“Adik!” sergah Mirwan.
“Hish Along ni, suka sangat sergah orang. Terkejut adik,” marah Mirsya.
“Ala sayang. Takkan itupun nak marah. Tak malu kat kekasih di sebelah ker,” usik Mirwan lagi.
“Along ni! Dah la tak minta maaf, kacau orang pula.”
“Kalau tak kacau orang, nak kacau sapa lagi. Takkan nak kacau daun pula. Karang pak we di sebelah jealous pula,” seloroh Mirwan lagi yang masih tidak puas mengusik adiknya.
“Eh Along!” tegur Shahrul bila terpandangkan Mirwan.
“Shah, apa Shah buat dengan adik saya? Ooo… Korang dah lama kenal yer?” soal Mirwan.
“Adik! Ini adik Along ker?” soal Shahrul kembali yang sedikit terkejut dengan kenyataan yang baru diucapkan oleh Mirwan.
“Kejap, kejap! Apa ni? Along, siapa ni? Camna Along boleh kenal dia?” Mirsya yang kehairanan dengan tingkah Alongnya dan pemuda itu mula menyoal.
“Amboi, banyaknya soalan. Tak mampu Along nak jawab la. Boleh kongsi dengan Shah tak?” usik Mirwan.
“Along! Adik serius la. Jangan main-main,” Mirsya mula geram.
“Okey. Emm… sebelum Along jawab soalan adik, boleh tak Along tahu macam mana Adik boleh kenal dia,”
“Along! Adik yang tanya dulu. Mana boleh copy ayat orang,” rajuk Mirsya.
“Eee… tu nak nangis lah tu. Macam nilah perangai adik saya Shah. Manja dan kuat merajuk. Macam si Angah juga,” beritahu Mirwan.
“Along ni… jahat tau. Dah la, malas adik nak layan. Pergi tidur lagi bagus,” rajuk Mirsya.
“Ala sayang, janganlah merajuk. Okey, Along ceritakan. Tapi, adik kena janji bagitahu Along macam mana boleh kenal dengan Shah,” Mirwan mula mengalah.
“Actually, Shah ni penyewa rumah kita. Dia ni dari Malaysia,” jelas Mirwan.
“Ooo… inilah penyewanya. Adik memang dah agak dia dari Malaysia,”
“Kenapa pula?” soal Shahrul yang sejak tadi hanya menjadi penonton.
“Iyerlah, tadi masa saya ajak awak ikut saya balik rumah, macam-macam soalan awak tanya. Pasal jiran la, pasal ada orang tak kat rumah saya,” luah Mirsya.
“Aaa… adik, apasal nak ajak Shah datang rumah?” soal Mirwan.
“Opps… lupa pula ada Along kat sini. Sorry yer, ingatkan tadi adik dengan Shah aja,” Mirsya mula menyakat Alongnya pula.
“Oo… kenakan orang balik yer. Sampai hati adik tak sedar kewujudan Along.”
“Kau orang berdua nie memang suka mengusik yer? Mesti rumah tak sunyi dengan gelagat kau orang berdua,” jelas Shahrul.
“Kalau Shah nak tahu, inilah orang yang paling kuat mengusik. Tak boleh duduk diam walau seminit. Ada saja benda yang dia nak usik,” jelas Mirwan sambil menunjuk ke arah Mirsya.
“Eh, adik! Bila masa nak beritahu ni? Takkan dah lupa janji kut?” soal Mirwan.
“Adik memang nak bagi tahu dari tadi, tapi mak nenek sebelah ni dari tadi asyik membebel. Tak boleh langsung nak mencelah,” bidas Mirsya pula.
“Iyerlah, Along aja yang salah,”
“Mengaku pun. Dah la, malas nak bertekak dengan Along lagi. Straight to the point, adik kenal dia kat kedai depan tu. Dia tolong bayarkan barang adik. Adik tertinggal purse. Itu sebab adik ajak dia balik rumah, nak bayar balik duit dia,” jelas Mirsya kepada Mirwan.
“Shah dah cakap tak payah bayar, tapi dia nak juga bayar. Tu yang kena ikut balik rumah,” ujar Shahrul berterus-terang kerana tidak mahu dianggap ingin mengambil kesempatan.
“Biar Shah, dia tengah banyak duit tu.”
“Tapi, Shah ikhlas tolong bayarkan.”
“Eh awak, berapa kali saya nak cakap, saya tak suka berhutang dengan orang. Awak tunggu kejap, saya masuk ambil duit,” tegas Mirsya dan mula berlari masuk ke dalam rumah.
No comments:
Post a Comment
Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)