Monday, October 31, 2011

:: andai lelaki tahu ::



‎(¯`v´¯)ღ☆ღ♥ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ღ☆ღ

`•.¸.•``(´'`v......´'`) ♥ السلام عليكم ورحمة الله و بركاته ♥

 

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bertengkar. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda susah, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia melebih-lebih. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi garang, dia bukan bermaksud untuk menjadi garang , tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

(´'`v´'`)
`•.¸.•´
.¸.•´¸.•*¨)¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´¸¸.¨¨`♥ ~ ~ ♥

Semoga bermanfaat...

♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir



...:::SALAM UKHUWAH FILLAH:::...

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ

Sunday, October 30, 2011

Sekadar Perkongsian | Wonderful Women

Abaikan gambar2 yang diletakkan. Fokus pada kata2nya saja hehe...





WOMEN ARE SO COMPLICATED BUT MEN CANNOT LIVE WITHOUT THEM...

Wednesday, October 26, 2011

Jagalah Bahasa Supaya Tak Memburukkan Bangsa

Salam u olsss...

Khamis lepas opis ai baru jer menganjurkan BULAN BAHASA KEBANGSAAN peringkat kolej tapi pagi semalam ada seorang staf dah mencalarkan imej bulan bahasa tue. Merosakkan budi bahasa sesuatu bangsa. 


Walhal matlamat utama BULAN BAHASA KEBANGSAAN nie adalah :

  • Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  • Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  • Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.


U olsss nak tahu apa bahasa dia guna masa ai angkat fon dia.

pi mana orang pejabat, habis mati semua ka???


Hurmmm kerna lambat angkat fon dia, ini mukadimah yang kena terima lepas ai angkat fon tue.

Tuesday, October 25, 2011

Rindu itu bertandang lagi

Salam u olsss...


Setiap orang perlu ada perasaan rindu supaya hidup seharian tak hambar. Tapi bila tipa hari memndam rindu pun sakit jugak.

Sungguh kini ai sangat2 merindui satu suara. Suara yang sering berkumandang di telinga. Rindu pada ucapan 'ASSALAMUALAIKUM' dan 'TAKE CARE'.





iNCik, bila nak call ai lagi? Hari nie dah hari ke sebelas iNCik sepi tanpa berita. Adehhh susahnya merindui orang jauh. Sibuk lagi ker di port Miri tue ermmm...

PadaMu ku berserah segalanya

Salam u olsss...




Menghayati kata2 di atas banyak menyedarkan kita segala jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Dia yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. 


Ketahuilah bahawasanya perpisahan sesama manusia sering kali terjadi dalam hidup kita tapi tanpa kita sedar secara tak langsung perpisahan itu akan membawa hati kita dekat ke jalan Allah. Dekat untuk lebih bersama DIA setiap masa.


Oleh itu, agungkanlah cinta pada Allah melebihi cinta pada manusia kerna Dia takkan pernah meninggalkan kita walau apa pun terjadi. Dia sentiasa bersama dengan kita tak kira ketika kita susah atau pun senang. Maka sentiasalah mengingati Dia setiap saat kerna dengan melupakanNya akan membuat hati kita mati.


TERIMA KASIH ALLAH




kredit to  :  DR CINTA

Enjoylah hidup sementara masih berupaya

Salam u olsss.


Buat yang bercuti esok sempena Deepavali, selamat bercuti yer. Esok ai nak hadiri kenduri di rumah my kazen. Harap majlis berjalan lancar hendaknya esok.


InsyaAllah kalau tak ada apa2 aral ai akan sambung cuti. Mungkin bercuti pusing2 Malaysia sambil menenangkan hati dan perasaan. Kata orang sementara masih sihat dan berupaya jalan, nikmatilah hidup sepenuhnya. Jangan stress2 sebab hidup nie untuk dienjoy.


Doakan percutian we olsss semua berjalan lancar yer. Selamat pergi dan selamat pulang. Dan buat adik sorang nun jauh di pandangan mata tapi dekat di hati --> jangan lupa study for da exam yer MOHD SASUKE. Akak akan merindui coretan dan tulisan adik nanti.  sob sob...


Monday, October 24, 2011

Jangan Dilukai Hatinya

Salam...


Jika anda masih mempunyai ibubapa, janganlah cuba2 untuk menyakiti hati mereka. Kerana jika sekali hati mereka terguris, amat payah untuk anda merawatnya.


Semoga warkah  terakhir dari seorang ayah hasil nukilan CAER nie dapat memberi pengajaran kepada yang sedang mengabaikan orang tua sendiri.


Pinjam kata2 CAER sat...


Sayangilah mereka selagi nadi mereka masih berdenyut...belailah dan pimpinlah mereka selagi mereka masih mampu berdiri dan membalas senyumanmu...hamparkan kasih dan sayangmu selagi mana kamu mampu membahagiakan mereka...lontarkan rasa cintamu selagi mereka masih boleh mendengar dan sebelum mata tertutup rapat buat selamanya....


Saya memang teror hafal

Salam u olsss...


Kerja ai tiap2 hari hanya bermain2 dengan nombor. Dan sebab tue hampir semua nombor telefon ada di kepala ai.


Dan sebab kepintaran ai menghafal nombor telefon, maka tercetuslah pertanyaan dari beberapa orang yang kagum dengan kepandaian ai nie kikikiki....


Apa petua ai boleh menghafal nombor telefon nie sedangkan jawab mereka, nombor telefon sendiri pun mereka tak boleh nak ingat sangat. Inikan pulak nak ingat beratus2 nombor telefon di kepala.



Tak ada apa2 petua pun lah sebab ai memang teror hafal dari sejak kecik2 lagi...Hihihihi tipu jer. Sebenarnya ai memang suka dengan subjek Matematik sejak dari sekolah rendah lagi. Dan setiap kali peperiksaan tengah tahun ker hujung tahun awal tahun ker atau pun peperiksaan besar macam UPSR, PMR dan SPM memang ai akan score yang terbaek punyer untuk subjek Matematik nie. 


Sampaikan masa nak isi borang untuk ke universiti, ai pilih kursus Matematik tapi disebabkan nasib tidak menyebelahi, ai hanya ditawarkan kursus komputer. Cuma terubat di hati sebab dalam kursus tue ada ditawarkan subjek mengira nie, maka ai boleh menunjukkan kehebatan mengira nie. Fuhhh nasib baik semua subjek mengira nie ai dapat A. 


Okehhh itu sahaja entri perasan masuk bakul angkat sendiri. Tapi itu memang kenyataan. Kenyataan ai memang teror hafal hehehe...




p/s : sekali sekala buat entri puji diri untuk lepas tensen!

Dugaan Lagi Buatnya

Salam u olsss...


Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang berlaku. Diberi dugaan sebab DIA sedar kita mampu menanggungnya. Diberi ujian kerna DIA sedar kita seorang yang sabar dan tabah.






Harap my kazen banyak2 bersabar dengan ujian dan cubaan ini. Setelah hampir setahun mak dia meninggal akibat kanser pangkal rahim, kini dia diuji lagi bila mana isteri yang baru dinikahi sehari disahkan menghidap kanser yang sama.





Ya Allah, Engkau tabahkanlah hati insan ini. Semoga dia sentiasa redha menerima segala ujian dariMu Ya Allah.

Saturday, October 22, 2011

Hotel Hallmark Melaka

Salam u olsss...


Masa we olsss ke Melaka, di sinilah tempat penginapan semua.



 
Hallmark Hotel ialah sebuah hotel 2 bintang yang menyediakan 78 bilik tetamu yang selesa, termasuk bilik standard, deluxe dan 'suite' keluarga, bilik mandi sendiri, penghawa dingin, LCD TV warna dengan Astro dan kemudahan IDD.


sampai2 kena daftar dulu yer


inilah bilik yang we olsss dapat - no 308


perkara pertama buat lepas masuk bilik - on LCD TV



bilik nie menyediakan satu katil queen dan satu katil single



inilah ahli rombongan che kiah hehe bergambar ramai2 sebelum bertolak balik


Hotel Hallmark ni terletak di tengah-tengah tapak bersejarah kota Melaka dan kedai-kedai barangan antik. Antara destinasi yang terdekat dengan hotel nie ialah Chinatown, The Stadhuys, A'Famosa,dan Jonker Street.


Kalau nak ke Melaka lagi insyaAllah akan mencari hotel nie lagi sebab kedudukannya yang strategik dan selesa.


Hallmark Hotel (Melaka)
Address: 68, Jalan Portugis Off Jalan Kubu Melaka 75200 Malaysia
Telephone: +606-281-2888
Fax: +606-281-3409

Friday, October 21, 2011

Asam Pedas Daging | Pertama Kali Makan

Salam u olsss...


U olsss pernah makan tak asam pedas daging


Ai baru pertama kali merasanya sebab selalunya dok makan dan dok dengar orang sebut adalah asam pedas ikan; tak kisahla ikan parang ker, ikan kembung ker atau ikan pari. Yang utama ai hanya tahu asam pedas ikan sahaja.



(inilah rupa ASAM PEDAS DAGING)


Tapi kunjungan ai ke Melaka baru2 nie menemukan ai dengan asam pedas daging. Itu pun ai tahu daging boleh buat asam pedas lepas penjual tue tanya nak makan asam pedas ikan atau daging. Jadi mak dan ayah ayah try makan yang tue. Ai seperti biasa jer masih setia dengan asam pedas ikan kembung. Tapi ada la jugak ambik sikit asam pedas my mum tue nak rasa camner asam pedas daging nie.


Kalau u olsss ke Melaka, jangan lupa singgah ke Uptown Pahlawan Walk yang menjual set makanan ini iaitu nasi putih + asam pedas ikan/daging + ikan kering + timun pada harga yang RM5.50. Memang berbaloi2 harga dan rasa makanan tue.

Thursday, October 20, 2011

Sakit perut simptom kanser perut?

Salam u olsss..


Juz nak share dengan u olsss satu keratan akhbar yang ai baca di internet.


PETALING JAYA, 16 Nov – Nora, 47, terasa sakit sangat di perutnya sejak enam bulan yang lepas. Beliau percaya ia hanya masalah ‘angin’, tetapi sejak kebelakangan ini minyak angin yang menjadi penawar selama ini tidak lagi melegakan sakitnya itu.

Gary, 53, pula sering kali mengadu sakit gastrik sejak sebulan yang lepas. Apabila beliau ke klinik, doktor memberitahu beliau mengalami gastritis, dan mengesyorkan ubat untuk melegakan sakit itu. Doktor menasihatkan beliau supaya makan mengikut masa.

Tetapi saya tidak faham,” kata Gary.

Saya makan mengikut masa,” katanya.

Ia mungkin sukar untuk percaya tetapi simptom pada Nora dan Gary mungkin penunjuk awal masalah yang lebih besar – kanser perut.

Dr Ramesh Gurunathan, seorang pakar bedah Gastrousus di Pusat Perubatan Sunway, menyatakan bahawa kes kanser perut telah berganda di Malaysia berbanding 700 kes pada 1997 walaupun kes kanser ini berkurangan di seluruh dunia.

Ini sesuatu yang membimbangkan,” kata beliau kepada Bernama di Kongres Ketiga Kanser Gastroesofageal di Pusat Perubatan Sunway.


Kanser perut merupakan kanser ketujuh paling lazim dalam kalangan lelaki di  Malaysia, dan ke-10 paling lazim pada wanita.


Dr Gurunathan berkata ramai rakyat Malaysia bagaimanapun masih tidak sedar akan masalah sebenar di sebalik simptom ini. Ini kerana mereka sering kali menganggapnya sebagai sakit perut biasa disebabkan kerana tidak makan mengikut waktu atau amalan pemakanan kurang baik.


Beliau berkata mereka di Peringkat 1 atau Peringkat 2 kanser perut mungkin mengalami simptom berikut, yang lazimnya tidak banyak berbeza daripada sakit perut biasa:

* Senak perut atau rasa kurang selesa di bahagian perut
* Perut rasa macam ada angin, terutama selepas makan
* Cepat kenyang, walaupun makan sedikit sahaja
* Pedih hulu hati
* Rasa mual


Bagaimanapun, kata beliau, ramai yang mengalami sebahagian sahaja simptom ini di peringkat awal. Simptom di peringkat lanjut kanser adalah lebih ketara, seperti najis berwarna hitam yang menunjukkan pendarahan di perut, kehilangan berat badan, hilang selera, rasa letih, sering kali muntah atau muntah darah.



Kajian menunjukkan kehadiran bakteria Helicobacter Pylori, atau H. Pylori, dalam 70-90 peratus daripada pesakit dengan kanser perut. Bakteria ini boleh bertindak sebagai kaseinogen yang akhirnya boleh menyebabkan kanser perut, kata Dr Ragunathan.



Beliau menunjukkan satu penemuan menarik daripada penyelidikan yang dijalankan di Malaysia di mana lebih ramai anggota masyarakat India dijangkiti H. Pylori berbanding masyarakat Cina, tetapi lebih ramai orang Cina pula menghidap kanser perut.


Dr Ragunathan berkata simptom awal jangkitan H. Pylori hampir sama dengan kanser perut, dan adakalanya pesakit dirawat menggunakan ubat sahaja.“Tetapi jika simptom yang sama berulang walaupun selepas mengambil ubat, anda perlu ke hospital dan jalani pemeriksaan kesihatan,” kata beliau.


Ujian darah biasa boleh menentukan sama ada seseorang itu dijangkiti oleh H. Pylori. Rawatan mungkin semudah satu dos antibiotik selama seminggu, katanya.


Pada masa yang sama, makanan mentah yang mengambil masa lama untuk dicerna boleh meningkatkan risiko kanser. Penemuan ini mempertikai kepercayaan segelintir pakar kesihatan, yang menggalakkan makanan mentah sebagai alternatif lebih sihat kepada makanan yang dimasak.


Selain itu, makanan yang digarami, disalai, jeruk atau makanan yang diawet, yang lazim di negara-negara seperti China, Korea dan Jepun, juga dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi bagi kanser perut.



Obesiti, penuaan dan tabiat buruk seperti merokok dan ketagihan alkohol juga dikatakan sebagai menyumbang kepada kanser perut.



Beliau berkata kanser perut boleh dikesan menggunakan kaedah endoskopi. Kaedah ini menggunakan satu tiub dengan lensa video pada hujungnya yang dimasukkan ke ruang dalam perut menerusi mulut.
Menggunakan kaedah ini, keseluruhan dinding boleh diperiksa secara visual dan diambil sampel tisu di tempat-tempat yang disyaki untuk menentukan kehadiran sel barah, jika ada.




Jika kanser perut dikesan sementara ia masih di peringkat 1, pembedahan mungkin tidak perlu untuk mengeluarkan ketumbuhan.“Ia boleh dikeluarkan menggunakan endoskop, dan bagi peringkat 2, satu pembedahan dikenali sebagai gastrostomi mungkin perlu,” kata Dr Ragunathan. Prosedur ini membabitkan pembuangan separuh hingga keseluruhan perut bergantung kepada kedudukan ketumbuhan. Ini mungkin disusuli dengan rawatan kemoterapi atau radioterapi.


Bolehkah seseorang hidup tanpa perut? Jangan terkejut, doktor ini berkata boleh. “Mereka masih boleh menikmati kehidupan yang agak baik. Satu-satunya masalah ialah mereka mungkin terpaksa makan sedikit-sedikit enam atau tujuh kali kerana tiada ruang - atau bagi mereka yang sebahagian daripada perut mereka yang dikeluarkan ruangnya terhad untuk menyimpan makanan,” katanya. Bagaimanapun, peringkat 3 dan 4 mungkin sukar untuk dirawat, katanya.




sumber : BERNAMA

Muzium Samudera, Melaka

Salam u olsss...


Destinasi seterusnya kami ialah ke Muzium Samudera. Niat hati awalnya nak naik Melaka River Cruise tapi sebab malam tue keletihan, tangguh ke pagi esoknya. Tapi nasib agak kurang baik sebab ia hanya dibuka pada pukul 10.00 pagi sedangkan we olsss kat situ pukul 9.00pagi. Puas merayu jugak dekat penjaga kaunter tue untuk benarkan we olsss naik tapi sikit pun tak dilayan. Tak perlah tak der rezeki we olsss.


Walaupun agak kiciwa tak dapat naik tapi layan jugaklah dua tiga keping gambar mengubati hati huhu... Dalam kepala inilah benda pertama yang diangan2kan setibanya ke Melaka tapi tak dapat pulak.


 (semangat berkobar2 nak menuju ke kaunter tiket)

 (banner MELAKA RIVER CRUISE yang buat ai kiciwa tak leh nak naik)


 (tengok dari jauh ajer pekerja berkenaan tengah bawa kapal tue)


Akibat tak dapat naik Melaka River Cruise, maka diubati kekecewaan tue dengan naik kapal yang tak bergerak. We olsss ke Muzium Samudera.



 
(sebelum masuk dalam kapal tue kena beli tiket dulu tau)


 
 (tak mahal pun tiket dia, hanya rm3.00 sahaja)


 
 (besar sungguh kapal tue; tapi sebelum masuk kena buang kasut dan masukkan dalam plastik beg yang disediakan)


 (panglima2 @ pahlawan Melaka yang segak bergaya)


 
 (antara barang2 yang digunakan sebagai sistem barter pada zaman dahulu kala)


 (malu2 tanak pandang kamera hehe...)


 (haaa dah peluk Abang Tuah hikhikhik...)



Puas melenguhkan kaki menjelajah seluruh kapal naik turun tangga kapal, we olsss ke Muzium Samudera bahagian kedua pulak.



 (Muzium Samudera bahagian kedua, hanya kepala kapal sahaja diletakkan)




 (kapal berkepala burung)



 (antara aktiviti kaum ibu dan bapa di kampung)





(misteri nusantara, tapak kaki berjari 4 sahaja) 

Jalan Jalan ke Melaka

Salam u olsss...


Khamis yang lepas ai dan mak ayah mengikuti satu rombongan lawatan ke Melaka. Kami bertolak lepas Isyak dan sampai di Resoran Jejantas Ayer Keroh, Melaka pada pukul 5 pagi Jumaat.


Destinasi pertama tujuan we olsss pada pukul 8.00pagi ialah ke Taman Rama2. Harga tiket yang dikenakan ialah rm8.00 bagi dewasa, rm5.00 bagi kanak2 dan rm3.00 bagi kamera. Ai tak pasti harga bagi kamera tue hanya untuk sewa dari mereka atau pun sebagai kebenaran untuk membawa masuk kamera.


 (pintu masuk ke dalam Taman Rama2)


 (mungkin tugu Rama2 tapi tak berbentuk rama2 pun huhu..)


Seterusnya pada pukul 9.15 pagi, we olsss dibawa ke Muzium Lebah Sedunia yang menyediakan pelbagai jenis madu untuk dicuba rasa atau pun untuk dibeli. Dekat sini tak dikenakan apa2 bayaran masuk. Kira free of charge laa kalau nak masuk berkali2 pun.


(maskot labah yang diletakkan di pintu utama; daya tarikan untuk pengunjung bergambar)


 (almari menempatkan pelbagai jenis madu lebah)


 (siap ada busut labah lagi tapi diletakkan dalam cermin kaca)



Lepas tue, pada pukul 10.00pagi we olsss dibawa ke Zoo Melaka. Kadar bayaran yang ai ingat ialah rm7.00 bagi dewasa. Untuk kanak2 tak pasti berapa pulak tapi harga agak tinggi sikit daripada kanak2 yang datang berpakaian sekolah.

  
Kalau u olsss tak larat nak berjalan, dalam Zoo Melaka ini ada disediakan perkhidmatan kereta api. Tapi kalau nak kepuasan melihat lama2 secara dekat dengan binatang nie, baik u olssss berjalan kaki sahaja.

 (Papan tanda kadar bayaran untuk masuk ke Zoo Melaka)



Hampir 1 jam we olsss ke Melaka, we olsss di bawa ke Pasaraya Mydin yang ada macam2 dijual. Tak habis pun ronda Pasaraya Mydin sebab masa agak terhad untuk makan dan solat.


Masa ronda kat ruang legar yang tempatkan kiosk2 makanan terjumpa satu kiosk jual kuih muih tradisional. Terpaut hati tengok dodol yang dibungkus dalam mangkuk2 kecik, ai ambik dua bungkus sebagai cenderahati untuk orang2 kampung.


 (cute tengok cara dodol tue dipek buat tertarik hati nak beli; rasa rugi pulak beli sikit sebab rasanya sedap)



Sebelum masuk dalam Pasaraya Mydin tue, sempat terjah Restoran Asam Pedas Ani. Secara keseluruhan berpuas hatilah dengan restoran yang dicadangkan jiran ai. Harga pun agak berpatutan. 1 set makanan (nasi putih, asam pedas ikan kembung/pari/senangin, telur dadar dan sayur) hanya rm5.50 sahaja. Ai minta asam pedas ikan kembung, fuhhh sekali ikan kembung besarrrr punya dia kasi. Memang tak habis makanlah.

(kusyuk nak makan sampai lupa nak snap gambar makanan hehe...)



Habis ke Pasaraya Mydin, we olsss dibawa ke Perigi Hang Tuah. Ingat tak nak turun dah sebab cuaca agak panas tapi dah alang2 sampai, rugi pulak tak tengok tinggalan Hang Tuah. Tujuan utama nak turun ke situ pun sebab nak beli tshirt yang dipesan. Buat u olsss, kalau nak beli Tshirt murah2 beli kat Perigi Hang Tuah. Ai beli 2 tshirt tangan pendek dan satu tshirt muslimah, hanya rm50 sahaja. Dan yang best dengan akak tue, siap bagi pakej free gift lagi. Hakhakhak tau tak akak tue hadiah apa? BELACAN! Hihi apa2pun terima kasih la kak untuk hadiah tue.




 (ada orang sedang mengambil air dari perigi, katanya sebagai ubat hurmmm...)




Destinasi we olsss seterusnya ke tempat pengipan. Untuk berehat dan mandi sebelum keluar semula selepas Asar. Nanti ai sambung cerita destinasi seterusnya yea.




 p/s : dah lama tak join rombongan buat teringat zaman sekolah dulu.

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke