Thursday, September 27, 2012

Debaran Menanti

 

Kalau masih ingat 3 bulan lepas eyza ada post satu entri berkaitan misi 3 bulan mencapai target kan.  Dan insyaAllah kalau tak ada aral minggu depan eyza akan berjumpa doktor tue semula huhu...


Takut sebenarnya nak berjumpa dia dengan penuh debaran walaupun dia seorang doktor yang mesra pesakit.




Takut tue sebab takut tak dapat capai target yang telah dia tetapkan sebelum ni. Sebab kadang-kadang timbang, dah capai taget tapi esok lusa lepas tu timbang masih tak capai target. Aii dok main tu cak plak la berat eyza nie.




Mudah-mudahan perjumpaan nanti tak akan ada sebarang masalah dan tak ada perjumpaan seterusnya hihi...


Demi kesihatan semua kena pegang ayat-ayat macam kat bawah nie la walaupun pada hakikatnya payah nak diamalkan.








p/s :  bersabar menanti dengan penuh kesabaran akan panggilan itu...

Wednesday, September 26, 2012

Tak Seindah Impian




Kadang-kadang apa yang kita inginkan tak selalu kita dapat kan?

Tuesday, September 25, 2012

Bila Six Sense Berfungsi?

Pernah tak dengar pasal deria keenam atau dalam bahasa omputehnya 'six sense'. Deria keenam ialah satu deria  yang ada pada setiap manusia, tetapi jarang digunakan oleh manusia.

Eyza nak cerita apsal six sense nie sebab dah banyak kebarangkalian berlaku dalam hidup eyza berdasarkan six sense nie.




Kalau eyza rasa macam tak sedap hati dan berat sangat nak melakukan benda tu mesti akan jadi sesuatu yang tak elok atau ada kesan negatifnya. Seolah-olah deria keenam tu menghalang eyza dari meneruskan apa yang ingin dilakukan. Korang pernah ada rasa camtu tak?


Sebut pasal six sense nie teringat kat kumpulan sixth sense plak hehe... Eyza suka dengar lagu dari kumpulan nie sebab ada lirik dia yang unik terutamanya lagu TANPAMU.




Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu indah tapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa…
Cintamu aku resah
Tanpa…
Kasihmu aku hampa
Tanpa…
Dirimu aku mati
Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti





p/s : Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran. 

Monday, September 24, 2012

Friday, September 21, 2012

Bila Rezeki Dikongsikan

Eyza tertarik dengan kata-kata dari seorang pensyarah yang baru saja bertukar ke tempat eyza lebih kurang 4-5 bulan yang lalu.




Walaupun dia berstatus jawatan lebih tinggi tapi dia tetap ingat pada orang bawahan. Ada rezeki lebih yang dia dapat, pasti dia akan kongsikan dengan golongan bawahan macam kami nie.


Mudah-mudahan Allah s.w.t murahkan rezki dia lagi dan diberkatinya.





p/s : semoga dia cepat sembuh sebab dah dua tiga hari demam sampai hilang terus suara menusuk kalbu yang macho tue huhu...

Thursday, September 20, 2012

SELAMAT HARI LAHIR MAK



Hari ini 20hb September adalah merupakan hari kelahiran mak eyza, PUAN SOFIAH BINTI BABJAN. Dan beberapa tahun ini kami memang meraikan hari-hari istimewa dalam keluarga kami. InsyaAllah kalau tak ada apa aral malam nie kami akan menyambutnya tapi secara kecil-kecilan jer bersama adik beradik jer.


~ mak DAN abah ~


Seminggu sebelum tue kami 4 beradik dah mula plan nak beli hadiah untuk mak. Dan inilah hasilnya setelah berbincang sesama kami. Walaupun hadiahnya tak adalah semahal mana pun tapi ini sebagai tanda kami semua sayang mak.








Terima kasih mak sudi bersama kami semua di saat susah dan senang. LUV u mak.








p/s : mak is da best person that i have that always accept me either bad or good... (~)_(~)

Wednesday, September 19, 2012

Tuesday, September 18, 2012

Syahdu Terasa Di Saat Keinginan Memuncak

Pagi tadi on da way nak datang kerja sempat lah eyza dengar berita di Radio. Rasa syahdu sangat-sangat bila pemberita tue cakap jemaah haji Malaysia yang pertama selamat tiba di Madinah.


~ walaupun gambar tak jelas tapi eyza suka suasana nie masa semua adik beradik berkumpul hantar eyza dan mak ayah nak berangkat buat UMRAH ~


Eyza terasa syahdu bagai nie sebab rasa di hati memuncak sangat nak ke Mekah. Teringin hajat di hati nak tunaikan haji. 


~ perasaan yang tak tergambar dengan kata-kata bila dapat tengok kiblat umat islam secara langsung ~


Dan yang paling terasa bila terkenang kembali saat - saat jejakkan kaki di lantai Masjidil Haram dan depan Kaabah. Walaupun cuaca panas terik tapi lantai depan Kaabah tue sentiasa sejuk sahaja.


~ lantai depan Kaabah yang sentiasa menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia ~



Eyza ada cakap dengan mak teringin rasanya nak pergi haji bersama-sama mak ayah dan adik beradik. Tapi yerlah nak kumpul duit nie memang makan masa yang lama jugak. Kan best kalau ada yang sudi sponsor tambang kami semua pergi haji hehe...





p/s : nak tunggu tahun 2038 giliran terasa lamanya... wahai duit cepat2lah membesar dengan banyaknya huhu... (^_^)

Penangan Makan Terubuk Masin


Kalau diikutkan eyza tak makan ikan lain selain ikan kembung, ikan bilis dan ikan masin jer tapi tadi masa member ajak makan nasi dia buat lauk terubuk masin nampak macam sedap dan menyelerakan jer.






Makanya eyza ambil la seketul kecik ikan terubuk masin nie dan hasilnya lepas makan rasa semua benda tue nak terkeluar balik. Sebab masih terasa isi ikan terubuk masin nie dalam perut huhu...


Naya punya kes la kalau macam nie. Duk rasa tak sedap perut jer nie.

Terima Kasih @ Kak Ina KL

Syukur alhamdulillah dapat rezeki lagi di bulan September ini. Rezki pertama di bulan kemenangan umat Islam.


~ tahniah jugak buat mAsHiMaRo yang turut menang ~



Terima kasih buat Kak Ina KL sebab dah pilih eyza sebagai salah seorang pemenang komen terbaik untuk entri dia yang bertajuk Idea Menikmati Susu - Pastry Puff. Dalam entri berkaitan dengan susu ini, Kak Ina banyak beri idea pelbagaikan makanan dengan susu UHT DUTCH LADY sempena kempen nikmati susu dalam masa 21 hari.


Jadi kepada semua yang nak mencuba resepi baru berasaskan susu ini sila jangan malu jangan segan, segera ZASS ke blog TERTUNAILAH HASRAT DI HATI milik kak ina KL.Dan kalau ada rezki, anda semua boleh memenangi set barangan kecantikan NEUTROGENA sebab kak ina tengah menganjurkan satu GA di mana hadiah kemenangannya sangat ohsem.






p/s : even semalam MONDAY BLUES tapi ada satu kenangan manis yang cukup indah kekal dalam memori selama-lamanya.

Monday, September 17, 2012

Monday Blues




p/s : tersangatlah MONDAY BLUES gara-gara cuti banyak hari... SELAMAT HARI MALAYSIA yang ke 49.

Thursday, September 13, 2012

Saat Hati Bergetar

Kenapa suara dia bisa menggetarkan hati dan jiwaku. Terasa seperti terawang-awangan jer bila dapat mendengar suara itu.








Perasan itu sangat kuat bila dekat denganmu. Apakah itu?

Demimu Ku Sanggup Tukar Parti Politik

Ehh entri nie tak ada kena mengena dengan diri eyza yer hihi sebab eyza bukan pem'fanatik' politik sebab eyza sendiri pun baru kali pertama nak mengundi tahun nie huhu..... Terukkan dah lepas tahap mengundi berkurun lamanya tapi baru nak merasa nak pergi mengundi hehe...


Okey berbalik pada tajuk cerita kat atas tue. Ini berkaitan dengan jiran eyza yang akan buat kenduri kahwin anak dia pada hari Ahad nie. Dia sekeluarga memang fanatik gilerrr dengan sebuah parti politik nie sampaikan rumah dia pun dicat dengan warna tema parti tue.


Dan nak dijadikan cerita kawasan rumah kami memang kubu kuat sebuah parti yang sangat-sangat berlawanan dengan kepercayaan jiran eyza nie. Dan alkisahnya kalau ahli parti nie nak buat kenduri akan dapat sedikit sumbangan dari pihak YB iaitu 500biji telur ayam dan 10kg x 10 kampit beras.





Maka disebabkan anak dia nak kahwin dan demi sumbangan ini maka jiran eyza sekeluarga sanggup berpaling tadah menukar parti politik dan tukar cat rumah walaupun sebelum ni bermatimatian dan bersungguh-sungguh dia mengutuk parti berkenaan.


Terjadilah kisah DEMIMU BERAS DAN TELUR AKU SANGGUP TUKAR PARTI huhu.. Dasat kan orang jenis macam nie. Sanggup menukar haluan demi nak dapatkan sumbangan itu.





p/s : mari sama-sama kita tengok apakah keputusan dia tue bertahan untuk satu tempoh yang lama atau sekadar manis kata di bibir sahaja huhu...

Wednesday, September 12, 2012

Rupanya Air Laut Ada Banyak Warna

Baru eyza tahu rupa-rupanya air laut ada banyak warna huhu... Macam orang utara kata LOQLAQ SUNGGUH HAIH hehe..





Sebab hari tu, masa eyza naik feri kat Penang baru perasan air laut berubah warna. Selalu naik feri tak pernah perasan pun pasal air laut nie hihi.




Maka eyza merujuk kepada 'kawan terbaek' eyza yang memang pakar laut. Gelak jer dia bila eyza soal macam tue hihi...


Terus pulak cek di google dan menang air laut ada banyak warna. Selama nie dok ingatkan air luat nie ada satu warna jer tapi masa naik feri tue tengok ada 2 ton warna berbeza kat tempat feri tu lalu. Mula dari jauh ingatkan tue biasan cahaya tapi bila feri makin dekat tengok memang betul 2 warna berbeza.


Punyalah ketinggalan zaman eyza sampai dah umur macam nie baru tahu air luat ada banyak warna hihi...






p/s : adehhh pening kepala dengan kerenah mengada-ngada henpon eyza nie huhu... time nie lah dia nak buat hal!!!

Diserbu Peminat Errr...

Kejadian nie berlaku masa eyza sekeluarga pergi bercuti di Pulau Pinang baru nie. Lokasinya di Medan Selera Padang Kota Lama berdepan dengan pantai Batu Feringgi.




Motip letak gambar nie bukan nak tunjuk tempat makan hehe tapi cuba perhatikan benda yang eyza bulatkan di belakang tue.


Itulah yang berlaku kepada kami sekeluarga lepas duduk di kerusi tempat makan tue. Dekat 10 orang datang menyerbu menanyakan apa nak makan dan minum. Setiap seorang mewakili 1 gerai di mana setiap orang menyediakan menu berlainan. Hajat di hati di hati nak makan terus terbantut bila diserbu seramai itu di sekeliling meja sampai akhirnya kami semua minum sahaja.


Lepas nie kalau pi Penang, rasanya tak akan singgah situ sebab selain takut diserbu harga makanan dan minuman agak mahal + tempat kotor + didatangi peminta sedekah yang agak banyak (macam ada ejen pulak sebab lepas seorang datang, kemudian datang lagi berturutan).


Dan satu lagi masa order air suam dia tulis jer dalam buku order tapi bila siap dia bawak air mineral yang dicaj dengan harga sebotol kecik rm2.00. Bila tanya dia air suam mana, dia kata kat sini tak ada jual air suam....Grrrr




p/s : rasa macam nak marah dengan seseorang yang suka menyusahkan semua orang. Kerna dia, semua jadi mangsa!!!

Tuesday, September 11, 2012

Selamat Ber'EXAM' UPSR

Hari ini bermulanya perhitungan buat pelajar-pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia iaitu menduduki UJIAN PEPERIKSAAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)


Anak saudara eyza ada seorang yang akan ambil UPSR tahun nie tapi satu dugaan buat dia bila mana mengambil exam dalam keadaan DEMAM CAMPAK. 


~ dia di tengah2 antara mak dan kakak eyza; dah sama tinggi jer hihi ~


Sakit demam campak + exam! Harap dia boleh menjawab semua soalan-soalan tue sebab katanya nak pegang pen pun tangan sakit akibat bintik-bintik demam campak yang naik tue.





p/s : cepat betul masa berlalu dah nak masuk pertengahan September dan lagi beberapa hari dah nak sampai hari kelahiran mak eyza.

"Curi-Curi Suka" Giveaway!

Eyza nak join giveaway yang dianjurkan oleh abang EQBALZACK yang bertajuk "Curi-Curi Suka" Giveaway!





Terjumpa tajuk entri macam nie di blog REMY ingatkan benda apa lah yang REMY dok curi-curi suka nie hehe rupa-rupanya itu adalah tajuk giveaway terbaru dari abang EQBALZACK.


Sebagai tanda menyokong, eyza pun tak ketinggalan nak join jugak. Sebab eyza memang hantu novel hihi.. Dekat rumah tue dah bersusun novel 3 rak sampai mak kadang-kadang dok marah-marah jugak asyik beli novel jer hihi... Buat camana dah memang itu hobi sejak dahulu kala lagi.


Pasal novel CURI-CURI SUKA karya LIYANA ZAHIM tue eyza baca sinopsis dia macam menarik dan tertarik saja. Kalau rezki dapat novel tue, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab bertambah satu lagi koleksi novel eyza.


"Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai." 


Jom ramai-ramai kita memeriahkan giveaway abang EQBALZACK ni sebelum ditutup secara rasmi pada 16 September 2012 sebelum pukul 11:59 p.m.





p/s : dalam diam-diam eyza tengah curi-curi suka pada seseorang hehe hanya suka-suka saja sebab muka dia comey!

Monday, September 10, 2012

Lobi Terbakar? Sabar Itu Satu Dugaan...

Khamis lepas eyza dapat call dari 'kawan terbaek' yang berada di nun di tengah laut mengkhabarkan satu berita sedih buat dia dan semua rakan sekerja.


~ lobi STAR CRUISE nie hanya sekadar hiasan jer hihi ~


Katanya dia dan kawan-kawan baru jer lepas memadamkan kebakaran yang berlaku di lobi kapal tempat mereka tengah kerja. Nasib baik kejadian tu disedari awal kalau tidak tak tahulah apa akan jadi kepada semua anak kapal. Suara dia masa tengah cakap tue pun kedengaran penat. Letih kot buat kerja dalam keadaan kelam kabut.


Dan alkisahnya, 2 hari sebelum tue eyza ada cakap hal kapal terbakar. Lebih kurang macam nie lah perbualan kami. Dia kata kat atas kapal tue tak ada pun orang nak buat open house. Pastu eyza cakap lah, satgi dok bakar lemang ketupat atas kapal tue kot terbakar pulak kapal. Dan tak sangka 2 hari lepas cakap tue memang betul ada berlaku kebakaran atas kapal dia huhu... Lepas nie kena hati-hatilah bercakap dalam situasi macam tue.


By the way, selamat bertungkus lumus dengan jayanya menyiapkan laporan kepada orang atasan. Sabarlah iNCik, dugaan tue buat awak!






p/s : berdoa semoga 'kawan terbaek' eyza nie sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan berada dalam keadaan selamat walaupun persekitaran kerja yang berisiko tinggi.

Dapat Kad Raya di Bulan Syawal | Terima Kasih KARTUNSTER

Khamis lepas eyza dapat satu sampul yang sangat unik sebab dah lama tak tengok orang pos pakai sampul tue. Sampaikan adik eyza cakap ada orang pos surat chenta gaya zaman dahulukala hehe... Teruja sangat-sangat nak buka sampul nie sebab tak saspek ia adalah kad raya.




Bila buka isi, rupa-rupanya itu hadiah kemenangan yang saudara NAZHA ANUA bagi kat eyza selepas menyertai giveaway anjuran dia iaitu BAGI dan BELAH GIVEAWAY.




Alhamdulillah akhirnya kad raya hasil lukisan tangan NAZHA ANUA telah selamat sampai ke tangan eyza. Bertambah lagi koleksi kad raya yang unik selepas yang sebelum nie dapat dari AUJINZ.




Selain kad raya, NAZHA ANUA jugak bagi sticker giveaway tue. Whoa sangat syomel sampai terasa sayang nak guna sticker tue.




Lepas nie kalau ada giveaway lagi jangan lupa pilih eyza sebagai pemenang hehe...




PAKAI KEBAYA RONDA KE PEKAN,
PERGI PULAK DENGAN PAKWE YANG PALING HENSEM,
HANYA UCAPAN TERIMA KASIH EYZA UCAPKAN,
ATAS KIRIMAN KAD RAYA dan STICKER YANG SANGAT OHSEM.





p/s : seronok tengok orang yang ada tangan seni melukis...bilalah nak ada bakat macam tue huhu... (@_@)

Sunday, September 9, 2012

Akhirnya Pukul 3 Pagi...

Hari nie boleh digelar SUNDAY BLUES kot... sebab langsung tak ada mood nak bekerja dan hapdet blog. Semuanya gara-gara semalam tak leh tidoq.


Puas pusing badan kiri ke kanan, baca doa macam-macam, mata dah letih sangat tapi tak mau lena. Bila tak lena macam-macam aktiviti buat nak bagi terlena antaranya main game kat fon, dengar radio dan baca novel. Tapi satu pun tak jalan hahaha...


Dan akhirnya pada pukul 3 pagi lebih tue barulah mata mau pejam elok. Dan kesannya malas nak bangun pagi dah la hari ini kerja huhu...






Padahal sebelum tidor tue dah plan macam-macam nak hapdet hari ini dan siap edit gambar-gambar yang berkaitan tapi sebab kepala masih ting tong tak cukup tidur semalam, terus mood nak hapdet lari berterbangan huhu... kejap-kejap lagi cari udara segar dulu lah baru kutip balik mood yang lari itu....





p/s : di kala perut kekenyangan dapat pulak jemputan makan YONG TAU FOO di jamuan raya huhu...celah mana nak isi makanan tue...

Wednesday, September 5, 2012

Yea Geli Dah Kembali... (^_^)

Ini semalam punya yang berlaku masa eyza semak kat NUFFNANG.






Dan bila login pagi ini tengok status dah berubah.






p/s : menunggu dengan setia duit mencapai target untuk ditebus huhu berdoalah... (^_^)

Tuesday, September 4, 2012

Ohh Tidak...Sudah tidak Geli?



Rasa baru baca kat blog MyVitrd yang status geli-geli dia dah berubah kepada non-geli-geli. Dan tadi masa tengah update profile kat Nuffnang tengok baru perasan status eyza pun dah berubah. Apakah? Kenapakah? Alahai kenapa boleh jadi camnie. Sebab rasanya eyza tak ada tempek iklan selain Nuffnang pun kat blog ni huhu...





p/s : sedang berusaha menghantar tiket ke Nuffnang di saat line internet tersangat selow motion huhu...

Makan-makan @ Open House 2012

Jumaat lepas bersempena HARI MERDEKA family eyza ada buat majlis makan-makan sikit. Boleh dikatakan ala-ala open house la cuma buat kecil-kecilan sahaja. Tetamu yang dijemput pun cuma saudara mara dan jiran terdekat serta orang surau.


Seawal 7 pagi eyza dan mak ayah dah bergerak ke pasar borong  dan pasar tani. Sampai rumah 7.30pagi tengok orang dah mula sampai nak buat kerja. Seronok tengok keadaan masa tue sebab eyza suka tengok keadaan kalut-kalut macam tue. Semua orang ada tugas masing-masing. 


Dan lebih kurang pukul 11 pagi semua dah siap dan pukul 11.30pagi orang surau mula sampai nak baca tahlil dan doa selamat (mak cakap doa selamat nie jugak sempena selamatnya kami balik dari UMRAH hari itu).




Antara menu-menu yang disediakan ialah :

~ KETUPAT PALAS DENGAN GULAI DAGING DAN SERUNDING AYAM DAN IKAN ~

~ MEE GORENG MAMAK STYLE ~

~ BIHUN GORENG DAN BIHUN SIAM ~

~ PUDING MARBEL ~


~LAKSAM~

Menu utama ialah nasi putih bersama-sama :


~ AYAM MASAK MERAH ~

~ GULAI IKAN TALANG ~



~ IKAN KEMBUNG PERCIK ~


~ KULIT TEMBIKAI MASAK ASAM ~

Tambahan menu yang tak terdapat dalam gambar ialah cempedak goreng, keropok, kek coklat moist, buah tembikai dan air teh ais limau.


Pukul 5 dah tutup majlis dan siap basuh periuk dan buang khemah sebab ingatkan orang dah tak ada tapi lepas tue ada lagi orang mai sampai ke tengah malam. Penat rasanya tapi puas sebab semua orang dapat makan dan siap boleh tapau bawak balik rumah lagi . Kami sebagai tuan rumah macam biasalah makan mana yang sempat jer.


InsyaAllah ada rezeki tahun depan kita buat lagi sebab ini dah tahun ketiga berturut-turut kami buat rumah terbuka.

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke