Tuesday, August 18, 2009

KASIH BERUBAH 9

“Ikmal, Sarah, saya minta maaf bebanyak. Saya ni asyik menyusahkan kamu sekeluarga aja. Lepas satu masalah, timbul masalah lain pula,” dengan suara yang masih lemah Tan Sri Adam cuba menutur kata.
“Tan Sri, hidup di perantauan ni kita kena saling tolong menolong. Dah jadi adat berjiran. Hidup saling membantu. Sekarang Tan Sri sakit, esok lusa entah giliran kami pula,” ujar Datuk Ikmal Firdaus.
“Betul tu Tan Sri, lagipun selama ni kami dah banyak terhutang budi dengan Tan Sri sekeluarga. Kami dah banyak makan jasa Tan Sri. Jadi sekaranglah masa yang sesuai untuk kami membalas jasa Tan Sri,” sampuk Datin Sarah Rusmila.
“Saya cuma membantu apa yang terdaya,” ujar Tan Sri Adam lagi.
“Tapi jasa Tan Sri terlalu besar bagi kami. Tanpa pertolongan Tan Sri tak mungkin kami boleh berjaya macam ni. Kalau tak kerana Tan Sri memberi peluang kepada kami, entah bagaimana hidup kami sekarang. Tak dapat nak saya bayangkan hidup merempat di negara orang,”
“Tapi… saya dah terlalu banyak menyusahkan kamu sekeluarga. Dah la sejak Johan dan Melinda meninggal kamu sekeluarga yang menjaga Danielle, sekarang terpaksa pula uruskan syarikat saya,”
“Soal Danielle tu, janganlah Tan Sri risau. Danielle kami dah anggap macam anak kami sendiri. Lagipun dia agak rapat dengan anak-anak kami terutamanya Mirsya. Tentang syarikat pula, kebetulan Angah baru habis belajar, sementara ini dapatla dia menguruskan syarikat itu. Sekurang-kurangnya ada juga benda yang nak dibuatnya,” beritahu Datin Rusmila.
“Tapi…bukan ke Angah tak minat business,”
“Dia bukan tak minat langsung atuk, cuma dia tak nak terikat terus aja dengan business,” beritahu Mirwan yang sejak dari tadi hanya menjadi pendengar setia sahaja.
“Atuk minta maaf yer Angah terpaksa susahkan kamu,” ucap Tan Sri Adam kepada Mirqan.
“Tak apa atuk. Macam yang mama cakap tadi, Angah tak ada benda nak buat. So daripada melepak tak tentu hala lebih baik Angah tolong uruskan syarikat tu,” terang Mirqan pula.
“Nak harap pada Danielle dia berada jauh sangat,”
“Biarlah Tan Sri, jangan dikacaunya. Dia kan sekarang ni ada exam. Biarlah dia jawab dengan tenang. Lagipun dia dah tahun akhir ni.”
“Ikmal, Sarah, saya ni kalau boleh nak lihat cucu saya tu hidup bahagia. Jadi saya ingat nak jodohkan dia dengan Mirsya. Apa pendapat kamu?” soal Tan Sri Adam kepada Datuk Ikmal Firdaus dan Datin Sarah Rusmila.
“Kami tiada halangan Tan Sri, lagipun saya tengok Mirsya dengan Danielle tu memang rapat. Saya rasa tak ada masalah punya kalau nak jodohkan mereka,”
“Tapi…” sampuk Mirwan. Hanya dia seorang sahaja yang mengetahui hubungan cinta antara Mirsya dan Shahrul. Dan sekarang bila Tan Sri Adam mencadangkan agar Danielle dijodohkan dengan Mirsya, dia mula bimbang.
“Kenapa Along? Kamu tak bersetuju ker?” soal Datin Sarah sambil Datuk Ikmal merenung tajam ke arah Mirwan.
“Tak…cuma Along rasa kita kenalah tanya pada Danielle dulu. Manalah tahu kalau-kalau dia sudah mempunyai kekasih,” Mirwan cuba mencipta alasan lain demi terpandangkan renungan papanya itu.
“Kalau soal itu jangan dirisaukan. Atuk dah tanya Danielle tentang perkara itu. Dia kata dia tiada yang istimewa,” beritahu Tan Sri Adam.
“Atau Mirsya sendiri sudah ada teman istimewa?” soal Tan Sri Adam lagi.
“Emm… Along tahu tak pasal tu?” soal Datin Sarah Rusmila kepada anak bujangnya itu.
“Rasanya tak ada la,” Mirwan terpaksa berbohong kerana dia telah berjanji dengan Mirsya untuk tidak membocorkan rahsia percintaannya..
“Kalau macam tu baguslah. Rasanya kita tak ada halangan lagi,” sampuk pula Datuk Ikmal Firdaus.
“Saya dah tak sabar nak lihat budak berdua tu nikah. Saya harap sebelum saya tutup mata, dapatlah kiranya saya melihat mereka di atas pelamin. Moga hajat saya itu tertunai. Lagipun dialah satu-satunya warisan saya, tak sanggup saya lihat dia menjadi milik keluarga lain. Bagi saya, Danielle akan bahagia jika bersama kamu semua,”
“Insya Allah Tan Sri, mudah-mudahan terlaksana hajat Tan Sri.”

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke