Setelah 8 hari berada di Makkah Al-Mukarramah, kemuncak perjalanan UMRAH kami diteruskan dengan berada di Madinah Al-Munawwarah selama 4 hari.
Pada hari ke 9, kami bertolak ke Madinah selepas solat Jumaat (merasa buat kali pertama menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram) dengan jarak masa perjalanan lebih kurang 5-6 jam jika tiada kesesakan sepanjang perjalanan.
Dan lebih kurang dalam pukul 10.00 malam, akhirnya kami tiba di bandar Madinah.
depan hotel penginapan kami sepanjang berada di Madinah |
Pada hari kedua, kami dibahagikan mengikut jantina untuk dibawa melawat Raudhah iaitu salah sebuah taman-taman syurga yang berada di dalam Masjid Nabawi. Kawasan Raudhah ini adalah kawasan berbumbung hijau yang merupakan tempat asal Masjid Nabawi yang dibina Rasulullah s.a.w yang menempatkan 3 makam di dalamnya iaitu Makam Nabi Muhammad s.a.w, Makam Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Makam Saidina Umar al-Khattab.
Pada hari ketiga, kami dibawa melawat sekitar bandar Madinah iaitu ke Masjid Quba, Ladang Kurma dan Makam Syuhada.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Usaid bin Zahir Radiallahu
Anhu, 'satu sembahyang di dalam Masjid Quba' diberi pahala seperti
menunaikan satu ibadat umrah'.
di depan Masjid Quba' |
Seterusnya kami dibawa melawat ke Ladang Kurma (tempat penggambaran drama Cinta Madinah) untuk membeli buah-buah kurma dan kacang. Dekat ladang nie, harga barang-barang agak mahal sedikit dari Pasar Kurma tapi di sini banyak pilihan barangan.
Dan akhir sekali kami dibawa ke Makam Syuhada. Dalam bulatan merah di gambar di bawah ini adalah makam pejuang-pejuang syuhada yang syahid dalam medan perang. Khabarnya dulu kawasan makam ini pernah dilanda banjir besar tapi jenazah di dalam kubur itu masih dalam keadaan elok walau telah beratus tahun dikebumikan.
Pada malam hari ketiga, eyza bersama mak dan ayah ambil kesempatan meronda di sekitar kawasan Masjid Nabawi.
Selepas penat pusing-pusing satu kawasan masjid, kami berehat untuk bergambar dan minum air zam-zam ais.
Dan keesokan hari iaitu pada 5 Jun, selepas solat subuh dan ziarah wida' kami bertolak ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah untuk pulang ke tanah air terchenta.
p/s : 2 minggu di sana terasa begitu pantas masa berlalu, sedar-sedar dah nak balik Malaysia.
Tu baru nengok gambar je. Kalau dapat rasa pergi sendiri mesti lagi besh
ReplyDelete@EmpayarUtama yea, kalau pergi sendiri terasa kenikmatan seronoknya...eyza yg dah penah pegi ni pun rasa tak pergi lagi.
ReplyDeletesalam.. seronok baca kisah2 umrah neh.. nnt saya nk kesana leh la ulang baca sini utk rujukan saya pulak..
ReplyDelete:)
@*SiRibenMerah wkslm..insyaAllah mudah2an tercapai hasrat untuk ke sana.
ReplyDeletesemakin melonjak remy teringin nak kesana..... InsyaAllah...semoga dipermudahkan.....
ReplyDelete@Remy hazza insyaAllah mudah2an tercapai impian remy utk ke sana.
ReplyDelete