Wednesday, February 29, 2012

[GAMBAR] Bila Orang Luar Kagum Dengan Orang Islam

Salam u olsss...


Tiga keping gambar di bawah nie adalah kenangan masa ai sekeluarga ke Hong Kong. Motip letak gambar nie cuma nak bagitahu yang betapa terujanya orang2 bukan Islam nie nak bergambar dengan we olsss..Alkisahnya mereka nie begitu tertarik tengok we olsss bertudung dan berbaju lengan panjang ketika cuaca panas terik. Masa selisih bas dengan geng2 nie, nampak keterujaan mereka melambai2 ke arah we olsss seolah2 macam melambai pada artis kesayangan pulak hehe....



masa nie eksaited dua orang nie tarik mak ai ajak bergambar



lepas tue ajak we olsss sekeluarga pulak


2 orang tu ajak pulak 2 geng lelaki bergambar sekali



Tuesday, February 28, 2012

Tergoda Dengan Mummy PINKY THE MOLLY

Salam u olsss...


Ahaaa jangan pikir bukan2 ekk pasal tajuk entri di atas...Ai masih perempuan tulen ekk. Tak der minat cintan cintun sama kaum sejenis hehe... Giler kentang laa nak minat dengan wife Encik Firdaus nie.. Kang tak pasal2 jadi frontpage akbar lakkk... (~_~)


merahnya mak ngan hehe ini pic pernikahan MUMMY  yang sangat2 kebaboom

Mummy PINKY THE MOLLY ialah sorang blogger yang memakai name tag blog sebagai 'MUMMY ADRIANA'.... Mula berblog pada September 2011. Kira masih baru lagi laa MUMMY ADRIANA dalam dunia blogger.



Menurut kamus blogger mummy, tujuan utama dia berblog ialah sebab ADRIANA RAMADHANI. Haaa sapa lak ADRIANA RAMADHANI nie.. Adakah kekasih gelap mummy ker hihi.. Ekcelli ADRIANA RAMADHANI ialah anak syomel mummy dan encik firdaus.



Inilah ADRIANI RAMADHANI anak syomel mummy. Mummy kalau mai aloq staq jangan lupa bawak Adriani sekali taw sebab geram nak cubit pipi gebu dia hehe...


Selain dari ADRIANA RAMADHANI si budak syomel nie MUMMY ADRIANA jugak ada sorang lagi buah hati iaitu RAMADHANI HIJABS. Nak tahu siapa? Ehh bukan siapa la tapi apa...hehe....RAMADHANI HIJABS nie adalah nama bagi jenama hijab yang dijual oleh MUMMY ADRIANA. Buat orang Kedah yang tinggal kat area KULIM jom serbu booth hijab MUMMY ADRIANA di pasar pagi dan pasar malam di daerah situ.


Tadaa inilah model untuk Ramadhani Hijabs. Nak tau maklumat lanjut pasal hijab nie jom ramai2 kita serbu fanpage RAMADHANI HIJABS   nie.


Ehh sori termelalut panjang yang langsung tak ada kena mengena dengan tajuk entri...hihi... Ampunkan saya tok mad sengal.... (~_~)


Ekcelli memang tergoda pun dengan Mummy PINKY THE MOLLY tapi bukan tergoda kisah kasih yer cuma tergoda dengan blog dia yang sangat2 cun giler...Waaa manyak jeles owh sama MUMMY ADRIANA. Syomel arrr blog dia yang warna PINK tue yang direka khas oleh AZHAFIZAH... Walaupun sengal tapi dalam hati MUMMY ADRIANA tetap berjiwa pinky2...hihi




p/s : Ini adalah segmen khas untuk GENG BLOGGER SENGAL yang ditaja oleh Encik Ahmad Shin Chan a.k.a tok ketua kampung SENGAL. Sebarang hadiah nak dituntut sila berhubung dengan KETUA KAMPUNG yer..hihi..  (^_^)

Jika....

Salam u olsss...






♥ Jika SENDIRI jangan marasa SEPI..
♥ ..Ada ALLAH yang MENGAWASI. (^_^)

♥ Jika SEDIH jangan PENDAM dalam HATI..
♥ ..Ada ALLAH tempat BERDOA. (^_^)
...
♥ Jika MARAH jangan FIKIR dalam HATI..
♥ ..Ada ALLAH tempat MENENANGKAN DIRI. (^_^)

♥ Jika SUSAH jangan MERASA PILU..
♥ ..Ada ALLAH tempat MENGADU. (^_^)

♥ Jika GAGAL jangan BERPUTUS ASA..
♥ ..Ada ALLAH tempat MEMINTA. (^_^)

♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi LUPA..
♥ ..Pada ALLAH tempat BERSYUKUR. (^_^)

♥♥ Ingatlah ALLAH sentiasa ADA disetiap WAKTU kita ♥♥

Monday, February 27, 2012

Baru Sedar Sayang Sangat2...

Salam u olsss...


Bila berlaku hal2 yang tak dijangka baru kita sedar betapa kita sayang dia sangat2. Dan pastinya kerisauan memikirkan keselamatan dan keadaan dia berganda2 kalinya. Akhirnya baru kita sedar, rupa2nya perasaan ini terjadi sebab kita sayang sangat2 pada ibu kita.






Alkisahnya tadi my sis sms ai tanya kenapa dia tak boleh nak call fon my mum. So ai try call pun tak boleh. Jadi ai call ayah nak tanya pasaipa. Pastu ayah ai kata dia ada di hospital dengan semua orang. Hanya my mum sorang jer duk umah. Berkali2 ai call langsung tak dapat. Dalam hati dah cuak takut apa2 berlaku.


Lepas tue ai call my sis yang sorang lagi. Dia kata dia masih di sekolah. Adehhh, dah makin risau ai nie.


Last2 my sis yg mula2 sms tadi bagi tahu dia dah ke rumah dan jenguk my mum. Alhamdulillah my mum okey jer. Cuma henfon jer rosak. Tetiba teroff dengan sendirinya.


Akhirnya dapat ai menarik nafas kelegaan bila baca sms dari my sis. Syukur sangat2 pada Illahi. Dalam kepala tadi duk pikir kalau tak dapat sebarang maklumat lagi ai kena cari alternatif nak balik. Almaklumlah tempat kerja ai dengan rumah memakan masa hampir 45 minit perjalanan kalau lalulintas lancar. Pulak tu ai datang kerja menyewa van ramai2 dengan member opis. Agaknya kalau nak balik jugak, ai kena naik bas la hihi...tak pun sewa teksi nak balik.



p/s : Kepada yang masih ada ibu dan bapa, sayangilah mereka sementara mereka masih ada.

Mana Best Antara AZURA 2012 dan HANTU DALAM BOTOL KICAP?

Salam u olsss...


Ai ada 2 filem untuk dibuat pilihan untuk ditonton iaitu AZURA 2012 dan HANTU DALAM BOTOL KICAP. Agak2 u olsss mana satu yang best untuk ditonton yer?



Azura 2012 ini mengisahkan Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibubapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuatkan Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.
Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.
(sumber : SINI)
 '

Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah.Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya. Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.
(sumber : SINI)



p/s : baca sinopsis AZURA 2012 macam tak boleh nak lawan kehebatan AZURA yang lama...

Mak Cik, ada air masak tak?

Salam u olsss...


Baru2 nie masa ai tengah sibuk di dapur, terdengar suara seorang budak di pintu depan. Lepas tue ai tengok mak ai datang ke dapur dan buka peti sejuk.


'Awat mak? Nak buat apa tue? Bukan ada orang mai ka kat depan?'
'Yer la. Ada budak mai jual jelly kelapa. Dia minta air masak, katanya dahaga sangat.'


Jadi ai pun bergegas ke depan nak tengok budak tue. Kesian pulak dengar dia dahaga lalau ai cakap kat mak, ambik jer lah satu jelly dia jual tue. Walhal bukan nak makan sangat pun tapi saja niat nak menolong.




Ini lah rupa jelly kelapa yang adik tue jual. Harga mahal dari kebiasaan iaitu rm2.00 satu.


Lepas tue sementara dia hilangkan penat, mak ai pun sembang2 la dengan dia. 



'Jangan ambik gambar saya'...itulah kata2 budak ni yang dikenali sebagai FAN bila ai menghalakan kamera henfon ke arah dia.


FAN nie anak sulung dari 4 beradik, datang dari jauh kira2 kalau naik kereta perjalanan memakan masa hampir 20  minit tapi disebabkan dia hanya berbasikal maka berganda2 kejauhan dan kepenatan dia mengayuh basikal.


Tapi bila disoal ayah kerja apa, terus dia keluar dari rumah tanpa berkata sepatah apa2 pun. Gaya dia macam malu nak berbicara soal ayah dia. Apakah ayah dia hanya seorang penganggur terhormat dan hanya mengharapkan duit dari hasil jualan jelly ni untuk tampung kehidupan seharian mereka sekeluarga?




Sunday, February 26, 2012

Alhamdulillah... Yang KeTujuh Dah

Salam u olsss...


Syukur pada Illahi akhirnya adik ai telah selamat melahirkan anak sulung dia pada pukul 12.50 tengahari tadi. Bermakna bertambah seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami menjadikan mak ayah ai ada 7 orang cucu.


Setelah 9 jam bertarung nyawa dan berhempas pulas, akhirnya lahirlah seorang putera sulung mereka. Syukur sangat2 segala urusan dipermudahkanNya.


Rasa tak sabar nak tunggu jam 5 petang nak punch card dan balik tengok anak sedara yang ketujuh.

Pening...pening...pening...

Salam u olsss...

Apa ke halnya tah sekarang ni ai bekerja dalam keadaan ke'feningan'....

Orang minta lain ai kasi lain...Minta sambung fon kat orang lain, ai pas dekat orang lain...

Apakah disebabkan???

 

Saturday, February 25, 2012

Prosedur Nikah di Thailand

Salam u olsss...


Just sharing jer maklumat dari soal jawab agama dari Laman Web Jabatan Agama Islam Selangor...






Buat my frenz yang dah selamat nikah di Thailand pada 9.2.12 tue jangan lupa yer cepat2 lah daftar perkahwinan di Malaysia ekkk.


Pada yang teringin nak nikah di Thailand tu silalah rujuk di SINI


Jangan pikir bukan2 lak ekk pasal entri nie...Tak der kaitan dengan diri ai pun...Sebab ai nak kahwin di Malaysia dan di atas kapal hehe...

Thursday, February 23, 2012

Dapat Doodle dari APIT dan ID CARD GBS dari AFZALSUKASUKI

Salam u olsss...


Ini doodle yang APIT buat untuk semua yang join segmen dia.





Dan ini ID CARD ahli GBS ehehe... jadi mata2 polis plak ekkk...mekasih bebanyak2 la TOK KETUA atas penyiapan ID nie...nanti kalau ada apa2 aktiviti GBS boleh la pakai ID CARD nie.

AL-FATIHAH : FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA ...

Salam u olsss...

Kepada sesapa yang selalu mengikuti perkembangan adik FARIS yang menghidapi penyakit barah darah, di sini saya kongsikan maklumat dari blog saudara MAZIDUL.


"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital'

Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.

Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.

Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.

Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.


 AL FATIHAH buat arwah FARIS.




 (wajah FARIS ketika masih sihat)

Wednesday, February 22, 2012

Pos Laju Oh Pos Laju | Thanks to RemyHazza

Salam u olsss...


Petang Ahad masa balik kerja ada satu surat dari POSLAJU atas nama ai.





Owh rupa2nya ada bungkusan untuk ai tapi tak dapat dihantar kerana masa posmen tue mai tak ada sapa di rumah.


 POSLAJU minta dituntut dalam masa 14 hari dari tarikh surat pada waktu pejabat dan memandangkan opis ai dengan POSLAJU agak jauh maka ai minta ayah ai tolong ambilkan.





Tapi tak boleh ambil macam tue saja, kena ada surat kuasa memberi kebenaran kepada orang lain untuk mengambilnya. Jadinya ai kena isi surat kuasa macam di bawah nie yang berada di belakang lampiran surat dari POSLAJU tu.




Dan pagi semalam ayah ai pergilah ambilkan dengan membawa surat kuasa tue.


Petang semalam lepas balik kerja terus ai carik benda nie dulu. Owh rupa2nya itu hadiah kemenangan dari REMYHAZZA.


Sangat2 terharu oke dengan usaha yang dia buat untuk memberi hadiah. Selain dari hadiah, REMYHAZZA juga memberi surat penghargaan untuk pemenang.


 


 



Dan tadaaa di bawah inilah hadiah yang REMYHAZZA bagi. Cantikkan jam berbentuk bangunan tue. Pandai REMYHAZZA pilih hadiah yer. JAM mewakili masa dan bersamaan dengan blog REMYHAZZA --> SATU PERJALANAN maka JAM nie sebagai satu simbolik perjalanan masa.






Masa petang semalam belek2 jam nie ai ada terdengar satu bunyi dari dalam jam nie. Ingatkan efek bunyi dari jam nie dan ai buat tak kisah jer la...


Lepas tue pagi tadi masa nak ambil gambar jam nie, ai dengar bunyi lagi dan masa tue ai pikir mungkin bila ai letak bateri jam tue akan berbunyi macam ai dengar.






Dari semalam ai belek langsung tak tergerak hati nak pusing belakang jam tue dan pagi nie baru terasa nak tengok belakang jam nie sebab nak tengok berapa banyak bateri diperlukan dan sangat sedihnya bila ternampak kat bawah jam tue..


Jam tue pecah di bahagian bawah dan bunyi yang ai duk dengar tue bukan kesan efek jam tue tapi serpihan jam yang pecah...huhu keciwa sungguh la...



Tapi tak apalah kalau jam tue pecah kat bahagian bawah tu sebab masih boleh digunakan. Nanti ai cuba lekatkan balik guna gam kot2 boleh tersambung balik.


Apa2pun terima kasih banyak2 pada REMYHAZZA atas kesudian dia memberikan ai hadiah nie. InsyaAllah boleh letak kat meja pejabat nie supaya bila tengok jam nie, pasti teringat untuk ke blog REMYHAZZA selalu.

Duit Syiling Baru 50 sen

Salam u olsss...





(Harap maaf, kualiti gambar kurang jelas)

Tuesday, February 21, 2012

Saya Join, Pasti Dapat Doodle

Salam u olsss...



~ Klik banner untuk JOIN ~


Nama Panggilan Anda : MISZ EYZA
URL belog : http://slumberzgurll.blogspot.com/
Negeri Kelahiran : KEDAH DARUL AMAN
Warna Kesukaan : BIRU


Diwajibkan Tag 3 rakan blogger untuk join




Terornya Meragut

Salam u olsss...


Kenapa tah arini minggu nie rasa malas benor nak menaip entri hihi... Mungkin akibat kerinduan pada seseorang sampai mood menaip hilang... <3


Okehhh berbalik pada tajuk kat atas tue, ini kisah benar yang berlaku kat opis ai pagi tadi. Rasa macam baru jer semalam baca entri di blog EYRIQAZZ yang bagitahu kawan opis dia kena ragut.





Pagi tadi dalam lebih kurang pukul 7.55 pagi masa semua orang tengah mengkalutkan diri nak punch card, tanpa disangka seorang lecturer kat opis ai nie kehilangan beg tangan dia.  Alkisahnya menurut saksi kejadian, peragut tue menaiki sebuah motosikal dan berjaket parking di sebelah kereta mangsa. Dan saksi nie parking di belakang kereta mangsa.


Seperti kebiasaannya mangsa tak mengunci kereta dan meninggalkan beg tangan dalam kereta sebab parking tue betul2 di depan kawasan punch card. Lagipun kawasan tue memang dah dalam kawasan opis dah.


Kira pencopet a.k.a peragut nie memang dah lama intip dan kaji lagi sebarang kebarangkalian. Sebab tue sepantas kilat saja dia dah berjaya larikan beg tangan tue huhu.....


Dah jadi macam nie nak salahkan sapa yer? Peragut yang memang teror @ Kecuaian mangsa @ Kelonggaran sistem keselamatan?



UPDATED : peragut tue telah dapat ditangkap dan dikatakan dia salah seorang penduduk kampung terdekat dan memang mempunyai banyak rekod jenayah. Alhamdulillah barang2 berharga iaitu duit dan telefon bimbit masih berada di tangan dia cuma kad bank, lesen memandu dan kad pengenalan saja dibuang di tempat lain.



p/s : peragut ada di mana2 sahaja hatta di kiri, kanan, depan atau belakang kita pun.

Monday, February 20, 2012

Kemenangan Berganda dari Blogger Eyriqazz

Salam u olsss...


Nak meneutralkan diri kembali ke asal maka ai buat entri sekadar berkongsi kegembiraan.


Tak sangka menang berganda dari Bro Eyriqazz.. Thanks bro sebab pilih ai sebagai pemenang.


Kemenangan pertama dari contest di blog Bro Eyriqazz





Nak baca apa yang ai komen, klik SINI ekkk...


Dan kemenangan kedua pulak masa ai join mini kuiz kat fanpage EYRIQAZZ @ GREAT TEACHER ONIZUKA.






Walaupun hadiah kemenangan bukan ribu riban tapi ia tetap rezeki. Syukur alhamdulillah. Sepanjang mengenali Bro Eyriqazz ini adalah kemenangan yang kelapan dan kesembilan dari dia dan untuk rekod ini kemenangan kedua dan ketiga untuk tahun 2012 selepas blogger remyhazza menghadiahkan rezki kemenangan yang pertama untuk tahun 2012.


Apa2 pun syukur sangat2 sebab rezki dapat di saat duti gaji belum masyuk hihi...




p/s : R.I.N.D.U dengan ucapan TAKE CARE dari seseorang huhu...

Sunday, February 19, 2012

Tersentap Bila Tahu Hal Sebenar

Salam u olsss...


(gambar terpaksa diedit untuk mengelakkan kontroversi hehehe....)


Semalam masa tengah layan cerekarama 'JUJUR AKU DAYUS' sambil berchat di fesbuk sambil melayan GENG BLOGGER SENGAL yang tengah sibuk ambik gambar masing2 gara2 tok ketua buat CONTEST MUKA SENGAL, ai dapat satu mesej di FB.


Rupanya dari membe ai nak bagitahu satu rahsia.... Perghhh baca jer apa dia tulis terus rasa tersentap dan berdebar2 jantung hati ai.


Ingatkan apa dia cakap tue sebahagian dari sinopsis 'JUJUR AKU DAYUS' tapi ini kisah sebenar. Apa2pun semuanya dah selesai dan hanya yang mampu ai ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU mr M.R.A. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat my frenz. 



 Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu





p/s : Jangan lupa daftar perkahwinan di Malaysia nanti yer!

1st Segmen:- Jom Review Blog Kami by Tiera

Salam u olsss...


Di hari Ahad ai nak join satu segmen dari TIERA setelah ditag oleh akak misshannajr sempena ulang tahun 100 Follower Tiera




Apa yang u olsss akan dapat dari segmen ini ialah TIERA akan buat sticky post yang bertahan selama  seminggu untuk review blog korang. Setiap pos akan paparkan 5 blog (bergantung pada jumlah penyertaan) dengan 5 kelebihan yang TIERA dapat kesan.


Jadi jom ramai2 kita support TIERA yer... Klik banner kat atas yer kalau nak join...Ai tag KAK DEE lah hihi....

Serba Salah | Diet Ker Makan?

Salam u olsss...


 Kalau makan banyak, sure berat naik...






Tapi kalau skip makan, jadi gastrik plak..abis sakit perut huhu...






Jadi agak serba salah sekarang nie..nak meneruskan misi diet atau makan macam biasa jerk?

Saturday, February 18, 2012

WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RM

Salam u olsss...


Kali nie ai nak join satu GA anjuran blogger terkenal, Kak Ina. GA yang mudah iaitu kena reka ayat2 lucu berdasarkan gambar di bawah.



Kak ina : Sengih, sengih jugak Norish tapi akak ada terbau masam la. Kau tak bau ker Norish?

NK : Erkkk ada bau ker kak ina hehe (alamak lupa nak syampu rambut lerr - berkata Norish dalam hati)....


Dialog hanya sekadar rekaan jer yer. Tak der maksud apa2 pun hehe Hanya memenuhi konsep Giveaway.

Jom ramai2 kita join GIVEAWAY di taja oleh www.kakinakl.com

Friday, February 17, 2012

Demi Masa dan Satu 1 Malaysia | Sedihnya

Salam u olsss...


Ini kisah yang berlaku di opis ai baru2 nie...


'Terima kasih la sebab pasang lagu 1 Malaysia'

'Ehh tak pasang lagi pun'

'Padi tadi bukan dah pasang ker?'

'Oh itu lagu nasyid la.'


Perbualan antara 2 orang yang berlaku di depan mata ai. Sadis sungguh ai mendengarnya. Nak kesian pun ada, nak tergelak pun ada.


Akibat dari kemewahan hidup, seseorang itu tidak dapat bezakan antara 2 lagu nie. Jauh beza dua lagu nie.


Demi Masa oleh Raihan





dan




Satu 1 Malaysia oleh pelajar2 Kolej Lim Kok Wing...





Sure, kalau penggubah lagu 1 malaysia nie dengar perbualan tadi, dia akan menangis tak berbunyi huhu....


Thursday, February 16, 2012

Mati berkayuh 10km ke sekolah

Salam u olsss...


Sekadar berkongsi berita yang ai baca tadi. Lagipun arwah yang meninggal tue adalah merupakan bekas anak murid kakak ai dan bekas rakan sekolah anak sedara ai.


ALOR SETAR: Seorang bapa tidak menyangka tindakannya membelikan anak sulungnya sebuah basikal bagi memudahkannya ke sekolah berakhir tragedi apabila mangsa maut dalam kemalangan Jalan Alor Setar-Kangar, dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 6.45 pagi berhampiran Kampung Kubang Siam, Alor Janggus, di sini, ketika mangsa, Muhamad Nazren Jamalludin, 13, dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.

Mangsa dipercayai cuba melintas, tetapi dirempuh sebuah Proton Persona dari arah sama menyebabkannya terjatuh dan parah di badan serta kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Bapa mangsa, Jamalludin Ahmad, 37, berkata arwah keluar rumah jam 6.30 pagi ketika dia dan isteri, Sabina Ismail, 36, keluar bekerja di restoran makanan segera berasingan.

Menurutnya, dia terkejut apabila dihubungi seorang individu memaklumkan anak sulung daripada tiga beradik itu terbabit kemalangan dan disahkan meninggal dunia sebelum menghubungi isterinya.

Katanya, kebiasaannya arwah menunggang basikal bersama rakan-rakannya, tetapi semalam arwah terlewat bangun menyebabkan dia bersiap dalam kelam-kabut.
“Sebelum ini, setiap pagi, saya dan isteri bergilir-gilir menghantar arwah ke sekolah, tetapi sejak seminggu lalu, dia mahu pergi sendiri menunggang basikal bersama rakan-rakannya dan meminta saya membelikan basikal itu.

“Saya tunaikan hasratnya dan membelikan basikal, tetapi tak sangka dia meninggal dunia dalam kemalangan selepas basikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta.
“Basikal itu baru dibeli seminggu lalu selepas arwah beriya-iya mahukannya walaupun sebelum ini dia atau isterinya menghantar arwah ke sekolah dengan kereta,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini.

Jamalludin berkata, arwah anak yang baik dan manja, malah tidak pernah ketinggalan mengunjungi pusara arwah neneknya, Roziah Ahmad yang meninggal dunia tahun lalu setiap Jumaat sejak setahun lalu kerana sebelum ini hubungan mereka rapat.

“Allah lebih sayangkan dia dan pinjamkan arwah untuk saya dan isteri dalam tempoh singkat, namun saya reda dengan takdir,” katanya.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Siam, dekat sini, selepas solat Zuhur, semalam.





Sama2lah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.



(sumber : Harian Metro)

Masih Ada Yang Sayang...

Salam u olsss...


Ini bukan berkenaan konsert 'Masih Ada Yang Sayang' tapi ini kisah diri sendiri hihi...





Alkisahnya mengenai ai yang MC hari Ahad baru2 nie..Masuk jer kerja pada hari Isnin, rupa2nya ada yang prihatin hehe..


Datang bertanya ke mana ai semalam? Sakit apa semalam? Siap ada yang telefon lagi tue nak bertanya khabar...


Perghhh terasa diri dihargai sekejap hehe..... Inilah yang dipanggil semangat setiakawan. Ekcelli ai sakit gigi pada hari Ahad tue...maka itu sebabnya ai MC....


Jadi kepada yang sudi bertanya tue, terima kasih diucapkan atas keperihatinan anda, anda  dan anda. Tak sangka ada yang sayangkan ai.

Wednesday, February 15, 2012

Dim Sum | Pertama Kali Makan

Salam u olsss...




Pertama kali makan dim sum di sebuah restoran Pusat Islam Kowloon, Hong Kong. Walaupun agak tak selera nak makan sebab semua yang di atas tue dimasak separuh mentah tapi  ai sumbatkan jugak dalam mulut gara2 lapar...huhu...


Dan penyudahnya ketika orang lain sibuk bergambar, ai ajak my mum cari air coke (hanya air ini saja yang diyakini halal) di kawasan situ. Demi meneutralkan rasa mual dan loya hehe...


Apa2 pun makanan tue memang berkhasiat sebab semua makanan dimasak berasaskan sayur. dan terjamin halal.


Kalau u olsss ke Hong Kong, jangan lupa singgah ke Pusat Islam Kowloon nie sebab suasana dalaman sangat unik. Seolah mengembalikan kenangan kita di zaman kegemilangan Islam.


(kredit pic to : SAHALFIKRI )

Thanks to RemyHazza | Satu Perjalanan Seorang Kulikutif

Salam u olsss...


Pagi tadi baru dapat tahu ai menang satu peraduan yang dianjurkan blogger RemyHazza. Peraduan tue sempena 1st ohsem anniversary blog dia.




Inilah banner pertandingan peraduan yang dianjurkan oleh blogger RemyHazza. Perghh banner yang sangat2 mantop...siap ada sayap lagi.





Dan tadaa, inilah rupa blogger RemyHazza yang sungguh2 ohsem tue.


 Di mana kita bermula, di manakah kita berakhir, di situlah sebuah ceritera. Satu perjalanan........ 



Apa2 pun ai nak ucapkan berbanyak terima kasih buat RemyHazza atas pemilihan ai sebagai antara yang bertuah untuk menerima hadiah dari dia.


Selamat menyambut ulangtahun blog yang pertama dan semoga sentiasa cemerlang dalam blogging dengan menempekkan entri yang bakal mendangdutkan perut ai hihi... 

Tuesday, February 14, 2012

Awas! Jerat Valentine's Day

Salam u olsss...


Hari ini 14 Februari, seperti yang diketahui umum, merupakan hari sambutan kekasih atau Valentine Day.  Ada tak orang yang dapat mawar merah hari ini?







Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.

Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.


Sambutan Hari Kekasih ini hanya disambut oleh orang yang bukan beragama Islam dan kita sebagai seorang yang Islam tidak patut mengagungkan hari yang istimewa mereka itu.


Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.


Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.





Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.



(sumber dari : JAKIM)

Monday, February 13, 2012

MC Lagik!

Salam u olsss...




 
 


Semalam ai MC lagi...tapi kali nie MC dari klinik swasta...Saja tepekkan MC yg lepas sebab MC semalam tak sempat nak ambik gambar. Dah serah kat kerani cuti huhu.....


Ingat nak ambik MC 2 hari tapi segan plak nak cakap kat doktor tue huhu...





p/s : agaknya sekarang musim tak sihat kot? sebab ramai orang kat spital sampaikan nurse tue cakap la nie kena buat OT jer nak menampung jumlah pesakit yang datang buat rawatan.


Thursday, February 9, 2012

Awak Kerja Apa?

Salam u olsss...


Dua pegawai Lembaga Tabung Haji yang dipercayai terlibat dalam sindiket melangkau giliran menunaikan haji atau 'haji ekspres' dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta di sini esok.

Kedua-duanya berusia 30-an dan 40-an itu akan didakwa di bawah Seksyen 5(1) akta Jenayah Komputer 1997 dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Menurut sumber, seorang daripadanya dikatakan telah membuat capaian ke Pangkalan Data Tabung Haji dan memasukkan rekod jemaah haji menggunakan program khas tanpa kuasa.

Katanya, ia sekali gus menyebabkan pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji untuk Lembaga Tabung Haji.

"Seorang lagi didakwa telah secara rasuah menerima suapan sebagai upah untuk menguruskan nama-nama jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji pada 2010," kata sumber itu.  (UTUSAN MALAYSIA)



Adakah hal di atas punca masalah di bawah terjadi?


Kejadian berlaku petang semalam, 8 Februari 2012 di kaunter no 2 di salah sebuah pejabat Lembaga Tabung Haji.

E : Puan, saya nak buat pendaftaran untuk pergi haji.

TH : Duit dah cukup ker?

E : Belum, baru rm2000...

TH : Duit tak cukup tapi dah nak buat pendaftaran. Awak kerja apa?

E : $%&^%&*@



Seingat mata ai yang baca paparan skrin bergerak yang diletakkan di dinding kaunter tue, bila duit dah mencukupi rm1300 kita dah boleh buat pendaftaran haji.


Tapi kenapa petugas perempuan TH berkenaan macam nak marah2 jer siap tanya pekerjaan. Apakah seorang yang tak dak kerja tak boleh nak mendaftar walaupun ada duit? Atau dia sengaja bersoal sedemikian untuk niat yang lain?


Apa2 pun, fikir yang positif saja. Mungkin dia tengah datang bintang kot sebab tue emosi semacam. Ataupun dia tengah bergaduh dengan asben dia huhu...




p/s : selalunya orang TH bersopan santun jer kan bersesuaian prinsip Pendeposit Didahulukan, Pencapaian Diuatamakan...








Wednesday, February 8, 2012

Aku Maafkan Kamu?

Salam u olsss...


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku



Ayat2 kat atas tue adalah serpihan dari lirik lagu 'Aku Maafkan Kamu' dendangan Jamal Abdillah dan Malique. Tapi ini entri bukan nak review tentang lagu tu cuma sebab entri ni berkaitan sebuah kemaafan maka ai tempekkan serpihan lagu tue kat sini.




Lumrah alam kan memang sesuatu yang agak payah untuk kita memaafkan orang lain tapi tanpa kita sedar memberi kemaafan itu adalah suatu ubat yang paling berharga di dunia. Dengan memberi kemaafan, hidup akan sentiasa tenang dan aman.


Bermaaf-maafan adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)



MOHONLAH KEMAAFAN dari orang yang kita telah sakiti.
MOHONLAH KEMAAFAN dengan hati yang jujur dan ikhlas.
MOHONLAH KEMAAFAN agar diri kita tidak disalah anggap.
MOHONLAH KEMAAFAN untuk kebahagiaan kita sendiri dunia dan akhirat.
MOHONLAH KEMAAFAN kerana kita akan lebih disayangi.
MOHONLAH KEMAAFAN agar ukhuwah kita diredhai.
MOHONLAH KEMAAFAN kerana iman kita akan meningkat.
MOHONLAH KEMAAFAN untuk hidup yang lebih bererti.
DAN...
BERILAH KEMAAFAN kerana ia sebaik-baik perbuatan.
BERILAH KEMAAFAN yang sejujurnya untuk hidup yang lebih ceria.
BERILAH KEMAAFAN kerana Allah memaafkan hamba-hambaNya, siapalah kita?
BERILAH KEMAAFAN semoga kita dan dia bahagia dunia akhirat.




p/s : sedang cuba memaafkan mereka, mereka dan mereka...

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke