Gastrik antara masalah sangat lazim
dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis
(keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut
atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding
gastritis).
Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Jika
orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik
terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas
makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa
yang sudah lemah.
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)
* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Siapa Yang Berisiko?
Gastrik
adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara
umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5
hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup
dan faktor risiko seperti :
# Individu yang kerap mengambil ubat
tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan
steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
# Individu yang banyak mengalami tekanan
sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman
yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah
gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan
besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
#
Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang
mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu
kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih
berkesan dan mujarab.
Rawatan
Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :
* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
*
Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan
lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis
teruk atau ulser perut
Dan yang paling utama, seorang pesakit gastrik haruslah mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Antara perubahan itu ialah:
* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
*
Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah
hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya
melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
*
Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan
ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan
masing-masing
info dari : SINI
dulu ix slalu kena gastrik ni coz makan tak teratur dan mengarut jer... sekarang ni agak kurang la...hehe...
ReplyDeleteselamat berpose, nak elak kena gastrik ialah jangan fikirkan pasal makanan...nanti otak hntr signal lapar ke perut, perut rembes asid2 lak...
@Ixbarr Abdullah hehe eyza dulu ada sorg dr cakap, punca darah keluar dari dalam mulut sebab gastrik huhu...
ReplyDelete