Thursday, October 20, 2011

Sakit perut simptom kanser perut?

Salam u olsss..


Juz nak share dengan u olsss satu keratan akhbar yang ai baca di internet.


PETALING JAYA, 16 Nov – Nora, 47, terasa sakit sangat di perutnya sejak enam bulan yang lepas. Beliau percaya ia hanya masalah ‘angin’, tetapi sejak kebelakangan ini minyak angin yang menjadi penawar selama ini tidak lagi melegakan sakitnya itu.

Gary, 53, pula sering kali mengadu sakit gastrik sejak sebulan yang lepas. Apabila beliau ke klinik, doktor memberitahu beliau mengalami gastritis, dan mengesyorkan ubat untuk melegakan sakit itu. Doktor menasihatkan beliau supaya makan mengikut masa.

Tetapi saya tidak faham,” kata Gary.

Saya makan mengikut masa,” katanya.

Ia mungkin sukar untuk percaya tetapi simptom pada Nora dan Gary mungkin penunjuk awal masalah yang lebih besar – kanser perut.

Dr Ramesh Gurunathan, seorang pakar bedah Gastrousus di Pusat Perubatan Sunway, menyatakan bahawa kes kanser perut telah berganda di Malaysia berbanding 700 kes pada 1997 walaupun kes kanser ini berkurangan di seluruh dunia.

Ini sesuatu yang membimbangkan,” kata beliau kepada Bernama di Kongres Ketiga Kanser Gastroesofageal di Pusat Perubatan Sunway.


Kanser perut merupakan kanser ketujuh paling lazim dalam kalangan lelaki di  Malaysia, dan ke-10 paling lazim pada wanita.


Dr Gurunathan berkata ramai rakyat Malaysia bagaimanapun masih tidak sedar akan masalah sebenar di sebalik simptom ini. Ini kerana mereka sering kali menganggapnya sebagai sakit perut biasa disebabkan kerana tidak makan mengikut waktu atau amalan pemakanan kurang baik.


Beliau berkata mereka di Peringkat 1 atau Peringkat 2 kanser perut mungkin mengalami simptom berikut, yang lazimnya tidak banyak berbeza daripada sakit perut biasa:

* Senak perut atau rasa kurang selesa di bahagian perut
* Perut rasa macam ada angin, terutama selepas makan
* Cepat kenyang, walaupun makan sedikit sahaja
* Pedih hulu hati
* Rasa mual


Bagaimanapun, kata beliau, ramai yang mengalami sebahagian sahaja simptom ini di peringkat awal. Simptom di peringkat lanjut kanser adalah lebih ketara, seperti najis berwarna hitam yang menunjukkan pendarahan di perut, kehilangan berat badan, hilang selera, rasa letih, sering kali muntah atau muntah darah.



Kajian menunjukkan kehadiran bakteria Helicobacter Pylori, atau H. Pylori, dalam 70-90 peratus daripada pesakit dengan kanser perut. Bakteria ini boleh bertindak sebagai kaseinogen yang akhirnya boleh menyebabkan kanser perut, kata Dr Ragunathan.



Beliau menunjukkan satu penemuan menarik daripada penyelidikan yang dijalankan di Malaysia di mana lebih ramai anggota masyarakat India dijangkiti H. Pylori berbanding masyarakat Cina, tetapi lebih ramai orang Cina pula menghidap kanser perut.


Dr Ragunathan berkata simptom awal jangkitan H. Pylori hampir sama dengan kanser perut, dan adakalanya pesakit dirawat menggunakan ubat sahaja.“Tetapi jika simptom yang sama berulang walaupun selepas mengambil ubat, anda perlu ke hospital dan jalani pemeriksaan kesihatan,” kata beliau.


Ujian darah biasa boleh menentukan sama ada seseorang itu dijangkiti oleh H. Pylori. Rawatan mungkin semudah satu dos antibiotik selama seminggu, katanya.


Pada masa yang sama, makanan mentah yang mengambil masa lama untuk dicerna boleh meningkatkan risiko kanser. Penemuan ini mempertikai kepercayaan segelintir pakar kesihatan, yang menggalakkan makanan mentah sebagai alternatif lebih sihat kepada makanan yang dimasak.


Selain itu, makanan yang digarami, disalai, jeruk atau makanan yang diawet, yang lazim di negara-negara seperti China, Korea dan Jepun, juga dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi bagi kanser perut.



Obesiti, penuaan dan tabiat buruk seperti merokok dan ketagihan alkohol juga dikatakan sebagai menyumbang kepada kanser perut.



Beliau berkata kanser perut boleh dikesan menggunakan kaedah endoskopi. Kaedah ini menggunakan satu tiub dengan lensa video pada hujungnya yang dimasukkan ke ruang dalam perut menerusi mulut.
Menggunakan kaedah ini, keseluruhan dinding boleh diperiksa secara visual dan diambil sampel tisu di tempat-tempat yang disyaki untuk menentukan kehadiran sel barah, jika ada.




Jika kanser perut dikesan sementara ia masih di peringkat 1, pembedahan mungkin tidak perlu untuk mengeluarkan ketumbuhan.“Ia boleh dikeluarkan menggunakan endoskop, dan bagi peringkat 2, satu pembedahan dikenali sebagai gastrostomi mungkin perlu,” kata Dr Ragunathan. Prosedur ini membabitkan pembuangan separuh hingga keseluruhan perut bergantung kepada kedudukan ketumbuhan. Ini mungkin disusuli dengan rawatan kemoterapi atau radioterapi.


Bolehkah seseorang hidup tanpa perut? Jangan terkejut, doktor ini berkata boleh. “Mereka masih boleh menikmati kehidupan yang agak baik. Satu-satunya masalah ialah mereka mungkin terpaksa makan sedikit-sedikit enam atau tujuh kali kerana tiada ruang - atau bagi mereka yang sebahagian daripada perut mereka yang dikeluarkan ruangnya terhad untuk menyimpan makanan,” katanya. Bagaimanapun, peringkat 3 dan 4 mungkin sukar untuk dirawat, katanya.




sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke