Sunday, August 23, 2009

cOReTan iN hEadacHe!!!

Alhamdulillah...hari ni dah hari kedua kita berpuasa...
Moga Ramadan tahun nie akan memberi sinar baru dalam hidupku..
Mudah-mudahan aku mampu menghabiskan Ramadan dengan sempurna tanpa sebarang masalah...

Cuma,
Pagi Jumaat yang lalu, sehari sebelum kita berpuasa aku dikejutkan dengan suatu foto yang aku tak jangka akan melihatnya..

Bermula dari situlah episod kesedihan aku hidup kembali...Parut luka lama berdarah kembali...
Kalau dulu air mata dan kesedihan semakin berkurangan tetapi setelah melihatnya hatiku kembali rawan.
Tega nya kau membuat aku seperti itu?

Andai ku tahu aku bakal melalui episod kesedihan ini, merana dan derita...
sungguh tidak akan aku jebakkan hati ku dalam prolog permulaan sebuah cerita.
Cerita yang membuatkan aku serik untuk melaluinya lagi...

Ingin sekali aku tamatkan segala episod cerita ini namun aku tidak berdaya..
Aku tak setabah dan sekuat itu untuk menghadapinya...
Sementelah terlalu banyak memori yang tercipta hasil dari cerita itu.
Ermmm...
Apa pilihan yang ada padaku???
Tinggalkan bumi Malaysia?? No..my family here so i must here...
Hmmm....bertawakal banyak-banyak...
Its take time for u to forget everything...
I know it and i always try my best to accept the fact but i can't!!!
Hingga aku rasa kadang-kadang aku berpura-pura bahagia dan gembira sedangkan hakikatnya hati aku merintih kesedihan.

Kini...
Hampir 4 bulan aku terdampar di daerah ini...
Lari dari tempat bermulanya cerita itu..
Namun...
Aku masih belum berupaya menyesuaikan diri aku di daerah baru ini...
Bulan pertama di sini hampir 3 kali aku demam...
Dan masuk bulan-bulan seterusnya masalah kesihatan aku semakin bertambah...
Lately nie pulak masalah baru yang bertandang...
Kepala ku rajin diserang sakit yang tidak terperi...
Sampaikan aku hampir terlelap ketika drive gara-gara sakit kepala yang menyerang...

Ya Allah,
Sempena keberkatan bulan Ramadan ini,
Kuatkanlah hatiku untuk menempuh dugaan dariMu...
Moga ibadah Ramadanku dapat berjalan dengan lancar.
Amin.

Tuesday, August 18, 2009

KASIH BERUBAH 11

Tinggal seminggu lagi majlis perkahwinan Mirsya dan Danielle, namun tarikh itu tidak sedikit pun mendatangkan kerisauan di hati Mirsya. Dia seolah-olah tidak berminat dengan majlis perkahwinannya. Apa yang ada di fikirannya saat ini hanyalah Shahrul seorang. Hanya Shahrul yang bertakhta di hatinya. Namun bila mengenangkan keadaan Tan Sri Adam sekarang, dia pasrah.
Keadaan Tan Sri Adam semakin teruk. Dari sehari ke sehari kesihatannya semakin merosot. Namun dia cuba menyembunyikan kesakitannya mengenangkan hari pernikahan cucunya semakin hampir. Dia sentiasa berdoa semoga dipanjangkan umur sehingga dapat melihat cucunya bahagia. Baginya, Danielle dan Mirsya merupakan pasangan yang ideal. Kemesraan yang ditunjukkan antara Mirsya dan Danielle membuatkannya menyangka mereka sedang bercinta tanpa diketahui Mirsya sedang menderita.
“Adik, adik seriuskah dengan keputusan yang adik ambil ni? Along tak nak adik merana di kemudian hari. Adik masih ada masa untuk membatalkan pernikahan ini,” ujar Mirwan masih tidak berhenti memujuk Mirsya.
“Along, tolonglah jangan buat adik bertambah keliru. Adik sebenarnya pun tak pasti dengan keputusan yang adik ambil,” ujar Mirsya dengan linangan air mata. Semakin hampir dengan pernikahannya, hanya air mata yang menjadi penemannya.
“Adik tak pasti, habis tu mengapa adik setuju dengan pernikahan ini?” soal Mirwan lagi berharap Mirsya membatalkan keputusannya.
“Along nak adik batalkan? Macam tu?”
“Iyalah, adik kan bercinta dengan Shahrul. Habis kalau adik kahwin dengan Danielle, macamana dengan Shahrul?”
“Along, atuk dah banyak tolong keluarga kita. Tanpa pertolongan dia tak mungkin kita sekeluarga sampai ke tahap ni. Jadi…”
“Jadi, adik nak balas budi atuk. Macam tu.”
“Kalau Along dah anggap macam tu, adik nak buat apa lagi,”
“Tapi kalau nak balas budi pun takkan sampai biar diri sendiri menderita.”
“Along sanggup ke tengok keadaan atuk macam tu. Dia berharap sangat adik jadi cucu menantu dia. Sekarang adik dah tak kisah. Asalkan atuk dan Danielle bahagia, adik rela berkorban,”
“Shah dah tahu?” soal Mirwan masih tidak puas hati.
“Dah!”
“Dia dapat terima?”
“Along agak macamana?”
“Mesti tak dapat terima.”
“Sekarang ni adik call pun dah tak nak angkat. Asyik offkan handset dia aja. Mesej dah berpuluh adik hantar, tapi satu pun tak berbalas. Dia marah betul dengan adik,”
“Sapa yang tak marah adik? Kalau Along tempat dia pun Along buat macam tu juga.”
“Dah la Along, adik malas nak bincang hal ni. Nanti diaorang dengar timbul pula masalah lain.”
“Okey adik, apa-apa pun Along doakan adik bahagia dengan Danielle. Ingat kalau ada masalah cari Along.”
“InsyaAllah!” ujar Mirsya dalam sendu sambil memeluk Mirwan.
“Weh apa ni nangis-nangis? Tu mesti tengah praktis nak peluk Danielle. Hai… dah tak sabar ker?” usik Mirqan yang entah bila muncul.
“Ish Angah ni, ke situ pula. Entah dia tu yang tak sabar nak kahwin,” balas Mirwan.
“Eh apa pula libatkan Angah. Angah masih muda lagi, tak puas enjoy lagi,”
“Along, Angah, buat apa tu? Tolong papa kejap,”
“Alamak! Buat kerja lagi. Ni semua adik punya pasal la. Dia nak kahwin, kita pula yang kena buat kerja,” bebel Mirqan lagi.
“Angah!” cubit Mirsya bila Mirqan asyik berleter.
…………………

“Shah, mari makan nak. Dah seharian kau berkurung dalam bilik tu. Jom turun, kita makan sekali,” pujuk Puan Asmah.
“Tak apalah ibu. Ibu makanlah dulu. Shah tak lapar lagi.”
“Dari semalam Shah tak makan, takkan tak lapar? Kenapa ni Shah? Shah tak sihat ker?”
“Shah okey ibu.”
“Shah jangan tipu ibu. Shah ada masalahkan. Kalau tidak masakan Shah tak masuk pejabat semalam. Shah, buka pintu ni.”
“Shah okey aja ibu, cuma Shah penat sikit.”
“Shah, sejak kecil ibu jaga Shah. Ibu tahu Shah ada masalah. Cuba beritahu ibu.”
“Emm…”
“Ni mesti kes putus cinta ni? Cakap kat ibu sapa dia yang berani menolak cinta anak ibu.”
“Ala ibu ni tahu-tahu aja yer.”
“Sapa gadis tu? Kenapa tak bawa dia kenalkan pada ibu.”
“Shah kenal dia pun kat oversea. Dia tinggal sana dengan family dia.”
“Siapa nama dia?” sampuk Puan Asmah tidak sabar-sabar.
“Nur Mirsya Izreena. Ala ibu anak Datuk Ikmal Firdaus. Ahli perniagaan Malaysia yang buat business kat Australia tu.”
“Anak Datuk. Wah, kamu ni tinggi juga taste yer.”
“Ala kebetulan ibu. Shah menyewa rumah mereka.”
“Habis tu sekarang ni macamana boleh putus?”
“Menurut email dia, dia terpaksa kahwin dengan cucu Tan Sri ni sebab nak balas budi Dia kata keluarga Tan Sri tu banyak tolong mereka di sana,” jelas Shahrul.
“Sudah la. Bunga bukan sekuntum. Lagipun mereka keluarga berada, tentu nak kahwin kalangan itu juga. Tak payah la kamu fikirkan lagi.”
“Tak ibu. Diaorang bukan jenis tu.”
“Dah tu, kenapa dia nak kahwin juga?”
“Sebenarnya, kita orang bercinta dalam diam. Hanya abang dia aja yang tahu kami bercinta.”
“Mana kita tahu hati orang Shah. Entah-entah memang dia nak kahwin dengan lelaki tu. Kalau tidak masakan dia menyembunyikan percintaan kamu.”
“Tak, Mirsya bukan jenis macam tu. Shah kenal dia.”
“Mana kamu tahu? Lagipun kamu kenal dengan dia baru 2 tahun.”
“Tak ibu. Shah tahu Mirsya pun terseksa. Dari semalam dia call dan message Shah, tapi Shah tak jawab pun.”
“Kenapa kamu tak jawab?”
“Shah sedih ibu. Shah tahu bila Shah jawab panggilan dia Shah akan mengalah. Shah tak tahan bu. Shah takut bila membayangkan kami dah tak ada apa-apa hubungan.”
“Shah, jodoh pertemuan di tangan Allah. Kalau dah ditakdirkan Shah akan bersama Mirsya, InsyaAllah ibu pasti walau apa aja halangan kamu akan tetap bersama. Cuma sekarang ni banyakkan berdoa moga-moga jodoh kamu bersama. Tapi, jangan sampai meruntuhkan masjid yang dibina. Berdosa namanya.” Nasihat Puan Asmah panjang lebar.
“InsyaAllah bu!”
“Dah la jangan dilayan perasaan kamu tu. Mari makan.”
“Tak apalah ibu. Ibu pergi la makan dulu. Nanti Shah lapar, Shah turun yer.”
“Ikut kamu la.”
‘Okey, permintaan seterusnya dari Nizam yang berada di Melaka yang memilih lagu dari Fazli Zainal-Harapan. Kepada anda semua walau di mana berada, saya ucapkan selamat mendengar.’
Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...



‘Mirsya, kalaulah semudah itu boleh ku lepaskan kau. Arghh! Susahnya nak hadapi semua ni. Mirsya, apapun yang berlaku, Shah still and always love u. Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi cubaan dan dugaan darimu. Amin.’
‘Trit! Trit!’
1 message received.
Dengan pantas Shah menekan butang view untuk melihat mesej yang dihantar Mirsya.
‘Shah, plz! Jgn buat Mirsya mcm ni.’
Berbekalkan semangat yang diperolehi, Shah nekad membalas mesej Mirsya.
‘Anggaplah antara kita tiada jodoh. Shah doakan Mirsya bahagia.’ Shah terus menekan butang sent dan menghantar mesej itu kepada Mirsya.
‘Knp Shah seolah2 menyerah sblm berjuang?’ balas Mirsya.
‘Mirsya, jgn salahkan Shah sorang. Shah dah penat berjuang demi cinta kita. Dari dulu Shah nak jumpa parents Mirsya, tapi ada aja alasan Mirsya. Skrg Shah minta tlg jgn call atau msg Shah lagi. Lgpun Mirsya bakal isteri org!’
Setelah menghantar mesej itu, Shahrul terus menutup handsetnya. Tak sanggup lagi mendengar rintihan Mirsya. Dia takut tak dapat kawal perasaan. Apa yang dihantarnya tak menggambarkan langsung isi hatinya sekarang. Dia masih ingin berjuang demi cinta mereka. Tiada sedikit pun rasa penat dalam kamus hidupnya.
Namun bila mengenangkan hubungan rahsia mereka, Shah jadi terkilan. Terkilan kerana sampai sekarang tiada siapa yang tahu hubungan mereka melainkan Along saja. Namun Along pun tiada kuasa nak membatalkan pernikahan itu.

KASIH BERUBAH 10

“Mirsya, dah dua tahun Shahrul di bumi kanggaru ini. Dan selama 2 tahun itulah hubungan kita sudah terjalin. Shah harap sangat percintaan kita berakhir dengan sebuah ikatan yang suci. Ikatan yang akan menghalalkan kita dari segala segi,” beritahu Shahrul ketika keluar makan bersama Mirsya di Viet Hoa Chinese Vietnamese Restaurant.
“Eee Shah ni, gatalnya. Mirsya ni baru 18 tahun, Shah dah sebut pasal nak kahwin. Gelilah,” ujar Mirsya.
“Shah bukan apa cuma Shah dah tak sanggup nak biarkan Mirsya macam ni. Maklumlah Mirsya ni sentiasa jadi perhatian pemuda sini. Sakit hati Shah bila melihat mereka merenung Mirysa sampai nak tersembul mata. Rasa macam nak cungkil aja biji mata mereka.”
“Amboi Shah, ganasnya. Kut yer pun sabarlah. Takkan lari gunung dikejar.”
“Wow! Satu perkembangan baru, sejak bila Mirsya belajar peribahasa ni?” usik Shahrul sambil tersenyum mengenangkan peristiwa dia mula berkenalan dengan Mirsya.
“Sejak jatuh cinta dengan pemuda Malaysia ni, Mirsya dah banyak belajar adat budaya Melayu.”
“Ya ker? Kalau macam tu bolehlah Shah uji,” soal Shahrul.
“Anytime,” balas Mirsya selamba.
“Bila Mirsya nak dedahkan hubungan kita ni?” soal Shahrul lagi.
“Mirsya rasa masih terlalu awal, lagipun kitakan masih belajar. Mirsya rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk beritahu semua orang. Yang penting sekarang ni, cukuplah Along sorang aja yang tahu.”
“Bulan depan Shah dah tamat belajar. Nampaknya kita terpaksa berpisah untuk sementara waktu. Dan Shah janji, bila Shah dah dapat kerja, Shah akan hantar rombongan meminang,” ujar Shahrul dengan bersungguh-sungguh.
Sebenarnya perkara ini sudah lama dirancangkannya. Dia takut Mirsya terlepas ke tangan orang lain. Tambahan pula bila mengenangkan hubungan rapat yang terjalin antara Mirsya dan Danielle.
“Shah dah nak hantar rombongan meminang?” Ternyata Mirsya terkejut dengan rancangan Shahrul.
“Why so early?”
“Mirsya, meminang tak semestinya kita akan terus berkahwin. Shah cuma nak pastikan Mirsya menjadi milik Shah seorang,” terang Shahrul tentang kegusaran hatinya.
“Shah, sepatutnya Mirsya yang perlu berasa risau bila Shah akan pulang ke Malaysia. Maklumlah wanita Malaysia ramai yang cantik. Mirsya takut Shah tak tahan godaan aja. Tambahan pula Mirsya di negara lain. Jauh dari pandangan Shah,”
“No! Tentang Shah janganlah dirisaukan. Shah kalau dah suka seseorang, Shah akan terus setia dengan dia aja.”
“Kalau macam tu, tak payahlah Shah nak risaukan Mirsya. Kita dah kenal 2 tahun. Tentu Shah faham hati budi Mirsya.”
“Tapi, 2 tahun bukanlah suatu jangka masa yang lama jika nak dibandingkan dengan 18 tahun. Shah cuma takut…”
Belum sempat Shahrul menghabiskan ayatnya, Mirsya telah memintas.
“Are you mean Danielle?” soal Mirsya yang sudah dapat mengagak sebab kerisauan Shahrul.
“Ya!”
“Rupanya Shah cemburu hubungan Mirsya dengan Danielle. Shah! Shah! Danielle tu Mirsya dah anggap macam abang Mirsya sendiri,” jelas Mirsya sambil tertawa. Sungguh tak disangka kemesraannya bersama Danielle telah disalahtafsirkan oleh Shahrul.
“Itu bagi Mirsya. Tapi macamana kalau Danielle anggap Mirsya bukan sebagai adik?” soal Shahrul yang masih tidak puas hati dengan penjelasan Mirsya.
“Maksud Shah, kemesraan Danielle terhadap Mirsya selama ni sebagai seorang kekasih la,”
“Shah dapat lihat dari cara layanan dia terhadap Mirsya.”
“Shah, tolonglah faham. Mirsya dengan Danielle memang tak ada apa-apa hubungan. Memang Mirsya akui Mirsya agak rapat dengan dia. Tapi itu tak bermakna Mirsya dah jatuh cinta padanya. Lagipun sebelum parents dia meninggal dunia lagi, Mirsya memang dah rapat dengan dia.”
“Tapi…”
Nampaknya Shahrul masih belum berpuas hati dengan kenyataan Mirsya. Baginya, selagi Mirsya bukan haknya yang sah selagi itulah perasaan cemburu terus menguasai dirinya.
“Shah, please trust me! Dalam sesebuah perhubungan mesti ada sifat saling percaya mempercayai. Kalau tidak tak bermaknalah hubungan itu. Shah seolah-olah meragui keikhlasan Mirsya,”
“Mirsya, Shah cuma tak nak Mirsya terlepas ke tangan orang lain. Shah tak dapat bayangkan hidup tanpa Mirsya. Selama ini kekosongan hidup Shah telah diisi dengan kehadiran Mirsya. Bagi Shah, Mirsyalah nyawa Shah.”
“Shah, jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita manusia hanya merancang, tapi Dia yang menentukan. Shah harus ingat tu. Kalau dah ditakdirkan Mirsya bukan milik Shah, Shah kena redha. Shah kena pasrah.”
“Mirsya cakap memang la senang, tapi yang menanggungnya Shah seorang.”
“Kenapa pula Shah menanggung seorang? Allah sentiasa bersama hambaNya. Setiap ujian dariNya ada hikmah di sebaliknya.”
“Shah minta maaf Mirsya, kadang-kadang Shah hilang kawalan. Seumur hidup Shah inilah kali pertama ada orang menghargai Shah, mengambil berat pasal Shah selain parents Shah. Shah sedar kadang-kadang tu Shah seolah-olah menyalahkan takdir. Shah lupa pada Dia. Shah lupa Dialah yang berkuasa ke atas segala sesuatu.”
“Sudahla Shah, kita sebagai manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan.”
“Terima kasih Mirsya kerana telah menyedarkan Shah selama ni.”

KASIH BERUBAH 9

“Ikmal, Sarah, saya minta maaf bebanyak. Saya ni asyik menyusahkan kamu sekeluarga aja. Lepas satu masalah, timbul masalah lain pula,” dengan suara yang masih lemah Tan Sri Adam cuba menutur kata.
“Tan Sri, hidup di perantauan ni kita kena saling tolong menolong. Dah jadi adat berjiran. Hidup saling membantu. Sekarang Tan Sri sakit, esok lusa entah giliran kami pula,” ujar Datuk Ikmal Firdaus.
“Betul tu Tan Sri, lagipun selama ni kami dah banyak terhutang budi dengan Tan Sri sekeluarga. Kami dah banyak makan jasa Tan Sri. Jadi sekaranglah masa yang sesuai untuk kami membalas jasa Tan Sri,” sampuk Datin Sarah Rusmila.
“Saya cuma membantu apa yang terdaya,” ujar Tan Sri Adam lagi.
“Tapi jasa Tan Sri terlalu besar bagi kami. Tanpa pertolongan Tan Sri tak mungkin kami boleh berjaya macam ni. Kalau tak kerana Tan Sri memberi peluang kepada kami, entah bagaimana hidup kami sekarang. Tak dapat nak saya bayangkan hidup merempat di negara orang,”
“Tapi… saya dah terlalu banyak menyusahkan kamu sekeluarga. Dah la sejak Johan dan Melinda meninggal kamu sekeluarga yang menjaga Danielle, sekarang terpaksa pula uruskan syarikat saya,”
“Soal Danielle tu, janganlah Tan Sri risau. Danielle kami dah anggap macam anak kami sendiri. Lagipun dia agak rapat dengan anak-anak kami terutamanya Mirsya. Tentang syarikat pula, kebetulan Angah baru habis belajar, sementara ini dapatla dia menguruskan syarikat itu. Sekurang-kurangnya ada juga benda yang nak dibuatnya,” beritahu Datin Rusmila.
“Tapi…bukan ke Angah tak minat business,”
“Dia bukan tak minat langsung atuk, cuma dia tak nak terikat terus aja dengan business,” beritahu Mirwan yang sejak dari tadi hanya menjadi pendengar setia sahaja.
“Atuk minta maaf yer Angah terpaksa susahkan kamu,” ucap Tan Sri Adam kepada Mirqan.
“Tak apa atuk. Macam yang mama cakap tadi, Angah tak ada benda nak buat. So daripada melepak tak tentu hala lebih baik Angah tolong uruskan syarikat tu,” terang Mirqan pula.
“Nak harap pada Danielle dia berada jauh sangat,”
“Biarlah Tan Sri, jangan dikacaunya. Dia kan sekarang ni ada exam. Biarlah dia jawab dengan tenang. Lagipun dia dah tahun akhir ni.”
“Ikmal, Sarah, saya ni kalau boleh nak lihat cucu saya tu hidup bahagia. Jadi saya ingat nak jodohkan dia dengan Mirsya. Apa pendapat kamu?” soal Tan Sri Adam kepada Datuk Ikmal Firdaus dan Datin Sarah Rusmila.
“Kami tiada halangan Tan Sri, lagipun saya tengok Mirsya dengan Danielle tu memang rapat. Saya rasa tak ada masalah punya kalau nak jodohkan mereka,”
“Tapi…” sampuk Mirwan. Hanya dia seorang sahaja yang mengetahui hubungan cinta antara Mirsya dan Shahrul. Dan sekarang bila Tan Sri Adam mencadangkan agar Danielle dijodohkan dengan Mirsya, dia mula bimbang.
“Kenapa Along? Kamu tak bersetuju ker?” soal Datin Sarah sambil Datuk Ikmal merenung tajam ke arah Mirwan.
“Tak…cuma Along rasa kita kenalah tanya pada Danielle dulu. Manalah tahu kalau-kalau dia sudah mempunyai kekasih,” Mirwan cuba mencipta alasan lain demi terpandangkan renungan papanya itu.
“Kalau soal itu jangan dirisaukan. Atuk dah tanya Danielle tentang perkara itu. Dia kata dia tiada yang istimewa,” beritahu Tan Sri Adam.
“Atau Mirsya sendiri sudah ada teman istimewa?” soal Tan Sri Adam lagi.
“Emm… Along tahu tak pasal tu?” soal Datin Sarah Rusmila kepada anak bujangnya itu.
“Rasanya tak ada la,” Mirwan terpaksa berbohong kerana dia telah berjanji dengan Mirsya untuk tidak membocorkan rahsia percintaannya..
“Kalau macam tu baguslah. Rasanya kita tak ada halangan lagi,” sampuk pula Datuk Ikmal Firdaus.
“Saya dah tak sabar nak lihat budak berdua tu nikah. Saya harap sebelum saya tutup mata, dapatlah kiranya saya melihat mereka di atas pelamin. Moga hajat saya itu tertunai. Lagipun dialah satu-satunya warisan saya, tak sanggup saya lihat dia menjadi milik keluarga lain. Bagi saya, Danielle akan bahagia jika bersama kamu semua,”
“Insya Allah Tan Sri, mudah-mudahan terlaksana hajat Tan Sri.”

Saturday, August 15, 2009

KASIH BERUBAH 8

“Misrya, boleh Shah cakap sesuatu?” soal Shahrul pada suatu petang ketika mereka keluar bersiar-siar di Swan River.
“Apa dia? Nampak macam penting aja,” ujar Mirsya bersahaja.
“Sebelum tu, Mirsya kena janji, jangan marah,”
“La! Cakap pun belum, macamana Mirsya nak janji,”
“Ala, janji aja la!” arah Shahrul lagi.
‘Hii mamat sorang ni ada-ada aja,’ ngomel Mirsya sendirian.
“Okeylah! Mirsya janji tak akan marah,”
“Apa dia, cepatlah cakap?”
“Sebenarnya… emmm…sebenarnya…” dengan tergagap-gagap Shahrul memulakan ayatnya.
“Apa yang sebenarnya?” sergah Mirsya bila Shahrul masih lagi tergagap-gagap.
“I love you!” akhirnya terkeluar juga perkataan itu dari mulut Shahrul akibat terkejut disergah.
“What! Apa yang Shah cakap? Could you repeat the word?” Nyata Mirsya terkejut dengan apa yang baru diucapkan oleh Shahrul.
“Mirsya, sebenarnya Shah dah lama minat kat Mirsya. Sejak kali pertama terpandangkan Mirsya, Shah dah rasa Mirsya la cinta Shah. Kalau sebelum ini Shah tak fikir langsung pasal cinta, tapi bila bersama dengan Mirsya, Shah rasa lain. Hidup Shah dah berubah setelah mengenali Mirsya. Shah…”
“Cukup Shah, Mirsya tak nak dengar apa-apa lagi,” jerit Mirsya lalu berlari pulang.
“Mirsya, tunggu…”
“Dah la Shah, anggap aja antara kita tak pernah kenal. Lupakan Mirsya, jangan cari atau hubungi Mirysa lagi,” laung Mirsya.
“Tapi…”


“Aii adik, kenapa ni? Dari semalam Angah tengok adik asyik termenung aja. Adik sakit ker?” ujar Mirqan sambil memegang dahi Mirsya.
“Tak la. Adik letih sikit,” bohong Mirsya.
“Iya ker? Bukan sebab rindukan Danielle ker?” usik Mirqan.
“Buat apa nak rindukan dia. Bukannya dia tu boyfriend adik,” balas Mirsya cuba menyembunyikan kegusaran di hati.
“So, ni tak nak jumpa Danielle ler? Okeylah Angah suruh Danielle balik jer la. Penat dia datang, tapi adik tak nak jumpa,” Mirqan cuba memancing perhatian Mirsya.
“Danielle datang. Mana dia?” soal Mirsya sambil tercari-cari kelibat Danielle.
“Aik… tadi kata tak nak jumpa. Tapi bila cakap aja Danielle ada kat sini, tercari-cari pula,” usik Mirqan.
“Ala Angah ni, cepatla. Membebel pula…” Mirsya cuba melindungi rasa malu kerana tidak menyangka tingkahnya diperhatikan Mirqan.
“Ni mesti dah rindukan Danielle sampai tak sabar-sabar nak jumpa,” usik Mirqan lagi.
“Angah ni main-mainkan adik yer… nanti la ada hari adik balas balik,” ujar Mirsya seraya berlalu pergi.
“Adik, tunggu la kejap. Memang ada orang nak jumpa adik, tapi bukan Danielle,” beritahu Mirqan bila dilihat Mirsya ingin bangun meninggalkannya.
“Habis tu siapa? ”
“Shah! Dia tunggu adik kat luar,” beritahu Mirqan.
“Angah tolong beritahu dia adik tak ada” Mirsya mula melangkah pergi.
“Apasal pula ni? Tak nak la Angah bohong kat dia. Adik pergila jumpa dia, lagipun dia kata ada hal penting nak bincang dengan adik,”
“Ala Angah ni tolong la kejap…” rayu Mirsya.
“Kenapa ni? Selalunya adik tak kisah jumpa Shah, tapi hari ini banyak pula alasan. Adik bergaduh dengan Shah ker?” soal Mirqan.
“Shah, apahal ni? ”
“Sebenarnya Shah nak minta maaf kat Mirsya pasal semalam. Shah pun sebenarnya keliru dengan perasaan Shah sendiri. Shah tak sangka nak jadi macam ni. Mirsya, please forgive me?” rayu Shahrul.
“Sudah la Shah. Shah tak salah apa pun. Sebenarnya Mirsya terkejut dengan penjelasan Shah semalam. Selama ini, Mirsya ingatkan hanya Mirsya seorang bertepuk sebelah tangan. Tapi tak sangka rupanya Shah juga mencintai Mirsya. Cuma…”
“Cuma apa Mirsya? Cakaplah, selagi terdaya Shah akan cuba tunaikan asalkan hati dan cinta Mirsya milik Shah,” ujar Shahrul tidak sabar-sabar.
“Tolong beri Mirsya masa. Mirsya bukan tak sudi terima Shah, tapi Mirsya keliru sekarang ni. Memang Mirsya akui Mirsya juga menyintai Shah, tapi kejadian tadi berlaku terlalu spontan. Mirsya jadi panik,”
“Kalau itu yang Mirsya inginkan, Shah sanggup tunggu asalkan jawapannya nanti tak mengecewakan Shah sudahla,”
“InsyaAllah Mirsya janji…” ikrar Mirsya.

KASIH BERUBAH 7

“Assalamualaikum semua. Selamat berkenalan. Saya pensyarah kamu untuk matapelajaran Business and Commerce. Let me introduce myself first. Saya Shahrul Affendi bin Ismail. Kamu semua boleh panggil saya Encik Shah yer. Okey, ada apa-apa soalan. ”
“Are you still single or married?” sampuk satu suara di belakang.
“Kenapa? Kamu nak pikat saya ker? Actually, saya tak kahwin lagi,” terang Shahrul sambil matanya melilau memerhati sekeliling kelasnya. Tiba-tiba…
“Maaf, saya terlewat,” ujar satu suara yang tercungap-cungap. Mungkin penat berkejar ke kelas.
“Hari pertama dah lewat. Okey, saya maafkan. Lain kali kalau sesiapa lewat, saya tak benarkan masuk kelas,” leter Shahrul.
“Memandangkan kawan kita ni dah terlewat, kamu rasa apa hukuman yang sesuai untuknya?” soal Shahrul kepada seisi kelas.
“Let her introduce herself!” sampuk seorang pelajar lelaki sambil disokong oleh kawan-kawannya.
“Okey, nampaknya semua dah bersetuju, kamu ke sini. Perkenalkan diri kamu kepada kawan-kawan,” arah Shahrul.
“Assalamualaikum semua. Firstly, saya minta maaf kepada Encik …”
“Shahrul!”
“Kepada Encik Shahrul dan semua sebab lewat datang. Saya Mirsya Izreena, dari Petaling Jaya.”
“Mirsya Izreena!” soal Shahrul terkejut dengan apa yang baru didengar.
“Are you Mirsya Izreena Ikmal Firdaus, from Perth Australia? The younger sister of Mirwan Izraff or Along?” soal Shahrul.
“Ya, itu abang saya. Kenapa? Macamana encik kenal saya?” soal Misrya kembali.
“Mirsya, don’t you remember me? Ini Shah la, Shahrul Affendi Ismail,” balas Shahrul.
“Shah! Astaghfirullahhalazim…macamana boleh tak perasan. Shah nampak lain sekarang,”
“Mirsya pun apa kurangnya. Dah bertudung sekarang. Hampir tak kenal tadi.”
“Mirsya, lepas kelas ni Shah nak jumpa,” beritahu Shahrul.
Semua pelajar kelihatan tertanya-tanya sesama sendiri apa hubungan pensyarah mereka dengan pelajar yang baru masuk itu. Dan nun di hujung sana, ada seorang yang memandang sinis, benci dengan kemesraan itu. Dia memasang angan sendirian. Apa saja masalah mesti dihalang. Yang penting, Shahrul miliknya seorang.

KASIH BERUBAH 6

“Mirsya, free tak esok?” soal Shahrul pada suatu petang.
“Esok! Emm… free. Kenapa?”
“Ingat esok Shah nak ajak Mirsya jalan-jalan sekitar bandar Perth ni. Dah sebulan Shah kat sini, tapi langsung tak berkesempatan meninjau sekitar bandar ni,” jelas Shahrul.
“Kita ajak Danielle sekali yer. Lagipun tak best la pergi berdua aja,” usul Mirsya.
“Tapi . . .”
“Sekurang-kurangnya ada juga teman untuk turut sama menyakat. Lagipun Danielle tu boleh juga jadi driver kita,” ujar Mirsya lagi.
“Nanti Mirsya beritahu Danielle yer,” sambung Mirsya lagi bila dilihat Shahrul hanya mendiamkan diri.
“Danielle free ker esok?” Shahrul mula mencari alasan lain untuk membolehkan hanya mereka berdua bersama esok.
“Kalau untuk kekasih dia yang tersayang ni, bila-bila masa aja dia free,” balas Mirsya.
Sebenarnya Mirsya sendiri pun tidak pasti samada Danielle free atau tidak esok. Tapi dia amat berharap agar Danielle dapat pergi bersama kerana dia sebenarnya malu untuk keluar berduaan dengan Shahrul. Pandangan mata Shahrul cukup membuatkan hatinya berdebar dan tiap malam hanya wajah Shahrul menghiasi mimpinya. Dan dia sengaja menggunakan perkataan kekasih untuk melihat reaksi Shahrul. Ternyata wajah Shahrul berubah. Mungkin menyangka dia dan Danielle pasangan kekasih.
Ternyata sebulan berkenalan dengan Shahrul telah menyebabkan dia terpikat pada pemuda dari Malaysia itu. Dan sepanjang perkenalan itu Mirsya masih menyimpan rahsia tentang kejadian di Perth International Airport.


“Shah, kalau Shah nak tahu lokasi Perth ni 2,735km daripada bandar lain di Australia ni dan mempunyai populasi penduduk 1, 300, 000 orang,” terang Danielle ketika kami membawa Shahrul berjalan-jalan di sekitar Swan River.
“Wow, ramai juga penduduk di sini yer,”
“Dan yang paling penting penduduk di sini sedari kecil diajar tentang kebersihan. Sebab tu kat sini nak jumpa sampah pun agak susah,” beritahu Mirsya pula.
“Patutlah hari tu dalam kelas Shah makan gula-gula dan Shah selitkan pembalutnya di celah kerusi, tapi ada seorang tu dia nampak dan marah Shah. Dia suruh Shah simpan pembalut tu dan buang di rumah,” jelas Shahrul tentang kejadian pada minggu pertama dia mengikuti kelas. Seingatnya hari itu dia menjadi tumpuan pelajar itu dari awal sampai habis kelas. Mungkin takut dia membuang sampah lagi.
“Oh ya selepas ni kita ke Ye Old London Court. It is an arcade with a medieval-London motif,” beritahu Danielle.
“Kedai rupanya. Shah ingatkan nak ajak pergi mahkamah tadi,” dengan selamba Shahrul memberitahu.
“Mahkamah! Amboi Shah, mentang-mentanglah hari ni keluar dengan Yang Arif, fikiran asyik terbayangkan mahkamah aja ker,” usik Mirsya.
“Weh… apa ni main-mainkan nama orang,” sampuk Danielle.
“Ala relakslah Danielle. Reena gurau aja. Don’t be sensitive yer sayang, karang spoil pula rancangan hari ini,” pujuk Mirsya bila Danielle hanya mendiamkan diri.
“Ala bucuk, takkan marah lagi kut. I am sorry, please,” pujuk Mirsya lagi.
“Danielle, jangan la macam tu. Reena minta maaf, Reena tak berniat nak sakitkan hati Danielle. Please forgive me Danielle,” rayu Mirsya lagi.
“Dah, jangan nak nangis kat sini pula. Tahu pun takut, gertak sikit aja terus nak nangis,” balas Danielle.
“Oo... Danielle main-mainkan Reena yer. Ingatkan betul-betul merajuk tadi,” ujar Mirsya sambil mencubit paha Danielle.
“Adoi... sakitlah,” jerit Danielle.
“Itulah balasan untuk orang macam Danielle ni. Suka buat orang susah hati,”
“Ala, buruk-buruk Danielle pun, emak mertua sayang. Bukan macam Mirsya, suka sangat merajuk,”
“Ee... sapa yang nak jadi wife dia,” balas Mirsya tidak mahu mengalah.
“Tak nak jadi wife konon, tapi sapa ntah demam-demam bila orang tinggal di asrama. Setiap malam mengigau nama Danielle. Sampai sanggup ajak papa dan mama ke asrama Danielle semata-mata nak lepaskan rindu. Itu dah ada ciri-ciri nak jadi wife la,” usik Danielle lagi.
“Hish… malas nak layan Danielle, kalau datang penyakit romeo dia, dah tak kira tempat. Jom Shah, kita tinggalkan mat romeo ni bersandiwara sorang-sorang,” ujar Mirsya seraya berlalu meninggalkan Danielle.
“Eh… tunggu la,” jerit Danielle bila dilihat Misya bergerak meninggalkannya.
“Petang ni kita nak bawa Shah ke mana pula?” soal Danielle ketika menyertai mereka.
“Reena ingat nak bawa Shah pergi Underwater World,” ujar Mirsya.
“Underwater World? Akuarium yang ada banyak ikan tu ker?” soal Shahrul.
“Eh, Shah tahu ker! Dah pernah pergi ker?” soal Danielle pula membiarkan pertanyaan Shahrul berlalu sepi.
“Kalau kat sini belum lagi,” jelas Shahrul.
“Habis tu Shah pernah pergi kat mana?” soal Mirsya.
“Yang kat Malaysia punya,” ujar Shahrul berbangga.
“Aikk... Malaysia pun ada juga ker?”
“Emm… kalau Danielle dan Mirsya nak tahu idea penubuhan Underwater World tu datangnya dari bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia terletak di Pulau Langkawi, Kedah,” terang Shahrul panjang lebar.
Dan dia cukup berbangga dengan idea itu walaupun dia bukan orang terpenting dalam perlaksanaan idea itu. Bagi Shahrul, idea itu membuktikan bahawa Malaysia boleh melakukan apa juga yang orang luar buat. Sekurang-kurangnya Malaysia ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada rakyat negara lain.
“Nanti bila kami ke Malaysia, bolehlah Shahrul bawa pergi yer,” ujar Danielle.
“InsyaAllah, kalau ada kelapangan kita pergi sama-sama,” balas Shahrul.
“Oh ya, apa jenis ikan-ikan yang terdapat di Underwater World tu,” soal Shahrul kembali.
“Underwater World tu mempamerkan 2,500 contoh daripada 200 spesies marine, including sharks and stingrays,” jelas Mirsya.
“Nampaknya first time Shah dapat tengok jerung secara real. Mesti bestkan,”
“Kalau nak tahu, kenalah tunggu petang ni,” usik Danielle.

Friday, August 14, 2009

KASIH BERUBAH 5

“Hai sayang, tengah buat apa tu?” soal Danielle bila dilihat Mirsya sedang bersembang mesra dengan seorang pemuda.
“Tengah tidur cik abang sayang,” seloroh Mirsya.
“Ooo… mentang-mentanglah pak we ada kat sebelah, main-mainkan orang yer,” balas Danielle.
“Maaf wahai tuan putera. Hamba tidak berniat main-mainkan tuan putera, cuma sekadar ingin mengusik. Tuan putera baru turun dari bertapa di mana?” usik Mirsya lagi.
“Ahh… malas nak layan Reena. Sembang dengan papa dan mama lagi baik.”
“Ala Danielle, takkan merajuk kut? Tak rock la macam ni. Sayangku Danielle, Reena minta maaf. Ampun!” dengan selamba Mirsya mengangkat tangan seolah-olah seorang hamba ingin meminta kebenaran dari raja.
“Dah, jangan buat muka macam tu. Buruk tau,” balas Danielle.
“Tengah sembang apa tadi? Rancak nampak,” soal Danielle sekadar berbasa-basi dengan Shahrul.
“Biasa aja. Sembang tentang keadaan kat sini,” balas Shahrul.
“Keadaan kat sini? Kenapa?” soal Danielle lagi.
“Oppss… kesian kat cik abang sebelah ni. Lupa pula nak kenalkan dia. Actually Danielle, ini penyewa rumah kita yang terbaru. And Reena rasa biar dia aja yang beritahu tentang dirinya. Dipersilakan…” balas Mirsya.
“Hai, saya Shahrul Affendi and just call me Shah,” beritahu Shahrul sambil berjabat tangan dengan Danielle.
“Saya Muhammad Danielle Ariff. Boleh panggil Danielle atau Ariff.”
“Kalau Shah nak tahu, dia ni merupakan Yang Arif di salah satu mahkamah kat sini. Sebab tu dia suruh Shah panggil dia Ariff,” usik Mirsya.
“Reena! Kalau dalam seminit tu tak kacau orang boleh tak?” balas Danielle.
“Shah, jangan dengar cakap dia ni. Kalau Shah nak tahu dia ni, daripada 10 patah perkataan yang dicakapnya, tak ada satu pun yang betul,” Danielle pula mengusik Mirsya.
“Weh… kenakan orang balik yer. Tak apa. Ada hari kita balas balik,” ujar Mirsya seraya berlalu dari tempat itu.
“Ai… takkan merajuk kut! Tadi cakap tak rock kalau merajuk, sekarang ni dia pula yang merajuk,” usik Danielle pula bila dilihat Mirsya bingkas bangun dari situ.
“Sapa yang merajuk, tak ada masa nak merajuk sebab Danielle.”
“Habis tu, kenapa dah nak masuk rumah. Meh la join kita orang berbual sekali,” ajak Danielle.
“Waste my time. Baca novel pun ada manfaatnya,” balas Mirsya.
“Oo… waste your time? Selama ni sapa yang jadi teman berbual awak bila tak ada sesiapa kat rumah,” ujar Danielle.
“Tu nak mengungkit balik la tu. Jadi selama ni tak ikhlas la yer,”
“Bukan nak mengungkit, cuma nak mengingatkan tuan puteri aja,” balas Danielle.
“Reena, dah terlanjur masuk tu, boleh tak tolong buatkan air untuk kami. Dah haus tekak ni,” pinta Danielle.
“Sapa yang nak minum, dialah yang buat,” balas Mirsya.
“Ala, please,” rayu Danielle.
“Yerlah, tapi air paip ajalah yer.”
“Sampai hati nak bagi kami minum air paip aja.”
“Ni nak ker tak nak?” soal Mirsya.
“Bolehla. Air paip pun air paip la, janji hilang dahaga. Tapi letakkan ais kiub sekali yer,”
“Weh… banyak songeh sungguh,” ujar Mirsya seraya berlalu masuk ke dalam rumah.
“Shah ni dari Malaysia ker?” soal Danielle setelah Mirsya beredar.
“Iya, macamana Danielle boleh tahu,”
“Dari tadi saya tengok Shah dengan Mirsya cakap dalam bahasa Melayu, itulah agak dari Malaysia. Lagipun rupa Shah macam orang Asia,” terang Danielle.
“Ada-ada aja Danielle ni.”
“Oh ya, Danielle tinggal di mana?” Shahrul mula menyoal bila dilihat Danielle mendiamkan diri.
“Saya tinggal di simpang jalan tu. Senang-senang tu datanglah rumah. Boleh kita berbual panjang,” ajak Danielle.
“Danielle dengan Mirsya ni couple ker?” soal Shahrul lagi. Entah macamana soalan yang sejak tadi tersemat di otaknya boleh terlepas keluar begitu saja.
“Amboi Shah, banyaknya soalan. Dah tu soalan cepu emas pula. Wartawan majalah mana ni,” seloroh Danielle.
“Ala Danielle, Shah ni memang macam tu. First time Reena kenal dia pun kena soal lagi teruk macam Reena ni seorang pesalah pula,” usik Mirysa pula sambil membawa minuman untuk mereka berdua.
Serentak dengan itu berderaian ketawa dari Danielle manakala Shahrul sudah merah padam mukanya. Niat di hati ingin mengetahui hubungan istimewa yang terjalin antara Danielle dan Mirsya kerana pandangan pertamanya terhadap Mirsya telah membuatkan jantungnya berdegup kencang. Tapi, niat itu terbantut terus bila Danielle dan Mirsya menyakatnya.
“Danielle, dah la tu. Kesian Reena tengok si Shah ni. Dah merah padam mukanya.”

Thursday, August 13, 2009

KASIH BERUBAH 4

“Adik!” sergah Mirwan.
“Hish Along ni, suka sangat sergah orang. Terkejut adik,” marah Mirsya.
“Ala sayang. Takkan itupun nak marah. Tak malu kat kekasih di sebelah ker,” usik Mirwan lagi.
“Along ni! Dah la tak minta maaf, kacau orang pula.”
“Kalau tak kacau orang, nak kacau sapa lagi. Takkan nak kacau daun pula. Karang pak we di sebelah jealous pula,” seloroh Mirwan lagi yang masih tidak puas mengusik adiknya.
“Eh Along!” tegur Shahrul bila terpandangkan Mirwan.
“Shah, apa Shah buat dengan adik saya? Ooo… Korang dah lama kenal yer?” soal Mirwan.
“Adik! Ini adik Along ker?” soal Shahrul kembali yang sedikit terkejut dengan kenyataan yang baru diucapkan oleh Mirwan.
“Kejap, kejap! Apa ni? Along, siapa ni? Camna Along boleh kenal dia?” Mirsya yang kehairanan dengan tingkah Alongnya dan pemuda itu mula menyoal.
“Amboi, banyaknya soalan. Tak mampu Along nak jawab la. Boleh kongsi dengan Shah tak?” usik Mirwan.
“Along! Adik serius la. Jangan main-main,” Mirsya mula geram.
“Okey. Emm… sebelum Along jawab soalan adik, boleh tak Along tahu macam mana Adik boleh kenal dia,”
“Along! Adik yang tanya dulu. Mana boleh copy ayat orang,” rajuk Mirsya.
“Eee… tu nak nangis lah tu. Macam nilah perangai adik saya Shah. Manja dan kuat merajuk. Macam si Angah juga,” beritahu Mirwan.
“Along ni… jahat tau. Dah la, malas adik nak layan. Pergi tidur lagi bagus,” rajuk Mirsya.
“Ala sayang, janganlah merajuk. Okey, Along ceritakan. Tapi, adik kena janji bagitahu Along macam mana boleh kenal dengan Shah,” Mirwan mula mengalah.
“Actually, Shah ni penyewa rumah kita. Dia ni dari Malaysia,” jelas Mirwan.
“Ooo… inilah penyewanya. Adik memang dah agak dia dari Malaysia,”
“Kenapa pula?” soal Shahrul yang sejak tadi hanya menjadi penonton.
“Iyerlah, tadi masa saya ajak awak ikut saya balik rumah, macam-macam soalan awak tanya. Pasal jiran la, pasal ada orang tak kat rumah saya,” luah Mirsya.
“Aaa… adik, apasal nak ajak Shah datang rumah?” soal Mirwan.
“Opps… lupa pula ada Along kat sini. Sorry yer, ingatkan tadi adik dengan Shah aja,” Mirsya mula menyakat Alongnya pula.
“Oo… kenakan orang balik yer. Sampai hati adik tak sedar kewujudan Along.”
“Kau orang berdua nie memang suka mengusik yer? Mesti rumah tak sunyi dengan gelagat kau orang berdua,” jelas Shahrul.
“Kalau Shah nak tahu, inilah orang yang paling kuat mengusik. Tak boleh duduk diam walau seminit. Ada saja benda yang dia nak usik,” jelas Mirwan sambil menunjuk ke arah Mirsya.
“Eh, adik! Bila masa nak beritahu ni? Takkan dah lupa janji kut?” soal Mirwan.
“Adik memang nak bagi tahu dari tadi, tapi mak nenek sebelah ni dari tadi asyik membebel. Tak boleh langsung nak mencelah,” bidas Mirsya pula.
“Iyerlah, Along aja yang salah,”
“Mengaku pun. Dah la, malas nak bertekak dengan Along lagi. Straight to the point, adik kenal dia kat kedai depan tu. Dia tolong bayarkan barang adik. Adik tertinggal purse. Itu sebab adik ajak dia balik rumah, nak bayar balik duit dia,” jelas Mirsya kepada Mirwan.
“Shah dah cakap tak payah bayar, tapi dia nak juga bayar. Tu yang kena ikut balik rumah,” ujar Shahrul berterus-terang kerana tidak mahu dianggap ingin mengambil kesempatan.
“Biar Shah, dia tengah banyak duit tu.”
“Tapi, Shah ikhlas tolong bayarkan.”
“Eh awak, berapa kali saya nak cakap, saya tak suka berhutang dengan orang. Awak tunggu kejap, saya masuk ambil duit,” tegas Mirsya dan mula berlari masuk ke dalam rumah.

seGALanya sUDah bERakHIr???

ermm....dah lama x ym ngn dia...sbb line tenet dia problem...tp bila blh ym dia lakk cam boring jer...
mula2 bls msj ok pastu dah lama2 nampak cam dia nak tak nak jer balas....
antar 10 soalan yg dibalas cuma 1...itupun take time to reply....
knp yer??? aku nie memboringkan dia ker???
aku hepy bila dpt ym ngn dia tp kenapa dia cam boring???
maybe dia byk keja kot sbb tue xleh give full attention kat aku...
tp bukan sekali nie dia camtue...setiap kali kami on9 mmg camtue...
boleh bilang dgn jari jer baper kali on9 kami berakhir dengan sesuatu yg menggembirakan...
tau laa aku xdak hak ke atas dia dah tp xkan ignore aku cam tue jer...
tah laa maybe perasaan aku jerrr dia ignore aku....dulu bila dia ada depan mata boleh gak aku taw progress dia....tp la nie??
aku rindukan semua kenangan yg menggembirakan ketika kami ym....
kenapa kenangan itu dah x wujud...
ermmm.....aku dah makin jauh dari dia...adakah itu salah satu sebab untuk merenggangkan hubungan...hmmmm hanya berserah pada Dia...
sebab...
hanya engkau yang mampu buat aku kembali seperti dulu!!!

Friday, August 7, 2009

KASIH BERUBAH 3

“Miss, all the things are 150 dollar,” ujar pembantu kedai itu yang bernama Sally. Itupun aku tengok pada tag namanya.
‘Eh, mana dompet aku ni. Tadi aku letakkan dalam poket ni,’ Mirsya mula mengomel sendirian.
“Miss, can I help u?” soal Sally lagi.
“Sorry Miss Sally, I don’t bring my purse,” balasku.
“Can I pay it tomorrow?” soalku kembali.
“No. You must pay now,” tegas Sally.
“But… ”
“Guard!” jerit Sally.
Minah sorang ni tak faham bahasa ker. Aku dah janji nak bayar esok.
“I am sorry. What happens? Can I help?” balas seorang pemuda.
Ya Allah, inikan pemuda yang melanggar aku semalam! Takkan aku nak minta tolong darinya. Alahai malunya. Tapi… takkan aku sanggup dihalau oleh guard yang badannya berkali ganda besar dariku.
“This customer don’t want to pay that things,” beritahu Sally.
“Bukan saya tak nak bayar. Saya tertinggal dompet la.” entah macamana aku boleh terkeluar cakap Melayu. Aku lihat Sally mengerutkan dahinya. Dah sah la tu, tak faham sepatah apa pun.
“Tak apa. Saya tolong bayarkan,” balas pemuda itu.
“How much that things?” soal pemuda itu kepada Sally.
“150 dollar!” tegas Sally.
“Awak, terima kasih sebab tolong saya. Nanti saya bayar balik duit awak,” ujar Mirsya sekadar berbasa-basi.
“It’s okay. Just small matter. Tak payah bayar la,” balas pemuda itu.
“No, mana boleh macam tu! Saya mesti bayar juga. Awak ikut saya balik rumah. Saya nak ambil duit,” beritahu Mirsya.
“Cik, kan saya dah cakap tak payah bayar. Saya ikhlas tolong awak tadi,”
“Awak! Saya cakap saya nak bayar, maknanya saya nak bayar la. Saya tak suka terhutang budi dengan orang,” tegas Mirsya.
“Awak ni degil la. Ikut suka awak la,”
“Eh, apasal tercegat kat situ lagi. Jom ikut saya balik rumah,”
“Rumah awak kat mana? Ada orang tak kat rumah awak? Nanti kalau jiran awak nampak kita berdua, apa katanya?” soal pemuda itu bertubi-tubi.
Alahai mamat sorang ni. Ini negara asing la, jiran semua tak ambil kisah. Ni confirms datang dari Malaysia, sebuah negara yang penuh dengan adat ketimuran.
“Awak, saya ajak awak ikut ke rumah saya bukan nak suruh awak duduk berdua-duaan dengan saya. Saya pun tahu adab dalam Islam. Cuma saya nak awak tunggu saya kat luar rumah sementara saya masuk ke dalam. Itu aja, tak payah la soal saya macam saya ni seorang pesalah,” luah Mirsya.
“Awak, saya tanya satu soalan lagi boleh tak?” soal pemuda itu meminta kebenaran dariku. Mungkin takut aku marah lagi.
“Awak ni wartawan ker? Dari majalah mana ni? Banyak sungguh soalan!” seloroh Mirsya.
“Eh, apasal diam pula? Tadi kata nak tanya soalan,” soal Mirsya bila dilihat pemuda itu mendiamkan diri. Ai mamat sorang ni, takkan merajuk pula!
“Tak apalah. Saya dah terlupa soalannya,” selamba pemuda itu menjawab.
“La, takkan marah kat saya kut! Saya bergurau aja tadi. Come on lah,” pujuk Mirsya.
“Jadi, boleh la saya tanya soalan ni?” pinta pemuda itu buat kali kedua.
“Iya, boleh. Dipersilakan,”
“Actually, saya rasa macam pernah terjumpa awak sebelum ini! Awak ni dari Malaysia ker?” soal pemuda itu.
“So, dah habis soalan? Boleh saya jawab sekarang?” pinta Mirsya pula sambil bergurau.
“Awak ni memang suka mengusik ker? Atau itu hobi awak?” soal pemuda itu lagi.
“La, soalan tadi pun tak berjawab lagi! Ini awak dah tanya soalan lain pula. Mana satu saya nak jawab ni?”
“Jawab soalan pertama dulu!”
“Okey, awak cakap awak pernah terjumpa saya sebelum inikan. Macamana kalau saya cakap saya tak pernah langsung terjumpa awak melainkan peristiwa tadi dan saya juga bukan dari Malaysia?” soalan pemuda itu dibalas dengan soalan pula dari Mirsya.
“Awak! Saya serius ni. Janganlah main-mainkan saya,”
“La, sapa cakap saya main-mainkan awak. Saya pun serius juga,” balas Mirsya selamba walaupun di dalam hati rasa ingin ketawa kerana telah berjaya mempermainkan pemuda itu. Saja Mirsya berbuat begitu, ingin menguji pemuda itu. Takkan la baru semalam berlaku, hari ini dah lupa.
“Jadi, awak langsung tak pernah terjumpa saya la. May be saya tersilap orang kut. Pelanduk dua serupa!” balas pemuda itu.
“Apa? Awak kata saya pelanduk! Saya ni manusia la,” tegas Mirsya yang tidak faham peribahasa yang baru diucapkan pemuda itu.
“La! Bila pula saya cakap awak bukan manusia. Saya cuma kata pelanduk dua serupa aja,” jelas pemuda itu.
“Ha! Tengok tu, awak cakap lagi,”
“Oh, itu peribahasa la. Takkan awak tak tahu?” soal pemuda itu.
“Peribahasa! Opps… maaflah la. Saya tak tahu pula.”
“It’s okay.”

Tuesday, August 4, 2009

- hAPpy bEsDAy sAyaNG -



selamat menyambut hari lahir CIKKEIM...

Monday, August 3, 2009

KASIH BERUBAH 2

“Sorry sir, may I help you?” soal Mirwan.
“Oh… could you help me to find this address,” balas pemuda itu.
“Ooo… I know that place. Come, I bring you to that place,” balas Mirwan.
“Thanks Sir.”
“I Mirwan Izraff. You can call me Mirwan or Along,” ujar Mirwan berbudi bahasa.
“Why you see me like that?” soal Mirwan kehairanan apabila melihat pemuda itu merenungnya tajam.
“Are you from Malaysia?” soal pemuda itu.
“Ooo… actually my parents are Malaysian. But my siblings and I were born in Australia. So we are Malaysian too. And I was come back from Malaysia 2 weeks later.”
“Can I know your name?” soal Mirwan.
“Shahrul Affendi Ismail. And just call me Shah. Can you speak Malay?”
“Of course. My parents also teach us to speak Malay. And at home also, we speak in Malay,” balas Mirwan.
“Kalau macam tu, senanglah saya. Sekurang-kurangnya adalah juga teman satu negara di sini,” ujar Shahrul.
“Sudah pasti Shah. Kami amat berbangga bila ada orang Malaysia datang ke sini. Oh ya, Shah tinggal kat negeri mana?”
“Saya orang Kedah.”
“Kedah! Ooo…negeri jelapang padi tu ker? Saya teringin ke sana. Nak tengok cara orang mengerjakan sawah. Tentu seronokkan.”
“Kalau ada kelapangan tu, datanglah rumah saya. InsyaAllah, saya bawa Mirwan tengok sepuas-puasnya.”
“Mirwan kata tadi baru balik dari Malaysia. Pergi melancong ker?” soal Shahrul.
“Tak la. Sebenarnya saya kerja di sana. Urus syarikat keluarga,” balas Mirwan.
“Aii Along, ada kawan baru yer? Tak nak kenalkan pada Angah ker?” soal Mirqan Izramm.
“Eh Angah. Awal balik. Tak ada kelas ker?” soal Mirwan.
“Kelas batal. Prof. Johnny melawat kakaknya.”
“Kenapa? Kakak dia sakit ker?”
“Entah! Tak sempat la Angah nak temuramah dia. Along! Tak nak kenalkan kawan Along tu ker?”
“Sorry, Along terlupa. Okey, ini Shahrul Affendi. Angah boleh panggil dia Shah. Dia orang Kedah.”
“Kedah!”
“Oppss… maaf yer Shah. Ini anak jati Australia tak tahu nama tempat itu,” usik Along.
“Along! Kalau tak usik orang dalam sehari tak boleh ker?” balas Mirqan bila dilihat Along mengenakannya di depan pemuda itu.
“Tak boleh!” tegas Along masih tidak mahu mengalah.
“Dah la, malas nak cakap dengan Along,” rajuk Mirqan.
“Adik! Ooo… adik!” jerit Mirqan.
“Angah! Apa terjerit-jerit ni? Tak malu dekat Shah ker?” ujar Along.
“Oppss…maaf. Terlupa pulak kat Shah. Wahai adik kesayanganku, keluarlah engkau,” ujar Mirqan.
“Angah, adik tak ada la. Dia pergi Bras ‘N’ Things,” balas Mirwan bila dilihat Mirqan masih memanggil Mirsya.
“Bras ‘N’ Things ? Itu tak ada kerja lain la tu. Asyik beli baju aja. Dalam almari dia tu, Angah tengok sampai dah tak ada tempat nak gantung baju,” ngomel Mirqan.
“Nama pun perempuan Angah. Kalau dalam sehari tak bershopping, memang tak lengkap agaknya hidup,” balas Mirwan pula.
“Mirwan, boleh tak tunjukkan saya alamat ini,” soal Shahrul yang menyangka Mirwan telah lupa tujuan asal mereka.
“Ha! Angah, nampaknya kita ada jiran baru. Shah, itulah rumah awak. Rumah awak bersebelahan rumah kami aja. Senang-senang nanti boleh singgah rumah kami,” balas Mirwan.
“Jadi, inilah penyewa rumah kita yer Along?” soal Mirqan.
“A’a Angah. Inilah orangnya. Akhirnya dapat juga orang dari Malaysia, kan Angah?” ujar Mirwan.
“Malaysia! Oo… jadi Kedah tu kat Malaysia la? Akhirnya impian kita nak berjiran dengan orang Malaysia tercapai juga,” balas Mirqan.
“Kenapa? Sebelum ini penyewa rumah tu dari mana?” soal Shahrul.
“Kebanyakan penyewa tu dari negara-negara Eropah. Dan hampir kesemuanya perempuan, maklumlah kawan si Mirsya,” balas Mirwan menjawab pertanyaan Shahrul.
“Oh ya, awak study kat mana nanti?” soal Mirqan pula.
“Kejap, saya tengok.”
“University of Notre Dame Australia”
“Eh.. kebetulan pula. Saya pun belajar kat sana juga. Nanti boleh kita pergi sama-sama. Shah ambil bidang apa?” soal Mirqan lagi.
“Business and Commerce”
“Tak sama la pulak. Saya ambil IT.”
“IT! Wah, mesti bestkan!” ujar Shahrul.
“Mestilah. Kalau tidak takkan saya kena berperang dengan parent’s saya,” balas Mirqan.
“Berperang!” soal Shahrul.
“Dengar la Angah ni mengarut Shah,” balas Along.
“Along ni suka sangat mencelah.”
“Ikut suka orang la. Orang ada mulut.”
“Tak apalah Mirwan. Sebenarnya, saya pun minat juga IT ni, tapi my parents suruh ambil juga bidang ni. Iyalah, saya seorang aja anak mereka. Kalau saya tak warisi syarikat kami, siapa lagi yang boleh diharapkan,” balas Shahrul cuba membela Mirqan tanpa sedar perkataan yang telah diucapkannya ada kena mengena dengan Mirqan.
“Ha Angah! Tengok tu, sejuk perut ibu Shah mengandungkannya. Bukan macam Angah ni! Dari dulu sampai sekarang asyik ikut kepala dia aja.”
“Iyalah Along. Angah yang bersalah. Tapi… kalau Angah dah tak berminat, macamana nak belajar?” balas Mirqan cuba membela dirinya.
“Betul tu,” sokong Shahrul.
“Ha Along! Tengok tu, Shah pun sokong Angah,” ujar Mirqan girang bila ada orang menyokongnya.
“Angah, Angah! Nama saja lelaki, bila merajuk mengalahkan perempuan.”
“Along!” jerit Mirqan bila Mirwan telah membocorkan rahsianya. Memang Mirqan akui itu kelemahannya. Dia mudah merajuk. Malah sewaktu kecil dulu dia selalu dibuli Mirwan. Dan dia tidak melawan, hanya menangis. Sebab itulah Mirwan selalu mengusiknya.
“Oh ya, dari tadi kita berbual…”
“Shah dahaga yer. Marilah masuk rumah kami dulu Kita minum sambil berbual,” sampuk Mirqan tanpa sempat Shahrul menghabiskan ayatnya.
“Bukan la.”
“Habis tu?”
“Itulah Angah, tak sabar sungguh. Kut yer pun nak berbudi, tunggulah orang tu habis cakap dulu.”
“Shah cuma nak tahu nama Angah ni,” beritahu Shahrul.
“Eh, tak tahu lagi ker? Apa la Along ni, boleh pula tak beritahu nama jejaka yang hensem di abad ini,” seloroh Mirqan.
“Eee… tolong sikit. Nak termuntah la Along dengar. Jejaka hensem konon!”
“Sorrylah Shah, Along ni memang jealous sikit. Maklumlah saya ni lebih hensem darinya,” seloroh Mirqan lagi.
“Dah la. Malas Along nak layan kau. Tonton TV lagi baik. Oh yer Shah, nanti jemputlah ke rumah.”
“InsyaAllah!”
“Okey Shah, nama saya Muhammad Mirqan Izramm. Shah boleh panggil saya Mirqan ataupun Angah aja,” beritahu Mirqan.

Sunday, August 2, 2009

sAbAr aTaU mARah???

bila kita dimarahi atas kesalahan orang lain
apakah
perlu sabar atau marah dia semula?

sakit hati bila berdepan situasi seperti ini
sesuka hati nak marah kita
kalau ikutkan hati yang tengah sakit ini
memang lawan dia balik

tapi
apa boleh buat
customer is always right
so sabar jerr laaa
walaupun tahap kesabaran semakin menipis
bila melayan kerenah orang macam nie
sampai bila mampu bersabar pun tak tahu

kepada customer yang terbabit
tolonglah bersopan sikit bila bercakap
sebab
budi bahasa budaya kita
dapat layanan elok jadi balas balik cara elok
bukan sekali jer nak berurusan
entah esok lusa kita berjumpa lagi

hormatilah orang lain jika anda ingin dihormati

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke