Showing posts with label UMRAH. Show all posts
Showing posts with label UMRAH. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

RINDU pada Abah dan Emak



Di saat ini eyza sedang merindu abah dan emak. Walaupun sejak kahwin dah duduk asing dari abah emak tapi eyza masih tetap boleh menjenguk menatap wajah mereka secara langsung. Tapi kini mereka tiada di sini. Tiada di kala hati eyza memuncak terbit rasa rindu.


Eyza merindui mereka yang berada nun kejauhan di negara orang. Hari ini sudah masuk hari ketujuh abah dan emak eyza menunaikan UMRAH. Sungguh rasa rindu tu lain macam sangat. Sebab selama ni kalau pergi UMRAH,  mesti eyza akan ikut sama. Tapi kali ni dengan status sebagai ISTERI dan sebab eyza dah terlebih kelayakan pergi UMRAH, makanya kali ni mereka pergi tanpa eyza.




Semoga ibadah UMRAH mereka kali ni berjalan lancar dan mendapat berkat dari Allah s.w.t. Dan semoga mereka diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di sana dan selamat pergi serta selamat kembali ke tanah air.



p/s : tak sabar nak tunggu ISNIN menjelma dan mendengar kapal terbang mendarat...

Tuesday, September 18, 2012

Syahdu Terasa Di Saat Keinginan Memuncak

Pagi tadi on da way nak datang kerja sempat lah eyza dengar berita di Radio. Rasa syahdu sangat-sangat bila pemberita tue cakap jemaah haji Malaysia yang pertama selamat tiba di Madinah.


~ walaupun gambar tak jelas tapi eyza suka suasana nie masa semua adik beradik berkumpul hantar eyza dan mak ayah nak berangkat buat UMRAH ~


Eyza terasa syahdu bagai nie sebab rasa di hati memuncak sangat nak ke Mekah. Teringin hajat di hati nak tunaikan haji. 


~ perasaan yang tak tergambar dengan kata-kata bila dapat tengok kiblat umat islam secara langsung ~


Dan yang paling terasa bila terkenang kembali saat - saat jejakkan kaki di lantai Masjidil Haram dan depan Kaabah. Walaupun cuaca panas terik tapi lantai depan Kaabah tue sentiasa sejuk sahaja.


~ lantai depan Kaabah yang sentiasa menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia ~



Eyza ada cakap dengan mak teringin rasanya nak pergi haji bersama-sama mak ayah dan adik beradik. Tapi yerlah nak kumpul duit nie memang makan masa yang lama jugak. Kan best kalau ada yang sudi sponsor tambang kami semua pergi haji hehe...





p/s : nak tunggu tahun 2038 giliran terasa lamanya... wahai duit cepat2lah membesar dengan banyaknya huhu... (^_^)

Friday, June 22, 2012

Solat Jenazah

Sepanjang eyza berada di Mekah dan Madinah, boleh dikatakan hampir setiap kali selepas solat fardu akan ada solat jenazah. Ada yang eyza sempat buat dan ada yang tidak.


Gambar-gambar kat bawah nie sempat eyza rakamkan di Masjidil Haram bagaimana semua orang berebut-rebut nak tolong bawa jenazah itu. Semua orang berlari-lari nak ambil kesempatan mengusung jenazah yang dijanjikan Allah s.w.t dihapuskan dosa kerana meninggal di Tanah Haram.


Masa eyza ambil gambar ni (ambil dalam keadaan sembunyi-sembunyi sebab takut polis-polis tu sedar eyza tengah rakam gambar ni) kalau tak silap selepas waktu Zohor, ada lebih kurang 6 orang yang meninggal.








p/s : kalau di Malaysia orang berebut-rebut untuk solat jenazah sebab lepas tue akan dapat duit tapi di sana mereka dengan rela hati sudi menyembahyangkan jenazah-jenazah ini.

Thursday, June 21, 2012

Catatan Perjalanan UMRAH - Bahagian 4 (AKHIR)

Setelah 8 hari berada di Makkah Al-Mukarramah, kemuncak perjalanan UMRAH kami diteruskan dengan berada di Madinah Al-Munawwarah selama 4 hari.


Pada hari ke 9, kami bertolak ke Madinah selepas solat Jumaat (merasa buat kali pertama menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram) dengan jarak masa perjalanan lebih kurang 5-6 jam jika tiada kesesakan sepanjang perjalanan.


Dan lebih kurang dalam pukul 10.00 malam, akhirnya kami tiba di bandar Madinah.

depan hotel penginapan kami sepanjang berada di Madinah

Pada hari kedua, kami dibahagikan mengikut jantina untuk dibawa melawat Raudhah iaitu salah sebuah taman-taman syurga yang berada di dalam Masjid Nabawi. Kawasan Raudhah ini adalah kawasan berbumbung hijau yang merupakan tempat asal Masjid Nabawi yang dibina Rasulullah s.a.w yang menempatkan 3 makam di dalamnya iaitu Makam Nabi Muhammad s.a.w, Makam Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Makam Saidina Umar al-Khattab.


Pada hari ketiga, kami dibawa melawat sekitar bandar Madinah iaitu ke Masjid Quba, Ladang Kurma dan Makam Syuhada.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu, 'satu sembahyang di dalam Masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah'.

di depan Masjid Quba'




Seterusnya kami dibawa melawat ke Ladang Kurma (tempat penggambaran drama Cinta Madinah) untuk membeli buah-buah kurma dan kacang. Dekat ladang nie, harga barang-barang agak mahal sedikit dari Pasar Kurma tapi di sini banyak pilihan barangan.



Dan akhir sekali kami dibawa ke Makam Syuhada. Dalam bulatan merah di gambar di bawah ini adalah makam pejuang-pejuang syuhada yang syahid dalam medan perang. Khabarnya dulu kawasan makam ini pernah dilanda banjir besar tapi jenazah di dalam kubur itu masih dalam keadaan elok walau telah beratus tahun dikebumikan.




Tapi kawasan makam ini berpagar jadi kami hanya dapat melihat dari celah-celah pagar itu sahaja. Dekat kawasan ini pun banyak orang menjual kurma, kacang dan pelbagai jenis daun kayu ubat-ubatan.




Pada malam hari ketiga, eyza bersama mak dan ayah ambil kesempatan meronda di sekitar kawasan Masjid Nabawi.


Selepas penat pusing-pusing satu kawasan masjid, kami berehat untuk bergambar dan minum air zam-zam ais.





Dan keesokan hari iaitu pada 5 Jun, selepas solat subuh dan ziarah wida' kami bertolak ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah untuk pulang ke tanah air terchenta.




p/s : 2 minggu di sana terasa begitu pantas masa berlalu, sedar-sedar dah nak balik Malaysia.

Tuesday, June 19, 2012

Catatan Perjalanan UMRAH - Bahagian 3

Hari kelima kami di sini kami di bawa melawat ke Bandar Hudaibiyah. Kawasan Ladang Unta Hudaibiyah ini berada di kawasan padang pasir jadi ketika berlaku angin ribut pasir, memang aktiviti minum susu unta dan melihat unta tidak dilakukan secara langsung. Hanya boleh melihat dari tingkap bas sahaja sebab angin terlalu kencang.


Sebelum pergi lawat ladang Unta, kami dibawa ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat umrah bagi sesiapa yang nak buat umrah kali ketiga.


bergambar dulu sebelum masuk solat sunat ihram



Sesudah semua selesai berniat umrah dan membeli barang-barang yang dijual di depan masjid itu, kami dibawa melawat ke ladang ternakan unta.





tolong garu kejap leher saya, gatalnya huhu...


Di Mekah nie, kerja menternak unta nie seumpama menternak lembu kerbau di Malaysia. Sepanjang perjalanan di kawasan padang pasir Hudaibiyah nie, dapat dilihat betapa banyaknya tempat menternak unta-unta.


satu botol mineral kecil susu unta ni dijual dengan harga SR 10.


Kami singgah di satu kawasan yang dimiliki oleh seorang lelaki tue berkulit hitam ini. Di sini, kalau nak minum susu unta sepuasnya tidak dikenakan sebarang bayaran langsung cuma kalau nak bawa balik kena beli dengan harga 10 riyal.


kita minum dulu


Menurut mutawif yang membawa kami, susu unta nie banyak khasiatnya untuk mengubati bermacam-macam penyakit dan salah satunya untuk awet muda. Tak payah pakai produk mahal-mahal, hanya sapu susu unta ni di seluruh wajah.


gigih bergambar di tengah kepanasan padang pasir


Selepas selesai lawatan di sana, kami terus dibawa ke Masjidil Haram untuk membuat umrah tapi eyza sekeluarga balik ke bilik dulu untuk berwuduk.





p/s : sepanjang duduk sana rasa tenang sangat-sangat...langsung tak ingat pasal keadaan di Malaysia.

Monday, June 18, 2012

Siaran Televisyen



Hampir keseluruhan TV yang terpasang dibuka siaran langsung perkembangan di Masjidil Haram, Mekah sambil diiringi bacaan al-quran oleh imam-imam Mekah. Ada jugak ai cuba-cuba tukar siaran TV tue tapi rasa tak seronok kalau tak tengok apa perkembangan di Masjidil Haram sambil mendengar bacaan al-quran.






p/s : agak-agak kalau TV di Malaysia buat macam tue ada tak orang nak tengok siaran tue?

Friday, June 15, 2012

Catatan Perjalanan UMRAH - Bahagian 2

Hari ketiga di sana kami dibawa berziarah sekitar bandar Mekah.


Mula-mula kami dibawa melawat ke Bukit Tsur. Tapi tak boleh masuk ke dalam sebab kawasan itu telah dipagari di sekelilingnya. Hanya dapat melihat dari kejauhan sahaja.




Kalau sebelum nie masa ai pergi pada tahun 2010, siap boleh panjat naik atas bukit Tsur tue lagi. Sebab dalam gambar kat bawah nie u olsss boleh tengok kami sekeluarga siap boleh bergambar lagi di kawasan bukit itu.





Kemudian kami dibawa ke kawasan untuk orang melakukan ibadah haji iaitu Padang Arafah dan Mina. Melalui kawasan Padang Arafah itu dapat melihat suasana khemah-khemah yang digunakan pada musim haji yang ditandakan mengikut negara.


Dan akhir sekali kami di bawa ke tempat pertemuan rasul pertama kita, Nabi Adam a.s. dengan isterinya Siti Hawa iaitu Bukit Jabal Rahmah.






Dekat bukit ini dapat dilihat betapa ramainya umat Islam dari seluruh dunia berduyun-duyun mendaki bukit Jabal Rahmah ini untuk berdoa kerana bukit itu adalah salah satu tempat mustajab doa.






Disebabkan terlampau ramai sangat orang dan cuaca agak terik, kami hanya diberi masa sekejap saja untuk berada di situ. Jadi tak kesampaian hajat nak berdoa kat atas tue maka kami berdoa dari bawah bukit itu jer la.





nie kat atas puncak bukit Jabal Rahmah masa ai pergi tahun 2010.




p/s : moga-moga diberi jemputan dari Allah s.w.t untuk dapat mengerjakan haji pulak.

Thursday, June 14, 2012

Mereka Suka Bersedekah

Sepanjang ai berada di Madinah, kebanyakan orang-orang di sana berlumba-lumba nak buat sedekah.



roti dan kurma nie eyza dapat masa tengah tunggu azan maghrib. orang yang bersedekah tue buat jamuan untuk orang berbuka puasa.




roti gandum berinti kurma nie eyza dapat sewaktu berjalan nak balik ke hotel selepas sembahyang subuh. ada seorang pak cik nie berhentikan kereta di tepi jalan dan memberi kepada jemaah yang baru balik solat.



Ada jugak yang bersedekah coklat dan kurma-kurma dan sangat-sangat gembira bila ada orang yang mengambil barang yang mereka sedekahkan itu.


Tak kurang jugak yang mencari pahala dengan tolong mengambil air zam zam dan mengedarkan kepada siapa-siapa yang nak minum.


Memang dapat dilihat di sana keadaan sangat berbeza. Sebab semua orang pakat nak buat amal kebaikan tanpa mengira anda dari negara mana. 





p/s : sungguh berbeza dengan orang Malaysia yang menolong untuk mendapat nama sahaja!

Tuesday, June 12, 2012

Catatan Perjalanan UMRAH - Bahagian 1

Sepanjang ai bercuti 2 minggu tue ada yang tahu ke mana ai pergi dan ada yang bertanya ke mana menghilangnya ai selama 2 minggu huhu...


Sebenarnya ai bersama ayah, emak dan mak cik baru jer balik dari menunaikan umrah


kami semua sedang menunggu di balai pelepasan LCCT, Sepang


Kami bertolak pada pagi 24hb Mei (KHAMIS) pukul 9 pagi dengan menggunakan pesawat Airasia Airbus. Sebelum nie rancang nak buat umrah sambil melancong di Pakistan tapi disebabkan masalah dengan pihak penerbangan Pakistan Airlines (PIA) maka penerbangan kami terus ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah. 


suasana di sepanjang perjalanan dari balai pelepasan menuju ke kapal terbang


Pertama kali menggunakan pesawat Airasia dan hasilnya sangat-sangat mengecewakan bagi penerbangan selama 9 jam setengah. Nanti ai ceritakan di entri lain yer berkenaan ini.


Suasana dalam kapal terbang


Alhamdulillah setelah menempuh perjalanan yang panjang (agak letih sebab tak boleh tidur sepanjang dalam kapal terbang), akhirnya kami tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah pada pukul 12.50 tengahhari (5.50 petang waktu Malaysia)


Sementara menunggu kaunter imigresen dibuka dan beg-beg dibawa turun, kami menunaikan solat Zuhur dan Asar secara jamak sebab nanti perjalanan ke Mekah memakan masa yang panjang. Oh ye, kalau sebelum nie kami masuk Madinah dulu tapi disebabkan pada musim cuti sekolah terlalu ramai yang pergi umrah dan hotel di sana penuh, maka kami kena masuk Mekah dulu sebab tue kalau u olsss tengok dalam gambar di atas, kami dikehendaki memakai ihram siap-siap dari Malaysia dan berniat miqat di atas kapal terbang.


Setelah selesai segala urusan di airport tue, maka pada pukul 3.30 petang (8.30 malam waktu Malaysia) kami bertolak menuju ke Mekah al-Mukarramah (terbayang-bayang Kaabah di depan mata). Perjalanan yang memakan masa 1 jam setengah ni diisi dengan taklimat oleh mutawif kami, Ustaz Saufi dan sesi bertalbiah untuk menyemarakkan semangat semua ahli rombongan menunaikan umrah. 


mak dan abah selepas selesai menunaikan tawaf



bila buat tahalul (menggunting sedikit rambut) nie menandakan pengakhiran ibadah umrah seseorang



Dan kami semua dibawa menunaikan umrah selepas solat Isyak iaitu pada pukul 10.00 malam (3.00 pagi waktu Malaysia) dan akhirnya ketika jarum jam menunjukkan ke angka 12.00 tengah malam (5.00 pagi waktu Malaysia), maka kami berjaya menunaikan umrah yang pertama. Alhamdulillah syukur sangat-sangat perjalanan umrah kami semua berjalan lancar dengan bantuan Allah s.w.t.





p/s : bersyukur dapat jemputan lagi dari DIA untuk mengunjungi rumahNya dan melihat kiblat umat Islam seluruh dunia.

Sunday, June 10, 2012

Syukur alhamdulillah

Salam u olsss...





Alhamdulillah syukur akhirnya saya sekeluarga selamat kembali ke tanah air terchenta. Tepat jam 8.50pagi hari Rabu (06062012), berjaya menjejakkan kaki di bumi Malaysia setelah hampir 2 minggu meninggalkannya.


InsyaAllah lepas nie blog kesayangan nie akan berhapdet kisah2 sepanjang di sana. 


Terima kasih pada yang mendoakan keselamatan perjalanan ai sekeluarga dan kepada yang sudi berkunjung ke blog ai semasa sepanjang ketiadaan ai di sini. InsyaAllah lepas nie pelan-pelan ai akan berkunjung ke blog u olsss semua.




p/s : hari pertama memulakan kerja setelah bercuti panjang selama 2 minggu (^_^)

Thursday, May 24, 2012

Bye - Bye Semua!






Ai sekarang bersama keluarga berada di Lapangan Terbang LCCT, Sepang menunggu giliran untuk check-in dan masuk ke dalam pesawat. Pertama kali nak naik pesawat AIRBUS AIRASIA nie. Harapnya okey sepanjang perjalanan.


Doakan perjalanan kami lancar serta selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia.

Wednesday, January 11, 2012

LIRIK CINTA SIAPA : siyes sungguh merdu dan mantap! (HALAQAH TV9)

Salam u olsss...


Semalam rancangan bual bicara terkenal, HALAQAH TV9 ada menyiarkan perkisahan mengenai 'LIRIK CINTA SIAPA' yang menjemput penceramah jemputan (lupa plak nama dia hehe...) yang pernah menjadi IMAM DIRAJA di Mekah.





Semalam sebelum sesi ceramah berkenaan dimulakan, Ustaz Erfino Johari selaku perantara meminta Imam tue untuk mengalunkan azan dan membaca surah al-Quran bagi mengembalikan kenangan semua ke Mekah dan Madinah.


Terpaku ai depan TV tue bila mendengar suara Imam tue. Automatik teringat kenangan masa bersolat di sana. 


Memang lirik cinta dari Allah s.w.t nie sungguh merdu dan mantap, dan tiada sesiapa boleh menandingi lirik dari DIA. Hatta lirik2 lagu pun tak boleh lawan ayat2 Allah s.w.t.






Jom sama2 kita hafal lirik cinta dari Allah s.w.t daripada menghafal lirik2 lagu yang tah apa2 sekarang nie.


LIRIK CINTA = AYAT2 DALAM AL-QURAN






p/s : doa2kan semoga ai dapat jemputan dari DIA untuk ke Baitullah lagi tahun ini.

Thursday, November 3, 2011

Kisah di Masjidil Haram

Salam u olsss...



Gambar Kaabah ni diambil secara langsung oleh kamera ai. U olsss tengoklah betapa ramainya umat Islam seluruh dunia yang sedang melakukan tawaf.


Selalunya lepas habis solat dan tengok Kaabah, pasti ai sefamily akan menuju ke tong air zam2 yang banyak ada di di dalam Masjidil Haram nie. Dekat sini ada disediakan pilihan air zam2 ais dan tak berais. We olsss lebih suka yang tak berais sebab lebih terasa kenikmatan air zam-zam tue. 




(amik pic live depan Kaabah)

Terharu bila pertama kali dapat tengok Kaabah. Selama nie dok tengok kot TV tak pun dalam gambar2. Tapi kali nie berpeluang tengok secara 'live'. Rasa macam nak menangis saat tue akhirnya diberikan peluang oleh Allah s.w.t untuk tengok kiblat seluruh umat Islam di dunia. Memang tak tergambar dengan kata2 laa bila boleh lihat, sentuh dan jalan sebelah Kaabah tue.



(dengan ayah ai depan gambar Hajarul Aswad)

Kejadian yang memang tak dijangka akan berlaku. Sesuatu yang diimpikan semua bila pergi Umrah atau Haji. Tanpa diduga ai dan kakak ai berpeluang untuk kucup Hajarul Aswad. Batu yang berada di Kaabah tue memang menjadi tumpuan semua jemaah. 

Kalau ikut tue memang payah laa nak tembus laluan ke situ. Yer laa orang2 Malaysia nie kecik2 aja berbangding dengan orang2 Arab. Tapi mungkin Allah nak beri kesempatan kepada kami. Laluan kami berdua dipermudahkan. Jalan nak sampai ke Hajarul Aswad tue rasa lengang padahal kiri kanan orang dok berasak asak. 

Masa kami berdua dapat peluang tue rasa macam pergerakan orang sekeliling terhenti. Bila dah dapat sampai kami kaget tak tahu nak buat apa. Yer la tak sangka dalam bersesak2 tue kami boleh lepas ke depan.

Trosss mak ai jerit suruh kucup batu Hajarul Aswad tue. Syukur sangat2 time tue. Lepas kami keluar dari halangan tue, tengok belakang balik orang ramai dah mula berasak asak. Padahal tadi semua macam terhenti. Alhamdullillah sangat2 berkat pertolongan dari Allah s.w.t memudahkan kami nie untuk kucup Hajarul Aswad. Syukur padamu Ya Allah!

Wednesday, November 2, 2011

Kisah di Jabal Rahmah

Salam u olsss...


Sedikit info pasal Jabal Rahmah --> Jabal Rahmah nie merupakan lokasi pertemuan Nabi Adam dan isterinya Hawa yang sebelum itu mereka telah terpisah jauh yang menurut sejarah Islam; Nabi Adam diturunkan di India manakala Hawa di Jeddah.




Bukit Jabal Rahmah ini mempunyai ketinggian lebih kurang 15 meter dan untuk sampai ke atas, u olsss perlu mendaki anak2 tangga yang berlekuk-lekuk. Di sepanjang laluan nak ke tangga dan di atas tangga, u olsss akan dapat melihat warga luar menjual barangan keperluan jemaah. Antaranya baju, tudung, sejadah dan jam tangan.

Dan awas yea jika u olsss sudah sampai ke atas bukit itu, jangan sesekali menerima pen yang dihuluarkan warga luar nie. Sebab selepas u olsss menulis, mereka akan meminta bayaran untuk pen yang telah digunakan. Sebaiknya kalau dah sampai kat atas bukit tue, tadah tangan mengadap kiblat dan berdoa untuk kebaikan sekeluarga. Ada jugak orang kata, dekat bukit tue tempat mustajab berdoa mendapat jodoh. Wallahuallam sebab jodoh pertemuan semua di tangan Allah s.w.t.




Dekat Bukit Jabal Rahmah ini jugak disediakan perkhidmatan menaiki unta. Kalau tak salah, seorang akan dicaj 5 riyal dan untuk sekeping gambar bersama unta ini akan dicaj 10 riyal.

Kisah di Masjid Nabawi

Salam u olsss...


Terlebih dahulu nak bagitahu jangan soal yea kenapa baru sekarang nak upload citer UMRAH hehe...Tapi nak cakap jugaklah, sebenarnya pemilik blog nie amat2lah malas nak buat entri. Cuma kali nie tergerak nak buat entri UMRAH nie sebab kebetulan sekarang musim haji.


Ai tak derlah citer selengkapnya dari saat mula bertolak hingga sampai, cuma citer part2 yang penting jer bagi orang yang buat umrah. Okey sebagai permulaan untuk entri nie ai akan citer berkenaan Masjid Nabawi.




Ingat lagi masa ai datang kali pertama tahun 2008, handphone my sis dirampas pengawal perempuan nie...masa tue lepas maghrib ai rakam video sekeliling Masjid Nabawi..lepas bersoal jawab dia minta ai delete semua video dalam handphone tue....(huhu abesss semua video yang tak berkaitan kena delete)

Sebab tue bila datang pulak tahun 2010 nie ai sefamily lebih berhati2 merakam gambar (takut kejadian sama berulang).


Walaupun ai sefamily duduk 3 hari saja di Madinah tapi banyak pengalaman dapat dikutip (yang besttt tue dapat duk hotel yang sama macam tahun 2008)


Di Masjid Nabawi nie laaa ai berjalan kaki ayam keluar dari Masjid untuk balik ke hotel penginapan sebab kasut ai hilang (huhuhu maybe ai tersilap letak, pastu nak balik cari tak jumpa)....


Di dalam Masjid Nabawi nie juga ai tarik tangan my sis untuk berlari2 ke tempat depan dalam Raudhah...masa we olsss sampai pagi tue tengah giliran orang Iran (kalau tak silap la) dan lepas tue baru orang Malaysia...bila kenang2 balik rasa geli hati we olsss boleh berlari2 pulak dalam masjid tue padahal bukan boleh trosss ke depan lagi tapi kena tunggu kat satu hentian....pecah gelak kenang gelagat we olsss.....


Tapi yang paling terharu sekali tak sangka ai dapat jejak ke Raudhah...mula melangkah ke karpet hijau tue rasa syahdunya hati dapat tengok tempat tinggalan Nabi Muhammad s.a.w. Tengok mimbar tempat duduk Nabi masa baca khutbah rasa macam dekatnya di zaman itu. Time tue suasana memang sayu laa..Semua yang ada pakat menitiskan air mata kenang sejarah dan perjuangan Nabi.


Dan ada jugak kenangan pada tahun 2008 yang tak dapat ai berkongsi di sini yang membuatkan ai jadi insaf dengan kebesaran Allah s.w.t. Namun biarlah ia hanya jadi rahsia antara ai dengan Allah s.w.t sahaja. Sebab tue ai bersyukur sangat2 untuk kunjungan kali kedua pada 2010, ai diberi kemudahan oleh Allah s.w.t sepanjang di Madinah.




Gambar di atas semua diambil di depan Masjid Nabawi.



Suasana di luar Masjid Nabawi pada waktu malam. Kalau waktu siang, mereka akan buka payung untuk keselesaan jemaah yang bersembahyang di luar.



Haaa kat sana pun ada KFC tau. Dan budaya di sana tak berapa nak galakkan untuk buang masa bersantai sambil makan maka tidak disediakan sangat kemudahan kerusi dan meja untuk duduk makan dan minum. Kalau nak makan kat situ jugak boleh tapi kena duduk atas temboklah.



Kebiasaannya untuk jemaah umrah, akan berada di Madinah selama 3 hari sementara untuk jemaah haji mereka perlu berada selama 4o jam waktu sembahyang. Okehhh bersambung ke entri akan datang yea.


Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke