Tuesday, October 18, 2011

Apa itu Senggugut ?

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS.




PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan kemurungan. Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakan wanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS seperti berikut:

  • Perut kembung
  • Kejang perut
  • Payu dara bengkak atau sensitif
  • ketegangan atau bimbang (anxiety)
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat
  • Hayunan perasaan (Mood swings)
  • Peningkatan masaalah kulit sedia ada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)


FAKTOR RISIKO
  • Pengambilan kafein tinggi
  • Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
  • Peningkatan usia
  • Sejarah kemurungan
  • Penggunaan tembakau
  • Sejarah keluarga
  • Faktor permakanan
Sejarah keluarga sering kali merupakan petunjuk baik bagi kemungkinan sindrom prehaid; kajian mendapati bahawa kehadiran PMS adalah dua kali ganda lebih tinggi dikalangan kembar seiras berbanding kembar sebapa. Sungguhpun kehadiran sindrom prehaid adalah tinggi dikalangan wanita dengan masaalah affective (affective disorders) seperti kemurungan dan masalah bipolar, kaitan punca tidak dapat dipastikan.Vitamin B turut didakwa mampu membantu dengan menstabilkan emosi.


RAWATAN

Banyak rawatan telah dicadangkan bagi PMS, termasuk perubahan permakanan atau cara hidup, dan kaedah sokongan lain. Antaranya ialah :
  • Rawatan sokongan --> penilaian, mengembalikan keyakinan, nasihat pengetahuan, dan membantu pesakit mendapatkan semula kawalan dalam hidup mereka. Pengurangan pengambilan kafein, gula, dan garam dan peningkatan pengambilan fiber, dan rehat dan tidur yang mencukupi.
  • Kajian perubahan pemakanan menunjukkan bahawa tambahan kalsium dan vitamin E mungkin membantu. 
  • SSRI --> dadah jenis fluoxetine, sertraline, paroxetine, clomipramine, fluvoxamine dan nefadozone.  
  • Rawatan hormon terdapat dalam pelbagai bentuk:
    • Perancang hormon -->  pil perancang oral gabungan dan pelekat perancang keluarga.
    • Sokongan Progesteron.
    • Gonadotropin-releasing hormone agonist.
  • Diuretik --> menangani lebihan air dalam badan. 
  • Dadah anti-keradangan bukan-steroid (Non-steroidal anti-inflammatory drugs - NSAIDs).
  • Minyak Evening Primrose.
  • Clonidin.




SUMBER : WIKIPEDIA 


3 comments:

  1. senggugut dengan sakit gigi mana lebih sakit

    ReplyDelete
  2. @ BeaN MorENo : soalan mencabar nie hehe...rasa senggugut lagi sakit la sebab buatkan rasa tak selesa.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke