Tuesday, December 25, 2012

Genap 2 Bulan - iNCik hilang :(



Takdir yang menentukan 

Pertemuan yang tak disangka 
Takdir jua yang menentukan perpisahan 
Di talian cinta ini 



Terjalin ikatan mesra 
Walau hanya seketika 
Bagiku sungguh bermakna



Masih terkenang lagi 
Kepadamu insan misteri 
Yang sudi bertamu di hati 
Tersentuh hatiku ini 



Rasa ingin bersamamu 
Menyapu si airmata 
Menghilangkan rasa sendu di hati
Setiap malam ku tunggu panggilanmu 



Resah hatiku menanti 
Walaupun sehari takku dengar suaramu 
Hati rindu 
Ku terasa dunia ini bagai terhenti





Lagu yang paling eyza suka semasa eyza berkawan dengan iNCik. Lagu nyanyian kumpulan ARROW - SENDU DI HATI, RINDU DI JIWA. Tahun ni masuk tahun keenam eyza dan iNCik menjadi sahabat sejati. Tapi entah apa sebab yang melanda, tiba-tiba iNCik menghilang terus dari diri Eyza. Serasa lirik lagu tu menceritakan kisah persahabatan yang terjalin antara eyza dan iNCik. Sungguh iNCik adalah seorang insan yang sangat misteri yang sudi bertamu di hati eyza sebagai teman rapat eyza.




Kali terakhir iNCik call eyza adalah pada 25 Oktober 2012 dan lepas tu terus iNCik menyepikan diri. Seolah-olah iNCik ada deria keenam yang boleh tahu situasi eyza yang bakal jadi tunang orang masa tue.



Buat iNCik, sahabat terbaik eyza di alam maya.... eyza doakan walau di mana iNCIk berada semoga iNCik berada dalam keadaan sihat dan selamat hendaknya. Walaupun kita tidak pernah bertemu langsung, namun eyza sentiasa ingat pada persahabatan kita ini.




p/s : ku berdoa semoga ikatan persahabatan ini tidak akan terputus walau masing-masing sudah berkeluarga!

8 comments:

  1. kita doakan incik berbahagia dan sejahtera diluar sana.....
    mungkin dia nk buat surprise masa wedding eyza nanti kut!

    ReplyDelete
  2. salam ziarah
    doakan ajer dia berbahagia di sana

    ReplyDelete
  3. nak inform ni..
    -mencari entry terbaik 2012..boleh share entry terbaik korang dalam segmen ni,,..jemput join..simple,takde syarat..
    pemenang akan direview
    http://www.jeritpekik.my/2012/12/segmen-bebas-syaratentry-terbaik-untuk.html

    ReplyDelete
  4. @Remy hazza hehe alangkah bahagianya kalau iNCik betul2 buat surprise masa wedding eyza nanti... doa2kan jer laah kan remy?

    ReplyDelete
  5. @kak ina kl insyaAllah kak ina.. hanya mampu berdoa pada Allah s.w.t semoga iNCik okey saja.

    ReplyDelete
  6. frust...ooPPPSSSsss

    ReplyDelete
  7. @afifudinsohaini tq atas jemputan... tp rasa macam tak layak nak join sbb entri semua syok sendiri jea hehe...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke