nak baca hihi... Jom semua kita saport segmen pertama ECAH nie. Boleh share-share kenangan terindah semua.





p/s : moga-moga tahun 2013 lebih membawa kebahagiaan dan kegembiran buat Eyza sekeluarga.












Sunday, December 23, 2012

BLOGLIST BLOGGER BAHARU 2013 | SEGMEN TAMBAH FOLLOWER !

Eyza nak join segmen dari kawan blogger ahsfantasy24.







Syarat-syarat penyertaan ialah seperti di bawah :

  1. Follower anda mestilah kurang daripada 1000 orang;
  2. Buat entry ringkas tentang bloglist ini dan pautkan ke sini, tujuannya agar lebih ramai rakan-rakanblogger baharu tahu tentang bloglist ini;
  3. Tinggalkan link entry anda ke entry ini, tinggalkan juga ID blog anda;


Thursday, December 20, 2012

Jual Jual Jual - Mai Beli Tambah Hutang hihi

Sejak tersebarnya berita eyza nak berdua nie eyza tengok kawan eyza rajin dah la nie mai buat promosi kat eyza. Promosi membeli bahan jualam mereka bagi menambahkan hutang yang dah sedia ada hihi... Kalau jual kain pasang tu rasanya eyza ambik jugak kalau dah berkenan di hati tapi bila melibatkan jual ubat-ubat ni yang eyza lemah sikit.


Semalam ada sorang member yang baru naik kerja lepas habis berpantang dok promote kat eyza benda alah kat bawah ni iaitu Felina Inchloss Lotion. Alahai agaknya dia nampak eyza sedikit bam bam makanya dipromosikan losyen menguruskan badan haha... 





Kemudian ada jugak yang promosi ubat untuk kesihatan dalam. Haa mai tang kena makan ubat ni yang eyza tak berapa nak berkenan sikit. Bukan tak suka kepada orang yang jual ubat ni tapi sebab eyza jenis yang tak suka makan ubat terutamanya ubat berbentuk pil. Eyza ingat lagi eyza ada beli Virgin Coconut Oil (VCO) kalau tak salah bulan Oktober hari tu kot. Sampai dah masuk bulan Disember ni, eyza baru makan 3 biji daripada 60 biji yang ada dalam tue.. Nampak kan betapa eyza tak suka makan ubat hihi... Bukan malas tapi dah memang tabiat camtu. Kalau sakit demam pening sikit pun eyza tak ambik ubat apatah lagi nak suruh makan pil ni hari-hari haha...






Sebelum tu mak eyza ada gak beli ubat kat kedai Naza Anggun (nak buka web dia tadi kena hack pulak macam kat bawah nie) iaitu jus minuman V-Juice. Jus nie baik untuk kesihatan dalaman. Mak eyza beli 2 botol tapi terpaksa eyza bagi kat mak cik satu botol sebab eyza tahu kalau dok kat eyza dua-dua botol tu alamatnya sampai tarikh luput pun eyza tak habis minum lagi hehe...





Kesimpulannya, kepada sesiapa yang nak promote suruh eyza beli ubat-ubat nie, baik hentikanlah usaha anda itu sebab eyza takkan beli punya hihi... Ehh mana ada kedekut tapi kalau beli kemudian tak makan bukan ka membazir namanya. Dari eyza membazir beli benda yang memang eyza tak makan, baik eyza beli beg tangan dan kasut baru hihi...





p/s : maaf ler pada anda yang menjual sebab eyza kadang-kadang buat DUNNO jer ibarat masuk telinga kanan dan keluar semula ikut telinga kiri hehe...  (~_~)

Wednesday, December 19, 2012

My Happy Moments

Eyza nak join "My Happy Moments" Contest yang dianjurkan blogger otai Eyriqazz.





Eyza pilih gambar di atas nie sebagai antara momen gembira dalam hidup eyza. Gambar ni dirakam semasa eyza sekeluarga buat Umrah sambil melancong. Destinasi pilihan kami adalah Hong Kong. Eyza pilih gambar nie sebab eyza suka tengok keceriaan dan keterujaan pelancong dari China ni untuk bergambar dengan orang Malaysia. Dan yang paling utama mereka nak bergambar sebab kami semua bertudung dan berbaju lengan panjang dalam keadaan cuaca panas terik.





Eyza tag



Contest My Happy Moments dianjurkan Eyriqazz.com bagi menyahut Cabaran iPhone 5 Gadget Impian

Keputusan PMR keluar hari ini ~ syabas buat adik-adik

Hari ini keputusan PMR 2012 dikeluarkan. Syabas buat yang berjaya dapat A untuk semua subjek yang diambil dan buat yang sekadar keputusan cukup makan, tingkatkan lagi usaha untuk peperiksaan yang lebih besar menanti iaitu SPM.





Tengok gelagat adik-adik nie terima keputusan teringat kenangan ketika eyza menjadi salah seorang calon PMR. Masa tu belajar main-main jadi keputusan pun agak-agak okey saja. Dengan berbekalkan 4A 2B 2C, eyza ditempatkan di kelas Akaun 1. Mulanya eyza nak membantah jugak sebab jiwa eyza masa tu kepada sastera. Eyza memang minat kepada sastera sejak dari Tingkatan 1 lagi sampaikan pernah satu hari karangan eyza dipilih oleh cikgu Bahasa Melayu untuk dibaca di depan kelas haha.. Sebab eyza suka berangan jadi bila sampai bab karangan sambungkan ayat memang eyza la pakar mengarang hihi...


~ walaupun di kelas Akaun namun ada subjek KOMSAS nie (cilok pic dari SINI) ~


Cikgu masa tu bagi pilihan jugak untuk Eyza masuk ke kelas sastera. Tak sampai sehari eyza di sana tapi eyza tak boleh masuk dengan keadaan persekitaran kawan-kawan kat situ. Sebab member eyza sejak dari Tingkatan 1 semua di kelas Akaun dan Sains. Jadi eyza rasa keseorangan makanya eyza kekal berada di kelas Akaun. Memang eyza tak tahu langsung apa itu Imbangan Duga, Lejar dan Buku Tunai tapi bila dah mula belajar eyza rasa ia suatu subjek yang menarik pulak walaupun selalu akaun eyza tak seimbang hihi.. Tapi sebab subjek mengira ni memang antara feveret, eyza usaha jugak la. Buat kelas discussion dengan kawan-kawan lepas habis sekolah. 


Ada jugak yang kata bila masuk Tingkatan 4 adalah waktu untuk berhoneymoon. Haa adik-adik jangan ikut prinsip nie yea sebab waktu di Tingkatan 4 ni lah masa untuk mula belajar betul-betul sebab tahun depan tu dah nak exam besar. 


Alhamdulillah lah berkat doa mak ayah dan hasil discussion dengan kawan-kawan kelas, eyza berjaya dalam SPM 2001. Dan lepas SPM tu lah bermulanya sesi perpisahan dengan keluarga buat pertama kalinya sebab selama belajar di sekolah eyza tak pernah berjauhan dengan keluarga hihi...Walaupun pergi hanya ke sebelah negeri, tetap eyza rasa sedih sebab hanya boleh balik 1 kali jer sebulan huhu...Cengeng kan?




p/s : alhamdulillah anak sedara eyza yang sulung dapat keputusan yang memberangsangkan... caiyok!

WW - Cek Pertama Dari Nuffnang





p/s : walaupun jumlahnya hanya sedikit tapi sebab cek ni sampai di bulan kelahiran Eyza, makanya rasa happy tu berganda-ganda macam dapat duit ribu riban ehehe...  (~_~)

Tuesday, December 18, 2012

1MOCC ~ Oh Tidakkk!!!

Hari Khamis lepas eyza dapat call dari pegawai di bahagian unit komunikasi korporat meminta segala maklumat peribadi eyza untuk diletakkan dalam senarai nama yang diminta pihak MAMPU. Dia kata maklumat itu untuk pemilihan calon ke 1MOCC atau dalam bahasa panjangnya 1 MALAYSIA ONE CALL CENTRE (Pusat Panggilan 1 Malaysia).






Meh eyza nak share sikit apa itu 1MOCC...











Bila eyza bukak fanpage jawatan eyza, baru eyza dapat tahu apa yang dimaksudkan dengan 1MOCC dan rata-rata pengomen tu ada yang nak ke sana dan ada yang dalam dilema termasuklah eyza sendiri. Almaklumlah tahun depan akan mula hidup berdua jadi soal pertukaran tempat kerja ini adalah suatu isu yang agak sensitif la bagi kami. Huwaaa cik tanak buat PJJ (perhubungan jarak jauh). Kalau sebelum ni teringin jugak eyza nak bekerja di KL tapi bila bakal ada orang kat sebelah, terus tak nak pi duk jauh-jauh hahaha...




p/s : fasa kedua bakal bermula pada 1 Januari 2013 dan pastinya itu bukan eyza hihi...  =)

Monday, December 17, 2012

Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza

Dah lama eyza tak join segmen yea.. Satu sebab kekangan masa di mana waktu adik-adik praktikum ni ada eyza kena bahagikan PC nan sebijik ni kepada 4 orang dan yang kedua sebab blog eyza masa tu memang bermasalah. Jadi otomatik kerna sebab-sebab tu, eyza jarang dah hapdet blog hihi...Dan sebenarnya malas pun ada jugak hahaha...


Tapi hari ini tergerak pulak hati nak join segmen dari Blogger Leeza. Itupun sebab terbaca dalam blog REMY hihi... Segmen yang bertajuk "Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza" ini dibuat Leeza bukan untuk mencari glamer tau tapi sebab Leeza nak melebarkan sayap terbang tinggi seluas mungkin dalam arena blog.






 Antara cenderahati yang bakal Leeza bagi adalah seperti berikut :


  • Tempat pertama : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') berserta frame, keychain, fridge magnet dan blog review oleh santai leeza.
  • Tempat kedua : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') tanpa frame, keychain, fridge magnet dan blog review oleh santai leeza.
  • Tempat ketiga : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') tanpa frame, keychain dan blog review oleh santai leeza.
  • Saguhati : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') tanpa frame.
  • Jumlah penerima saguhati seramai 10 orang.
  • ** Boarding Pass Santai Leeza dot com hanyalah rekaan semata dan sebagai tanda kenangan serta penghargaan terhadap bloggger. 

Jom semua kita bagi sokongan pada Leeza yang buat pertama kalinya menganjurkan segmen ini..Ayuh yukk kita memeriahkan blog Leeza.

Amalan Sebelum Tidur

Baru-baru nie eyza ada dengar dalam radio IKIM, seorang ustaz nie bercerita amalam sebelum tidur yang sepatutnya diamalkan sebelum memulakan langkah untuk mimpi-mimpi indah. Jadi eyza kongsikan di sini sebagai panduan eyza sendiri dan rujukan anda semua.


Selain dari kita membaca doa tidur, selawat dan mengucap, kita juga digalakkan membaca selawat Fatimah. Selawat Fatimah ini adalah selawat yang diajarkan oleh Baginda s.a.w untuk puteri kesayangan baginda iaitu Saidatina Fatimah. Bacaan selawat Fatimah ini adalah :


1.

 2.

 3.



Selepas itu kita boleh pula membaca surah 3 QUL sebagai penutup doa.

SURAH AL-IKHLAS





SURAH AL-FALAQ



SURAH AN-NAS




Sama-samalah kita berdoa sebelum tidur supaya kita dapat tidur dengan sempurna.

Sunday, December 16, 2012

121212 - Kisah Di Klinik Sahaja

Tarikh 12.12.12 selalunya orang guna untuk buat benda-benda kenangan seumur hidup kan? Tapi tarikh tu eyza gunakan pagi dan petang ke klinik saja hihi...


Pagi tu memang eyza ada appointment dengan doktor pakar tue. Syukur alhamdulillah setelah melalui 3 sesi dengan dia, nampaknya dia memang berpuas hati dengan tahap kesihatan eyza. Kata-kata last dia sebelum kami akhiri perjumpaan itu, "saya senang hati hari ini dengan perkembangan kesihatan awak. Buat ECG, ambil 4 jenis darah, ECHO dan ujian paru-paru semuanya menunjukkan OK." Makanya eyza keluar dari bilik dia dengan perasaan gembira sebab dalam tempoh 6 bulan tue eyza berada dalam keadaan kerisauan yang sangat-sangat hehe...


Petang tu eyza ke klinik yang sama lagi sebab nak buat ujian HIV pulak. Dekat sini, ujian tu hanya dijalankan pada waktu petang sahaja iaitu dari pukul 2-4 petang. Prosedur dia agak mudah cuma yang tak best layanan orang kaunter yang agak tak berapa nak mesra pelanggan. Nasib baik masa nak ambik darah kat tingkat atas tue, kedua-dua pegawai kesihatan sangat2 ramah dan berbudi bahasa. Terus hilang rasa takut nak kena cucuk tue hihi...




~ cilok dari SINI ~


Dan sekali lagi alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa sebab hasil ujian itu pun OK.


~ cilok dari SINI ~


Baru eyza tahu yea rupa-rupanya ujian HIV nie walaupun kita kakitangan kerajaan tetap kena bayar duit. Nasib baik hanya rm1 jea hihi....



Tuesday, December 11, 2012

Yeah Blog Sudah Kembali...

Syukur akhirnya blog eyza telah kembali seperti asal. Sebelum ni blog eyza langsung tak leh nak bukak baik menggunakan browser apa pun. Sedih bangat dengan keadaan nie. Tak tahu pasal apa boleh jadi macam nie. CAER kata blog eyza kena hack tapi eyza pun tak pasti sebab eyza tak pandai sangat bab-bab coding nie dan hack nie walaupun dulu pernah belajar sikit pasal benda alah cekelat hacks nie hehe...


Tapi eyza rasa benda nie terjadi sebab eyza guna shoutbox dari FIBOX tue sebab masa jadi benda ni bila eyza taip url blog terus dibawa eyza ke laman web fibox huhu...






Sekarang ruangan sembang nie dah boleh digunakan selepas eyza bertukar shoutbox menggunakan CBOX.




Bila blog jadi macam tue, automatik malas nak hapdet blog heuheuheu... Tapi la nie bila blog dah kembali ke asal baru ada semangat nak menghapdet cerita hihi tambah bersemangat lagi bila NUFFNANG hantar cek pertama untuk eyza yang kebetulan sampai di bulan kelahiran eyza hihi...






p/s : ku bersyukur padamu Ya Allah atas kurniaan dariMu!

Thursday, December 6, 2012

Selamat Hari Ketuaan hihi...





Kelmarin adalah hari lahir eyza dan sempena tarikh tu, eyza ambik cuti kelmarin hihi kebetulan dapat cuti free dari bos jadi eyza gunakan kelmarin. Ikutkan memang tak nak cuti sebab untuk tahun nie cuti eyza berbaki hanya 3 hari sahaja tapi alang-alang bos dah bagi green light, jadi eyza ambik jer la cuti.


Apa pun eyza nak ucapkan berbanyak terima kasih pada semua yang wish birthday eyza samada melalui sms (ABAH, EMAK, JAJA, NANA, UMIRA, ADELL, AJULA, ABG E)  facebook (Mubarak Majid, Cda Amirr, Asma Ali, Sime Gridgette Zelle, Khalijah Khaty, Olando Olan, Sufiana Ramli, Maya Maswany, Mummy Adriana, Kasih Ixora, Mohamad Norzaidi bin Juli, Norazilawati Ahmad, Eja Liza, Shahrin Hamid, Nurul Sharniza Husin, Osman Ramli, Ouh Bee, Hariah Abdullah, Mohd Ferdaus, Mohd Nazri, Li Eza, Adell Siti Adila Rosli, Harliyana Yahya, Fizah Hafidzah, Shatirah Mehat, Aishah Mohamad, Fariza Farid, Sharifah Mazliana, Ly Ana, Safarin Sulaiman, Nur Amaniena Niena, Mahfuza Mahayuddin, Azliana Adros, Nazihah Zainal, Mohd Fuad, Azlina Abd Khalil, Suziana Mokhtaruddin, Rozita Shaari dan Mas Guramei ), tagged (Widad al-Jefri, Olando Olan dan Zack N) dan secara berdepan.



 ~ sayang FAMILY yang banyak support eyza ~



Walaupun tanpa hadiah mahal atau sambutan yang hebat tapi eyza sangat-sangat hargai ucapan serta doa istimewa dari kalian semua. Dan yang paling bestnya birthday tahun ni sebab eyza menyambutnya di saat status eyza berubah setapak ke depan hihi... Syukur alhamdulillah padaMu Ya Allah sebab masih memanjangkan usiaku untuk bersama-sama orang-orang yang sangat ku sayang. 




p/s : wahhh bestnya dating dengan yang tersayang di hari ulang tahun kelahiranku hihi...  (~_~)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke