Monday, October 10, 2011

Jenazah jemaah haji Malaysia maut jatuh bangunan selamat dikebumikan


Jenazah jemaah Haji dari Malaysia yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi” berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 


Jemaah wanita yang berasal dari Shah Alam dan berusia 39 tahun itu dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan Sabtu lepas.


Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu.


"Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi. 


“Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. – Bernama



Terkejut jugak tadi masa blogwalking ada sorang blogger nie tulis pasal jemaah haji Malaysia maut jatuh bangunan tingkat 9. Jadi trosss search kat akhbar2 online nak dapatkan kesahihan berita ini.






Al fatihah buat keluarga jemaah berkenaan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga dia beroleh pahala sebagaimana orang yang mengerjakan haji nanti sebab dia meninggal dunia ketika dalam niat untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.

2 comments:

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke