Jenazah jemaah Haji dari Malaysia yang meninggal
dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah
selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi” berdekatan Masjid Nabawi,
demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil
Khir Baharom.
Jemaah wanita yang berasal dari Shah Alam dan berusia 39 tahun itu
dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan dan meninggal dunia di tempat
kejadian kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan Sabtu lepas.
Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu.
"Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi.
“Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada
di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan,”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan
Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan di
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. – Bernama
Terkejut jugak tadi masa blogwalking ada sorang blogger nie tulis pasal jemaah haji Malaysia maut jatuh bangunan tingkat 9. Jadi trosss search kat akhbar2 online nak dapatkan kesahihan berita ini.
Al fatihah buat keluarga jemaah berkenaan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga dia beroleh pahala sebagaimana orang yang mengerjakan haji nanti sebab dia meninggal dunia ketika dalam niat untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.
al fatihah
ReplyDeletesemoga rohnyer dicucri rahmat oleh Allah SWT.
@ iKhRam : amin...
ReplyDelete